12 Januari 2011

ANGKARA IBU TIRI

Terasa sayu apabila terbaca siri kekejaman yang dilakukan pada kanak-kanak di dalam akhbar kosmo semalam.Info selanjutnya di SINI.
Lebih memilukan apabila bedah siasat ke atas kanak-kanak itu Nur Dania Qistina yang baru berusia 3 tahun mendapati terdapat 73 kesan lebam akibat di dera.Akhirnya penderitaannya berakhir setelah dia disahkan telah meninggal dunia.

Melihat pada gambar serta kesan lebam pada matanya tidak dapat aku gambarkan bagaimana siksaan dan penderitaan yang ditanggung oleh tubuh sekecilnya untuk lagi 72 baki siksaan yang lain.Dia bersama adik dan kakaknya yang berusia 5 tahun dikatakan baru sahaja dibawa berpindah oleh bapanya untuk tinggal bersama dengan ibu tirinya sejak tiga bulan lepas.

Bukan berniat untuk mendahului keputusan mahkamah tetapi sewajarnya orang yang melakukan perkara tersebut wajar diberi hukuman yang setimpal tidak kira siapa yang melakukannya termasuk ayah atau ibu kandungnya sendiri.Jika ibu tiri sekalipun perbuatan ini tidak sepatutnya dilakukan meskipun ia bukan darah dagingnya sendiri.

Antara yang menjadi penyumbang masalah ini mengikut pandangan aku sekiranya melibatkan ibu tiri adalah kerana :

 i - DENDAM
- Masalah ini mungkin berpunca dari rasa tidak puas hati antara dua belah pihak.Apabila timbulnya perasaan tidak puas hati yang tidak dapat diluahkan sepenuhnya akhirnya ia menjadi dendam lalu diterjemahkan dalam bentuk penderaan fizikal kepada anak kecil yang pastinya tidak mampu melawan.

ii - BENCI
- Sikap ini wujud akibat tidak dapat menerima anak suaminya dengan bekas isterinya.Apabila perasaan benci telah bersarang di dalam diri ia akan menjadi bertambah parah apabila melihatkan sikap kanak-kanak yang mungkin agak aktif atau melakukan perkara yang dia tidak gemari. Perasaan ini turut menjarakkan lagi jurang persefahaman sesama mereka terutamanya pada kedua ibu bapa.

iii - KEWANGAN ATAU EKONOMI
- Apabila dua faktor di atas bergabung ianya sudah cukup menjadikan kecelaruan dalam perkongsian hidup berumahtangga antara dua keturunan yang berbeza semakin meruncing.Kemelut ini bakal menimbulkan konflik dan implikasi yang lebih besar apabila sumber kewangan turut menyumbang rasa tidak selesa dalam kehidupan seharian.Mungkin pendapatan suami belum mampu melayan dan memuaskan semua kehendak isterinya serta sumber tersebut turut perlu diagihkan pada anaknya sendiri.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila ketiga-tiga faktor tersebut bergabung lantas menjadi beban yang semakin terhimpun serta menggugat emosi akhirnya apa yang dipendam diterjemahkan dalam bentuk penderaan secara fizikal walau bukan di tempat yang sepatutnya.Apabila tipisnya iman yang ada dalam diri maka tiada apa lagi yang tinggal untuk dijadikan bekalan sebagai jalan terakhir dalam membuat pertimbangan kerana kewarasan akal dan fikiran tidak dapat lagi membezakan apa yang baik dan apa yang buruk.

Walauapapun pendapat ini tidak ditujukan pada semua ibu tiri kerana ada juga ibu tiri yang bersifat penyayang  serta melayan anak tiri mereka dengan baik seperti anak mereka sendiri.

Al-Fatihah buat arwah adik Nur Dania Qistina...

           

ozzy - hanya  coretan dan pandangan dari pengalaman dan pemerhatian dan tidak semestinya tepat...
        - Ulasan ini juga bukan bermakna Ibu tiri itu bersalah selagi bukti belum ditemui dan mahkamah memutuskan dia bersalah.

6 ulasan:

  1. Salam...

    Syurga la tempatnya utk adik malang ini..
    Al-Fatihah...semoga tenang di sana..
    Dgr kabar ayahnya bwk lari budak2 tu..
    Bukan dgn kerelaan maknya...

    BalasPadam
  2. sedih la en. ozzy. tpi walaubagaimanapun, bkn semua ibu tiri jahat. ibu tiri saya baik en. ozzy, dilayannya kami 5 beradik spt anak sendiri. kenduri kawin kami ..dia yg berpenat lelah.

    Moga syurga lah tempat buat adik malang ini. Amin.

    BalasPadam
  3. salam..
    macam kisah zaman dulu2 pula ye
    semua orang takut mak tiri..alhamdulillah
    tiada dalam kamus hidup aku..ermmm,simpati buat mangsa..hanya Allah yang membalasnya,mungkin lepas di dunia ni..wallahualam.

    BalasPadam
  4. Nie base ibu tiri khainat.. mmg jahat giler. semoga ada balasanya nanti. alfataihah buat Nur Dania Qistina semoga aman disana.

    BalasPadam
  5. Ayam pun tahu sayangkan anak walaupun bukan dari telur sendiri.. Nak samakan dengan binatang, nampak mulia lagi binatang dr manusia.. Semoga beliau mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan..

    BalasPadam
  6. ya allah kesianya adik nie..memang jahat gile la semga dia akan dapat pembalasan ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...