31 Mei 2010

49-IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN

Setiap manusia yang bernyawa pastinya mempunyai impian , wawasan , cita-cita mahupun angan-angan. Jika ditanya pada diri aku aku akan berkata aku tiada cita-cita.   Aku hanya menyimpan impian dan angan-angan tapi kenapa??.. kerana aku tidak mahu membebankan diri aku dengan menetapkan cita-cita.Apabila kita menetapkan cita-cita kita pastinya menetapkan sasaran samada dalam diri atau untuk masa depan kita sendiri.Didorong dengan semangat yang ada dalam diri serta disusuli usaha yang bersungguh-sungguh pastinya kepuasan tidak terhingga seandainya kita berjaya mencapainya tetapi bagaimana pula setelah segala yang kita usahakan tidak membuahkan hasil? lebih mengecewakan apabila cita-cita kita itu telah dicanangkan dan diumumkan pada rakan-rakan yang lain.

Apabila kita tidak mencapainya terasa diri terbeban akibat dari rasa malu , sedih ataupun kecewa.Akhirnya timbul perasaan rendah diri,putus asa malah ada juga yang menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan diri sendiri dan paling teruk ada antara kita akan menuduh tuhan itu tidak adil kerana tidak memakbulkan cita-cita kita itu (pernah terjadi lihat entri no 4).
Justeru itu hidup aku hanya banyak menyimpan impian bersama angan-angan.Aku tidak kisah walaupun ramai rakan-rakan yang sering ketawakan aku apabila aku tentang angan-anganku itu.Bersama angan-angan aku tidak membebankan diri aku dengan apa-apa sasaran namun seandainya ia menjadi kenyataan bermakna satu kepuasan dan kejayaan dalam hidup aku tapi sekiranya ia tidak menjadi kenyataan maka angan-angan aku tidak akan hilang tetap kekal disitu dan dalam yang masa yang sama angan-angan itu sebenarnya adalah matlamat dalam diri aku tetapi sekiranya aku tetapkan ia sebagai cita-cita.. ia bakal membebankan hidup aku seandainya apa yang aku cita-citakan tidak tercapai.Ketika itu pastinya aku akan berasa kecewa dan malu pada diri aku serta pada orang lain yang tahu cita-cita aku itu.

Angan-angan aku bermula sebaik sahaja aku hidup merantau.Melihat orang lain bergaya dengan motorsikal atau kereta maka timbul angan-angan dalam diri aku untuk turut memilikinya.Melihat orang lain mendirikan rumahtangga aku turut berangan-angan untuk turut sama berumahtangga meskipun aku tahu ketika itu aku tidak berkemampuan untuk memiliki semua itu.Melihat orang lain berjaya dengan kerjaya masing-masing aku turut menyimpan angan-angan yang sama meskipun tahu aku tidak memiliki kelulusan yang setinggi mereka.Tetapi salahkah kalau aku menyimpan angan-angan dalam hidup aku ??.

Kini aku puas malahan tidak lupa bersyukur setelah apa yang aku angankan telahpun menjadi kenyataan.Lebih manis segala yang aku miliki hasil dari usaha aku sendiri.Aku impikan untuk memiliki motorsikal sendiri telahpun aku miliki...kereta,isteri dan anak-anak,dua buah rumah, kerjaya dan terakhirnya menubuhkan syarikat sendiri. Hanya satu lagi angan-angan aku belum tercapai setakat hari ini iaitu untuk memiliki sebuah 'superbike' angan-angan sejak aku di bangku sekolah lagi.Ini kerana aku tidak mahu membebankan diri aku untuk memilikinya yang aku anggap bukan keperluan yang penting.

Antara angan-angan aku yang lain adalah ingin membuka sebuah restoran milik aku sendiri dan jika boleh mempunyai cawangan di seluruh negeri dan aku juga berangan-angan untuk menjadi pengarah filem dan pastinya disambut dengan ketawa besar dari rakanku semua tapi aku tidak kisah kerana ia hanya wujud dalam angan-anganku. Mungkin satu ketika dulu Dato Yusuf Haslam juga menyimpan angan-angan yang sama dan mungkin juga ia berjaya hasil dari angan-angan tersebut..siapa tahu? Begitu juga dengan Rosyam Noor yang kini semakin berjaya dalam pengarahan filem.
Suatu ketika dulu kami sama-sama tinggal di perkampungan  setinggan iaitu di Kampung Lanun sewaktu aku mula-mula merantau ke Kuala Lumpur tapi kini tidak perlu diperkenalkan lagi siapa Rosyam Noor. Mungkin juga Rosyam Noor turut menyimpan angan-angan yang sama dan mungkin dia juga pernah diketawakan suatu ketika dulu..siapa tahu?? dan sekiranya angan-angannya tidak berjaya mungkin dia terus kekal menjadi pelakon dalam masa yang sama angan-angannya terus kekal disitu serta tidak membebankan dirinya.

Aku juga berangan-angan untuk membuat ternakan kuda.Melihat pada kenaikan petrol dari masa ke semasa pastinya ramai yang mengeluh kerana ia turut melibatkan kenaikan bahan mentah yang lain.Aku terfikir sekiranya ternakan kuda diperkenalkan atau diperluaskan dikawasan kampung atau felda umpamanya selain menjimatkan ia turut boleh menjana pendapatan sampingan buat mereka dengan menjual daging kuda atau boleh dijadikan riadah melalui aktiviti berkuda terutamanya buat golongan remaja yang sering dikaitkan dengan budaya rempit.Dengan persekitaran semulajadi dikelilingi hutan serta keluasan ladang yang ada ia tidak mustahil akan menjadi kenyataan..mungkin terdapat sedikit masalah terutamanya atas faktor iklim tetapi ia bukan mustahil untuk dilaksanakan suatu hari nanti walau bukan aku yang mulakan.

