28 Oktober 2010

ADA UBI ADA BATAS

Apabila hidup semakin maju bersama kos sara hidup yang semakin meningkat maka kita sebagai manusia berlumba-lumba mengejar dan menggali segala sumber yang ada untuk meneruskan hidup.Zaman ini ramai yang berkata kita perlu merebut setiap peluang yang terhidang kerana bimbang kita akan terus tercicir dan terpinggir.

Seperti apa yang sering dikata tidak rugi jika berbudi pada tanah merujuk kepada bidang pertanian samada secara komersial atau untuk dimakan bersama keluarga.Antara yang mudah ditanam dan pernah menjadi sumber bekalan utama penduduk tanah melayu dahulu kala adalah ubi kayu.Kini ubi kayu turut tersenarai sebagai produk yang boleh dikomersialkan. Pasti kita semua pernah mendengar peribahasa ini " ADA UBI ADA BATAS ..ADA BUDI BOLEH DIBALAS atau ADA MASA BOLEH DIBALAS " merujuk kepada tindakbalas perbuatan yang kita lakukan.Jika perbuatan baik maka dibalas dengan baik dan jika perbuatan jahat akan dibalas dengan jahat.

Merujuk pada peribahasa tersebut ianya diambil atau dikaitkan dengan tanaman ubi kayu yang ditanam diatas batas yang dibina seolah-olah sebagai satu pasangan atau kata mudahnya jika ada ubi mesti ada batas.Seiring dengan perubahan zaman ubi kayu kini semakin dilupakan meskipun penjagaan dan penanamannya tidaklah rumit.Mungkin kerana faktor beras (padi) yang menjadi makanan asasi dan mudah dibeli dimana-mana pasaraya selain faktor kita tidak lagi berminat atau malas untuk mengusahakannya.

Ramai antara kita sedia maklum bahawa ubi kayu juga turut menjadi makanan kegemaran binatang bergelar Babi.Babi merupakan ancaman utama kepada pengusaha tanaman ini.Ini bermakna selain batas turut dikaitkan dengan ubi kayu adalah babi.Bezanya batas memberi tempat dan sedia berkhidmat untuk ubi kayu sementara babi merupakan pemusnah atau perosak.Selain merosakkan ubi kayu babi ini turut memusnahkan batas yang dibina dan disemai di atas tanah yang 'subur'. Binatang ini juga tidak peduli pada batas tersebut yang rosak dan binatang ini juga tidak peduli tanaman atau hak siapa yang mereka ceroboh.

Justeru itu apa yang aku perhatikan zaman ini selain dari pepatah "ADA UBI ADA BATAS " pepatah yang semakin serasi dengan perubahan gaya hidup manusia masa kini adalah " ADA UBI ADA BABI " kerana di mana ada ubi maka pasti akan muncul babi.Spesis ini dengan rakus mengaut dan merosakkan sumber yang ada.Bukan saja menceroboh dan mengaut segalanya malah kawasan tersebut terus dijadikan habitatnya dan akhirnya mengisytiharkan bukan saja ubi kayu dan batas malah kawasan tersebut juga sebagai miliknya.

Sanggupkah kita sebut atau sekadar menyebutnya di dalam hati....kerana itu juga --->

BILA HATI MULA BERKATA... LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KUSALUT BISA



27 Oktober 2010

ULAR-ULAR

Kita semua mengetahui ular adalah sejenis binatang yang sangat berbisa dan mampu membunuh mangsanya dalam masa yang singkat.

Jika disebut ular maka kita membayangkan bentuknya yang panjang dan menjalar tapi jika disebut ular-ular ia mempunyai maksud yang berlainan.Ketika kita bangun dari tidur dan betis kita terasa sakit atau terasa otot betis kita kejang maka sakit ini disebut ular-ular.Rasanya ini kali  pertama aku alami sakit seperti ini.Ketika tidur tiba-tiba aku terjaga dan terasa otot betis aku kejang dan sakit rasa seperti terkena renjatan elektrik.

