29 September 2010

MALU VS KEMALUAN

                            







Dalam melariskan sesuatu produk pastinya memerlukan promosi bertujuan bagi memperkenalkan produk kepada pengguna.
Untuk meyakinkan pengguna maka iklan yang ditampilkan seboleh-bolehnya dengan pakej yang selengkap mungkin.Ini kerana kadar bayaran iklan mengikut minit ia ditayangkan dan pastinya charge yang dikenakan juga tinggi.Demi merealisasikan impian mereka juga dalam mengaut keuntungan sensiviti sesetengah golongan turut dipinggirkan.

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan iklan hari raya raya yang dianggap tidak peka dengan sensivity orang melayu dan umat islam khususnya.Maka berlumba-lumba para blogger memaparkan dan mempamerkan iklan tersebut dengan berbagai ulasan dan kecaman.Mungkin kerana ia menyentuh isu agama maka kita tampil memberi kritikan dan pandangan bagi menunjukkan seolah kita amat peka dan begitu teliti dengan sebarang iklan yang ditampilkan.

Antara iklan yang makin kerap kita saksikan sekarang ini adalah iklan tuala wanita.Terdapat berbagai jenama kini telah berada di pasaran.Sekali pandang iklan tuala wanita ini dah jadi macam iklan pampers untuk bayi bezanya hanya pada individu yang ditampilkan.Produk ini konsep dan penggunaannya adalah sama malahan reka bentuknya juga hampir sama kerana digunakan ditempat yang sama jika berbeza pun mungkin sedikit penambahan pada saiz atau ketebalannya.Oleh kerana ingin mengenalkan dan melariskan produk maka iklan yang ditampilkan dengan berbagai variasi untuk menarik imaginasi penonton.

Antara strategi yang dianggap berkesan adalah menggunakan golongan terkenal seperti artis sebagai model iklan.Sebelum ini artis yang terlibat dalam iklan ini adalah penyanyi Yuna.Mungkin iklan yang ditampilkan kurang berkesan maka diterbitkan pula iklan dari penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Adibah Noor menggunakan jenama yang sama.Kali ini iklan yang ditayangkan memaparkan aksi yang lebih detail dan dapat menyerap daya imaginasi lebih mudah bersama 'body language' yang berkesan dari penyanyi terkenal ini.Penggunaan imej lain seperti buah tembikai memudahkan lagi penonton menangkap mesej yang ingin disampaikan seolah-olah penonton semuanya tak pernah jumpa 'bahan' ini.

Mungkin bagi sesetengah pihak iklan seperti ini dianggap biasa (lama-lama akan jadi biasa) tapi bagi golongan yang agak konservatif mereka akan terasa malu apatah lagi bila ditonton beramai-ramai dengan saudara mara atau anak buah.Mereka berpendapat tidak perlu dipaparkan iklan sebegini kerana golongan dewasa memang telah 'familiar' dengan produk ini cukup sekadar memaparkan kelebihan rekaannya tidak perlu sehingga menunjukkan aksi serta imej sedemikian rupa.Modelnya juga orang Melayu membuatkan mereka semakin malu.Mereka masih beranggapan orang Melayu perlu menjaga 'MALU' dan 'KEMALUAN' dari tatapan umum.

" BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KUSALUT BISA "

18 ulasan:

  1. betul3.. masa 1st kuar iklan psl "pad" ni kan.. malu tgk.. tp skrg ni dah mcm biasa sbb dah sll tgk..
    tp betull bg org2 lama, sensitiviti tu kuat lg,...
    mmmm... dunia hari ni.. ssh nak fikir psl hati n perasaan tp JUST money..

    BalasPadam
  2. Yuppp...sokong sesangat!!!!nampaknya orang melayu dah hilang malunya...
    memang terasa gak ar masa malunya masa tonton iklan tu...kalau orang yang tak kahwin lagi nengoknya lagi la malu...

    BalasPadam
  3. salam..skrg ni sifat malu dh makin trhakis..bezanya cuma samada kita sedar @ x sedar je..

    BalasPadam
  4. same with me !
    dah x dak iklan len dah ka ?
    kdang2 ada yg mcm lucah sikit

    BalasPadam
  5. SALAM,
    BETUL. INILAH MASALAHNYA. TAK RASA MALU DAN TAK MALU DENGAN KEMALUAN.

    BalasPadam
  6. err...bace entri ni pun terasa malu

    BalasPadam
  7. org skrg kan open minded katakan..

    BalasPadam
  8. Salam..

    setuju, cuma bab iklan tu, rasanya bukan terbitan Petronas

    BalasPadam
  9. salam..
    koi pun jadi malu
    KEMALU-MALUAN..he he

    BalasPadam
  10. salam abg ozzy betul tue?? angah sokong..

    BalasPadam
  11. hmm double meaning nyer iklan lebih senang difahami.. tambah2 ada side effect.. ahaks..

    tapi kekadang benda ni akan jadi satu gurauan untuk golongan muda...

    mmg iklan gini dah jadi satu kebiasaan di luar.. cuma rasa elok tapis sket utk masyarakat malaysia nie.. tul tak?

    BalasPadam
  12. salam, tak payah nak iklankan benda ni, dah tentu pelanggan akan cari....jenama apa itu pilihan masing-masing..

    BalasPadam
  13. Memang zaman sekarang ni sudah hilang segala kemaluan..

    BalasPadam
  14. Salam berkunjungan pozi...
    Bokband kawan buat hal lambat boleh sampai sini huhuhu...

    BalasPadam
  15. e'eh..saya sokong sangat n3 nie..

    memang tak patut bila iklan nie open sangat..

    dibandingkan pulak ngan roti n buah tembikai...

    kembang tekak kan..
    memang tak patut..

    BalasPadam
  16. nanti kalau org kata x boleh buat mcm tu, kata tak modern la pula kan? Susah la org skrg ni

    BalasPadam
  17. Salam Sifu...

    mak koi pun marah sgt tgk iklan mcm ni...
    x senonoh dia ckp...
    dulu2 org beli pad siap tokey kdai bgkus ngn suatkabo...skang ni xyah...org dh x malu...
    iklan2 yg detail sgt mcm tu mengundang tandatanye bdk2 kecik...mula la dorg kemukakan soklan2 pelik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...