Apa yang pasti angan-anganku juga untuk masa depan diri aku sendiri dan paling penting ia tidak membebankan diri aku serta orang lain.Sekiranya anda mempunyai cita-cita teruskanlah sekiranya anda berasa selesa dengan apa yang anda lakukan.Mungkin anda berkata ia menjadi pendorong pada diri anda untuk menetapkan matlamat serta wawasan dalam hidup maka teruskan kerana kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama hanya cara atau kaedah berfikir yang berbeza..yang penting kita berusaha untuk mencapai matlamat kita..yakin boleh !!!.

26 Mei 2010

48-APA SALAH MENCUBA

Melihat kejayaan orang lain dengan perniagaan mereka aku juga turut ingin mencuba...tetapi masalah biasa yang wujud dalam kebanyakan diri kita orang Melayu termasuklah aku adalah dari segi modal dan pemilihan produk.Selain dari itu faktor lain juga adalah atas minat kita sendiri..tapi aku yakin kalau bisness menjadi dan maju bersama keuntungan yang lumayan apakah masih tidak timbul minat ??..

Perbezaan ketara pada pemikiran kita orang melayu dengan cina adalah kita takut pada risiko dan prinsip mereka adalah 'untung' atau 'rugi' tiada istilah "jadilah cukup-cukup makan" seperti yang biasa kita dengar dari kelompok peniaga melayu.Tetapi yang menghairankan kenapa ramai orang melayu kita sanggup gadaikan tanah atau keluarkan duit berpuluh ribu dari bank untuk menyertai skim cepat kaya?? bukankah itu juga berisiko sedangkan selama ini kita semua memperkatakan berkenaan risiko apabila diajak berniaga ??

Dengan sedikit kemahiran yang aku ada aku membuka syarikat aku sendiri dengan membuat part time untuk design dan membuat drawing samada 2D atau 3D.Bersempena dengan namaku aku daftarkan dengan nama "AFH Vision Enterprise" (Ahmad Fauzi Hashim) yang mana yuran pendaftaran tidaklah mahal sekitar rm100 termasuk upah cop lawyer yang memang dah tersedia disitu.Kerja aku lakukan semasa dirumah iaitu pada waktu malam atau pada hari sabtu dan ahad.Aku tidak sesekali lakukan pada waktu pejabat kerana aku tidak mahu campur adukkan dengan kerja luar serta aku beranggapan tidak wajar aku lakukannya.Aku tidak iklankan dimana-mana kerana aku takut aku tidak mampu memenuhi dateline dari pihak pelanggan ..hanya melalui info rakan kepada rakan yang lain.Itupun ada beberapa order yang terpaksa aku tolak kerana berasakan tidak mampu untuk laksanakan atas faktor masa.

Ketika aku berkunjung ke rumah saudara isteriku mereka perkenalkan padaku satu produk yang dihasilkan dari ekstrak serai wangi.Tertarik ingin mencuba disamping untuk menjaga hati saudara maka aku ambillah satu. Melihat pada keberkesanannya isteriku meminta untuk order lagi hinggalah telah 4 botol kami gunakan.
Saudaranya pula memberi cadangan agar aku menjadi pengedar pada produk ini dan setelah diberi alamat aku lantas menuju ketempat yang disebutkan.Dari perbincangan dengan mereka aku digalakkan untuk menggunakan jenama aku sendiri tambahan lagi syarikat aku telah pun sedia ada..bermakna mereka hanya bekalkan barang mentah bersama botol kosong.Selain aku terdapat juga beberapa syarikat lain yang turut mengambil dengannya dan menggunakan jenama masing-masing.

Aku membuat lakaran serta mencari beberapa info dari internet untuk menghasilkan sticker aku sendiri. Bersama teman sekolahku (terima kasih Zimak) kami berjaya menghasilkan stiker menggunakan jenama "OZZY" yang aku cukup berpuas hati meskipun terpaksa bersengkang mata hingga jam 3 pagi.Aku anggap satu lagi kejayaan buat diriku meskipun jualannya tidak terlalu memberansangkan akibat kurangnya promosi tapi itulah yang aku katakan sikap kita orang melayu 'jadilah dapat banyak tu pun'  turut terpalit padaku juga.Apapun itu semua hanyalah sekadar backup untuk diri aku sendiri siapa tahu mungkin satu hari nanti aku akan bertemu dengan peluang yang lebih besar..telah aku katakan "tidak salah jika ingin mencuba"..


Sasaranku sebenarnya adalah untuk memulakan perniagaan membekal roti burger setelah aku lihat semakin ramai yang membuka gerai menjual burger.Sewaktu ingin mengambil keputusan membeli rumah flet dahulu aku terlihat sebuah kedai yang aku rasakan sesuai untuk memulakan perniagaan ini.Harga yang ditawarkan adalah rm25 ribu.Kedai ini terletak ditempat yang aku rasakan amat strategik iaitu dilaluan utama yang menghubungkan dua buah taman yang terletak bersebelahan .Kedua-dua taman ini amat banyak didirikan stor burger yang mana hampir setip lorong masuk terdapat satu gerai burger belum termasuk pasar malam di situ.Perancangan aku adalah untuk membuat roti dengan jenama aku sendiri "OZZY" tetapi setelah berbincang dengan isteriku kami memilih untuk membeli rumah terlebih dahulu meskipun hatiku masih ingin memiliki kedai tersebut.

Sebulan setelah rumah tersebut dibeli aku pergi semula melihat kedai tersebut..alangkah terkejutnya aku melihat pemiliknya turut membuka perniagaan yang sama seperti rancangan aku dan seperti dijangka ia menerima sambutan amat menggalakkan hingga kedainya penuh dengan roti dan daging burger manakala didepannya pula didirikan gerai burger..aku hanya mampu gelengkan kepala sambil tersenyum seolah-olah dia mengetahui rancangan aku sedangkan aku tak pernah beritahu pada sesiapa..tapi tak mengapalah kerana aku mempunyai rancangan lain pula iaitu untuk membekal roti burger dan pastinya ia lain dari yang ada dalam pasaran..insyaallah nantikan kehadiran roti burger "OZZY"..

