5 September 2010

TABUNG DUIT RAYA

Zaman kanak-kanak dulu memang seronok bila tiba Hari Raya inilah masanya nak kutip duit raya.Berjalan dari rumah ke rumah dari pagi hinggalah ke petang.Malamnya pakat ramai-ramai kira duit raya.Selepas itu masing-masing simpan ke dalam tabung duit yang ketika itu dibuat sendiri samada dengan buluh atau tempurung.
Lokasi paling sesuai nak sorok tabung buluh tu pastinya bawah katil atau dalam almari emak.

Ketika golongan bapa atau lelaki dewasa mencari buluh budak-budak pula sibuk meminta buluh untuk dibuat tabung.Buluh tersebut kemudiannya dibawa balik dan diraut untuk menghilangkan gatal.Selepas itu buluh tersebut dibasuh dan di tebuk lubang di bahagian atas untuk di masukkan duit syiling.Lubang yang ditebuk tidak terlalu besar hanya pastikan ukurannya muat untuk duit yang paling besar untuk masuk iaitu duit 50 sen.Jika ditebuk terlalu besar nanti takut mudah nak keluarkan maka tak tercapailah niat untuk menabung.Kerana itu bila tabung tersebut penuh barulah buluh tersebut dibelah dan tidak boleh digunakan lagi.

Begitu juga tabung yang dibuat dari tempurung.Kelapa yang telah dibelah kemudiannya dipilih terdiri dari kelapa yang dibelah dengan cantik dan mudah untuk dicantumkan.Setelah isinya diraut dan dicuci dengan bersih tempurung kelapa itu kemudiannya dicantumkan dengan gam dan akhir sekali disapu dengan "syelek" untuk mengilatkannya agar nampak cantik.Bila gam dan syelek telah kering barulah lubang untuk memasukkan duit ditebuk menggunakan gergaji dengan berhati-hati supaya tempurung tersebut tidak pecah.Begitulah nostalgia di zaman kanak-kanak dulu sewaktu berhari raya dan sering diingatkan supaya mengamalkan tabiat menabung.

Ketika zaman kanak-kanak dulu berhari raya berjalan sekeliling kampung memang ramai yang kenal ini anak siapa... itu anak siapa kerana hubungan kejiranan yang masih rapat.Tetapi sekarang dah jauh berubah sudah tak kenal lagi itu anak siapa... ini anak siapa kerana masing-masing duduk berjauhan hanya sesekali bersua di Hari Raya.Tabung pun mungkin tak diperlukan lagi kerana sekarang duit raya semua bagi duit kertas.Budak-budak sekarang dapat duit raya habis buat beli topup je hehe....

10 ulasan:

  1. hehee..seronok kenangkan zaman dulu2..anak sekarang mungkin dah tak berpeluang guna tabung buluh lagi...bukannya apa, apaknya sendiri dah lupa cara nak buatnya hahaha...

    BalasPadam
  2. Gitulah kita zaman budak2 dulu ..berpeluh mencari seposen dua.. kalau dpt lebih mungkin boleh kasut sekolah yang baru... budak dihari ini telah jauh amat berbezanya :(

    BalasPadam
  3. Salam Ozzy. Memang sonok mengingat zaman silam masa kanak2. Masa Rayalah ramai-ramai mengutip syiling utk menabung. Jika dulu dapat RM100 hasil kutipan Raya dah dikira besar, sekarang ini RM1,000 pun masih dianggap ciput. Sebab itu, tabung buluh dan tempurung kelapa dah tidak relevan. Masing2 skrg ada akaun di bank2..hehehe

    BalasPadam
  4. Salam Ozzy..
    aku tak pernah merasa tabung buluh ni
    gamoknya J3 tak de pokok buluh dulu..he he

    BalasPadam
  5. beraya keliling kampung, dengan berpeluhpeluh mengharapkan seposen dua... memang best !

    sekarang ni bahaya sikit bebudak nak masuk rumah orang kalau tak kenal....jangan dibiasakan! orang sekarang pelik2 perangainya....

    BalasPadam
  6. rasanya pernah ada tabung buluh ni dulu.tapi dah kemana ntah..skrang ntah2 orang xkenal heheh.

    tular.betul jgak..duit raya buat abis beli topup :)

    BalasPadam
  7. lama tak tengok tabung buluh ni. dulu pernah ada tabung ayam. pastu ada tabung kelab kancil bank mana tu alah lupa pulak

    BalasPadam
  8. seronok pulak bila teringat zaman kanak2 dulu, betapa susahnya kehidupan kita, anak2 skrg dah tak merasai dan taktau zaman kesusahan kita..mereka patut bersyukur dengan apa yg ada hari ini..

    BalasPadam
  9. Budak-budak dulu pandai berjimat, simpan menabung sikit2. budak sekarang duit raya kejap jer habis. betul tu Ozzy top-up handphone.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...