26 Oktober 2010

KERANA MULUT

Kemuncak bolasepak Piala Malaysia kini telah menghampiri klimaks.Bagi peminat bolasepak tempatan pasti telah sedia maklum pasukan yang akan merebut gelaran juara Piala Malaysia untuk tahun 2010 adalah antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Perlawanan ini juga seakan mengulangi Final Piala Malaysia pada tahun 2009 yang dimenangi oleh negeri sembilan.Seperti yang dijangka perlawanan tersebut turut dicemari dengan kekececohan yang ditimbulkan oleh kedua-dua penyokong.

Kita semua sedia maklum pasukan Kelantan atau digelar 'The Red Warriors' sememangnya sinonim dengan sikap fanatik penyokongnya.Kehadiran penyokongnya seringkali menenggelamkan keriuhan penyokong pasukan yang ditentang.Pasukan lain seperti N.Sembilan,Selangor dan Kedah tidak kurang hebatnya sikap fanatik penyokong mereka tetapi tidaklah sehebat penyokong pasukan Kelantan ini.Untuk menghukum kesemua mereka dengan gelaran 'samseng' atau 'gedebe' adalah tidak wajar kerana bukan kesemua mereka yang hadir semata-mata untuk membuat kacau atau menimbulkan kekecohan kerana ramai diantara mereka hadir bersama semangat kesukanan dan juga hadir untuk memberi sokongan buat pasukan atau lebih tepat lagi atas semangat kenegerian.

Di antara komuniti kedua-dua penyokong pasti terselit individu atau kelompok yang sememangnya telah menanam niat untuk menunjuk jaguh di luar padang.Apabila niat telah dipasang maka ia hanya menanti masa untuk diterjemahkan dalam bentuk perlakuan fizikal.Samada kita ingin mengaku atau tidak...samada kita sedar atau buat-buat tak sedar bahawa kita kaum Melayu cukup berani apabila bertembung sesama Melayu.Maka tidak hairanlah apabila kekecohan yang ditimbulkan samada di dalam atau di luar stadium melibatkan sesama Melayu.

Ucapan atau kata-kata provokasi merupakan antara penyumbang utama timbulnya kekecohan dan akhirnya mungkin akan melibatkan tragedi yang meragut nyawa atau kecederaan.Selain itu kerosakan harta benda samada di dalam stadium mahupun di luar stadium malah mungkin juga kenderaan awam turut terkorban. Kerana itu pepatah Melayu kita juga berkata " KERANA MULUT BADAN BINASA... KERANA PULUT SANTAN BINASA ".Untuk perlawanan akhir ini pepatah tersebut mungkin akan bertukar menjadi ayat yang lebih tepat iaitu " KERANA MULUT BADAN BINASA ... KERANA MULUT STADIUM BINASA ".

Walau apapun untuk tahun ini aku meramalkan Kelantan akan menjadi juara mungkin dengan jaringan 2-1. Pertembungan antara kedua-dua pasukan yang sama dua tahun lepas agak ketara kelebihan dimiliki oleh pasukan N.Sembilan.Untuk tahun ini aku melihat pasukan Kelantan tampil dengan lebih kemas apatah lagi dengan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama N.Sembilan Mohd Zaquan Adha cuma dengan syarat mereka perlu mengawal emosi terutama penyerangnya Indraputra dan seperkara lagi Hairudin tidak diturunkan sebagai penyerang utama.Apa yang aku perhatikan Hairudin bukanlah seorang 'top scorer' dan tidak perwatakan sebagai penjaring utama. Perwatakannya lebih sebagai perancang utama atau arkitek di atas padang.Itu hanya pandangan aku berdasarkan pengalaman sebagai pemain bola satu ketika dulu serta pengamatan aku dengan corak permainannya.


7 ulasan:

  1. Salam...

    dh lama x bercara ke bolasepak M'sia..
    terkejut baru2 ni tgk akmal rizal masih main..huhuh..rase mcm dh lama dh dorg tu main.
    Indraputra,Amri yahyah n hairudin pun..xde bakat baru ke?

    Gaduh ngn penyokong team lwn tu sya x heran sgt..tp bila baca paper baru2 ni penyokong bergaduh sesama sdiri berebut beli tiket,rase mcm terkejut gak..dgn org yg lebih tua pun x mengalah..smpai dorg balik mcm tu jer x dpt beli tiket...

    BalasPadam
  2. salam..
    selamat berbola la pada yang minat....
    tak tahu nape hilang terus minat nak
    tengok bola tempatan ni..sukan kegemaranku
    acara terjun platform wanita je ler nih..he he

    BalasPadam
  3. Selamat maju jaya pasukan Kelantan..begitu jua untuk penduduk di Gua Musang..

    BalasPadam
  4. Cumo vi perigat ko penyokong klate... demo keno ingat so karo ... tu gi main bola tentu ado kaloh meneng buken nok gi preng... ambo x berehi kelik ore gedebe.

    Majulah sukan utk negara.

    BalasPadam
  5. salam abg ozzy angah lama tak kesini kan??
    abg ozzy jgn merajuk ye... hehehe

    apa2 pun selamat berjaya ye.. hehehe angah sokong malaysia bole

    BalasPadam
  6. ramalan saya Kelantan juara tahun ni.. tapi janganlah sampai bergaduh2.. bersukan ni untuk kesihatan dan perpaduan.. kalau bergaduh, macam mana nak bersatu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...