Bagaimana dengan anda?.Aku pasti anda juga mungkin mempunyai angan-angan atau impian seperti aku tetapi selagi kaki kita tidak diangkat untuk melangkah selagi itulah kita akan terus kekal berdiri di situ ..tidak semestinya kita menuju ke destinasi yang sama kerana ada kalanya lorong yang dipenuhi semak samun tersembunyi permata yang kita tidak nampak..yakin boleh !!!

21 Mei 2010

PASANG CORNICE - ANDA JUGA MAMPU

Rumahku..Syurgaku..satu ungkapan yang sering kita dengar.Ada kalanya apabila kita melihat rumah orang lain hati kita akan berkata "wahh..cantiknya rumah dia" .. tetapi segalanya hanya mampu kita pendam atas faktor kemampuan diri kita sendiri.Meskipun kita tidak memiliki rumah sebesar dan secanggih mereka tetapi jika kita lakukan sekadar mengikut kemampuan pastinya kita turut berasa gembira dan selesa dengan apa yang kita miliki.

Kenapa perlu bebankan diri kita dengan sesuatu yang sememangnya diluar kemampuan kita. Jangan ingat rumah yang diluarnya kelihatan besar dan gah dengan rekaan serba canggih didalamnya juga menarik.Ada kalanya bergantung pada pemiliknya juga, kalau tak pandai susun atau berkemas pertama kali tetamu datang pasti boleh nampak dan terasa semaknya.

Antara yang menjadikan ruang dalaman nampak menarik sudah pastinya barangan perabut dan berbagai peralatan lain yang kita susun tak kira samada yang mahal ataupun murah sekalipun.Kita juga sering melihat ramai yang mencantikkan ruang siling rumah dengan pemasangan "cornice" dan hati kita akan berkata "hmm..cantiknya mesti mahal nak buat ni" termasuk juga aku turut beranggapan demikian pada awalnya tetapi sebenarnya kosnya tidaklah mahal jika kita buat sendiri.Betul ke?? Bagaimanakah caranya..aku akan cuba jelaskan.

Kebiasaannya sesuatu perkara yang aku tidak tahu dan tidak pasti aku akan belajar dengan melihat atau bertanya dengan orang yang tahu.Aku bertanya upah dan kos untuk memasang cornice dalam rumahku dan harganya memang mahal.Jadi cara yang aku buat adalah membeli dan memilih sendiri cornice yang aku inginkan termasuk gamnya sekali dan mengupah rakanku yang juga seorang kontraktor untuk memasangnya tapi hanya dibahagian ruang tamu kerana aku ingin melihat mungkin aku juga mampu buat sendiri.Upah yang dia minta untuk kerja tersebut adalah rm200..hanya untuk bahagian ruang tamu.

Harga cornice tidak mahal sebenarnya dimana jika cornice tanpa warna (putih) harganya cuma rm10 sekeping untuk saiz standard 7 kaki tetapi untuk yang bewarna harganya agak berbeza diantara rm20 ke rm30 bergantung pada ukirannya.Harga gam atau adhesive untuk satu beg rm22 dan cukup untuk keluasan satu rumah flet.Kerana itu aku memilih cornice bewarna yang harganya rm20 untuk 7 kaki.Setelah dibuat ukuran untuk ruang tamu aku hanya perlukan 6 keping bersamaan kos sebanyak rm120 sahaja dan dicampur dengan upah akan menjadi rm320.

Hari yang dijanjikan rakanku datang bersama dengan 4 orang pekerjanya.Aku melihat dengan teliti cara mereka buat dari awal proses iaitu bermula dengan bancuhan gam dengan air (seperti bancuhan simen) dimana jika terlalu cair cornice akan mudah jatuh tetapi jika terlalu pekat gam tersebut akan cepat keras sebelum kita dapat tampal dengan kemas.Melihat mereka buat aku terasa yakin aku juga mampu buat.

- gambar diatas adalah cornice yang dipasang oleh kontractor tersebut.

Untuk permulaan aku buat bahagian yang agak kecil iaitu cornice dibahagian kipas angin.Harganya juga tidaklah mahal untuk tanpa warna sekitar rm25 mengikut saiz dan jika bewarna agak mahal sekitar rm65 keatas mengikut saiz.Oleh kerana sebelum ini aku membeli cornice yang dipasang diruang tamu dengan cornice bewarna aku diberi beberapa botol pewarna untuk dibuat touch-up dan disebabkan pewarna tersebut masih banyak maka cornice dibahagian kipas ni aku beli yang warna putih pastinya kos lebih murah dan aku warnakan sendiri cornice tersebut dengan pewarna yang ada (seperti dalam gambar diatas).Tidak terlalu mudah rupanya dimana masalah berpunca dari bancuhan gam tersebut.Dibantu oleh isteriku empat kali aku naik turun tangga dalam cubaan untuk memasangnya.

Bancuhan pertama cair dan saat aku lepaskan cornice juga turut tanggal Maka aku terpaksa mengikis semula gam tersebut dari permukaannya bila setiap kali cubaanku gagal.Kali ke 2 juga sama dan cubaan ke 3 pula gam tersebut terlalu pekat menyebabkan belum sempat aku tampal gam tersebut dah pun keras.Isteriku dah mula mengeluh meminta aku upah kontraktor saja kerana dia kesian melihat aku tapi aku masih belum mahu mengalah dan aku rela cornice tu hancur berkecai dari aku mengalah.Cubaan ke 4 aku mengambil masa lebih sedikit untuk membuat 'agakan' yang tepat pada bancuhan gam.Kali ini cubaanku berjaya tetapi untuk lebih yakin aku paku di dua bahagian yang melintang dan setelah kering dan kuat..paku tersebut aku tanggalkan semula dan dibuat touch-up pada lubangnya.

