20 Disember 2010

PASARAYA HALAL

Mungkin ramai yang tidak menyedari akan kewujudan pasaraya halal yang menjalankan perniagaan halal sepenuhnya atau mungkin juga ada yang sedari tetapi hanya sekadar pernah mendengar namanya tetapi tidak pernah berkunjung ke sana.
Pertemuan dengan rakan blogger baru-baru ini membuka dimensi baru dalam hidup aku apabila aku berjaya menjejaki pasaraya halal ini.

Terima kasih buat rakan blogger tersebut iaitu saudara Johari atau menggelarkan dirinya sebagai UJ (Uncle Joe) yang boleh ditemui di dalam blognya di SINI.Pertemuan dengannya baru-baru ini ketika beliau menghadiri khusus di Kuala Lumpur sekaligus membeli produk serai wangi keluaran OZZY yang dipesan melalui shoutmix di blog aku turut ditemani oleh rakanku saudara ZULKBO.Dari perbualan dia mencadangkan agar aku cuba memasarkan produk aku ini di Pasaraya Halal ini yang dikenali sebagai Pasaraya Halal Metamorf.

Setelah berjaya mengesan pasaraya ini yang terletak berhadapan stesen komuter di Pantai Dalam tanpa membuang masa aku menuju ke sana bersama sample produk OZZY.Aku disambut dengan ramah oleh pemilik pasaraya ini dan setelah menerangkan produk aku akhirnya produk aku diterima untuk dijual dikedai ini.Terima kasih pada pemilik pasaraya ini yang berasal dari Kedah.



Sebelum diterima semua produk akan diteliti terlebih dahulu dan hanya produk bumiputera sahaja yang diterima di sini.Aku diminta menyerahkan salinan pendaftaran syarikat bagi memastikan ianya betul-betul produk aku dan bukan dari keluaran 'bukan bumiputera'. Selain itu setiap produk yang lain juga akan diteliti dari mana keluarannya dan jika didapati diproses oleh bukan Melayu produk tersebut akan di reject. Tabik Springgg !!!! buat pemilik pasaraya ini yang begitu tegas dan tanpa kompromi pada produk bukan Melayu lebih-lebih lagi pada yang tidak halal/haram.

Perbualan dengannya turut menarik apabila aku bertanya dari mana dia dapatkan bekalan ayam serta ikan. Menurutnya ayam yang dijual dibeli terus dari pengusaha Melayu mengikut kriteria yang beliau tetapkan dimana beliau sendiri akan melawat ke sana iaitu bangsal serta tempat memproses ayam yang bersih selain cara penyembelihan mengikut syariat Islam serta disembelih oleh orang Islam dengan cara yang sah.



Ikan pula dibeli terus dari peraih di Kuala Perlis dan bukannya ikan yang diimport dari Thailand kerana dia turut menyedari penggunaan bahan kimia FORMALIN yang digunakan pada mayat oleh pengusaha dari sana untuk menyegarkan ikan.Sila rujuk entry aku sebelum ini mengenai penggunaan bahan kimia ini klik di SINI.Mee kuning yang biasa kita makan di kedai mamak pula seperti kita sedia maklum mengandungi asid arsenik di sini hanya di jual menggunakan jenama "Mee Ibu" yang dipercayai buatannya iaitu buatan muslim.

Satu pemandangan menarik ketika dipintu masuk apabila terbaca notis atau peringatan yang dipamerkan bertulis  " TOLONG BERPAKAIAN SOPAN ATAU ANDA TIDAK DIBENARKAN MASUK DI PREMIS INI "  meskipun ayat tertulis menghadkan kehadiran pengunjung terutamanya pada mereka yang tidak berpakaian sopan tetapi keyakinan pemiliknya dengan rezeki yang Allah berikan begitu teguh untuk mengenepikan soal untung semata-mata...tahniah pada prinsipnya.


Pemandangan di dalamnya juga kemas dan teratur dengan berbagai barangan yang dipamerkan dari kelengkapan dapur , buku agama dan motivasi , barangan basah seperti sayur , ikan dan daging serta pakaian.

Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik di SINI yang setakat ini hanya mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Bandar Pusat Jengka. Kebetulan aku juga berasal dari sana insyaallah produk aku ini aku akan pasarkan juga di sana.Kerana itu seperti yang telah aku katakan pada entry aku sebelum ini iaitu "APA SALAH MENCUBA" akhirnya produk aku mula bertapak di Pasaraya.



