26 September 2012

METHADONE PEMBUNUH WARGA FELDA

Pernah dengar tentang ubat Methadone?.Bagi manusia normal yang tidak memerlukan ubatan ini dalam kehidupan mereka, pasti merasa asing mendengar nama ubat tersebut.

Tapi dikalangan penagih dadah terutamanya penagih dadah tegar pasti kenal dengan ubat yang berbentuk seperti air sirap ini.Ianya berfungsi untuk mengurangkan rasa ketagihan atau gian pada najis dadah atau boleh dikatakan sebagai pengganti dadah seperti heroin, morfin dan segala jenis dadah yang seangkatan dengannya.Pengambilannya tidak boleh diambil atau dibeli sesuka hati kerana perlu dipantau oleh doktor kerana setiap penagih perlu diperiksa tahap ketagihannya untuk dibekalkan dengan tahap DOS yang sesuai.Lagi kronik maka lagi tinggi dosnya.

Jika dibeli di klinik swasta harganya memang mahal antara 30 ke 50 ringgit sebotol 50ml.Bayangkan kalau hari-hari beli ubat ni mana mampu kecuali penagih tu anak jutawan kan? maka jalan lain adalah dengan melakukan cara lain untuk mendapatkannya tak kiralah samada dengan merompak, mencuri, meragut atau sebagainya semata-mata untuk mendapatkan ubat ini demi menghilangkan rasa ketagih.Kalau dah jadi macam tu mereka tetap dianggap penjenayah walau tujuannya adalah untuk menghilangkan rasa ketagihan atau menghindari dari mengambil dadah.

Balik kampung baru-baru ini aku sedang leka bersembang tiba-tiba topik tentang penagih dadah dan methadone terkeluar dari mulut salah seorang dari mereka yang merupakan salah seorang bekas penagih dan kini menjalani rawatan pemulihan dengan mengambil ubat ini yang disediakan di klinik kerajaan secara percuma.Aku menetap di kawasan felda yang semakin popular dengan gejala ketagihan dadah ini.Aku kemudiannya bertanya tentang keberkesanan ubat ini dan jawapannya adalah " Kerajaan bagi ubat ni pasal nak suruh warga felda semua cepat mati".Ehhh!! kenapa pulak macam tu tanya aku.

Menurutnya ubat methadone ini memang boleh mengawal rasa ketagih pada dadah tapi masalah lain pula timbul iaitu kita pula akan ketagih padanya (methadone).Katanya lagi ini bermakna kerajaan bukan nak tolong penagih tapi nak bagi teruk lagi dan lama kelamaan dosnya juga akan ditingkatkan supaya warga felda ni mati cepat.Aku tanya lagi "macamana pula dengan ubat methadone yang dibeli di klinik tu? kalau nak suruh mati cepat kenapa ada yang sanggup beli walau harganya mahal? maknanya kalau dia beli dia nak cepat mati lah ye?" dan jawapannya ubat kat klinik swasta tu tak 'pure' lagi sebab dah dicampur, kalau minum pun tak rasa apa-apa.pulakkk!!...maknanya kalau beli ubat tu lambat sikit mati ke? lantas dia terdiam.

Kemudian aku bertanya lagi " Kenapa nak salahkan ubat methadone? dan kenapa nak salahkan pihak yang cuba membantu? persoalannya kenapa kau hisap dadah tu? bukan ke itu bermakna kau sendiri yang pilih untuk mati cepat dengan mengambil dadah kan?? kalau kerajaan nak suruh semua warga felda mati cepat lebih baik bagi minum racun tikus".Jika dilihat pada statistik penghidap HIV/AIDS akibat penggunaan jarum suntikan oleh penagih dadah menunjukkan telah ramai anak warga felda yang maut kerananya.Maka persoalan lain adalah "apakah perlakuan tersebut (menghisap dadah) juga digalakkan oleh kerajaan?".

Dalam banyak perkara sebenarnya kesilapan samada pada kita atau pihak kerajaan adalah kita lebih gemar mengamalkan 'mengubati' dan bukannya 'mencegah' walaupun kita tahu mencegah itu lebih baik dari mengubati tapi dalam banyak perkara melibatkan apa jua isu kita lebih banyak mengambil langkah 'mengubati' berbanding 'mencegah'.

ozzy - tengok diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain...

32 ulasan:

  1. Yang cakap methadone bahaya boleh bawa mati ni biasanya tokan...heroin dia tak laku la kalau semua penagih pegi klinik ambil methadone...