Yakin setelah cubaan itu berjaya aku teruskan pula dengan memasang dibahagian "dining" ataupun ruang makan (lihat foto).Aku sengaja memilih corak yang berlainan dengan ruang tamu untuk membuat kelainan.Kali ini dengan bancuhan yang aku dah tahu 'agak' kerjaku menjadi lebih mudah tapi timbul juga masalah lain iaitu ketika membuat cantuman pada sudut atau penjuru.

Beberapa kali aku mencuba untuk dapatkan cantuman hingga kali terakhir masih terdapat sedikit ruang kosong antara cantuman tersebut.Ruang tersebut akan ditampal dengan bancuhan gam tadi dan disapu dengan rata manakala bunga yang dicantumkan perlu di touch-up dengan pewarna.Kos keseluruhan untuk membeli cornice dibahagian ini adalah sebanyak rm175 dengan harga rm25 sekeping (7 keping).

Inilah hasilnya (lihat foto dibawah) ruang dalaman rumah flet yang aku berjaya beli itu setelah aku sapukan cat sendiri mengikut warna pilihanku dan anda boleh buat perbandingan setelah kesemua ruang telah dipasang dengan cornice.Kos keseluruhan sekitar rm500 berbanding jika aku upah kesemuanya kos termasuk upah antara rm1500 ke rm2000.Anda juga boleh lakukan bukan ?? tapi aku nasihatkan cuba bahagian yang kecil dahulu dan setelah yakin baru beralih pada ruang yang lebih besar.Selamat mencuba  ...yakin boleh !!!








- Foto yang diambil dari ruang makan (kiri) 'cornice' dipasang oleh kontraktor dan foto yang diambil dari ruang makan (kanan) 'cornice' dipasang oleh aku dan isteriku.

20 Mei 2010

PERISTIWA DI RUMAH SEWA

Ketika menyewa dirumah dato tersebut berlaku peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.Jiran sebelah rumahku adalah keluarga India.
Mereka ini membela kucing tapi yang menjadi masalah adalah kucing mereka tu membuang najis dirumahku.Oleh kerana rumah mereka bersimen penuh maka kucing mereka datang kehalaman rumahku untuk melepaskan hajat.Kadang-kadang bengang juga dengan bau yang sungguh menyucuk hidung.Ada ketikanya sengaja aku kaut tahi kucing tu dan lemparkan kerumah dia..bagi dia pulak rasa harumannya.

Mereka bermain dan bela kucing tapi kami pulak kena buang najisnya ..kalau dah hari-hari mana boleh tahan.Aku yang dah hilang sabar hanya menunggu peluang untuk menangkap kucing tu untuk dibuang jauh-jauh..dah tuannya tak reti bahasa.Bila dapat saja peluang aku terus tangkap dan buang agak jauh juga dari rumahku.Selepas itu aku tengok mereka anak-beranak tercari-cari kemana kucing mereka hilang dan aku buat tak tahu sajalah tapi aku tengok mereka dah mula mengesyaki aku.Aku tak kisah kalau diaorang tanya memang aku nak cakap pun.

Seminggu selepas itu jiranku buat perangai lagi.Mereka memasang 'colok' dengan asap tebal masuk kerumah aku.Kali ini terpaksa pulak aku halakan kipas untuk menghalang baunya masuk kerumah kami.Aku juga perasan jiranku itu mula menggantung benda-benda pelik diluar rumahnya seperti gambar dan duit kertas dari thailand (siam).Di tepi pagar pula dia menyusun duit syiling juga duit siam.Aku malas masuk campur dan enggan bertanya apa yang dia buat.

Selepas beberapa hari ketika dipejabat isteriku menelefon dalam keadaan termengah-mengah meminta aku balik segera kerana katanya susah nak bernafas.Aku segera balik untuk melihat keadaannya dan bertanya apa yang berlaku mungkin tercekik tulang tapi katanya bukan tercekik tulang tapi dia rasa susah nak bernafas.Melihat keadaannya yang nampak pucat dan termengah-mengah aku segera bawa dia ke hospital dan tiba disana doctor terus membuat x-ray tapi tiada apa-apa yang kelihatan.

Selepas itu keadaannya masih tak berubah dan dia sering menarik nafas dan masih termengah-mengah.Kami kemudiannya pulang ke kampungnya selepas emaknya risaukan keadaannya.Ketika disana keadaannya masih tidak berubah.Esoknya sekali lagi kami sama-sama membawanya ke klinik setelah melihat keadaannya semakin pucat.Tiba di klinik isteriku diberi bantuan oxygen dan segera dibawa menaiki ambulance untuk dihantar ke hospital Seremban.(kampungnya di Rembau).Tiba dihospital sekali lagi dibuat x-ray dan keputusannya tetap sama..tiada apa-apa objek yang dapat dikesan.Balik ke rumah kami memilih untuk mencuba pula cara kampung.

Malamnya bomoh yang dipanggil pun datang bersama dua orang pembantu.Isteriku berbaring diruang tamu sambil disaksikan oleh kami semua upacara perubatan tersebut.Aku sempat merakam cara mereka lakukan perubatan tersebut malangnya rakaman tersebut dah pun terpadam.Kami melihat bomoh tersebut seperti menarik tali keluar dari mulut isteriku.Kemudian tali tersebut dibuang ke dalam baldi yang telah disediakan.Selepas selesai isteriku di bekalkan dengan buah limau nipis untuk dibuat mandian.Malam kedua caranya juga sama dan aku terpaksa berkejar selepas waktu kerja terus balik ke Rembau.

