27 Oktober 2010

ULAR-ULAR

Kita semua mengetahui ular adalah sejenis binatang yang sangat berbisa dan mampu membunuh mangsanya dalam masa yang singkat.

Jika disebut ular maka kita membayangkan bentuknya yang panjang dan menjalar tapi jika disebut ular-ular ia mempunyai maksud yang berlainan.Ketika kita bangun dari tidur dan betis kita terasa sakit atau terasa otot betis kita kejang maka sakit ini disebut ular-ular.Rasanya ini kali  pertama aku alami sakit seperti ini.Ketika tidur tiba-tiba aku terjaga dan terasa otot betis aku kejang dan sakit rasa seperti terkena renjatan elektrik.

Jika mereka yang aktif bermain bolasepak atau bersukan mungkin pernah mengalaminya dimana dengan tiba-tiba otot betis menjadi kejang.Sebelum ini aku hanya mendengar orang kata berkenaan sakit ini.Aku hanya ketawa kerana aku terfikir apa kena mengena ular dengan betis hehe..Keduanya kenapa ia disebut ular-ular? Cuma yang pasti bila bangun dan berjalan memang betis terasa sakit.Persoalannya kenapa kesakitan ini disebut ular-ular ? betis dan ular..ular dan betis..hmmmm

ozzy - kena urut..

6 ulasan:

  1. ular2 tu cramp la yer?
    koi pernoh kena tgh2 tido..
    pastu baru tingat sblm tido tu minum ais sbb panas sgt...

    BalasPadam
  2. Salam Pozi.
    Dikampung kawan disebut KELULAR asalnya mungkin macam kelu hehehehe...

    Cara yang paling terbaik kalau kena kelular ini usah digosok... cuma angkat tumit kaki tersebut dan tolak tapak kaki (yang berhampiran jari kaki) keatas. (kena org lain yang membuatkan bukan kita ) :)

    BalasPadam
  3. Cik shinju..
    Kalau main bola disebut cramp..koi jrg minum ais ni

    w'salam Yassin..
    tak penah dengor pulak org sebut kelular tu hehe..
    nanti koi cuba buat cara aok beri tu..terima kasih

    BalasPadam
  4. x pernah dgr plak ular-ular tu...first time dgr nie...

    BalasPadam
  5. maybe betis tu bentuk ototnyer mcm ular kot...tapi biasa aku dengar simpul biawak...mcmner plak dengan kaitan biawak tuh?huuhuhu....

    kasperskyhijau.blogspot.com

    BalasPadam
  6. mak bapak aku pun panggil mcm tu jugak...tapi lain sikit ulau-ulau, sebab org melaka...heheh
    tapi banyak juga org panggil simpul biawak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...