    Kita jangan terpengaruh sangat laa cakap doctor tak diiktiraf tu



    BalasPadam
  2. farmasi ada jual dak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farmasi tak ada jual krn ia adalah barangan terkawal hanya doctor atau klinik yang dilantik sahaja boleh menjualnya

      Padam
  3. Sebelum terima rawatan pengguna dadah suntikan terlebih dahulu akan mengikuti prosuder yang ditetapkan oleh KKM.Mereka akan menjalani saringan ujian air kencing,pemeriksaan darah untuk HIV,Hep C dan lain lain.Jik Kerajaan nak bunuh dia terus kasi methadone saja.Jika Hep C dah kronik pengguna dadah suntikan itu tidak akan di beri rawatan methadon.Orang yang meninggal tu ada betul ka atau dia tu jenis memandai hanya dengar cakap orang saja,pada hal dia dok cucuk dadah tu boleh overdose.Ini adalah satu langkah pengurangan kemudaratan yang kerajaan buat untuk mengelak dari HIV/AIDS kebanyakkan pengguna dadah dari segi perangai suka menyalahkan orang sahaja.Bila dah ambil methadone ada dia orang fikir keadaan dia orang berubah dari segi pakaiaan,ekonomi pun stabil dari dahulu.Ada yang bekerja dan tidak bermimpi lagi serta hidup dialam nyata.Jenayah pun akan berkurangan dan tiada risiko bagi mereka.

    BalasPadam
  4. saya juga mengikuti program terapi dgn methadone ini hampir 7 thn. tp spnjg itu seth sy keadaan bdn sy jika minum methadone tp msh hisap dadah juga dlm erti kt sulam kesannya amat bnyk spt yg sy alami , xblh bernafas n gastrik,pedih ulu hati jika disulam dgn heroin,bdn akn bengkak2 n gatal2 diseluruh bdn jika disulam dgn ais begitu jg andai disulam dgn pil2 khayal spt domicom. disini sy amat2 menyeru kpd pesakit methadone agar mengurangkn dos secr berperingkat.

    BalasPadam
  5. Jangan salahkan metadon.yang silap nya nape hang isap dadah? Dah tak dapat dadah dah gian. Nak kurangkan gian minum plak metadon.pastu nak cakap metadon ni boleh bagi orang mati cepat. Tu silap. Metadon tak bagi orang mati. Dadah tu yg buat orang mati.sapa suh hang mentedarah dadah? La ni hang tanggunglah sendiri. Pokok pangkalnya adalah hati hang sendiri. Wasalam

    BalasPadam
  6. Methadon tidak akan menyebabkan orang mati cepat...kerja saya memang bagi methadon kpd pt setiap hari...dari pengalaman saya memberi methadon sy mmg dapati kebanyakkan pt mmg menyulam dgn dadah lain walaupun mereka diberi peluang utk balik ke pangkal jalan. Kalau xnak mati cepat hang xpatut ambil dadah..kerana dadah lah hang diberi minum methadon ini.

    BalasPadam
  7. Sy join program ni sejak 2007 spai laa ni. Byk prubahan pd dr sy. Sy dpenjara sbyk 2Kali sblm join program ni
    Dan setahu sy klu methadone shj, inshaa Allah bdn pulih Dr ddh TAPI MTADON+UBAT +BUAH (PIL

    BalasPadam
  8. mtadon sgt bgus bg penagih smentara tnggu MACAR2 atr UBAT PANDAN 1 peket maaa..smntara tnggu MACAR smbl 2 bncuh la mtadon dgn redbull..bkn apa tkut time tnggu macar cirit2 jee nnti

    BalasPadam
  9. Bagi saya semua tindak balasnya pada tubuh saya lebih kurang sama dengan morphine. Dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk gian semula selepas mengambilnya. Dan bagi mereka yang ingin beralih kepada methadone perlu ingat bahawa gian nya lebih perit dari gian heroin atau morphine KL. Lebih kurang seperti gian pok teh. Dan mengambil masa yang lebih lama untuk kembali sihat jika mahu berhenti mengambilnya. Tapi satu kelebihan dadah sintetik ini berbanding dadah yang di hasilkan dari bunga poppy ialah anda boleh mengurangkan dos secara drastik. Dan saya berjaya berhenti dari menagih tanpa rasa sakit yang teruk dengan mengurangkan dos pengambilan sedikit demi sedikit selama dua bulan. Yang penting hati mesti kuat dan nekad.

    BalasPadam
  10. mcmna nak dptkan methadone ni?saya betul2 nk bhenti dr ambik meth (syabu) mlalui suntikan skrg ni,bila saya cuba utk bhenti,kepala akan pening sangat dan tekanan darah sy mnjadi rendah,knpa ye??sy teringin cuba methadone kot2 dpt pulihkn sy drpd bgntung pd syabu ni,.nak jumpa doktor,x brani, nnti tak psl2 msuk pusat pmulihan. sy x nk aibkn kluarga jika sy dmasukkn ke pemulihan..demi allah,sy mnta nasihat sesiapa yg tau jalan kluar utk sy skrg2nya nasihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kay888..