Malam ke 3 aku memilih untuk tidak lagi kesana kerana penat lagipun keluarganya ada disana.Ketika berseorangan dirumah aku meninjau-ninjau apa yang jiran aku buat dan hatiku tergerak untuk melihat dibelakang rumah.Dalam kegelapan jam sekitar 11.30 malam aku meraba tembok pemisah antara rumahku dengan rumah dia dan aku terkejut bila aku dapati seketul duit syiling siam terikat pada seutas tali dan dipacakkan diatas tembok tersebut.Aku segera menyentap dan menyimpan syiling tersebut dan dalam masa yang sama aku terus meraba apa lagi yang ada diatas tembok tersebut.Sekali lagi aku terkejut bila aku dapati dihujung tembok tersebut terdapat satu paku besar yang panjangnya sekitar 4 inci diletakkan disitu.Aku segera mengambil paku tersebut dan bila aku amati terdapat satu tanda bewarna putih (biasa dicalit pada dahi mereka dan biasanya mereka gunakan abu mayat).


Setelah berpuashati tiada lagi barang lain paku tersebut aku baling dengan sekuat hati sejauh mungkin.Aku masuk kerumah dengan perasaan puas.Setelah itu aku bersandar di sofa sambil menonton tv tapi entah kenapa hati aku seakan tidak berpuashati untuk melihat apa lagi yang ada dibelakang rumah.Aku sekali pergi untuk melihat ditempat yang sama.Aku meraba permukaan tembok..tali yang aku putuskan tadi masih ada dan apabila sampai ke hujungnya aku tersentak bila aku dapati paku yang tadi aku buang kembali semula ke tempat asalnya!! hati aku berkata mustahi kerana tadi aku dah lontarkan dengan sekuat hati aku.Bila aku amati semula memang betul itu adalah paku yang sama dengan tanda diatasnya.

Kali ini aku tidak buang tapi memilih untuk bertanya dengan bomoh yang sedang mengubati isteriku.Selepas menerangkan apa yang berlaku bomoh meminta aku masukkan paku beserta duit syiling tersebut ke dalam bekas yang berisi garam dan aku hanya menurut arahannya.Keesokannya aku pulang kekampung untuk mengambil isteriku balik kesini selepas selesai upacaranya (3 malam).Kami dibekalkan dengan garam untuk ditabur ke setiap penjuru rumah.Selepas 2 hari isteriku mengadu kembali sesak nafas.Kami kemudian membawa dia berjumpa dengan seorang lagi bomoh disini dan menurut bomoh tersebut berdasarkan pengalamannya mengubati penyakit seperti ini kami tiada pilihan mesti pergi berubat dengan 'Sami India' dikuil mereka dan sami tersebut mestilah sami yang sebenarnya yang berasal dari india atau sri lanka.

Aku dah tak kisah lagi asalkan isteriku baik maka aku bertanya pada rakan-rakanku yang berbangsa india dimana nak cari sami tersebut.Menurut mereka aku boleh pergi ke kuil yang terletak berhampiran dengan hospital assunta yang mana saminya memang didatangkan dari Sri Lanka.Tiba disana dan bertemu dengan sami berkenaan aku menerangkan masalah yang berlaku.Dia meminta aku pecahkan sebiji kelapa sambil berniat dan dengan sekali baling kelapa tersebut terus pecah jika tak pecah bermakna aku kena ulangi lagi...masa tu hatiku tergelak sebenarnya tak pasal-pasal kena pecahkan kelapa pulak..

Kemudian kami dibekalkan dengan air yang diisi kedalam botol dan dia menyuruh aku renjiskan air tersebut disekeliling rumah sebelum waktu maghrib iaitu sebelum jiranku bunyikan locengnya. Selepas itu syukurlah isteriku sembuh dan kembali boleh bernafas seperti biasa.Kejadian tersebut menambahkan lagi azam aku untuk berpindah dan sebolehnya untuk terus membeli rumah.Jika tak dapat belipun kami tetap akan pindah. Sungguh tak masuk akal hanya kerana kucing kami terpaksa menanggung semua ini lebih-lebih lagi isteriku.. yang bersalah aku tapi dia yang menjadi mangsa.

19 Mei 2010

AKU BERJAYA MEMILIKINYA

Dari nombor telefon yang tertera pada papan iklan aku segera mendail dan disambut oleh seorang perempuan cina.Menurutnya dia adalah ejen menjual rumah tersebut yang juga dari milik keluarga cina.
Rumah tersebut terletak di tingkat satu dengan keluasan 810 kaki persegi (rumah flet kos rendah keluasannya 650 k/p) bersama 3 bilik dan 2 bilik air yang memang menjadi pilihanku kerana aku tidak suka kedudukan tingkat bawah yang kotor ditambah dengan motor yang diparking disitu.

Pada mulanya aku bertanya berapa kadar sewa dan dia mengatakan sewa sebulan rm600 tapi menurutnya lebih baik jika aku beli kerana jika aku sewa bila sudah ada pembeli aku akan diarahkan keluar pada bila-bila masa.Harga yang ditawarkan adalah rm98 ribu..aku hanya mampu mengangguk kerana aku tahu aku tidak mampu mencari duit deposit sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah bermakna aku perlu sediakan sebanyak rm9800.Aku katakan aku akan fikir dulu dan jika aku berminat aku akan telefon dia semula.(memang minat tapi tak ada duit sebenarnya hmmm...)


Hari berikutnya aku hanya memikirkan bagaimanakah caranya untuk aku mendapatkan duit sebanyak itu.Aku cuba bertanya pada pihak bank jika ada yang boleh memberi loan 100% tapi hampa kerana mengikut prosuder bank pembeli dikehendaki membayar 10% dari harga rumah.Aku masih belum berputus asa dan cuba pula memohon personal loan sebanyak 10 ribu.Ketika proses berjalan aku cuba mencongak cara yang lebih mudah kerana kos tambahan perlu disediakan seperti bayaran lawyer rumah dan lawyer bank.Cara yang aku buat adalah aku 'upkan' lagi harga asal rumah tersebut sebanyak 10% maksudnya jika bank bertanya nanti harga yang aku beritahu adalah harga yang telah aku naikkan sebanyak 10% dan selepas bank tolak sebanyak 10% maka aku akan dapat semula harga sebenar rumah tersebut.Ini bermakna aku akan memperolehi juga loan 100 % !!!.

