7 Mac 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU ; SEMBANG KOSONG DI KEDAI MAMAK

~ Gambar Hiasan ~

Bagi mereka yang sedang berhadapan dengan detik mencemaskan ini terutamanya penduduk yang terlibat di Lahad Datu seperti di Felda Sahabat, kampung Tandou serta kawasan berhampiran pastinya dalam hati mereka hanya mampu berdoa agar diri mereka selamat dari diserang oleh pemberontak dari Sulu ini.Apa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah keselamatan diri serta ahli keluarga kerana itu yang paling penting ketika ini.

Berbeza pula bagi kita yang tidak berada di tempat mereka.Pastinya peristiwa ini menjadi antara topik hangat sewaktu berkumpul dan bersembang di kedai kopi.Maka muncullah berbagai persepsi serta pandangan masing-masing.Masing-masing mengemukakan hujah dan sebab begitu dan begini mungkin berdasarkan fakta atau berita yang dipaparkan oleh akhbar, TV mahupun dari sumber internet.

Antara komen yang aku dengar dari perbualan di antara mereka yang lepak di kedai mamak :
(Sila baca hingga habis sebelum membuat sebarang komen jika berminat untuk membuat komen di ruangan komen di bawah)

" ...Yang aku pelik dan musykilnya kenapa diaorang ni bangang sangat? Yang pergi hantar polis tu buat apa? Ini bukan tugas polis inikan tugas askar? sepatutnya dari awal lagi arahkan je askar kita serang diaorang tu.."

" ...Ada ke hantar askar kita pergi perang naik Air Asia! memalukan jelah..mana pergi kapalterbang tentera?..benda dah ada guna jelah simpan buat apa?.."

" ...Ini semua memang plan kerajaan la ni..nak lewatkan PRU...bila dah jadi perang macam ni depa akan beri alasan waktu tak sesuai..eleh!!..."

" ...Hah!! baru polis tahu macamana rasanya kena serang!..kalau dengan puak bersih bukan main lagi diaorang belasah..sekarang baru padan muka..nak runding mendenya kalau dah tau diaorang tu penceroboh tembak jelah.." 

" ...Engkau rasa polis yang mati terbunuh tu kira mati syahid tak?..aku rasa taklah sebab diaorang bukan berjuang untuk pertahankan agama tapi melawan musuh yang sama beragama islam..dah bunuh orang islam mana kira mati syahid macam tu.." (bab ini aku tak setuju mendengarnya kerana syahid atau tidak itu adalah urusan Allah)..rasa nak nyampuk je perbualan diaorang.

" ...Aku tak fahamlah apa perasaan diaorang ni?..bila jadi perang macam ni pun masih nak mengata dan menyalahkan sesama kita..aku rasa kalau satu negara kita kena serang pun kita tetap macam ni juga takkan bersatu, itu sebab kalau negara lain nak takluk pun mudah sebenarnya..cuma tunggu masa je lagi.." 

" ...Diaorang yang kata macam-macam tu bolehlah cakap macam pandai sangat sebab tak kena kat keluarga atau anak beranak diaorang..esok lusa kalau kena kepala sendiri baru tahu rasa macam mana.."

" ...Asal jadi apa-apa je salah Anwar!!..aku peliklah diaorang ni macam kat malaysia ni dah tak ada orang lain dah!!..esok kalah bola pun salahkan Anwar jugak..apalah!!! .." (hehe..bab ni aku nak tergelak)

" ...Eh!! orang Sulu tu sapa?kenapa tiba-tiba je bila dah dekat nak PRU nama diaorang muncul? ..kalau betul-betul nak serang takkan ramai tu je tentera dia?..rakyat sekarang bukan bodohla nak buat skrip macam ni..huh!!.."

" ...Tu semua kerja pihak keselamatan biarlah diaorang buat kerja..diaorang tau apa yang diaorang buat kita kat sini berdoa jelah semoga diaorang tu semua selamat..mulut orang ni macam-macam boleh cakap..nak buat macammana mulut masing-masing, hati masing-masing, pandangan masing-masing.."

Itulah antara beberapa luahan dan pendapat dari mereka yang berada jauh dari kawasan yang terlibat.Itu antara yang aku dengar sembang mereka di kedai mamak belum lagi di dalam internet seperti FB, twitter, blog dan sebagainya.

Anda bagaimana?..pastinya pendapat dan hujah kita juga mungkin berbeza berdasarkan persepsi masing-masing.Apa yang pasti kita di sini sedang enak menjamu selera dan tidur lena di malam jumaat yang indah ini tanpa gangguan dan bunyi tembakan..itulah yang harus kita pertahankan maka bersyukurlah dan nikmatilah kehidupan dengan aman tanpa memikirkan banyak syak wasangka sesama kita di bumi bertuah ini.

ozzy - sambil update blog di kedai mamak...jom ngeteh.

4 ulasan:

  1. Gamaknya hak rakyat untuk membebel dan memberi pendapat dan pandangan yang betul wajib didengar dan diambil perhatian dok gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akuanakpahang...
      Itu memang hak sesiapa saja yang memegang status warganegara untuk membebel dan memberi pendapat cuma terkadang ia boleh memberi kesan dalam perhubungan dan kehidupan kita seharian

      Padam
  2. Mendegar tidak semestinya mempercayai....pandangan mereka hak meraka dan cara mereka menilai sesuatu isu berlaianan mengikut acuan pemikiran mereka sendiri.Ada pendapat membuatkan kita terfikir logik kebenarannaya..terkadang boleh membuat kita tersenyum kambing atau setidaknya tersenyum sinis..ada juga menyebabkan naluri kita jelak dan terasa ingin menempelak..Cerita kedai kopi..tiada hakim tiada saksi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eye_nee..terkadang sembang kosong dan cerita dikedai kopi juga boleh menambah lagi dosa kalau ianya adalah fitnah..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...