      Saudara tinggal diarea mana?...yg saya ceritakan disini adalah dari kws jengka..memang ada klinik panel yg dilantik utk membekal metadhone pada penagih
      Prosesnya kena pergi ke klinik dan dr akan periksa tahap ketagihan..setiap penagih mempunyai tahap ketagihan yg berbeza dan selepas itu barulah dr akan rujuk kepada panel klinik yg dilantik utk memberi bekalan metadhon mengikut tahap atau dosnya.

      Padam
    2. saudara,saya bkn dr jengka,saya dr sarawak.saya xtau ketagihan saya tahap mana,sbb klau saya x ambil (syabu), saya akan lemah dan tekanan darah akan rendah yg mnyebabkn saya pening,lemah dan x bmaya.bila saya ambik bnda ni skdr dos rendah sbb saya hnya nk elak dr tekanan.darah rendah dan.pengambilan saya tidak mmbuatkn saya khayal atau enjoy spt dulu lg.
      sy brubah mcm ni (jd ketagih) stelah mak saya meninggal dunia.
      yg herannya smasa mak saya msh ada,sy mampu elak dr mngambil syabu shngga 4-5buln tnpa syabu.dan sy kmbali dgn bnda ni stelah mak saya pergi,.knapa mcm tu?

      Padam
    3. Kay888

      Kalau tinggal dikawasan Ampang atau KL boleh pergi klinik Perubatan Doktor Mahmud. Satu di Chow Kit KL dan satu di Pandan, Ampang.
      Saya mula rawatan methadone di Pandan tahun 2011 dan alhamdulillah sekarang dah bebas dadah. Methadone pula diawal rawatan dulu saya diberi dos 50mg untuk 1hari dan sekarang selepas 6tahun saya hanya mengambil 10mg saja untuk 1hari.
      Bagusnya methadone ini dia boleh mengawal minda kita dari teringat kat barang/drug yang kita ambil dulu. Kalau dulu pantang ada duit sikit kepala mesti pikir nak barang dulu..alhamdulillah skrg walau ada duit sikit atau banyak saya langsung tak tergerak hati untuk cari benda2 tu. Tapi semua dengan izin Allah dan terpulang pada kekuatan hati masing2. Saya sekadar kongsikan sedikit pengalaman saya tentang rawatan methadone. Saya doakan pada kawan2 yang berniat untuk tinggal dadah moga cekal hati dan jangan putus asa..berhenti lah sebelum nafas kita yang terhenti.
      Salam

      Padam
  11. Kalo sesiapa yang inginkn methadone boleh tinggal kan email nnti sy pm thanx

    BalasPadam
    Balasan
    1. hafisaliamran@gmail.com

      Padam
    2. tlg pm sya sgera ya..mtk tlg sgt2..trma ksih..atau whtapp 01114720336

      Padam
  12. shazrulazrin@gmail.com

    BalasPadam
  13. Assalam semua...suami saye patient methadone hampir 5 tahun n dos skrg 20ml n terlalu ingin berhenti dan x nk bergantung pada methadone, skrg suami sye withdrawal n sakit2 badan...sbb kami dah pergi kaunseling di AADK nmpknye takde yg sudi membantu melainkan kekuatan dr diri sendiri...ade tak nasihat atau rawatan alternatif lain yg boleh menghilangkan ketagihan methadone n sakit2 bdan...n tolong kepada mereka yang mengatakan "lain kali jgn ambil dadah"...x semua org nk ke lembah tu...tp keseronokan zaman remaja yg mempunyai sikap ingin mencuba..menyebabkan jadi begini...yg baik datang dr Allah swt yg jahat dr diri sendiri...beza antara penagih dan bukan penagih...bukan penagih tp kite x tau kisah silam/gelap si bukan penagih...so nobody perfect..muhasabah diri...#isteriyangsetiadantulangbelakangsuami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akk email sy zuerasta41@gmail.com

      Padam
  14. assalamualaikum,skrg ni wlaupn sy dh solat dan mulai brubah dgn dekatkn diri dgn Agama,saya msh lg mengambil syabu dgn mnyuntik,dalam hati, mmg rasa nak buang jauh2 bnda ni tp Allah sj mengetahui.tnyata kita ini mahluk yg lemah.tanpa suntikan syabu,badan saya mnjadi lemah,spt tekanan darah rendah,dan bertrusan smpai saya suntik kembali,baru kembali stabil.hidung akan selsema tahap teruk diikuti rasa pening + lesu...sesiapa yang ada nasihat atau cara,saya mohon kongsikan dgn saya.hanya Allah membalas jasa saudara.

