14 Mac 2013

KENAPA HANTARAN KAHWIN SEMAKIN TINGGI


Hantaran kahwin semakin tinggi sekarang ni, tak mampulah aku..itulah antara alasan dan sebab kenapa pemuda sekarang ni ramai yang belum kahwin lagi.

Itulah juga antara isu yang sering menjadi topik hangat pemuda sekarang ini yang teringin sangat nak kahwin, pilihan dah ada bercinta pun dah lama tapi masuk bab hantaran aduhh...terus geleng kepala.Kerjanya cuma sebagai kerani pejabat atau pembantu kedai bila hujung bulan congak gaji tolak duit sewa rumah, tolak bayar ansuran motor, tolak duit petrol, tolak hutang kawan, tolak duit untuk belanja makan, tolak itu sikit ini sikit balance gaji bersih tinggallah RM200..baru nak menyimpan motor pulak rosak, baju seluar pun dah lusuh lama tak berganti, awek ajak gi jalan²..adehh koyak lagi duit simpanan hehe..

Bila sembang dengan awek tersayang usha² agak² "berapa bapak you letak hantaran ekk?"..awek jawab "sekarang biasalah bang..paling kurang pun sepuluh ribu".."uishhh!!..ngapa mahal sangat? tak leh kurang ke" dan aweknya jawab lagi "sekarang harga barang semua dah mahal cik abang oiii!! dulu yelah..tanah sekangkang kera baru seratus dua je sekarang mana dapat dah..mau ribu² harganya "..."banyaklah kangkang keranya...kalau gitu gayanya entah bilalah kita ni..hmmm"..dan seterusnyalah perbualan mereka sampai dah masuk lima tahun bercinta masih belum ada tanda² bila nak jadi nikahnya..congak punya congak kalau simpan 100 sebulan nak cukupkan 10 ribu mau makan masa 8 tahun itupun kalau tak berusiklah....baru cerita bab hantaran belum masuk bab lain lagi..aduuiii!!

Apa pula pandangan aku yang dah kahwin ni? hehe...Aku bagi introlah sikit kisah zaman aku kahwin dulu hehe..memang berbeza dengan zaman sekarang ni.Masa zaman aku kahwin tu rata² rate hantaran adalah antara 3 ribu ke 5 ribu.Tiga ribu tu kira standard orang sengkek macam akulah, kalau 5 ribu tu kira high class la sikit ala-ala artis la gitu kononnya hehe...Campur tolak gedebuk gedebak dengan balanja lain termasuk kenduri kat rumah aku (belah lelaki) habislah dalam 5 ribu..dan Alhamdulillah sampai sekarang rumahtangga aku bahagia dan aman damai.

Walau apapun aku berpendapat ada banyak sebab kenapa hantaran kahwin sekarang ini semakin mahal antaranya memang benar barang keperluan sekarang ini semakin mahal dan sebab ke dua mungkin mengikut trend atau harga hantaran semasa, maksudnya orang lain letak 10 ribu kita pun ikut letak 10 ribu walaupun kalau ikut perkiraan kita boleh kurangkan harga tu tapi inipun bersebab juga.Antara sebabnya kalau letak harga rendah takut nanti orang mengata "eh!!..5 ribu je hantaran anak dia..entah².. ??" apa maknanya tu? faham-faham jelah mulut orang ni..murah salah mahal pun salah..sebab itulah kita ni selalu Serba Salah...kan.

Apa yang aku lihat adalah memang senario majlis perkahwinan hari ini adalah berbeza dengan dulu dan kita kena tengok juga lokasi di mana perkahwinan tersebut diadakan.Okey..kita tengok senario yang dialami oleh orang yang tinggal di bandar dulu.Kita ambil mereka yang berada di kelas pertengahan yang biasanya duduk di rumah flet.Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah di mana nak buat majlis tersebut?.Kalau nak buat di ruang parking kereta tak dapat kebenaran sebab ruangnya sangat terhad sampai kereta pun parking berlapis.Bila cari dewan pula kebanyakan dewan yang berdekatan telah ditempah oleh orang lain terlebih dulu maka terpaksalah cari dewan yang jauh sikit walaupun harganya agak tinggilah juga.Contohnya dewan DBKL ada yang dikira sewa ikut jam RM100 sejam, kalau 8 jam jadi 800 ratuslah itupun belum termasuk kelengkapan atau charge lainnya..

