11 Januari 2011

ANA RAFFALI JUARA AJL 2010

Ucapan tahniah pada Ana Raffali yang telah muncul sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu 2010.
Dengan mempertaruhkan lagu berjudul ' Tolong Ingatkan Aku ' hasil ciptaan dan lirik beliau sendiri akhirnya dia diumumkan sebagai juara AJL 2010 yang berlangsung semalam.

Bakat beliau dikesan secara kebetulan oleh komposer Aidit Alfian yang melihat persembahan dan suaranya di laman web Youtube. Yakin dengan kebolehan serta bakatnya akhirnya beliau dipilih menjadi artis di bawah naungan syarikat Aidit Alfian Records.

Antara lagu beliau yang popular adalah lagu berjudul Kalau Berpacaran bergandingan bersama penyanyi Suhaimi Mior Hassan dan Altimate.Apa yang menarik mengenai penyanyi ini adalah beliau sering muncul bersama imej berbaju kurung/kebaya dan tidak pernah tampil selain dari pakaian tersebut.

Kata orang tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.Mungkin ini adalah salah satu contoh bahawa nasib dan tuah kita tidak dapat dijangka.Jika kita lihat senario hari ini ramai yang muncul dengan berbagai kontroversi semata-mata untuk menjadi popular dan meraih tumpuan tetapi akhirnya tenggelam meskipun segala gunung telah didaki dan segala lurah telah didedah renangi.Ternyata bakat merupakan elemen penting untuk meraih kejayaan dan bukan hanya bersandarkan pada wajah atau tubuh yang didedahkan.

Seperti dijangka kemenangan ini pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak tapi itu bagaikan lumrah pada hari ini.Dalam apa jua pertandingan pasti akan ada suara-suara sumbang yang menyampaikan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan kemenangan tersebut.Meskipun dibarisi oleh juri proffesional dan berpengalaman antaranya M.Nasir sebagai ketua juri,Habsah Hassan, Azmeer dan termasuk penyanyi Dato Siti Nurhaliza,Zainal Abidin dan Amy Search namun belum mampu memuaskan hati semua pihak.Pastinya pihak juri mempunyai alasan kukuh serta kriteria tertentu untuk menobatkan Ana Raffali sebagai juara.

Tidak dinafikan juga ada yang telah berusaha bersungguh-sungguh namun mungkin belum rezeki mereka untuk meraih anugerah meskipun kehadiran mereka disertakan dengan bakat serta pakej yang lengkap sebagai seorang penyanyi.Justeru itu diharap agar mereka  bersabar dan berusaha dengan lebih gigih lagi serta janganlah berdengki dan iri hati sekiranya kejayaan belum memihak kepada kita.

Mungkin hari ini bakat penyanyi ini yang bergelar Ana Raffali berjaya dikesan melalui Youtube dan berjaya muncul sebagai juara tidak mustahil bakat anda semua juga boleh dikesan melalui BLOG anda sendiri.Jika tidak sebagai penyanyi siapa tahu anda akan muncul sebagai novelis,karyawan atau sebagai penulis terkemuka kerana tuah kita tiada siapa yang tahu kerana jika sesuatu yang kita lakukan bersandarkan pada minat maka hasilnya pasti memuaskan hati kita.

             

ozzy -  bakat berendam....

7 ulasan:

  1. Tiba2 saya minat juga dengor lagu nie hehehe apasal?

    BalasPadam
  2. Salam..
    tahniah buat beliau..
    jangan lupa lagu duet dia
    dengan Suhaimie Meor Hasan
    "kalau berpacaran"..mantop!!

    BalasPadam
  3. AkuanakPahang - Kalau minat maknanya sedap la tu hehe..

    Azzey - Betul tu rezeki masing2..

    Zulkbo - Aku ada tulis lagu tu dalam en3 ni..ko x baca habis lah tu hehe..tahu dah.

    BalasPadam
  4. Salam...

    Aik..lewat post n3 nih..hehehe
    Tahniah Ana Raffali..memang best!
    Kebanyakan yang masuk final mmg best2 sbb
    pandai main alat muzik n compose lagu sendiri..

    BalasPadam
  5. Cik Shinju...w'salam - memang sengaja dilewatkan sebab selepas ia diumumkan banyak sangat en3 yang sama keluar dr blogger lain.Koi suka buat ulasan dan memberikan sedikit kelainan pada en3 bukan setakat isytiharkan siapa jadi juara.

    BalasPadam
  6. salam bro

    betul tue kita tak tahu tuah kita kan??? tapi tuah ana dah nampakkkkk hehehe tuah bro ozzy bila lagi luahkan cepattt hehehee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...