24 September 2010

BILA PENGANTIN MERAJUK

Sempena cuti hari raya beserta dengan cuti sekolah maka ada yang mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan majlis perkahwinan.
Ketika berhari raya baru-baru ini iaitu seminggu selepas hari raya (ahad) aku menghadirkan diri bagi menyerikan serta membantu majlis perkahwinan anak saudara aku (anak Pak Ngah aku) bertempat di Taiping Perak.Oleh kerana anaknya adalah pengantin lelaki maka majlis pun tidaklah terlalu 'grand' dengan persiapan yang sederhana sahaja.

Majlis persandingan belah pengantin perempuan pula dibuat sehari lebih awal iaitu pada hari sabtu.Maka pada hari tersebut kami rombongan pengantin lelaki dengan beberapa buah kereta bergerak menuju ke sana iaitu di Bayan Lepas Pulau Pinang.Selepas berkumpul di masjid ketika zohor kami sama-sama tiba di rumah pengantin hampir jam 2 petang. Kalau dah jam menunjukkan hampir pukul 2 faham-faham sajalah masing-masing pun kelaparan serta dahaga akibat cuaca panas.

Ketika kami tiba kami semua berpandangan sesama sendiri dan hati aku mula bertanya "kenapa ketibaan kami semua tiada siapa yang sambut ?".Paluan kompang juga tidak kedengaran hanya nampak tetamu sibuk berbaris menjamu selera.Sampai di pintu rumah barulah pengantin di sambut dan terus di bawa masuk duduk atas pelamin.Aku bersama salah seorang bapa saudaraku tidak turut serta ke dalam rumah hanya memerhati dari jauh hampir dengan khemah makan.Bapa saudaraku mengajak aku makan tetapi aku enggan kerana tiada siapapun yang pelawa kami makan.Secara kebetulan ketika aku berkata-kata ada seorang pemuda yang mungkin dari belah tuan rumah dengar barulah dia jemput kami makan dan duduk.

Ketika ini hatiku sebenarnya sudahpun tawar dengan sambutan serta suasana begini.Selepas makan dan berehat seketika kami semua mula beransur pulang dan tinggallah pengantin di sini. Sampai ke rumah maka terdengarlah bermacam cerita serta luahan masing-masing.Aku macam biasa tak suka sangat nak menyibuk cuma dengar dan fikir sendiri.

Malamnya sekitar jam 9 malam sedang kami membuat dan memeriksa persediaan terakhir tiba-tiba kami di kejutkan dengan panggilan telefon dari pengantin lelaki katanya dia dalam perjalanan pulang.Kami mula terfikir pasti ada sesuatu telah terjadi di sana jika tidak masakan pengantin lelaki mahu balik.Apabila dia tiba barulah kami tahu puncanya kenapa dia balik.Menurutnya selepas bersanding dia tidak di jamu makan. Sudahlah makanan pengantin tidak disediakan seperti yang biasa kita lihat malah dia terpaksa turun sendiri mengambil makanan.Apakah ertinya yang dikatakan "raja sehari" kalau makan pun kena pergi ambil dan senduk sendiri.Berang dengan layanan sebegitu rupa maka dia nekad untuk balik.Begitulah sedikit cerita yang aku dengar cerita selebihnya hanya mereka saja yang tahu.Namun aku beranggapan memang tak patut pengantin di perlakukan seperti itu.

Esoknya kami semua menantikan ketibaan rombongan mereka.Tiada sedikit pun niat untuk membalas apa yang mereka lakukan ketibaan mereka kami sambut dengan mesra.Meskipun tiada paluan kompang sebenar kami menggunakan suara rakaman kompang yang dipasang oleh DJ yang kami tempah.Tidak cukup dengan itu kami turut menempah seorang peniaga air batu cendol bagi menyediakan ABC pada semua tetamu termasuk pada rombongan pihak pengantin.Meskipun ibu pengantin datang dan memohon maaf atas apa yang berlaku tetapi peristiwa yang sudah berlaku akan tetap menjadi nostalgia lebih-lebih lagi pada diri pengantin tersebut.