Kemudian kena cari pula tukang masak, tukang angkat hidang, basuh pinggan dan sebagainya, mana nak cari pemuda pemudi yang nak buat kerja tu sekarang ni?.Entah jiran sebelah pun tak kenal tiba-tiba nak panggil buat kerja tu?..jangan harap lah hehe..kalau ada pun cuma 2-3 orang mana cukup kan?..Maka jalan mudah call saja khidmat catering yang banyak sekarang ni..Purata harga yang diletakkan oleh pihak catering sekarang ini adalah kira ikut 'kepala'..satu kepala RM10, nasib baik dapatlah kurang sikit satu kepala RM8.Kalau kita anggarkan tetamu yang akan datang dalam seribu 'kepala' maka kiralah sendiri RM10x1000=???..ada 4 kosong di belakangnya!.

Bila dah buat kenduri tu rasa sunyi pulak kalau muzik tak ada ataupun kalau geng kompang tak ada. Takkan sunyi je bila rombongan pengantin tiba kan?.Nak sewa geng kompang pun duit juga, nak sewa muzik pun duit juga kan?.So, nak jimat, sewa jelah geng muzik termasuk karaoke sekali jimatlah sikit.Bila rombongan pengantin sampai pasang jelah muzik kompang..jadilah adalah juga bunyi kompangnya kan hehe..bab ni terbang lagi dalam 3 ke 5 ratus..duit juga tu.

Kira punya kira termasuk survenier untuk tetamu samada bunga telur atau coklat atau apa saja hadiah lainnya, makeup pengantin dengan upah mak andamnya habislah semuanya dalam RM13,000!!...itu belum lagi campur dengan kelengkapan bilik pengantin dengan katil, cadar , almari dan sebagainya silap² bayar ansuran dengan court mamoh hehe..maka kalau kita pertimbangkan faktor ini, memang harga hantaran RM10 ribu itu adalah munasabahlah kan..tapi ramai yang cakap "kan dapat balik duit tu bila orang datang mesti diaorang hulur duit kan?..untung lagi apa?"..itu hanya kebarangkalian atau kalau kira orang hulur duit memanglah boleh dapat tapi kena fikir juga faktor lainnya seperti berapa yang dihulur setiap seorang? dan faktor ketidakhadiran tetamu yang diundang..mungkin undang 1000 tapi yang datang cuma 800 lagi 200 tak dapat datang sebab ada hal lain..dari 800 tu juga kena tolak sedara mara sekitar 100 orang yang bukan semuanya nak hulur kan??..catering tetap kena bayar untuk 1000 kepala jangan lupa tuuu..Kalau nak cerita sewa hotel bagai itu dah kira lain lah kan..

Kita tengok pulak senario majlis perkahwinan yang dibuat di kampung.Isunya juga sama kenapa hantaran kahwin tinggi.Isu lain yang juga sama adalah untuk mencari pemuda pemudi untuk angkat dan basuh pinggan, tukang masak, tukang angkat hidang dan sebagainya.Bab tukang masak mungkin ada geng lama yang masih boleh memasak tapi kesihatan mereka dah kurang mengizinkan. Pemudi pemudi pun ramai dah berhijrah ke bandar kalau balik pun cuma singgah makan dan tengok pengantin.Nak harap yang ada 4-5 orang pun buat kerja nak tak nak..kejap timbul kejap tenggelam hehe...akhirnya terpaksalah cari catering juga dengan harga yang hampir sama dengan catering di bandar.Cuma yang dapat jimat hanyalah dari segi tempat sebab mungkin boleh buat di halaman rumah.Kalau khemah, kerusi meja memang dah kongsi sesama orang kampung maka dah jimat kat situ tapi kalau tak ada maka terpaksalah kena sewa kosnya mungkin sekitar 2-3 ratus..

Samalah macam di bandar, kalau tak ada muzik sunyi pulakkan?.Nak jimat gunalah radio sendiri itupun kalau ada, kalau tak ada terpaksalah sewa juga geng karaoke.Kalau kat bandar bunyi kompang dengan radio tapi kat kampung seganlah sikit kalau buat macam ni kan?.Jadi terpaksalah sewa geng kompang mungkin upahnya dalam RM 300..Akhir sekali kira punya kira jumlahnya hampir sama dengan apa yang orang di bandar belanjakan mungkin dapat kurang dalam 2 ke 3 ribu.Bila di bandingkan antara belanja di bandar dengan belanja di kampung jumlahnya pun hampir sama, maka itulah sebabnya kenapa harga hantaran ini juga hampir sama sebab prosesnya juga seakan sama!...