Jika mereka yang aktif bermain bolasepak atau bersukan mungkin pernah mengalaminya dimana dengan tiba-tiba otot betis menjadi kejang.Sebelum ini aku hanya mendengar orang kata berkenaan sakit ini.Aku hanya ketawa kerana aku terfikir apa kena mengena ular dengan betis hehe..Keduanya kenapa ia disebut ular-ular? Cuma yang pasti bila bangun dan berjalan memang betis terasa sakit.Persoalannya kenapa kesakitan ini disebut ular-ular ? betis dan ular..ular dan betis..hmmmm

ozzy - kena urut..

26 Oktober 2010

KERANA MULUT

Kemuncak bolasepak Piala Malaysia kini telah menghampiri klimaks.Bagi peminat bolasepak tempatan pasti telah sedia maklum pasukan yang akan merebut gelaran juara Piala Malaysia untuk tahun 2010 adalah antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Perlawanan ini juga seakan mengulangi Final Piala Malaysia pada tahun 2009 yang dimenangi oleh negeri sembilan.Seperti yang dijangka perlawanan tersebut turut dicemari dengan kekececohan yang ditimbulkan oleh kedua-dua penyokong.

Kita semua sedia maklum pasukan Kelantan atau digelar 'The Red Warriors' sememangnya sinonim dengan sikap fanatik penyokongnya.Kehadiran penyokongnya seringkali menenggelamkan keriuhan penyokong pasukan yang ditentang.Pasukan lain seperti N.Sembilan,Selangor dan Kedah tidak kurang hebatnya sikap fanatik penyokong mereka tetapi tidaklah sehebat penyokong pasukan Kelantan ini.Untuk menghukum kesemua mereka dengan gelaran 'samseng' atau 'gedebe' adalah tidak wajar kerana bukan kesemua mereka yang hadir semata-mata untuk membuat kacau atau menimbulkan kekecohan kerana ramai diantara mereka hadir bersama semangat kesukanan dan juga hadir untuk memberi sokongan buat pasukan atau lebih tepat lagi atas semangat kenegerian.

Di antara komuniti kedua-dua penyokong pasti terselit individu atau kelompok yang sememangnya telah menanam niat untuk menunjuk jaguh di luar padang.Apabila niat telah dipasang maka ia hanya menanti masa untuk diterjemahkan dalam bentuk perlakuan fizikal.Samada kita ingin mengaku atau tidak...samada kita sedar atau buat-buat tak sedar bahawa kita kaum Melayu cukup berani apabila bertembung sesama Melayu.Maka tidak hairanlah apabila kekecohan yang ditimbulkan samada di dalam atau di luar stadium melibatkan sesama Melayu.

Ucapan atau kata-kata provokasi merupakan antara penyumbang utama timbulnya kekecohan dan akhirnya mungkin akan melibatkan tragedi yang meragut nyawa atau kecederaan.Selain itu kerosakan harta benda samada di dalam stadium mahupun di luar stadium malah mungkin juga kenderaan awam turut terkorban. Kerana itu pepatah Melayu kita juga berkata " KERANA MULUT BADAN BINASA... KERANA PULUT SANTAN BINASA ".Untuk perlawanan akhir ini pepatah tersebut mungkin akan bertukar menjadi ayat yang lebih tepat iaitu " KERANA MULUT BADAN BINASA ... KERANA MULUT STADIUM BINASA ".

Walau apapun untuk tahun ini aku meramalkan Kelantan akan menjadi juara mungkin dengan jaringan 2-1. Pertembungan antara kedua-dua pasukan yang sama dua tahun lepas agak ketara kelebihan dimiliki oleh pasukan N.Sembilan.Untuk tahun ini aku melihat pasukan Kelantan tampil dengan lebih kemas apatah lagi dengan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama N.Sembilan Mohd Zaquan Adha cuma dengan syarat mereka perlu mengawal emosi terutama penyerangnya Indraputra dan seperkara lagi Hairudin tidak diturunkan sebagai penyerang utama.Apa yang aku perhatikan Hairudin bukanlah seorang 'top scorer' dan tidak perwatakan sebagai penjaring utama. Perwatakannya lebih sebagai perancang utama atau arkitek di atas padang.Itu hanya pandangan aku berdasarkan pengalaman sebagai pemain bola satu ketika dulu serta pengamatan aku dengan corak permainannya.


Pertandingan Header Tercantik!!!

http://alienelliz.blogspot.com/2010/10/pertandingan-header-tercantik-kali-ke-2.html
...Tarikh tutup penyertaan 6/11/2010...