Selepas pinjaman aku diluluskan aku segera berjumpa dengan ejen tersebut dan Alhamdulillah.. setelah berunding dia menawarkan harga rumah tersebut rm92 ribu dan aku hanya diminta membayar sebanyak rm5 ribu sahaja.. ertinya kurang dari 10% dimana aku sepatutnya perlu bayar sebanyak rm9200.Ini bermakna duit pinjaman sebanyak 10 ribu itu aku boleh langsaikan bayaran lain yang akan dikenakan nanti.Dengan pihak bank aku tetap naikkan harga rumah tersebut agar menjadi semula pinjaman kepada 100%.Dari harga rm92 ribu setelah ditolak rm5 ribu harga rumah tersebut kini menjadi rm87 ribu dan dari harga rm87 ribu aku tambah semula 10% menjadi rm95.700 tapi aku genapkan kepada 97ribu.Setelah pihak bank menolak 10% bermakna harganya akan menjadi semula harga asal iaitu rm87 ribu bersamaan loan 100% betul tak??.

Pihak bank pula menawarkan loan termasuk yuran guaman sekali ..maka lepaslah aku dari bayaran kepada peguam bank dan yang aku perlu bayar hanyalah pada lawyer rumah sebanyak rm2,500.Duit selebihnya aku simpan untuk membayar benda-benda lain seperti tukar nama elektrik dan air.Inilah caranya orang yang tak pandai menyimpan duit macam aku ni..tangan panas pantang bila ada duit Walau apapun aku kira itu lebih baik dari aku terus menyewa sebanyak rm600 sebulan dan bayaran bulanan yang aku perlu bayar untuk rumah ini adalah rm550 ...bezanya ia akan jadi hak milik aku.

Terpulanglah pada pemikiran masing-masing mungkin ada yang berpendapat cara aku ini salah dan aku akui cara ini bukanlah cara yang terbaik tapi sampai bila aku harus tunggu duit aku akan cukup sedangkan sewa rumah tetap aku kena bayar setiap bulan??.Mungkin ada ramai yang lebih suka bergaya dengan kereta baru dan mahal tapi fikirlah harga kereta hari ini beli esok dah jatuh harganya tapi harga rumah semakin hari semakin naik dan bulan lepas jiranku yang ditingkat tiga berjaya menjualnya dengan harga rm120 ribu..itu tingkat 3 sedangkan aku ditingkat 1 rasanya senang-senang boleh jual dengan harga rm150 ribu.Pejam celik personal loan yang aku buat tu pun dah nak habis bayar dan lepas ni aku hanya bayar ansuran rumah sahaja.Manakala rumah aku di Ulu Yam (Batang Kali) masih lagi disewa oleh orang yang sama dan harga pasarannya juga semakin melonjak.

Ingin aku ingatkan pada rakan-rakan semua bahawa sekiranya kita mempunyai impian dan untuk mencapai impian tersebut gunakanlah akal yang dianugerahkan sebaik mungkin untuk berfikir dan mencari jalan untuk memanfaatkannya meskipun ada kalanya nampak seakan mustahil tapi tidak salah jika kita terus berfikir dan berusaha.Segalanya terletak pada minda dan semangat kita sendiri..

ozzy - Syukur Alhamdulillah..

13 Mei 2010

43-NASIB RAKANKU

Lama tak bersua dengan rakanku ini..rakan yang banyak memberi tunjuk ajar padaku dulu (ketika bekerja di syarikat sweden).Berpindah ke sini pastinya aku ingin khabarkan pada dia.Hari yang dijanjikan setelah aku menelefonnya kami bertemu di sebuah kedai makan.Aku terkejut melihat perubahan yang amat ketara pada diri dia.Badannya yang dulu berisi kini kelihatan kurus dan wajahnya agak cengkung.Aku bertanya kenapa dia kelihatan begitu seakan sedang dilanda masalah.

Tanpa berselindung dia menceritakan kisah yang berlaku pada dirinya.Saat bercerita dia kelihatan agak kecewa dan sedih tapi aku tahu rakanku ini seorang yang kuat semangatnya.Menurutnya dia dan isterinya sudah tidak bersama lagi dan telahpun bercerai.Aku sungguh terkejut dan seakan tidak percaya.Dia hanya tersenyum dan berkata "macam tak percaya kan" ..manakan tidak selama ini dia dan isterinya aku anggap pasangan yang ideal dan sangat romantik.Bukan aku saja berkata begitu malahan rakan-rakanku yang lain juga mengakuinya.

Ditambah lagi dengan panggilan 'ayang' buat isterinya memang kedengaran cukup mesra.Dia berkata samada aku ingin percaya atau tidak ia sememangnya sudah berlaku dan kerana itu juga dia berpesan pada aku jika bertemu dengan rakan-rakan lain hebahkanlah kepada mereka semua kerana dia tidak mahu jika orang lain melihat isterinya atau dia berjalan-jalan dengan pasangan lain akan menimbulkan salah faham atau fitnah antara kami.

