19 Januari 2011

KENAPA KITA BINA BLOG

Setelah beberapa lama bina blog aku sendiri dan menjelajah ke blog rakan lain terdapat beberapa rumusan yang aku ingin ulas berdasarkan pemerhatian aku pada setiap blog yang ditemui.
Apa yang aku perhatikan terdapat beberapa ciri-ciri atau kategori pada setiap blog yang begitu significant dan digunakan sebagai platform untuk tujuan masing-masing.Ada beberapa kesimpulan yang dapat aku buat dan diklasifikasikan kepada beberapa kategori mengikut pemerhatian aku antaranya:

1-BLOG PERIBADI
-Blog seperti ini biasanya dibina oleh pemiliknya bagi catatan peribadi berkisar pada kehidupan dirinya seperti kisah peribadi yang dilaluinya termasuk bersama keluarga,kisah cinta , kisah novel , puisi , luahan hati dan perasaan serta segala yang berkaitan dengan kehidupan yang dilaluinya Kebiasaannya penulis sebegini lebih gemar mencari dan mendekati rakan blogger yang mempunyai minat yang sama serta membaca atau berkongsi kisah satu sama lain.Tema serta template yang ditampilkan biasanya kelihatan kemas dan tersusun dan tidak sesekali membiarkan blognya dipenuhi dengan bermacam-macam 'accessories'. Intonasi yang ditampilkan juga bernada lembut dan sentimental dengan penuh penghayatan serta pemiliknya seorang yang agak sensitif terutama jika dikritik.

2-BLOG KHUSUS
-Blog ini dibina atas sebab-sebab dan tujuan tertentu antaranya yang paling popular adalah blog politik dan iklan perniagaan yang mana pengisian atau entry meliputi situasi dan perkembangan semasa dari pemiliknya. Blog politik dilihat agak berisiko kerana jika penulisnya tiada apa-apa kedudukan dalam politik tapi memberi ulasan yang keterlaluan beliau harus bersedia menanggung risiko termasuk disiasat dan didakwa jika menyentuh hal-hal perkauman.

3-BLOG INFO
-Perisian blog seperti ini merangkumi info mengenai sesuatu mengikut spesifikasi dari pemiliknya antaranya info dan tips kesihatan,info sukan,info kenderaan,gossip artis dan sebagainya.Antara yang popular adalah gossip artis dan menjadi lebih 'panas' sekiranya penulis blog bijak memanipulasi keadaan dengan mengukir ayat yang lebih sensasi untuk menarik perhatian pembaca.

4)-BLOG KEAGAMAAN
-Menampilkan tema yang mengandungi banyak unsur-unsur keagamaan beserta nasihat dan peringatan dengan entry yang berbentuk ilmiah.Blog seperti ini biasanya dikuasai oleh komuniti yang suka membincangkan dan mengikuti perkembangan agama.Dikalangan blogger dilihat lebih berhati-hati dan perlu menjaga keterampilan atau penulisan terutama jika melibatkan soal seks kerana ia mungkin dianggap taboo oleh sesetengah dari mereka serta bimbang jika tersilap memberi ulasan atau komen keperibadiannya akan disalah erti.Oleh kerana itu ramai diantara mereka mengambil jalan selamat dengan membuat copy paste dari sumber yang mereka perolehi.Masalah juga timbul sekiranya blogger tersebut tergoda dengan 'godaan' blogger lain maka dia perlu berhati-hati terutama ketika meninggalkan pesanan didalam shoutbox atau shoutmix yang berbentuk sembang sosial kerana bimbang disalah erti oleh orang lain terutama pengikut blognya. Ini menyebabkan pergerakan blogger ini sedikit terbatas sekiranya blogger tersebut aktif dalam 'blogwalking'.  