< -------------------------------------------------------------------------------------------------------  >

Ketika blogwalking sementara ada waktu yang terluang aku terlihat satu pertandingan yang diadakan dari blog alienelliz iaitu hadiah untuk Header tercantik.Jika anda merasakan header blog anda juga menarik atau cantik silalah join..mana tau kot ada rezeki kan..

Header blog aku ni pun cantik lebih-lebih lagi bila iklan nuff keluar ..ia menjadi lebih cantik sekiranya aku mendapat status BE dan akan bertambah-tambah lebih cantik lagi sekiranya anda klik nuff tersebut hehe 

Antara syarat yang diberi tag kan pada 3 orang rakan anda 


 2 - Cik-XoXo


Ketiga-tiga mereka ini juga mempunyai header blog yang menarik juga dan mungkin akan muncul sebagai pemenang..siapa tahu kan.

Untuk melihat syarat-syarat yang lain silalah ke blog alienelliz .


23 Oktober 2010

KISAH TAKAL

Ramai yang mengetahui kegunaan takal iaitu sebagai alat sokongan bagi menaikkan sesuatu beban.Oleh kerana ia hanya sebagai alat yang kelihatan simple dan mudah maka tiada siapa yang berminat untuk mengetahui bagaimana dan sebab ia tercipta.Mungkin kita berkata sesiapapun boleh buat kerana beranggapan ia mudah dibuat.

Mungkin ada antara kita juga beranggapan ia adalah ciptaan saintis yang mencipta alat tersebut semasa mereka membuat kajian atau mungkin diantara kita ada yang telah mengetahui cerita disebalik kemunculan alat tersebut.

Pencetus idea yang mencipta alat ini rupanya seorang pemuda yang amat pemalas pada zaman dahulu kala tetapi tidak pula dinyatakan tahun bila dan mungkin boleh juga dianggap sebagai cerita dongeng seperti badang,sang kancil dan sebagainya.Diceritakan pemuda ini amat pemalas dan tidak mahu bekerja dan masanya banyak dihabiskan dengan tidur.

Waktu itu bekalan air diambil dari perigi yang digali dan diangkut kerumah untuk membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya manakala penduduk kampung pula beramai-ramai mandi di perigi.Setiap kali emaknya menyuruh dia mengambil/mengangkut air di perigi dia akan memberi berbagai alasan seperti sakit kaki,demam dan sebagainya.Satu hari dia tidak lagi mempunyai apa-apa alasan lagi maka terpaksalah dia pergi ke perigi tersebut dengan membawa bersama sebuah baldi.

Tiba di perigi dia dengan kemalasan hanya duduk mencangkung di tepi perigi sambil melihat orang lain mencedok air bersama bekas kecil yang diikat dengan tali.Oleh kerana perigi tersebut dalam maka tali dan bekas tersebut dicampakkan kedalam perigi dan apabila air telah penuh tali bersama bekas yang telah penuh dengan air diangkat dan dituang ke dalam baldi.Perlakuan ini diulang dan dilakukan hinggalah baldi tersebut penuh dengan air dan barulah di bawa balik ke rumah.

Dari sikapnya yang pemalas otaknya berputar ligat mencari idea bagi memudahkan kerjanya tanpa menggunakan tenaga yang banyak.Penduduk kampung sememangnya mengenali dia sebagai seorang pemuda yang banyak helah dan alasan.Dia kemudiannya tersenyum kerana idea yang ditunggu telah muncul.Dia mencari sebatang kayu dan memacakkan kayu tersebut di tepi dan kanan perigi dan sebatang lagi kayu diletakkan melintang di antara kedua-dua kayu tersebut.

Kemudiannya dia melontarkan tali dan bekas tersebut ke dalam perigi maka dengan adanya kayu tersebut dia tidak perlu mengerah tenaga yang banyak untuk menarik bekas yang telah penuh berisi air untuk naik ke atas.Bermula dari hari itu semua penduduk kampung menggunakan kemudahan dan ideanya untuk mengangkat/mencedok air.Dari ideanya itu maka alat tersebut di beri nama takal yang diambil dari sebutan 'akal' ..mungkin panjang akal agaknya.

