19 Januari 2011

BLOGWALKING - AUTO ATAU AUTA

Sejak akhir-akhir ini penggunaan 'auto blogwalking' semakin popular dikalangan blogger yang malas nak blogwalking secara manual seperti yang sering diamalkan sebelum ini.

Tujuannya pasti semua blogger tahu hanyalah untuk meningkatkan traffic masing-masing.Aku sendiri kurang pasti bagaimana format atau kaedah yang mereka guna pakai kerana belum pernah mencuba.Pastinya kaedah ini baik dan memudahkan pada mereka.

Agak pelik apabila kita perhatikan orang yang sama (kadangkala menggunakan nama yang berbeza) kerap berkunjung ke blog kita sehinggaa 4-5 kali sehari.Pastinya mereka ini mengharapkan kita juga berkunjung ke blog mereka setiap kali mereka singgah.Bagi menjaga hati maka kita turut singgah ke blog mereka cuma bezanya dalam format yang berlainan iaitu 'auto' atau 'manual'.Bagi mereka yang menggunakan kaedah 'auto' pastinya duduk bersandar dengan senyuman tapi bagi yang masih gunakan cara 'manual' pastinya terkial-kial jugakan.

Teringat sewaktu di kampung ada yang mengambil upah menjual kelapa atau upah mengait/petik kelapa.Bagi memudahkan kerja mereka menggunakan khidmat beruk yang dipelihara untuk memetik buah kelapa sementara tuannya hanya duduk bersandar sambil mengunyah kacang.Mereka cuma arahkan buah yang mana untuk dipetik samada nak yang muda atau yang tua.Bagi yang tiada beruk maka terkial-kial lah dia memanjat dari satu pokok ke satu pokok bersama kudrat yang ada.Kalau pokok tersebut tinggi dan sayup maka lambatlah dia sampai ke puncak.

Kebiasaannya kita dapat melihat website yang tertera (jika highlight pada nama mereka) akan terpapar contohnya abc.blogsot.com atau abc.com tetapi jika anda perhatikan sekarang ini banyak yang tertera URLCUT.COM atau URLPASS.COM.(anda boleh periksa mereka yang singgah dalam shoutmix aku ini atau shoutmix anda sendiri dengan menghalakan mouse pada nama mereka). Sekiranya hanya satu nama mungkin kita beranggapan itu adalah orang yang sama tapi apabila ramai yang menggunakan website yang sama maka timbul persoalan apakah mereka ini semua menggunakan apa yang dikatakan 'auto blogwalk'?.

Apabila timbul kesangsian ini aku sebenarnya memang malas nak singgah kerana kehadiran mereka ini tidak akan dikira sebagai Unique Visitor (UV) walau berpuluh kali mereka singgah dalam sehari jadi untuk apa aku menghadiahkan UV pada mereka dengan membalas semula jejak mereka.Sememangnya aku tahu kamu singgah walaupun bukan saja apa yang aku tulis kamu tak tahu malah mungkin tajuk apa yang aku tulis pun kamu tak tahu.


29 ulasan:

  1. Saya pun x paham kaedah auto bw neh..
    Tapi saya suka tukar2 nama klu bw..
    yg pasti saya bw secara manual... :)

    BalasPadam
  2. salam saudara ozzy,
    sy masih mengamalkan manual utk BW, sbb tak tau mcm mn nak buat auto BW. hahahha sungguh ortodoks aku ni.teringin gak nak cuba best ke ek?

    BalasPadam
  3. Salam pozi..kawan kadang ikut mana yang mudah kadang drp ShoutMix Chat kadang kalau kebetulan macam blog aok nie ada entri baru kawan masuk cara halal :)

    BalasPadam
  4. hahaha...btl gak tu..
    dtg byk2 kali lg bgus..
    tp kedatangan dorg ni dikira ke sbg uv?

    BalasPadam
  5. salam..
    lama dah aku tak BW ni..
    sekadar membalas ziarah kawan..
    tetapi memang di akui BW membantu
    traffic ke blog..

