8 September 2010

BISIKAN HATI


Suasana untuk menyambut ketibaan Syawal di ibu kota kelihatan sungguh sibuk dengan kehadiran begitu ramai pengunjung untuk membeli dan menyediakan segala persiapan.Dendangan lagu Hari Raya yang berkumandang turut memeriahkan lagi suasana yang ada.

Di tengah lautan insan yang sedang bergembira kelihatan kelibat seorang gadis kecil hanya memandang dari kejauhan dengan hati yang pilu.Hatinya sayu melihat anak gadis yang seusia dengannya berjalan berpimpin tangan begitu mesra bersama ayah dan ibu sedangkan dia hanya termanggu seorang diri tanpa ada siapa di sisi.

Dari kejauhan dia memandang setiap yang melintas di depannya bersama bisikan hati yang sayu. Matanya melirik pada pakaiannya yang telah lusuh dan sudah lama tidak berganti.Kakinya yang comot bersama selipar yang nipis menguis debu di lantai kaki lima.Pandangannya kembali terarah pada setiap kelibat yang lalulalang di hadapannya.Doanya ketika ini semoga ibunya hadir agar terubat kerinduannya selama ini.

Lama dia memerhati dengan mata berkaca akhirnya jiwa anak kecil sepertinya tidak mampu bertahan lagi.Air mata mula bergenang di kelopak mata dan akhirnya mengalir perlahan membasahi pipi.Bersama sendu gadis kecil seakan berbisik "ibu... ibu di mana?..adik rindukan ibu.. datanglah ibu".Matanya meliar memerhatikan kiri dan kanan mengharapkan seseorang yang bergelar ibu datang memimpin tangannya seperti mana dia melihat kanak-kanak lain dipimpin oleh ibunya.Namun hatinya hampa bersama harapan yang masih bersisa.

Sedang bibirnya masih meratap hiba tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki yang agak berusia.  "Adik tunggu siapa ni?..mak mana?". Dia menjawab bersama sendu yang panjang " adik tungguuu ibu..dah lama adik cari ibu..tapi kenapa ibu tak datang..".Pakcik itu bertanya "Ibu adik di mana?"  Dia menjawab lagi dan kali ini sendunya mula mengendur "tak tahu pakcik..tapi adik ada gambarnya" katanya  sambil mengeluarkan beberapa keping gambar dari beg yang disandang. Pakcik tersebut merenung kesemua gambar yang diberi oleh gadis kecil itu."Yang mana satu ibu adik?..semuanya pun lain-lain.. tak sama?".Gadis kecil itu menjawab " tak tahu pakcik..adik potong gambar ni dari dalam surat khabar..tapi adik tak tahu yang mana satu ibu adik".

Pakcik itu hanya menggeleng kepala sambil mengeluarkan sehelai duit 10 ringgit "Adik ambil duit ni buat belanja makan ye..tentu adik lapar".Gadis kecil itu menggelengkan kepala sambil berkata "Adik tak nak duit..adik nak ibuuuu" sambil airmatanya kembali mengalir laju."tak apalah..adik simpan duit ni sementara menunggu ibu adik datang..tentu adik lapar kan..ambillah".Gadis kecil itu mengambil duit tersebut dan menyimpannya di dalam beg sambil mengucapkan terima kasih. Selepas pakcik itu berlalu anak kecil itu berbisik seorang diri "ibu...adik ada duit..ibu datanglah kita  makan sama-sama" katanya mengharap sambil menyapu air mata dengan hujung lengan bajunya.

Dalam kesedihan disulami hati yang kecewa gadis kecil itu mula melangkah ke arah destinasi lain "mungkin ibu tak ada di sini".katanya memujuk hati.Beberapa tapak melangkah tiba-tiba sebelah selipar usang yang dipakainya putus. Kesedihannya muncul lagi dan sambil mencebik bibir anak kecil itu berkata "ibu..tengoklah selipar adik dah putus...dah lama adik pakai selipar ni..nanti kalau adik jumpa ibu...ibu belikan yang baru ye bu".Dia melangkah sambil menjengketkan sebelah kakinya yang tidak berselipar.Dia kemudiannya terjumpa sehelai tali lalu selipar tersebut diikat dan dipakai semula. Kerana bimbang selipar itu kembali putus anak kecil itu berjalan sambil mengheretkan sebelah kakinya.