Apabila teknologi semakin maju maka takal ini turut diberi sentuhan dan rekabentuk terkini sesuai dengan kegunaan teknologi semasa.Material yang digunakan juga lebih kukuh seperti besi dan keluli ataupun 'bearing'.Antara yang popular dan digunakan untuk mengangkat beban yang berat adalah sejenis alat yang dipanggil 'chainblock'.

Begitulah kehidupan seorang pemuda yang pemalas tetapi akhirnya namanya dikenali hasil dari ideanya itu.Dia dianggap lebih baik kerana walaupun pemalas tetapi dia menggunakan akal yang ada untuk berfikir dan pastinya memudahkan dia kembali semula ke tempat tidurnya bagi meneruskan rutin hidupnya seperti biasa.Pegangan hidupnya adalah " HIDUP MESTI BERALASAN ". Memang ramai lagi spesis yang sama dengannya tapi malangnya bukan hanya malas untuk berusaha malah turut malas untuk berfikir.Segalanya jika boleh terhidang di depan mata atau disuap kedalam mulut...anda bagaimana?..apakah anda juga menggunakan motto yang sama? "HIDUP MESTI BERWAWASAN" atau "HIDUP MESTI BERALASAN".

17 Oktober 2010

RUANG YANG TERHAD

Rasanya untuk beberapa ketika yang belum pasti jangkamasanya aku mungkin jarang update blog aku ini.Bukan tiada bahan untuk ditulis tetapi aku perlu mendahului dan memperuntukkan masa demi tugas lain.

Mungkin ada antara rakan-rakan yang tertanya-tanya apakah aku sudah tidak berminat lagi untuk menulis atau update blog aku ini.Kepada yang datang singgah dan meninggalkan pesanan pada shoutmix aku..terima kasih aku ucapkan pada anda semua.

Masa di pejabat sememangnya amat terhad sejak akhir-akhir ini bersama projek yang hampir kesemuanya memberikan dateline yang amat singkat dan menuntut komitmen yang agak tinggi.Situasi hujung tahun yang hampir serupa setiap tahun.Cuma untuk tahun ini kami mengalami fenomena yang agak luar biasa sejak dari awal tahun lagi.Jika suatu ketika dulu aku antara individu yang bertungkus lumus bersama berganding bahu untuk menaikkan syarikat tetapi hari ini syarikat ini tidak perlu diperkenalkan lagi..telah terkenal sebagai pelopor atau pembekal utama di negara kita sebagai pembekal utama produk 'medical support system'.Pastinya aku antara individu yang turut menumpang rasa bangga dengan pencapaian syarikat ini meskipun hingga ke hari ini aku terus dikerah dan diperah.

Dalam mengejar tugas untuk disiapkan di pejabat bila balik ke rumah waktu malam aku menyambung tugas untuk menyiapkan kerja yang diberi oleh client aku pula (part time).Tugas ini pula dari bidang yang berbeza dimana syarikat ini membekal 'furniture' untuk Lab.Scope kerja hampir sama dengan apa yang aku biasa buat maka tidaklah terlalu sukar cuma masa yang ada sebenarnya agak terhad. Ini juga bermakna masa untuk aku berehat dan tidur semakin kurang.Justeru itu masa untuk blog dan blogwalking atau yang sewaktu dengannya turut terbatas demi 'priority' ini.Sebenarnya jika aku mahu update blog hanya dengan sedikit entry ringkas pun boleh ataupun hanya copy paste dari mana-mana sumber tapi aku rasa tidak puas dengan cara sedemikian. Aku lebih gemar menulis untuk meluahkan isi hati..memberikan pendapat atau menceritakan mengenai sesuatu mengikut perspektif aku sendiri.Pastinya cara dan tujuan serta matlamat kita semua berbeza.