Mungkin ramai diantara anda disini kecewa setelah menyedari anda tidak berpotensi menambahkan pendapatan sebagai blogger apa salahnya blog anda dijadikan medium untuk cuba meraih rezeki yang lain.Mungkin produk anda juga bakal bertapak di sini...

~ Notis di pintu masuk ~

8 ulasan:

  1. akuanakpahang berkata...
    Syabas pozi barangan anda dah masuk pasaraya. Tahniah juga diatas keprihatinan pemilik Pasaraya tersebut kerna mengambil berat semua aspek berkaitan.

    **Selamat maju jaya.

    OGOS 01, 2010
    zulkbo berkata...
    salam Ozzy..
    anda sedang melangkah
    untuk menjadi usahawan
    berjaya dah ni..nanti
    dah besor perniagaan
    ambik aku jadi manager
    udahla yek..he he
    TAHNIAH bang..jangan lupa
    mengetea kita nanti

    OGOS 01, 2010
    iza berkata...
    Salam pg Isnin.

    Tahniah, moga perniagaan terus berkembang.
    Baru tau ada pasaraya yg bagus macam tu.... Harap2 pasaraya seperti itu akan melebarkan sayapnya ke tempat lain kerana saya sbg pengguna semestinya nak yang halal dan terjamin kualitinya.

    OGOS 02, 2010
    LyNn HaMzAh berkata...
    apesal kat pantai dalam jer pasaraya nie...x der kat jb ker?

    OGOS 02, 2010
    uNcLeJoE berkata...
    wahhhh alhamdulillah... last2 jumpa juga ekk... masa kita jumpa dulu.. saya terlupa nak sebut nama dia metamorf...buat masa ni... inilah halal mart yang paling terkenal dan agak besar...

    syabas kat ozzy..insyaAllah makin bertambah besar nanti.. satu bonus jugak kan...sebab memang ada cawangan di jengka.

    ada banyak lagi juga beberapa halal mart seumpama ini... khasnya di area tampin dan seremban... yang ni HIjrah....

    dan di shah alam boleh tengok kat area seksyen 15 dulu kalau tak...silap sebab pernah pergi dulu ada abang tinggal di U8...yang ni ...Az_zain

    OGOS 02, 2010
    ozzy berkata...
    Salam semua...
    Yassin - Terima kasih ..doakan kwn berjaya yek
    Zul - Terima kasih juga sahabat..setakat ngeteh insyaallah tak de masalah
    Lyn - Setakat ni saya check belum ada lagi cawangannya di JB
    UJ - Terima kasih juga atas sokongan dan doronagn yang diberikan..jasamu dikenang selamanya.

    OGOS 02, 2010
    Lindonut berkata...
    wow. tahniah ozzy! truskan kembangkan ur product okeh! :D
    n psl pasaraya tu, mmg sgt bgus la. :))

    OGOS 02, 2010
    atie berkata...
    tahniah! semoga saudara ozzy terus sukses dalam perniagaan dan menjadi lebih maju lagi.. saya pun tabik springggg kat pemilik pasaraya halal tersebut.. patut perbanyakkan pasaraya macam tu di seluruh negara.. tahniah untuk saudara berdua.. :)

    OGOS 02, 2010
    diana berkata...
    tahniah ye..
    bangga ade orang melayu yang berjaya..!

    OGOS 02, 2010
    PUSAT TERNAKAN KELI KANVAS PULAU PINANG berkata...
    tahniah ozzy...gua doa moga ozzy selalu sukses dan berjaya...nak tgk org Melayu terus maju jaya..

    OGOS 03, 2010
    miszTERRA_SF_ berkata...
    tahniah2..sangat berbangga ngan en.. berbangga ngan kejayaan anak melayu Islam :)

    OGOS 03, 2010

    BalasPadam
  2. sy belum pernah jumpa premis perniagaan yg macam ni.bagus betul kan.hope rezeki tuan punya premis dan yr bisnes maju. insyaallah.

    BalasPadam
  3. wah kat jengka ader jgk ker...
    bler blk temerloh bleh sggh nih =)

    BalasPadam
  4. wah.. tahniah2.. semoga terus berkembang :)

    BalasPadam
  5. semoga berjaya dengan bisnes yang diceburi...

    BalasPadam
  6. subahanallah...
    koi ingatkan produk ni sesaja je aok iklan kat blog ni. ingatkan jadi ejen ke, tolong prosmosi ke dsbnya.
    tahniah, koi bangga dgn aok. selamat maju jaya. bangga juga dgn tokey kedai halal tu.

    BalasPadam
  7. wah!
    kedai tu betul2 jaga standardnya
    siap letak notis dkt pintu
    selamat maju jaya yer
    =]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...