5)-BLOG UMUM
-Ini adalah tema paling popular yang sering kita dapat lihat samada dari golongan berusia atau anak muda.Blog sebegini tidak meletakkan apa-apa tujuan tetapi biasanya meletakkan syarat kepada pengunjung iaitu 'ini blog aku..aku boleh tulis apa saja aku nak tulis'.Blog seperti ini juga dikenali sebagai blog suka-suka,blog merapu,blog mengarut atau blog entah apa-apa dan panggilan lain merujuk kepada blog yang tiada tujuan tertentu.Tema sebegini semakin popular setelah fenomena yang dicetuskan oleh blogger Red Mummy yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Kini tampil blogger yang semakin popular iaitu Ben Ashaari yang mengisytiharkan dirinya sebagai pencabar Red Mummy..satu persaingan yang sihat.

Sememangnya pertama kali melihat blognya ramai yang dapat mengesan karisma dan kredibility dia untuk muncul sebagai blogger yang dianggap 'hebat' dan mempunyai tarikan tersendiri terutama pada golongan wanita.Dia mempunyai idea untuk mengolah cerita dengan gaya bahasa yang bersahaja namun ada kalanya dia kelihatan sedikit celupar pada anggapan sesetengah blogger dengan komennya yang tidak berselindung dan 'tepat kena tang hidung.. kata orang utara'.Apapun kredit pada Ben Ashaari kerana kelihatan yakin dan berani untuk declare dirinya sebagai pencabar.

Blog sebegini juga turut popular dan semakin didominasi oleh kalangan pelajar yang menampilkan berbagai tema mengikut kreativiti atau citarasa masing-masing.Dari blog tersebut juga personaliti seseorang itu biasanya dapat dikesan berdasarkan template yang ditampillkan antaranya pemiliknya seorang yang kemas , teliti , bersih , selekeh , berserabut atau jenis ala kadar...jadi kepada para gadis blog anda mungkin menjadi perhatian. Ada yang menyumbat segala macam iklan atau widget sehingga blognya kelihatan semak ditambah dengan pemilihan warna yang tidak sesuai maka berkemungkinan blog seperti ini kurang digemari oleh blogger lain yang hanya sekadar singgah tanpa membaca isinya.

Menjadi kelaziman mereka akan berkunjung sesama blogger untuk 'up-traffic' atau mengusik antara satu sama lain namun apa yang dikhuatiri samada telah terjadi atau bakal terjadi adalah sekiranya timbul rasa tidak puas hati atau iri hati jika rakan blogger tidak lagi berkunjung ke blognya tetapi dikesan berkunjung ke blog orang lain atau mungkin ada kata-kata yang tidak disengajakan membuatkan individu tersebut terasa hati .. perlu diingat orang melayu kebanyakannya berjiwa sensitif.. .Lebih mengecewakan sekiranya hubungan persahabatan terputus akibat dari situasi ini.Dengan ini adalah lebih baik sekiranya blogger semua meminumkan perasaan tersebut dan menganggap aktiviti blog ini hanyalah sesuatu yang santai dan mungkin juga untuk menambah kenalan.

Sekiranya fikiran kita diterapkan dengan unsur-unsur terlalu mengejar kekayaan seperti yang diperolehi oleh Red Mummy aku beranggapan lebih baik 'shoutbox/shoutmix' dibuang sepertimana yang Ben Ashaari lakukan sekiranya berlaku perkara seperti diatas.Walau apa jua tanggapan atau komen pada blog anda... aku berpendapat itu adalah hak anda sebagai individu yang bebas bercakap apa saja selagi tidak melanggar undang-undang.Memetik kata-kata dari Pak Hamid Gurkha "orang kata lawak saya lawak bodoh..saya peduli apa!!" dan anda juga mungkin boleh berkata "orang kata blog aku blog bodoh...aku peduli apa !!!".

21 ulasan:

  1. ade ag tertinggal..blog hobi!!!.hehehehehhe

    BalasPadam
  2. Salam pozi blog aok dgn blog kawan duk di ketegori mana? hehehe blog kawan blog merapu aje.. semua ada, cuma bab politik kawan tak minat nok bercerita bikin pening sahaja.