Ini salah satu bilik sebagai contoh apa yang perlu aku siapkan untuk kerja yang diberi.Gambarajah disebelah kiri adalah pandangan atas (plan view) untuk salah satu dari bilik tersebut (sila klik imej untuk paparan lebih jelas).Dari gambarajah tersebut aku perlu tunjukkan 'elevation view' ataupun keratan rentas bilik tersebut untuk menunjukkan pandangan hadapan produk yang akan dipasang di bilik itu.Projek ini melibatkan 3 tingkat keseluruhannya (ground floor ke 2nd floor) dengan anggaran 250 buah bilik.Ini bermakna 250 buah bilik ini juga perlu dibuat 'elevation view' mengikut produk yang telah ditetapkan (setiap bilik mempunyai produk yang berlainan dan saiz bilik juga tidak sama). Setakat ini ground floor telah pun aku siapkan dan kini aku teruskan untuk siapkan tingkat yang seterusnya.

Sebenarnya bidang ini juga mempunyai prospek yang cerah untuk dijadikan 'bisness' kerana banyak syarikat kini cenderung mengupah orang luar atau pekerja part time untuk menjimatkan perbelanjaan syarikat.Jika mereka menggunakan pekerja tetap mereka perlu membayar gaji setiap bulan samada syarikat dapat projek ataupun tidak.Sebaliknya jika menggunakan khidmat orang luar mereka hanya perlu membayar upah untuk satu-satu projek.Jadi kepada sesiapa yang mempunyai kebolehan dalam bidang ini samada dalam format 2D atau 3D mungkin boleh pertimbangkan untuk merebut peluang yang ada (jika 3D bayarannya lebih tinggi).Antara aplikasi software yang sering digunakan adalah AutoCAD,Solid Work,Mechanical Desktop,Pro E dan Photoshop.

Dalam sibuk dengan tugasan tersebut ada pula beberapa pelanggan bertanya untuk mendapatkan produk 'serai wangi' aku ini sementara stok pula sudah pun habis.Sebenarnya jika dia mahu dia boleh dapatkan di SINI tetapi sudah pasti harganya turut berbeza. Oleh kerana sebelum ini dia mengambil terus dari aku maka mungkin dia lebih selesa untuk berurusan dengan aku.Produk ini juga jika mengikut perancangan ingin aku  pasarkan lagi dibeberapa tempat tetapi terpaksa ditangguhkan dulu.

Walau apapun kepada rakan lain yang memperolehi pendapatan sampingan melalui blog aku ucapkan selamat maju jaya dan tingkatkan usaha.Walau apa jua yang kita lakukan..walau apa jua bidang yang kita ceburi semoga apa yang kita perolehi itu adalah dengan cara yang halal.Kepada blogger yang menganggap mereka belum berjaya atau mencapai sasaran yang diigini aku turut ingin berpesan bahawa tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.Ada kalanya kita melihat orang lain berjaya 'hanya dengan satu sentuhan' tetapi bila kita turut mencuba dengan berbagai gaya dan idea kita masih kekal ditakuk lama.Sekiranya yakin jangan putus asa tetapi hakikat yang kadangkala perlu kita terima dalam dunia blog adalah " Kita ibarat seorang pemancing.Kita menggunakan umpan yang sama seperti yang orang lain gunakan tetapi belum tentu apa yang kita perolehi sama banyak dengan apa yang orang lain perolehi tetapi bagi pemancing yang tidak terlalu memburu maka dia tidak kisah kerana padanya memancing hanyalah satu hobi..apa yang dia ingini hanyalah kepuasan dari apa yang dia lakukan".

Di kesempatan ini juga aku ingin ucapkan terima kasih pada salah seorang blogger iaitu Cik_XOXO yang menyenaraikan aku sebagai penerima award dan ini adalah award dari dia.Hanya satu yang aku nak tegur sikit pada cik-xoxo ni kalau nak masuk blog dia agak lambat sikit untuk buka (agak berat) dan kalau boleh cuba ringankan sikit (mungkin bloglist boleh dialihkan ke tempat lain) tapi itu terpulanglah pada dia samada ingin lakukan sesuatu atau kekalkan begitu atau mungkin juga laptop aku ni yang tak cukup 'power'.


Ini pula award yang aku baru terima dari Cik-Izyanadiah..terima kasih juga aku ucapkan padanya.


