28 Mac 2013

SAWANG

Pernah dengar orang sebut sawang?.Pernah tengok macam mana rupa sawang?.Kalau tak pernah tengok haa.. tu lah dia rupa sawang.

Sawang yang berbentuk seperti jaring ini sebenarnya adalah perangkap yang dibuat oleh labah-labah untuk menjerat mangsanya.Ianya diperbuat daripada air liur labah-labah yang membuat bentuk seperti jaring kerana itu apabila ada serangga kecil yang terbang dan tersangkut pada perangkap ini, serangga tersebut akan melekat dan tidak akan jatuh ke bawah.Ketika itulah labah-labah ini akan terus menerkam dan menangkap mangsanya.

Biasanya sawang ini banyak terdapat di tempat yang tidak dimasuki angin atau terdedah pada angin yang kuat.Contohnya di dalam rumah yang ditinggalkan, di dalam gua serta di tempat lain yang tidak terdedah pada angin yang kuat serta hujan.

Sawang ini juga boleh hinggap pada BLOG yang telah lama ditinggalkan hehehehe..contohnya blog aku ni.Kerana itu hari ini aku singgah untuk mencuci semua sawang-sawang tersebut sebelum aku tinggalkannya semula hehe..

Jangan marah arrr...bersawang tak apa lagi jangan tuan punya blog kena sawan sudah hehehe..

ozzy - sibuk dan menyibuk...

5 ulasan:

  1. biasalahhh... air laut pun ada pasang surut... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm tulah kita kadang tu kan..

      Padam
  2. Kawan rajin juga membuang sawang...
    keknya terkadang jadi senalor juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akuanakpahang...nak buat goner kadang tu terpaksa tinggalkan juga bersawang

      Padam
  3. Saudara Ozzy,
    Bercakap pasal sawang ni, teringat dalam al-Quran ada Allah sebut perihal sarang labah-labah ni. Ni keluar topik, maaf ya :)

    Surah Al-Ankabut 29:41

    Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...