Amalan kunjung mengunjung di hari raya seakan merupakan satu tradisi masyarakat kita apabila tibanya hari raya.Selain bermaaf-maafan di hari yang mulia ini ia juga dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita umat Islam dan hubungan baik sesama jiran tetangga.
Setelah selesai sembahyang sunat aidilfitri kita akan mula berkunjung ke rumah jiran terdekat atau rakan-rakan yang mungkin jarang kita ketemu.Demi menjaga hubungan baik sesama jiran atau rakan kita akan berkunjung ke rumahnya tanpa mengira darjat ataupun keturunannya.
Pastinya sesekali bersua akan banyak cerita untuk dibualkan terutamanya jika masing-masing bekerja di bandar.Bertemu rakan sekampung yang sama-sama dibesarkan di tempat yang sama pastinya banyak meninggalkan nostalgia dan menggamit kenangan suka dan duka apatah lagi apabila masing-masing tahu kesusahan dan keperitan hidup di masa silam.Di zaman kanak-kanak kita sama-sama bermain, bergaduh dan bergurau serta saling bantu membantu dan bersekolah di sekolah yang sama.Pastinya segala kenangan itu tidak akan padam meskipun memori kita tidak dapat mengingati seluruh perjalanan hidup kita.
Sebagai rakan kita akan berkunjung untuk bertanya khabar rakan-rakan samada jauh atau dekat. Paling utama pastinya rakan kita yang terdekat.Namun hati kecil kita mula berdetik apabila setiap tahun kenapa hanya kita saja yang berkunjung ke rumahnya sedangkan rakan kita tak pernah datang berkunjung ke rumah kita setiap kali tiba hari raya?.Hati kita mula bertanya apakah hanya kita yang mengingati kawan atau rakan? sedangkan kita juga mengharapkan agar rakan juga berkunjung ke rumah kita apatah lagi jika rumah kita hanya bersebelahan atau bertentangan.
Lama kelamaan hati seorang rakan mula tawar dan seterusnya tidak lagi saling berkunjungan kerana merasakan ianya tidak adil "asyik aku je pergi rumah dia..macam aku ni tak ada rumah".Sebagai rakan kita juga patut menjaga hati rakan lain sebagaimana mereka menjaga hati kita.Jika kita memberi alasan yang kita sibuk di rumah atau ramai yang berkunjung maka apa akan terjadi sekiranya semuanya memberi alasan yang sama? siapa yang akan berkunjung pada hari raya?.Sudahnya masing-masing menghadap di depan TV mengharapkan orang lain datang berkunjung.Jika bernasib baik kita akan tersua di masjid selepas sembahyang hari raya maka sempatlah berbual untuk seketika dan selepas itu masing-masing menuju ke haluan masing-masing.
Mungkin sebelah pihak pada awalnya akan mengalah dan berkata " tak apalah..kita ingat kawan-kawan kita " tapi akan tiba suatu masa kawan kita itu akan berkata "hmm..asyik aku je pergi rumah dia..dia tak reti nak datang rumah aku ke?..padahal bukannya jauh sebelah rumah je".Mungkinkah apabila rakan kita terlantar sakit barulah kita datang berkunjung kononnya menghargai nilai persahabatan seorang rakan yang membesar di tempat yang sama? atau kita berpendapat kehadiran kita ketika itu lebih bermakna kerana mungkin kita mahu di anggap seorang rakan yang prihatin...atau mungkin kita hanya akan hadir untuk membacakan surah yassin buat seorang insan bergelar jiran yang juga rakan kita.

Salam Sifu...
BalasPadamskang ni lg teruk klu kita p beraya umah org,
anak2nya wat muka x mengalukn tetamu,dorg tgh
melingkar dpn tv kita plak dtg...nak kena bgun wat air la bagai...yg tu lg kecik ati klu nk bnding ngn kes kunjungan x berbalas...
koi dh terkena baru2 ni dgn sdara jauh...nak ajak kita masuk umah pun mcm nk x nak jer...
maknya la yg beria2 layan tetamu..nak tggu dorg dtg beraya jgn harap la...smayang raya pun x pnah nmpk btg idung...cemane la nak kukuhkan silatulrahim klu camtu...nak x nak kita la yg kena jenguk muka.
salam cik ozzy..
BalasPadamraya ni saya mmg x lekat kat rumah !
raya kali ni juga pergi melawat semua rumah saudara-mara..
x dak satu pon yang miss
btw,jom tengok widget dedin !
SALAM,
BalasPadamZIARAH MENZIARAH TU BAGUS . TAK KIRA MASA BILA ! YANG TERBAIKNYA KITA NI SALING BERKUNJUNG, TIDAK SATU PIHAK SAHAJA
Betul tu saling kunjung mengujung amalan mulia slamat hari raya. kemana kita raya nei jauh jalan gamoknya :)
BalasPadamw'salam shinju..
BalasPadamyang macam tu pun banyak juga..
w'salam de din..
Itulah yang sebaiknya..cuma kdg2 terasa juga bila asyik kita je yg berkunjung
w'salam luah fikiran
betul tu..
Abg Yassin kita..
lama x dengar kabar berita..hehe
memang jauh koi berjalan pahang - N9 - Perak.
kala pegi beraya, ayat yang biasa sanget kite dengo : "kita ni memanglah sedara, sepupu, dua pupu.. sebab tu masa raya ni nak kena ziaroh.. keknya, geng kita je lah hok yang kenal nye.. anok-anaok kita belom tentu deme kenal yang deme tu sedara"
BalasPadamsalam ..
BalasPadammolek la tu
sesama berziarah
mengerat silahturrahim..
tapi di bando ni,kerja
tak sama syif..cuti pun
tak sama..susah nak ber
ziarah..he he
Kita berkunjung kerumah jiran atas keikhlasan, sebelum pulang jemput juga jiran dtg ke rumah. terpulang pada mereka nak membalas atau tidak.
BalasPadam