Seakan mengetahui isi hatiku yang ingin tahu apa yang berlaku dia segera menjelaskan kedudukan sebenar. Menurutnya agak lama juga dia cuba mencari bukti dan melihat tingkahlaku isterinya. Akhirnya setelah segalanya terbongkar dan isterinya turut mengakui perbuatannya hatinya hancur luluh.Kini dia sedar kasih sayang yang dicurahkan belum cukup membahagiakan hati isterinya namun dia akur jika itulah kehendak isterinya maka dia rela lepaskan.Menurutnya lagi saat dia berpisah segala yang dia miliki bersama isterinya sudah tiada nilai dan dia juga tidak ingin lagi mengenang walau secebis kenangan saat manis bersama isterinya itu...lalu hanya dengan beberapa helai pakaian yang disumbat ke dalam beg dia melangkah keluar dan tidak mungkin akan berpaling lagi.Menurutnya isterinya menjadi isteri kedua kepada seseorang yang kedudukannya lebih tinggi dari dia.Dia redha jika itu pilihan bekas isterinya dan lebih memilukan apabila dia berkata rumah bekas isterinya dibina bersebelahan dengan rumah madunya!!.Kata-kata terakhir darinya "perkara telah berlaku dan sememangnya itulah kehendak dia aku tidak akan halang..walau apapun hidup mesti diteruskan" 


Mengimbas kenangan sewaktu aku bersamanya sebagai rakan sekerja suatu ketika dulu sering aku perhatikan dia meminjam wang dari rakan-rakan termasuk aku meskipun gajinya lebih tinggi dari aku.Wangnya banyak dihabiskan untuk menyara keluarga dan juga perbelanjaan bekas isterinya yang ketika itu masih menuntut dalam jurusan undang-undang.Pada awalnya dia hanya menyewa sebuah rumah kedai ditingkat satu dan aku juga turut sama membantu dia mengangkat barang-barang ketika berpindah.Kemudian sekali lagi aku membantu dia apabila berpindah ke rumah teres 2 tingkat.Kasihan melihat isteri dan anaknya maka dia mengambil orang gaji.Pernah juga dia datang bersama isterinya ke rumahku untuk meminjam motorsikal aku.Isterinya itu sebenarnya rakan kepada adiknya dan mereka tinggal sekampung.Apabila adiknya perkenalkan kepada dia barulah dia mengenal erti cinta akhirnya mendirikan rumahtangga.

Setelah isterinya tamat belajar dan menggengam segulung ijazah dia sangkakan hidup mereka akan berubah.Lebih mengembirakan apabila isterinya membuka syarikatnya sendiri..syarikat lawyer. Malangnya langit cerah yang diharapkan perlahan-lahan di selubungi awan.Meskipun dia tidak menyatakan tapi aku beranggapan isterinya mula lupa diri..lupa pada siapa yang membantunya selama ini..lupa pada siapa yang berkorban untuknya selama ini dan lupa pada kasih sayang yang dicurahkan tanpa berbelah bagi.Pelangi yang diharapkan juga tidak kunjung tiba maka begitulah kesudahannya.

Kini dia telah bertemu jodohnya..anak dara lagi.Yang pastinya dia berkata bahawa dia tidak akan ulangi lagi perkara yang sama dan pesannya "kalau sayangkan isteri biarlah berpada kerana jika terluka terasa hidup seakan tidak bermakna dan merana" Aku doakan dia bahagia bersama mahligai yang kembali dibina...bezanya kali ini mahligai yang dibina setelah tumpahnya air mata.Baru-baru ini ketika bersua dengannya isterinya baru saja lepas bersalin.Bercerita tentang syarikatnya alhamdulillah kini semakin maju dan kerap juga terbang ke luar negara kerana syarikatnya bekerjasama dengan sebuah syarikat bertempat di UK manakala pusat pengeluarannya pula bertempat di Yemen.

Itulah secebis kisah didalam ruang lingkup sebuah kehidupan sahabat aku.Ada ketikanya sukar untuk difahami dan ada ketikanya amat sukar untuk dimengerti.Selagi kita bernama manusia maka selagi itulah segalanya berkemungkinan.Mungkin ada diantara anda juga pernah melaluinya malah mungkin episod yang anda lalui lebih hebat dari ini.Ketika itu berbagai persoalan akan menerjah di fikiran seperti entry di episod 34 (sila klik)

Kisah yang hampir sama turut berlaku pada seorang lagi rakanku dan keadaannya aku rasakan lebih teruk hingga membawa dirinya ke sebuah pulau.Bezanya jika rakan yang aku aku ceritakan disini berpunca dari kesempitan wang rakanku yang satu ini pula terbalik.Kisahnya berlaku ketika zaman kegemilangannya bersama kereta BMW yang dipandunya juga sebuah lagi untuk isterinya tetapi masih berlaku perkara yang sama tapi tak serupa..rasanya cukuplah setakat ini saja kisah dari rakanku untuk kali ini.

Tiada niat niat untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa sekadar buat renungan untuk diri aku sendiri dan sama-sama berkongsi dengan anda semua.Persoalannya apa sebenarnya yang kita mahukan...harta atau kasih sayang? cukupkah hanya sekadar kasih sayang atau cukupkah hanya dengan limpahan harta?? atau mungkin juga hanya bersandarkan pada paras rupa??..saya serahkan pada anda membuat penilaian..

12 Mei 2010

RAKAN YANG BERJAYA

Di sini aku juga ingin paparkan beberapa orang rakanku yang aku anggap telah berjaya jauh melangkaui pencapaian aku.
Gambar disebelah adalah ketika aku bersama rakanku 'Bahtier' sewaktu pertemuan kami minggu lepas.Telah hampir 15 tahun rasanya kami tidak bersua dan pertemuan yang tidak diduga diatur setelah kami bertemu didalam facebook.

Aku amat bangga melihat kejayaan rakanku ini yang satu ketika dulu kami pernah mandi sungai dan bermain bersama-sama.Ikuti paparan kejayaan beberapa rakanku ini.

