2 September 2010

NAK BELI KE NAK JUAL

Kemeriahan untuk menyambut aidilfitri mula terasa walaupun kita baru saja berpuasa kerana ramai antara kita yang lebih suka untuk membuat persediaan lebih awal.Bagi mereka yang berkeluarga pastinya agak sibuk dengan bermacam persediaan untuk menyambut hari raya dan paling kurang pun pakaian anak-anak tentunya mahukan yang baru.

Tempat yang agak popular untuk mencari baju melayu atau tudung di Kuala Lumpur ni biasanya ramai yang akan pergi ke Jalan Masjid India.Aku juga tidak ketinggalan untuk berkunjung ke sana bersama isteri dan anak-anak berjalan-jalan melihat pakaian yang ada.Seperti biasa tempat ini memang sesak dengan orang ramai samada untuk membeli atau sekadar tengok-tengok apa yang ada.

Kami singgah di sebuah gerai untuk melihat pakaian di situ termasuk pakaian kanak-kanak.Aku membiarkan isteri mencari dan memilih pakaian yang dia berminat sambil aku berdiri tercegat di tepi baju-baju yang ada. Tiba-tiba aku terkejut bila mendengar suara " Bang..baju ni sepasang berapa ?" dan ketika berpaling seorang wanita sambil tersenyum menunjukkan sepasang baju kurung kepada aku.Aku tengok dekat baju tu memang dah ada tanda harga tapi mungkin dia bertujuan untuk bertanya harga seterusnya untuk tawar menawar.Aku menjawab "tu kan ada tunjuk harganya" sambil menunjukkan tanda harga pada baju tersebut dan kemudian seperti diduga dia berkata "tak boleh kurang ke bang?"..."eh..eh macam la aku ni jurujual pulak" bisik aku dalam hati. "cuba tanya tauke yang kat dalam tu" aku berkata lagi.Tidak lama kemudian gadis tersebut kembali semula bersama baju tersebut sambil berkata " tak jadi la bang ".Aku senyum je la hehe..

Baru saja gadis itu berlalu terdengar lagi satu suara " Bang..baju ni yang warna kuning cair ada tak?". Aku sekadar menjawab "entah la dik..cuba tanya dia" sambil menunjukkan salesgirl di situ. Tak boleh jadi ni dah macam jurujual pulak aku ni dan selepas itu aku jauhkan diri sedikit dari susunan baju yang ada sambil dalam hati berkata "Aku ni nak beli ke nak jual ..kalau jual dah banyak laku ni hehe...".

Walau apapun seperti tahun-tahun yang lepas persiapan seperti baju atau pakaian lebih pada anak-anak. Kaum bapa macam aku ni memadai dengan baju Melayu sepasang dah cukup itupun dah berapa pasang lagi tergantung dalam almari.Mungkin tahun depan tak payah beli lagi dah kot.. pakaipun masa Hari Raya pertama je pastu sarung jeans dengan t-shirt.

Anda pula bagaimana?.Kalau yang perempuan bujang tu jangan cakaplah paling kurang 3 pasang baju kurung....kalau dah kahwin mungkin kurang la sikit sebab kena budget pada yang lain juga macam langsir,alas meja,belanja untuk buat kuih,duit raya dan macam-macam lagi lah kan..apapun beringat sama belanja lepas raya nanti..lambat lagi nak menunggu gaji bulan depan tuuu...

ozzy - pakai baju lama...

9 ulasan:

  1. Tu la susahnya kalau nampak friendly... org salah sangka lak.. hehe

    BalasPadam
  2. macam ada bakat tu, jadi bisnesman berjaya hehe

    BalasPadam
  3. salam kenal

    saya belum beli baju raya lagi la....:(

    BalasPadam
  4. persiapan lebih pada si kecik ni je..mak ayah biasa2 je, ummi eli sepasang baju kurug siap..abah iman beli t-shirt..baju melayu dia tak nak..hahakd..dah banyak katanya

    BalasPadam
  5. Salam Ozzy,

    Gaji tak masuk lagi Ozzy, kalau payment dari client masuk, adalah gaji kami, kalau takder. maksudnya takder gajilah..ataupun lepas raya daapt gajilah jawabnya.camne nak shopping atau buat persiapan raya..sedih nih.

    BalasPadam
  6. Hahaha sebab aok ade gaye tokey kut :) selamat hari raya dan membeli belah... berbelanje dgn berhemah :)

    BalasPadam
  7. sy x beli bju raya pun.. pakai bju biasa je

    BalasPadam
  8. sama la kite.. mmg lebihkan pada anak2.. rasa mcm 1 kepuasan bila tgk anak2 bergaya sakan di hari raya. lg pun, setahun sekali je...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...