Terakhir sekali ingin aku memaklumkan pada rakan-rakan semua yang mungkin ada antaranya tertanya-tanya dimana aku letakkan "Bloglist" kerana ia tidak terpapar disini.Ingin aku jelaskan bahawa 'bloglist' kesemuanya aku aku asingkan dan diletak di SINI  termasuk himpunan award yang aku terima dan perhatikan senarai blog yang aku follow semua ada disitu dan ini bermakna aku akan mengetahui setiap kali mereka update blog.Anda boleh berkunjung ke sana dan perhatikan samada blog anda termasuk dalam list aku atau pun tidak.Tujuan aku asingkan seperti kita semua sedia maklum adalah untuk meringankan blog utama terutamanya untuk loading page. 

Itu saja untuk kali ini untuk RUANG YANG TERHAD INI.Semoga berjumpa lagi...Jaga diri hiasi peribadi...

14 Oktober 2010

PLAN BERCUTI

Sedang aku sibuk untuk menyiapkan kerja tiba-tiba adik pada Director aku telefon "OZZY..If you free can you come to my office".Aku menjawab "Ok..give me 10 minute".Sekitar 10 minit kemudian aku bergegas ke biliknya yang terletak ditingkat atas.

"You choose the date and location you want to go..must booking immediately if not sure all full".Seperti tahun-tahun yang sebelumnya dia menawarkan aku pakej percutian di lokasi yang telah ditetapkan kerana dia berdaftar dengan syarikat percutian tersebut iaitu Swiss Garden vacation club.Telah 3 tahun berturut-turut aku sekeluarga memilih Swiss Garden Hotel di Cherating Pahang kerana selain dari lokasinya yang menarik perbelanjaan untuk makan juga lebih murah dan mudah kerana banyak restoran seafood terletak berhampiran dengan hotel tersebut.Anak aku juga suka pergi kesini kerana hotel tersebut terletak bersebelahan dengan laut...lepas mandi laut terus terjun kolam.Selain itu aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang tinggal disekitar Kuantan.

Malangnya aku diberitahu hotel tersebut telah penuh untuk bulan december (kerana cuti sekolah).Aku meneliti lokasi lain yang ada antaranya Sg Petani Kedah dan Damai Laut di lumut Perak.Aku memilih Damai Laut Lumut kerana di Sg Petani hotel tersebut terletak di pusat bandar .. jadi tak dapat lah mandi laut.Sebenarnya Damai Laut di Lumut ini bukan pilihan utama kerana tahun lepas aku pernah bercuti ke sana.Kami mengeluh kerana hotel (apartment) tempat kami menginap terlalu banyak lalat berterbangan..sungguh rasa tidak selesa (mungkin carpet jarang dicuci bila melihat keadaannya) sang monyet pula banyak berkeliaran disekitarnya (ada yang selamba je berjalan dikorridor dengan saiz sebesar budak umor 3 tahun)..aku juga diberitahu lautnya juga bahaya untuk mandi kerana terdapat banyak obor-obor dan batu karang (bahaya jika terpijak) dan satu lagi tempat untuk makan juga jauh dari situ (jika makan di hotel faham-faham sajalah belanjanya).

Aku diberitahu hotel yang telah di tempah bukanlah apartment yang aku pernah pergi dahulu tapi kali ini adalah hotel yang terletak ditepi laut (dari situ terus boleh nampak Pulau Pangkor).Walau apapun terima kasih aku ucapkan pada dia kerana setiap tahun dia 'spare'kan untuk aku percutian ini (kalau staff lain tau mesti jealous..hehe..sssyyyy)


- Lokasi yang menarik..di tepi laut dan berhampiran Pulau Pangkor. Pemandangan yang pastinya amat menarik.

http://www.damailaut.com/.




- Seperti di Kuantan selepas mandi laut terus terjun kolam pulak.Itupun kalau dapat mandi laut tu.

http://www.damailaut.com/.



- Map untuk ke sana..jangan marah arrr hehehe....







Anda bagaimana..dah plan cuti ?? selamat bercuti..tenang-tenangkan fikiran.

7 Oktober 2010

APAKAH ANDA SEORANG YANG BERJIMAT

Kadangkala apa yang kita lakukan serba sedikit menyentuh karektor diri kita.Perlakuan ini turut mempengaruhi kehidupan kita seharian meskipun ianya bagaikan perlakuan spontan samada kita sedar ataupun tidak.

Perlakuan yang dapat dilihat dengan jelas akan terpapar samada melalui raut wajah, percakapan mahupun gaya.Melalui perlakuan ini ramai yang mudah membuat tafsiran atau telahan samada kita tergolong dalam kategori panas baran, penyabar , peramah, boros, kedekut dan sebagainya.

