12 September 2012

HATI KERING

Biasa dengar kawan-kawan sebut hati kering?.Istilah hati kering asalnya tak ada dalam kamus dewan cuma menjadi sebutan bagi menggambarkan seseorang yang bersikap terlalu degil, tak takut pada sesiapa, tidak mempunyai belas kasihan, kejam dan berani berhadapan dengan apa jua risiko di atas tindakannya.

Hati manusia mahupun haiwan logiknya mana ada yang kering kecuali jika telah mati.Maksudnya mereka yang memiliki hati kering ni boleh dipanggil mayat hidup la kot sebab hatinya dah kering tak ada lagi darah yang dipam masuk kedalamnya.

Kebiasaannya seseorang yang layak untuk dikategorikan sebagai hati kering adalah seorang yang tidak pernah serik untuk melakukan sesuatu yang mencabar serta berisiko.Biarpun pernah beberapa kali mengalami kemalangan atau kecelakaan, mereka yang dikategorikan sebagai hati kering ini tidak akan pernah serik malah menjadi satu kepuasan serta kebanggaan pada mereka apabila melakukan perkara tersebut.

Antara yang memiliki hati 'istimewa' ini adalah terdiri daripada mereka yang memilih kerjaya atau jalan hidup yang berisiko tinggi seperti gangster atau kaki pukul serta pembunuh upahan.Pada mereka tiada istilah belas kasihan pada sesiapa saja bukan hanya membelasah mangsanya malah sanggup membunuh pada bila-bila masa saja.Ia berbeza dengan manusia biasa atau normal yang mempunyai 'hati basah' yang bukan hanya tidak sanggup mencederakan orang lain apatah lagi untuk membunuh.

Hati kering turut dituntut dan menjadi kriteria pada beberapa kerjaya lain seperti pelumba motorsikal , pendaki gunung, penembak tepat (dalam pasukan polis), komander (askar) kerana semua kerjaya tersebut memerlukan keberanian yang tinggi cuma bezanya hati mereka ini hanya kering sewaktu mereka menjalankan tugas berbanding dengan mereka yang berhati kering setiap masa.

Kalau setakat degil atau nakal itu belum layak dikategorikan sebagai hati kering terutamanya pada anak muda kerana mereka ini sebenarnya sedang menjalani proses untuk menjadi lebih matang.Pastinya banyak perkara yang ingin dicuba disebabkan keinginan mereka untuk lebih tahu terutama sekali perkara yang seringkali ditegah selain dari faktor lain seperti perasaan memberontak atau inginkan perhatian. Cuma seringkali terjadi adalah mereka tersilap langkah bukan atas sebab hati kering tapi atas sebab ingin merasa atau mencuba.

Contohnya cuba untuk menghisap dadah yang akhirnya membuatkan mereka hanyut menjadi penagih dadah dan apabila menjadi penagih dadah atau dipengaruhi oleh dadah hati mereka akhirnya menjadi kering kerana inginkan bahan tersebut tidak kira dengan apa jua cara sekalipun meskipun hingga sanggup membunuh keluarga sendiri.Begitu juga mereka yang amalkan seks bebas hingga akhirnya berlaku kes buang bayi di sana sini.Segalanya juga bermula atas perasaan ingin tahu atau cuba-cuba tapi akhirnya mereka menjadi ketagih dan tidak pernah serik meskipun pernah menggugurkan bayi yang dikandung ataupun membunuh bayi itu sendiri.Mereka ini sebenarnya bukan berhati kering tapi lebih kepada tuntutan nafsu serta rasa ketagih.Kerana itu ramai diantara mereka tidak membunuh bayi tersebut tapi meninggalkannya di mana-mana tempat samada ketika bayi itu masih bernyawa mahupun telah meninggal dunia.

ozzy - dalam hati ada taman...selalu basah dan segar.
  

10 ulasan:

  1. Kalau hati org muda gitulah mmg kering.. kalau org dah berumo sikit nyer lembut dah kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akuanakpahang..betul juga tu tapi kalau hati tu mmg dah kering sampai ke tua tetap kering kut hehe..

      Padam
  2. Salam... kekadang Hati Kering ni bagus utk sesuatu tugasan yg memerlukan keberanian. Yang penting perlu tahu untuk mengarah kekeringan hati orang tu ke arah yang betul... Dan..yang perlu dielakkan ialah Hati Kaldu kut????

    BalasPadam
  3. W'salam Abang Long..
    Hati kaldu tu apa pulak?

    BalasPadam
  4. hati kering..... kalau setakat hati kering untuk keberanian dlam bertugas yang betul... saya sokong larh... tapi sya dpat lelaki yg sya cintai adlah hati kering jugak... pantang dicabar,tak ad persaan... kekadang sya bersabar dan bertahan dgn peragainye.. sebb cara die susah nak mengambil berat dr sya... hati kering punye pasal .. die terlalu ego... susah nak tnjuk.. urm.... syang punye pasal terpkse berthan.... bagaiman erk mengatsi semua nie... sya tak nak putus... sya nak kekal kan hubgan .... sya perlu die brubah.. dan mngunakan hati keringnye cara bertempat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lydia jugit..selalunya org muda mmg mcm tu..mungkin blh berubah sikit2 mengikut peningkatan usia dan bergantung juga pada dirinya sendiri utk berubah

      Padam
  5. Hati unta kering .....ubat asma :D

    BalasPadam
  6. Sebenarnya hati kering ni org yg tak dpt hidayah utk buat kebaikan. Bole dikatakan perangai buruk yg dh sebati kt diri.Tu sbb perbanyakkanlah berzikir, beristiqamah & bermuhasabah diri agar jgn ada penyakit hati kering ni.Bkn saje memjahanamkan diri sendiri malah keluarga & org disekelilingnya.

    BalasPadam
  7. kehidupan seorang pelaut baru lh dikata kn hati kering....terpaksa tinggalkan isteri bulan2....ni baru hati kering bro

    BalasPadam
  8. Hati kering ni benarnyer indon jer bnyk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...