    BalasPadam
  15. Saya adalah penerima rawatan metadon anjuran kerajaan. Bnda ni boleh dpt free tp kena daftar dgn aadk. Penagih2 ni bila dgr kena daftar aadk, mula la fobia dgn nama aadk. Dia takut dia pegi daftar, pastu tba2 aadk antar dia ke balai. Pastu takut punya pasal terpaksa la beli kat klinik swasta. (Pastu nak salahkan metadon mahal la, sama aje la...). Dan satu ungkapan popular dikalangan penagih ialah "metadon di cipta utk membunuh penagih kerana mereka mmg takleh pulih maka kerajaan 'bunuh' mereka perlahan2 dgn metadon. Bullshit! Tetap jgk ko nak ckp yg heroin tu lebih 'baik' dari metadon yg kononnya 'lebih syaitan dari metadon'. ko ingat bnda ni kerajaan malaysia cipta ke? Dia dah wujud dari tahun 50an. Mmg metadon akan ketagih, tp doktor akan bantu proses meninggalkan metadon step by step. Metadon harus sentiasa berhubung dgn doktor. Aku dlm proses berhenti metadon skrg ni. Doktor turunkan dos sbny 5mg setiap bln. Di awal rawatan, mula2 doktor akan beri 25 mg dan ia di naikkan dari masa ke masa. Dlm kes aku ia naik sehingga 120mg. Skrg aku dah tggl 60mg. Ia tak boleh berhenti mendadak. Kalu beli diklinik kat kaunter ubat, blk minum sendiri mmg tak dpt prosea mcm ni. Selalunya mereka yg jenis ni, guna metadon utk sementara takde 'barang' aje. Bila ada brg, dia hentam brg plk. Bkn nk berhenti btol pun. (Golongan ni la yg suka ckp metadon ni 'racun yg di cipta kerajaan)...huh

    BalasPadam
  16. mcm mne nk potong stim metadon ni?

    BalasPadam
  17. Dan 4 tahun guna. Ok, takde masaalah. Dan dah usahakan bengkel Lori 2tahun. Saya beli $120 ml. Pati. Mula 1 Minggu habis. Sekarang boleh tahan 21 Hari. Takde sulam Benda lain. Pokok pangkal niat. Nak seribu daya. Jgn dengar cakap org. Kita tak makan takde org peduli. Setiap bulan Kurangkan dos. Badan Sakit sikit. Ingat senang ke nak senang. 2 3 Hari je. Lepas tu Kurangkan Lagi. Sampai berjaya. Beli pati jimat. Tapi beringat la Mase nak guna. Sebok kan diri, kerja ke, buat aktiviti, cari hobi. Insyaalah 1 tahun Lagi saya tinggal. Sekarang 10ml saya bancuh dgn 1.5 liter air. Buat mcm minum harian. Ingat pokok pangkal niat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. suami saya dh lama brenty menagih.. tapi dsbbkn tekanan dy mula balik slma 2bulan smp thap bdan dy sakit2 selsema n gian... mmg sedih hati sy.. skg ni dh sbln dy minum methdone 20ml je tupon kdg x displin minum.. sbb fakto kerja sbb tu trpaksa kne sulam... tapi skg ni trpksa beli methadone d klinik bkn pati rm30 60mg.. skli minum 20mg kdg lbh sbb kurg effect..

      Jdi solan sy.. boleh ke bdn kembali asal.. sy kcian sgt tgok suami sy.. umur 45tahun bdn kurus tgi.. sll nmpk lemah je sakit2 bdn... sedih aty sy...

      Ada lagi tak cara lagi utk kmbali kn kekuatan dlmn bdn.. xnk bgi lemau lemah.. kuat la... mksud sy mknn supplement ke apa...

      Tq

      Padam
  18. Ada kebaikan ada keburukan.. kebaikannya duit aku jimat boleh berpikir panjang sikit.. keburukan..sebulan brntii dok rasa sakit badan lagi. Tp baguih laa dia pnyaa treatment.. xbg kita lagi teruk.. lps tuu atas diri sndrii laa nk brentii.. aku pn bekas penagih gak.. dari zaman dok u lagii.. alhmdulilah.

    BalasPadam
  19. Makan la vitamin c, baru sehat der...pastu bersenam sikit kasi badan fit.

    BalasPadam
  20. Assalaamualaikum.... sy nk brtanye bgaimana nk brhenti dr ketagih methadone ni? Skrg ni suami sy ketagih methadone, pd asalnye suami cume sakit2 tulang pggung... klinik bg dia minum methadone, sehingga kini sakit tulang pggung sdh x kerap tp ubat methadone pasti suami cari jgak...kalau tidak, suami sy yg lemah lembut jd pemarah...mohon bantuan ye, t.kasih

    BalasPadam
  21. Kalo sesiapa yang inginkn methadone boleh tinggal kan email nnti sy pm thanx

    negerisembilanpedas@hotmail.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...