- Bahtier bin Abu Bakar...boleh lihat facebooknya dgn nama yang sama.Kami sekelas dari tingkatan satu hingga tingkatan 3 dan pelajar yang bijak dalam matematik. Dikenali dengan panggilan 'Tiat' sewaktu dizaman persekolahan.
Memilih kerjaya sebagai guru sehingga hari ini dan mengajar disekolah yang sama sewaktu kami bersekolah dulu sebagai guru matematik.

Beliau juga pernah melalui episod sedih ketika merantau ke KL pada suatu ketika (waktu yang sama ketika aku juga merantau ke KL) bezanya dia tidur beralaskan kotak aku pula tidur di stesen bas.Kenangan bersamanya sewaktu dia menjual 'pistol tembak ikan' kesayangannya pada aku dengan harga rm10.Bersama dia jugalah aku belajar 'membarai' motor honda cup ayahku hehe..

Menurutnya kerjaya menjadi guru bukanlah kerjaya yang menjanjikan kemewahan hingga memaksa dirinya membuat kelas tuisyen dan terasa amat meletihkan.Lantaran itu berkat usaha dan rezeki yang dilimpahkan kepadanya kini dia melangkah terus jauh dengan menjadikan kerjaya sampingan menjual produk 'HI-O' dan kejayaannya terserlah bersama kereta MPV "toyota alphard" yang dipandunya sewaktu kami bertemu juga sebuah kereta BMW milik isterinya seorang surirumah yang turut sama berganding bahu menjalankan bisnes tersebut.Disamping itu juga setiap tahun mereka turut dibiayai untuk 'berbulan madu' antaranya ke Paris.Tahniah buat rakanku ini dan yang pastinya dia tetap ' Tiat ' yang aku kenali 15 tahun dulu...syabas...

- Ramli bin Mohammad...menggunakan nama yang sama didalam facebook..Rakan baikku sewaktu kami tinggal diasrama kemana saja sering berdua hingga menyebabkan cikgu terpaksa memisahkan kami (apa..ingat kitaorg ni gay ke??..hehe) sebenarnya tujuan cikgu pisahkan kerana cikgu mahu kami rapat dan mesra dengan semua penghuni asrama.Dikenali dengan panggilan Awang atau 'Awe' sewaktu disekolah dulu.

Bersua dengannya setelah 20 tahun terpisah membuatkan aku hampir tidak mengenalinya kerana masa sekolah dulu kurus je.Bertemu dengannya turut merungkai beberapa episod menarik dalam hidupnya yang juga merantau ke kuala lumpur.Bezanya episod sedih yang dilaluinya hanya setelah dia berumahtangga hingga satu ketika dia terasa ingin tinggal dibawah jambatan bersama anak isteri akibat tekanan dalam hidup dan antara ayat yang menyentuh perasaan aku bila anaknya bertanya " ayah tv kita mana??" setelah tv dirumahnya dirampas kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan serta beberapa lagi episod yang tak perlu aku sebutkan secara detail.

Ideanya bermula akibat dia tidak fasih berbahasa inggeris maka dia mencipta sendiri kamus yang dibuat dalam bentuk CD.Dengan hanya bermotorsikal dia memperkenalkan produknya dengan berulang alik untuk membawa 'monitor' setelah itu kembali semula mengambil 'CPU' untuk membuat presentation.bayangkanlah..
Kini dia berdiri megah bersama syarikatnya "Alaf Teras sdn. bhd." peneraju utama dan pembekal tunggal 'E-Kamus' di dalam Malaysia bersama anak syarikat diseluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.websitenya boleh dilawati di www.alafteras.com.Bersama bangunan tersergam kukuh yang baru dibelinya kini dia mengorak langkah untuk mencapai status 'Holding'.TAHNIAH juga buat rakanku ini dan dia masih lagi  'Awang' yang aku kenali 20 tahun dulu...syabas moga terus success.

- Mohd Shukri bin Jamaludin ..rakan sebaya tapi dikelas bersebelahan sewaktu bersekolah dari tingkatan 1 hingga 3.Tinggal diasrama yang sama ketika kami pindah ke sekolah sains sewaktu ditingkatan 4 hingga 5 tetapi dorm yang berlainan.Dikenali dengan panggilan 'Jalut' sewaktu kami bersekolah dan seorang yang gemar mencari populariti.
Tamat belajar pastinya kerjaya yang dipilih turut seiring dengan minatnya untuk menjadi popular dan kali pertama bersua dengannya ketika dia bekerja sebagai deejay disebuah pasaraya di Temerloh.

Pernah memasuki rancangan 'passport kegemilangan' anjuran TV3 dan pernah menjadi DJ jemputan di stesen radio Pahang FM.Kini dia semakin berjaya setelah menceburi bidang politik yang semakin mempopularkan dirinya.Bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya tetapi tewas. Dia boleh ditemui di blognya 'cucumatkilau.blogspot' dan diantara penyokong kuat DSAI.Untuk mengenalinya pada yang belum kenal bolehla lawati blog dia.Meskipun 'idealogi dan fahaman' kami berbeza aku tetap menganggap dia rakan aku dan aku harap dia masih menganggap aku sebagai rakannya walaupun hingga ke hari ini aku masih belum berkesempatan bertemu dengannya.

Rakan-rakan lain juga aku anggap berjaya tetapi dalam erti kata 'berjaya dalam kehidupan masing-masing' bersama keluarga tersayang.Ini termasuklah rakanku ZULKBO (dalam foto berdiri paling kiri yang juga follower aku) atau boleh ditemui di zulkbo.blogspot..kami juga sekelas dari form 4 hingga 5.Pelajar yang dikenali kerana riuh dengan loghat kedahnya hehe..jgn marah zul.Beliau juga menyimpan kisah suka duka sewaktu merantau ke Kuala Lumpur satu masa dulu..mungkin satu masa nanti dia juga turut ingin berkongsi kisahnya dengan kita semua...terserah pada dia tapi Zul yang aku kenal tak mungkin rajin menaip macam aku buat ni..hehe betul tak zul??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...