Melintasi gerai-gerai yang menjual baju dan kasut baru hati gadis kecil ini terus dicengkam pilu. Kepiluan seorang anak kecil yang mengharapkan ibunya membelikan untuknya lantas disarungkan ke tubuhnya. Namun harapan agar ibunya memimpin tangannya dan memeluknya lebih berharga dari segala yang ada.Hanya airmata menjadi teman setia bersama doa agar ibunya kembali berada di sisi." Ibu..semua orang nak sambut raya..adik pun nak raya ..Ibu dimana?..datanglah ibu..adik rindukan ibu"  lalu airmatanya gugur lagi.....

* Sekadar coretan dari aku untuk anak-anak yatim serta anak-anak yang ditinggalkan oleh kedua ibubapanya. Ini hanyalah secebis kisah pilu yang mungkin melanda diri mereka di saat ini.Ketika kita semua bergembira menantikan Hari Raya ada insan di luar sana sedang meratap hiba. Mungkin kemeriahan yang kita rasai tidak pernah mereka rasa.Bersyukurlah kita kerana nasib kita lebih baik dari mereka dan mungkin kita tidak pernah merasa apa yang mereka rasa..dapat beraya dan bergembira bersama-sama meskipun ada sedikit kekurangan dari segi persediaan tapi kita masih ada tempat untuk mencurahkan kasih sayang.

Buat insan yang tiada ibu dan bapa aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ... sesungguhnya walau siapapun kita selagi kita bergelar umat Islam..kita berhak menyambutnya bersama-sama.Hilangkan duka , padamkan derita , lupakan sengketa ..SELAMAT HARI RAYA ..MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Sayangi Daku

19 ulasan:

  1. semoga semuanya dapat bergembira di hari raya ini...

    BalasPadam
  2. huhuhu...sedih baca entry nie...selamat hari raya aidilfitri bro ozzy...moga lebaran kali ini lebih bermakna utk kita semua...insyaallah...

    BalasPadam
  3. Sedih ....:(
    Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
    * Lagu x dpt dengor line macam siput:(

    BalasPadam
  4. selamat ari raya ozzy

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama ..
    Selamat Hari Raya juga dari saya..

    BalasPadam
  6. salam abg ozzy

    apa pun angah nak ucap selamat menyambut hari lebaran yg bakal tiba

    BalasPadam
  7. W'salam Angah..
    Selamat Hari raya juga untukmu sekeluarga..

    BalasPadam
  8. relevan..
    Selamat Hari Raya juga..

    BalasPadam
  9. Salam Ozzy,

    Bergenang airmata membaca coretan ini. Tanpa kasihsayang dalam kehidupan seharian pasti hidup kita ni tak akan pernah lengkap dan bahagia.Moga kanak2 yatim itu akan mendpat kasihsayang walaupun bukan dari ibu sebenar tetapi dari mereka yg mengerti erti kasih sayang.

    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Buat Ozzy Sekeluarga. Moga ceria, bahagia sentiasa. Selamat pulang ke kg.Hati2 dijalanraya.

    BalasPadam
  10. sedih kan.

    hargai lah mak ayah dan keluarga kita. bertuah kita kalau nak di bandingkan dgn anak2 yatim kat luar tu.


    selamat hari raya. ;p

    BalasPadam
  11. sayunya hati bila bace entry anda..penceritaan yg baik dan menyentuh hati...

    bertuahnya diri masih mempunyai ibu dan ayan serta adik2 utk menemani hari2ku..syukur kehadrat illahi..

    BalasPadam
  12. apapun masalah ibu dan bapa, tak sepatutnya anak2 mjadi mangsa....

    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
    Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat”

    “Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sungguh berharga”

    BalasPadam
  13. sedih baca n3 ni..kerna aku juga ank yatim piatu

    BalasPadam
  14. sedihnya bca n3 ni...kesian pada anak anak yatim,.semoga mereka beroleh rezeki yang melimpah2..

    BalasPadam
  15. apalah kesudahan nasib si anak kecil tu ya... bahaya berjalan berseorangan macam tu
    JKM xde ke nak membantu?
    mmmm

    SELAMAT HARI RAYA, OZZY....

    → : digeruni dan dimusuhi

    BalasPadam
  16. Salam...

    Slmt Hari Raya Aidilfitri...
    Maaf Zahir Batin yer...kira 0-0 la..

    Raya2 ni x semua org gembira..
    Ramai lg yang malang kat luar sana...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...