Kadangkala sebagai manusia kita tersilap membuat tafsiran melalui wajah dan penampilan seseorang terutama apabila seseorang itu bijak menyembunyikan karektornya yang sebenar. Bagaimana pula untuk kita mengenali karektor diri kita sendiri samada kita seorang yang jimat ataupun boros?.

Cara mudah untuk mengetahui samada kita seorang yang jimat ataupun boros adalah melalui ubat gigi yang kita gunakan setiap hari.Perhatikan anda memicit ubat gigi yang baru anda beli samada bermula dari bahagian pangkal (hujung) ataupun dari bahagian tengah.Sekiranya anda menggunakan ubat gigi yang baru dibeli dengan memicit bermula dari bahagian pangkal kemungkinan besar anda adalah seorang yang kedekut berjimat cermat tetapi sekiranya anda memulakan dengan memicit bahagian tengah kemungkinan besar anda adalah seorang yang boros atau tidak pandai menyimpan duit.Dapat gaji ngam-ngam je sampai hujung bulan..hehe.

Sila perhatikan ubat gigi anda ...Anda tergolong dalam kategori mana...( kecuali jika anda tidak pernah gunakan ubat gigi..mungkin pakai kayu sugi laa kot )

NOTIS

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu 
Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan 
Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik 
pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut 
mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. 
Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak 
kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang
terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun 
menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. 
Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu
 tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini 
bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk
klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat 
menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan 
melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan 
atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd


Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community


               <------------------------------------------------------------------------------------------------------------>

***  Pada yang suka menipu tu berhati-hatilah...ikutlah cara yang betul..jangan ingat nak cari jalan mudah je untuk cepat kaya.

 Satu lagi penipuan dengan menggunakan traffic satu hala.Fikirlah sama kesusahan orang lain. 
Biarlah sikit asalkan rezeki tu dengan cara yang halal.



6 Oktober 2010

KENAPA BERKIRA SANGAT

Setiap dari kita pastinya sayang dengan segala apa yang kita miliki apatah lagi ianya hasil dari titik peluh kita sendiri.Begitu juga dengan barangan peribadi yang lain dan mungkin antaranya dianggap sebagai 'sentimental value' dalam hidup kita.

Mungkin ada yang berkata "aku bukan orang kaya..nak kumpul duit beli benda ni semua..lepas tu senang-senang je nak bagi orang lain".Maksud 'bagi' samada berikan terus pada orang lain atau beri pinjam pada sesiapa saja.

Antara harta harta peribadi yang aku maksudkan adalah kereta. Masyarakat kita khususnya orang melayu kebanyakannya memang sayang pada kereta masing-masing apatah lagi jika kereta tersebut baru saja dibeli.Dari aspek penjagaan kereta atau 'maintenance' kaum Melayu dikatakan antara yang paling rajin dan sayang dengan kereta mereka tidak kira apa jenis atau modelnya.Kerana itu juga penjual kereta akan melabelkan 'Malay Owner' pada kenderaan terpakai yang mereka jual sekiranya pemilik asal kereta tersebut adalah orang Melayu.Ini adalah kerana ramai berpendapat kereta milik orang Melayu lebih bersih dan dijaga dengan baik.Kita tidak akan jumpa mereka melabelkan bangsa lain kerana umum mengetahui orang melayu majoritinya sayangkan kereta mereka.Jika dahulu antara yang menjadi pilihan adalah 'Lady Owner' tapi kini mereka berpendapat label tersebut tidak relevan lagi sebagai tarikan pada pembeli kerana menyedari label 'Malay Owner' lebih mendapat tempat dan menjadi pilihan.

Justeru itu pasti kita sering mendengar dikalangan kita orang melayu tidak membenarkan kereta mereka dipinjam oleh orang lain dan antara alasan yang kerap diberikan "aku tak suka kereta aku ni banyak tangan..nanti habis jahanam..kalau nak pinjam barang lain tak apa.." bermaksud pemiliknya tidak akan membenarkan keretanya dipandu oleh orang lain.Sebagai rakan pastinya kita memahami pendirian dirinya sementelah lagi itu adalah hak miliknya.