    BalasPadam
  3. salam sahabat.

    koi tak berminat sebenarnya tentang hal komen mengomen ni. disebabkan ketidaksukaan itulah koi tutup pintu untuk para 'anonymous'. malas nak memberikan ruang bagi mereka yang hanya tahu berdalih berkata-kata tapi tidak berani menampilkan diri yang sebenarnya.

    BalasPadam
  4. Salam Sifu,
    blog koi blog rojak...
    hehehe...cuma politik mls sket nk sentuh...
    blog yg lama dulu koi tutup sbb penat berdebat...

    BalasPadam
  5. salam ozzy..
    aok ingat blog koi
    ni kategori ape??
    he he..

    BalasPadam
  6. ozzy...best lagi entry kali ni...gaya bahasa ozzy ada klass...gua sentiasa sokong ozzy....jgn berhenti berblogging sahabat....

    BalasPadam
  7. bab politik xsuke sgt..bkn xsuke sgt..mmg xsuke..ee~~..blog kategori yg 1st tu se nye..peribadi..tp bab2 cinta oh tiada di situ..hehe..

    BalasPadam
  8. salam semua sahabat...
    AAP & cik shinju - lebih kurang jela blog kita ni..merapu boleh rojak pun boleh asalkan x susahkan org lain
    Zul-blog aok pun kategori umum juga rasanya koi tgk.
    izyan , ampuan awang awang dan keli..terima kasih dgn komen yg diberi
    dieylah...itulah sebaiknya x perlu lah berpolitik sgt dlm blog ni..lapangkan hati..nak brpolitik ada tptnya.

    BalasPadam
  9. blog wa kategori blog biskut
    kejap update kejap x ... hahhaha
    rasa masuk kategori blog umum ...


    wooohaaaaaaa!!!



    >>___<<

    BalasPadam
  10. wahhh... ya betoi2 EN OZZY.. xoxo cokongggg

    BalasPadam
  11. Guna kan peluang yg ada untuk yg terbaik..

    Almy bawa something ni..
    KICK START NESCAFE

    koleksi bola

    Slash Live in KL

    BalasPadam
  12. blog saya plk,mula2 blog peribadi,lame2dah jadi blog info dan umum..but blogging is the best..!

    BalasPadam
  13. he2..blog hani ni lagi la..tajuk lain tapi isi lain..blig rojak la tu...he3..

    BalasPadam
  14. blog mak plak lbh kepada blog peribadi..ada masa merapuk2 gak kot? mcm cik ozzy, ada rasa blog mak tu bersepah x? kemas x d mata cik ozzy?

    BalasPadam
  15. blog saya blog no 3 dan 5, saya tak suka tulis hal peribadi sebenarnye heheh

    BalasPadam
  16. blog i blog peribadi ke blog umum?
    hohoho..
    =))

    BalasPadam
  17. Salam...

    Wahh...ada tafsiran mimpi ni...hehe...jom pi tgk teratak usang pulak.kategori apa?

    BalasPadam
  18. salam..

    best entry nih...belog saya belog umum kot....
    wah...dari belog pon leh tertampil personaliti ye??((belog saya kemas tak???))

    erm..betul tuh..ade gak kwn blogger yg majuk2 manja bila kita da lama ta dtg jengukk...

    BalasPadam
  19. Salam Ozzy,

    Kategori apa ya blog Sweetie ni, blog peribadi atau umum..hmm dua2 ada ma...yang penting kita happy ya .Selamat berblogging

    BalasPadam
  20. sy kategori blog umum
    kdg2 diari,kdg2 pndpt,hehehe

    BalasPadam
  21. akak kategori blog peribadi..
    kisah pom hal famili.kwn2..
    yg boleh diulas jadi teladan dan pesanan

    hepi2 blogging..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...