Kecuali kalau kita bandingkan dengan orang kampung dulu, contohnya zaman aku dululah hehe..bab angkat hidang, bancuh air, basuh pinggan, pasang meja dan semuanyalah kitaorang semua bersama mereka yang lebih dewasa kowtim dengan PERCUMA..cuma bab memasak, potong ayam atau daging tu serah pada otai-otailah hehe..barang keperluan pula sama-sama pakat menyumbang antara jiran sekampung sorang sekampit beras dan sekilo gula..bayangkan berapa banyak jimatnya berbanding jika upah yang dibayar kepada ketering jika satu kepala dikira RM10!!..Aku berpendapat di sinilah kos sebenarnya yang membuatkan ianya menjadi tinggi.

Bagi yang pernah alami atau pernah buat kenduri zaman hari ini mungkin akan mengangguk tanda setuju atau mengakui perkara ini tetapi bagi yang belum alaminya memang mudah untuk kita katakan "nak bagi kahwin ke nak jual anak ni?"..aku sendiri pun tak berani nak kata apa-apa sebab anak-anak aku masih kecil lagi maka lebih baik diam saja takut nanti kena turn aku congak punya congak mau cecah sampai 20 ribu!!..manalah tau kan harga barang lagi 20 tahun akan datang entah berapa naiknya...

Apa kata kalau korang pulak yang congak kut dapat murah lagi hehe..

ozzy - nak murah nikahkan aje tak payah buat kenduri...

8 ulasan:

  1. LELAKI..Nak kawin kena kumpul duit lah kan..Ini fakta...tak kira berapa jumlah belanja seiring dgn perubahan zaman ..minda juga harus sama maju...tak ada lagi isu perbandingan dahulu dan kini...dulu sekitar peghujung 80an dan awal 90an hantaran cuma 3500...saya lah tu..hehehe...la ni dgn 3500 apa yg boleh dilakukan melainkan pengantin perempuan dan mak bapak pengantin setuju cuma bernikah dan 20 dulang hidang....dan kena bertelinga tebal menepis semua kata2 jiran...Mulut mmg berkata NIKAH itu yg wajib..Hati....Inilah sekali anak perempuan aku kawin..teringin nak ada majlis...Sbb tu para PERIA2 semua...kumpul duit dulu baru cari awek..jgn dah ada awek berkawan 4-5 thn baru nak stat kumpul....jawabnya...mmg tak ada jawapan lah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eye.Nee..itulah isunya sekarang ni pasal wang hantaran yang tinggi..bagi yg bergaji besar tak ada masalah isunya adalah pada yg bergaji sikit, jenuh nak simpan kumpul duit

      Padam
    2. salam. kena ingat...mengikut Islam, belanja untuk majlis kenduri kawin adalah tanggungjawab ibubapa. tidak ada sebarang nas (dari Al-Quran atau Al-Hadis) yg menyebut tentang hantaran. ini bermakna, hantaran bukan tuntutan Islam tetapi cuma "tuntutan" adat & budaya yg jelas bertentangan dgn Islam. yg penting kebahagiaan dlm menjalan hidup berumah tangga bukan kegembiraan semasa majlis perkahwinan yg bersifat sementara. tak perlu hantaran tapi sebagai menghargai wanita yg bakal dinikahi, bakal suami digalakkkan memberi "hadiah" berupa wang ringgit atau barangan mengikut kemampuan untuk membantu keluarga bakal isteri bagi mengadakan majlis kenduri utk perkahwinan tersebut. apa guna hantaran berpuluh ribu ringgit jika selepas bernikah, pasangan pengantin baru terbeban dgn hutang. nilai wanita pada akhlaknya bukan pada tingginya wang hantaran.

      Padam
  2. Ntoh la bang, nok kata mahal... dah sumer brg mahal la nih. Nok wat kenduri doa selamat jer, mulut org kiri kanan cam longkang ngata. Nok dibiorkwn, bkn kita yg merasa, mok aboh kat kampung yg menerima. Kita lepas kawen duk ntah di mana... Maka, membujang ler aku sampai lor nih.... hai la naseb.. hai ler nyawa...

    BalasPadam
  3. koy101..
    kena bawa bincang dgn awek tu kut blh turut sama membantu..nanti makin lama makin tinggi belanjanya

    BalasPadam
  4. sebab itulah ramai nikah siam. Hmmm

    BalasPadam
  5. Apo nak dikato???
    Lumrahnya kehidupan...
    Semakin senang... semakin susah...

    BalasPadam
  6. masalahnye,kenape nak kawin susah sgt..budaya di kelantan keluarge perempuan yg keluar duit untuk majlis dia,belah laki,laki la yg keluar..negeri lain,laki yg kene cekik,dua2 belah dia tanggung..amalan mane entah diikutnye..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...