Sebenarnya kejadian seperti ini adalah kali kedua terjadi pada diri aku.Sebelum ini peristiwa yang hampir sama turut berlaku ketika menghantar rombongan pengantin sebelah isteri aku iaitu sepupunya di Negeri Sembilan bertempat di Port Dickson.Ketibaan kami juga tidak disambut dan lebih mengharukan kami sendiri terpaksa mencari makanan, air minuman serta pencuci tangan. Rentetan dari peristiwa tersebut pada awal perkahwinan memang semua nampak indah tetapi lama-kelamaan sesuatu yang dipendam di dalam hati akan mula diluahkan samada dalam bentuk perbuatan mahupun ungkapan kata-kata.Apabila mereka bertengkar maka terungkitlah kembali kisah pilu dan perit ini.

Apa yang ingin aku perkatakan dan yang ingin aku luahkan hanyalah sedikit penyesalan dan kekecewaan dengan perlakuan seperti ini.Apabila sesuatu yang dilakukan dengan niat yang baik maka begini pula layanan yang diterima.Majlis pertunangan telah dibuat sebelum ini begitu juga dengan majlis akad nikah berjalan dengan lancar.Apabila tiba hari bersejarah begini pula layanannya. Jika tidak suka atau ada masalah rasanya tidak perlulah melayan atau mengaibkan orang lain dengan cara sebegini.Walau ada sedikit kekurangan atau tidak sempurna di mana-mana ianya lebih baik daripada anak gadis kita di bawa lari atau dia sendiri melarikan diri dan melakukan perbuatan yang memalukan keluarga.Maka apakah yang kita mahukan samada "DIMALUKAN" atau "MEMALUKAN"... fikir-fikirkan lah...dan kerana itu juga  ->

" BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KU SALUT BISA "



11 ulasan:

  1. kesian sungguh dengan pengantin tu...walaupun kita sibuk tapi raja sehari sepatutnya dilayan terlebih dahulu..tul tak?sebab itu lah hari yang paling bermakna dalam hidupnya.....

    BalasPadam
  2. SALAM,
    LF DAPAT FAHAMI. KALAU LF DALAM SITUASI OZZY, LF JUGA AKAN RASA KECEWA. MACAM MANAPUN KITA LUPAKAN SAJE KERANA PERKARA TU SUDAH BERLAKU. LF PERCAYA ADA HIKMAH DISEBALIKNYA. PIHAK BERKENAAN PUN SUDAH MINTA MAAF.

    BalasPadam
  3. belum pernah alami kejadian sebegini, apapun semoga pengantin baru dapt melayari kehidupan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  4. ayah saya cukup pantang bila buat kenduri..
    tpi x jemput owg makan !

    BalasPadam
  5. ta bestnye camtuh...sian pengantin laki..seb bek agak dekat..kalau jauh beribu batu,terpaksala pengantin laki pendam rase sorang2...erk

    BalasPadam
  6. salam..
    alahai..parah la kalau gini
    baru nak kenduri dah merajuk2
    bagaimana dah kawin nanti..susah
    nak nompang ni..he he


    ***harap pengantin popular PCC tak merajuk
    kita tak datang ye Ozzy?

    BalasPadam
  7. Ketibaan kami disambut ledakan mercun.. apa nak buat.. musim raya..

    BalasPadam
  8. ermmm kalau macam tue memang parah la.. kalau dah merajuk2 nie...belum apa2 dah macam nie..kejap macam tue mmm

    BalasPadam
  9. Salam,

    Sampai pengantin lelaki pun merajuk dengan sambutan diorang.Dahlah datang dari jauh, dengan panas dan lapar, tak dijemput untuk makan. walaupun lapar...tapi kalau dah hilang mood, rela berlaparkan Ozzy.

    BalasPadam
  10. kesiannya. nape lah buat tetamu macam tu? plg kesian pada pengatin lelaki. ke salah rumah saudara ozzy pegi ni. hehehe, gurau jer jgn marah *wink

    BalasPadam
  11. sabar lah...mugkin kaki tangan tak cukup.maklum tetamu ramai, kita kena bersangka baik aja. yg lepas usah dikenang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...