Ramai diantara kita beranggapan itu perkara biasa kerana memahami situasi sebegini tetapi apa yang mengejutkan aku adalah ada diantara kita bukan hanya tidak memberi pinjam pada rakan-rakan malah bapanya juga tidak terkecuali.Membayangkan muka si ayah yang mungkin teringin untuk merasa memandu kereta anaknya agak sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.Hati seorang ayah pastinya tetap berbisik apakah nilainya kereta tersebut sama dengan nilai kasih sayang..nilai pengorbanannya untuk membesarkan anaknya..nilai makan minum yang diberikan sejak dilahirkan..nilai untuk mengubati sakit demam anaknya dan nilai makan minum yang diberikan.

Aku sendiri tertanya-tanya setinggi mana harga kereta tersebut yang hanya sebuah kereta buatan Malaysia dan jika Mercedes sekalipun aku tetap beranggapan nilainya masih belum mampu menandingi apa yang telah ayahnya berikan sejak dia dilahirkan.Ketika kita kecil ayah tidak berkira untuk membelikan apa yang kita mahukan...ayah tidak berkira ketika kita meminjam motorsikalnya untuk ke kedai dan ayah juga tidak berkira ketika kita ingin meminjam keretanya kerana pada ayah kita adalah anaknya.Ketika lapar ayah dahulukan anaknya kerana naluri seorang ayah tidak sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.

Walau sebuah kapal terbang sekalipun ianya tetap tidak mampu menandingi dengan nilai seorang insan bergelar ayah.Semuanya harta tersebut akan susut nilainya dan mungkin akhirnya akan menjadi besi buruk tetapi sesuatu yang tidak ternilai pada seorang ayah adalah doanya yang sentiasa mengiringi anaknya setiap masa, ruang dan ketika...fikir-fikir dan renung-renungkanlah serta selamilah hati kecil seorang ayah...kerana itu >>>>

" BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KUSALUT BISA "

5 Oktober 2010

PESANAN BUATMU

Hari ini bermulalah peperiksaan PMR bagi pelajar sekolah menengah yang berada di tingkatan 3.Antara ribuan pelajar tersebut salah seorangnya adalah anak bujang aku (sulong) yang bernama AFZANY IKHWAN.

Tanyalah pada mana-mana ibu bapa pastinya mengharapkan keputusan cemerlang dari anaknya.Namun segalanya terserah pada dirinya berpandukan usaha dari dirinya sendiri.Ibu bapa sekadar memberi dorongan  untuk melihat anaknya berjaya demi masa depannya.

Anakku...
Suatu ketika dulu pada usia dan waktu yang sama seperti ini Abahmu ini juga mengalami detik ini. Detik memasuki ruang peperiksaan dan menjawab soalan yang diberikan dengan harapan tercatat kejayaan cemerlang pada sekeping sijil.Meskipun menghadapi peperiksaan Abah tetap menjalankan tanggungjawab membantu atukmu ke ladang selepas habis waktu peperiksaan. Walau keletihan waktu malam tetap Abah luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran.Dirimu tidak lagi seperti itu..tidak perlu ke ladang hanya tumpukan masa pada pelajaran.

Anakku...
Ketika dulu abah melangkah menghadiri peperiksaan tiada imbuhan yang dijanjikan.Fikiran hanya tertumpu pada peperiksaan kerana sedar atukmu tidak mampu menjanjikan apa-apa buat Abah.Lihat saja dirimu... sebelum ini dalam peperiksaan UPSR atas keputusan cemerlang hadiah yang dijanjikan telah abah tunaikan.Segalanya hanya sekadar dorongan untukmu berusaha demi mencapai impian.Kali ini akan ada juga imbuhan seperti yang Abah janjikan sekiranya dirimu berjaya dengan cemerlang.

Anakku..
Jawablah dengan hati yang tenang dan jangan lupa berdoa agar diterangkan hati.Abah dan Ibu turut berdoa agar dirimu berjaya.Tidak usah bimbang dan berasa tertekan kerana Abah tidak sesekali memaksa dirimu.Segalanya bergantung atas usaha dan semangatmu sendiri untuk berjaya.

Semoga berjaya anakku Eone...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...