    BalasPadam
  6. cara auto ni sebenarnya leh cam.. kalau post sama je.. kat entry orang lain iya la tu..

    BalasPadam
  7. biasalah tu..yg auto teringin sgt nak tarik kunjungan pembaca ke blog diaorang. tapi tak adil lah sbb yg manual sanggup terjah dari blog ke blog sedangkan yg auto hanya copy dan paste link kat kotak blogwalking then klik shout.. tak payah nak bukak2 blog

    BalasPadam
  8. Salam bro,
    saya tak kisah lantaklah diorang nak bw auto ke apa ke..saya cuma nak baca blog (dunia blog adalah gedung ilmu dan ianya percuma). buat masa ni tak terfikir pasal traffic ke traffic light ke hehe..nak baca silakan , taknak baca its Ok, takda paksaan.

    BalasPadam
  9. Tak suka auto auto ni..suka manual..macam juga kereta atau pun mak wea`..hehe!

    BalasPadam
  10. cik tom pun xsuka la yg buat auto bw ni..siyez smix penuh dgn jejak diorg je..kadang2 tue jejak xlogik lgsg..balik kelas kul 12.30 pagi??main futsal 5.30pagi??nmpk sgt tipu..

    BalasPadam
  11. apa2pun berblog dan menjalin silaturrahim biarlah dgn ikhlas....

    p/s- tak minat auto bw terasa mcm auta bw! he3

    BalasPadam
  12. ozzy: bese wat auto publish....auto blogwalking x pnh plak....hu3...

    BalasPadam
  13. uish..zaman moden la katekan..
    seme keje nak mudah..
    smp bw pon da de auto..huhu

    BalasPadam
  14. entahlah diorang ni.. pemalas tahap gaban, semua nak senang saja..oh ya, sy dah follow sini:)

    entri baru saya:
    berhati-hati denagn mi segera 50% halal
    fish massage memang best
    penyakit yang dialami wanita sahaja

    BalasPadam
  15. Salam Bro,aku juga ada buat N3 sama,walaupun aku tahu mengunakanya,tapi aku tak mahu cam menipu diri sendiri je.

    BalasPadam
  16. sbnrnya utk berjaga2..
    dulu pernah guna url sendiri,sekali kena ban dgn shoutmix..
    pastu pening mcm mn nk BW kat blog rakan2..
    pastu blog jiwa kacau ada cadang guna urlpass..
    itu yg duk guna sampai skrg..
    takot kena ban dgn shoutmix..

    BalasPadam
  17. SAMALAH..X SUKE YG AUTO BW NEH..NMPAK SGT MCM KEJAR TRAFIK KAN..

    BalasPadam
  18. mmg BW secara manual & tradisional dr dulu. tak berminat pun dgn auto BW ni.

    BalasPadam
  19. Shah87 di atas adalah pemilik blog sembangkosong...masih lagi nak berdolak-dalih

    BalasPadam
  20. xpenah p0n gune aut0-bl0gwalking..n xtau p0n cmne nk gune..lg suke gune manual..
    sbb sy suke bace enrty baru2 dr kawan :)

    BalasPadam
  21. bro , semestinya short url ni xelok , bukan ade ujuan jahat pon org yg gne short url ni , antara sebabnya , sebab link blog kite da kna ban dgn shoutmix , so kite guna short url , xsalah pon ..

    BalasPadam
  22. setiap kali blogwalk seri ambil masa 2-3jam ikut dari keadaan. jadi bila orang balas guna autoblogwalk sudah tentu lawatan kita diblog mereka seolah-olah tak dihargai.

    BalasPadam
  23. macam2 hal lah serg ni.. mmg hangat isu ni skrg.. huhu yg penting aku bw secara jujur k.. say no to autobw..huhu

    BalasPadam
  24. serius nih..sampai jadi isu besar..

    BalasPadam
  25. mana2 mia bw ramai yang buat entri hangat ni... hmmm tengah panas betulll....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...