11 Januari 2011

FASHA SANDHA MOHON MAAF ISU BERBIKINI

Fasha Sandha antara nama yang tersenarai sebagai selebriti popular dalam negara kita.Namanya mula dikenali setelah membintangi filem pertamanya "Black Maria" yang diterbitkan pada tahun 2003.Beliau tampil dengan pakej yang dianggap lengkap sebagai bintang filem bersama bakat dan raut wajah yang menarik serta susuk tubuh yang seksi.

Beliau merupakan seorang artis yang pernah merangkul anugerah berganda di ABPBH pada tahun 2006 bagi kategori Pelakon Drama Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.Selain popular sebagai pelakon filem artis ini turut mencetuskan pelbagai siri gossip hangat dan kontroversi yang turut memberi impak dalam kerjayanya sebagai bintang filem selain turut membantu mempopularkan dirinya.

Tahun ini Fasha kembali tampil bersama versi sambutan tahun baru bagaikan kesinambungan siri popular sebagai seorang selebriti. Jika sebelum ini beliau berazam untuk tidak lagi bergambar seksi bermula tahun 2011 nampaknya awal-awal lagi azamnya terpaksa berpindah ke tahun depan pula.Berikut antara petikan kata-katanya tahun lepas (2010)

"Tahun ini tahun terakhir saya berimej seksi, tahun depan saya akan kurangkan seksi atas pemintaan peminat kerana mereka tidak suka melihat saya memakai pakaian yang terlalu terdedah. Jatuh dan bangun saya dalam dunia seni kerana peminat".
"Peminat merupakan tulang belakang nombor satu dalam kerjaya saya. Apabila sering ditegur saya sedar sesuatu perubahan perlu dilakukan dan saya tidak lagi memakai mini skirt. Saya mula dalam dunia seni sebagai model dan sudah terbiasa menyarungkan apa jua pakaian yang disediakan tetapi selepas ini seksi saya ada batas,"


Berdasarkan petikan kata-katanya dia berkata dia akan kurangkan seksi bukannya tidak akan seksi.Sebelum ini dia ditegur kerana memakai mini skirt kali ini dia tidak lagi tampil dengan mini skirt tapi dengan berbikini pula.Sekurang-kurangnya dia mengaku itu adalah dirinya dan dia tepati janji serta tidak hipokrit pada peminatnya... kata peminatnya lah.


Buat peminatnya yang sebelum ini dah ada koleksinya bersama mini skirt bolehlah tambah lagi koleksi tersebut dengan siri berbikini pula.Mungkin boleh diterbitkan dalam bentuk kalendar atau diary pula selepas ini.

Kita baru saja dihidangkan dan di anugerahkan dengan aksi mantop artis kita yang berkemban melalui 'anugerah skrin' di kaca tv.Jika di kaca TV kita dapat lihat mereka berkemban apatah lagi jika di tepi pantai yang terletak jauh dari pandangan kita.
Kalau di tepi pantai masih ada orang nampak mungkin di tempat yang tak ada orang nampak barulah mereka selesa berpakaian seperti biasa...Lu fikirlah sendiri kata Nabil.

   " KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI "

ozzy - isu sebenarnya hanya kerana mereka tu artis..kalau bukan artis tak ada sIapa nak hairan pun.

7 ulasan:

  1. kasihan, ada percubaan untuk membogelkan bangsa Melayu melalui bidang seni. Dan ia diterima dan disambut baik oleh artis itu sendiri. tahniah

    BalasPadam
  2. bak kata wardina, artis tak boleh dijadikan idola(habis semua media kecam wardina lepas tu, tp bagi saya betullah cakap dia)

    BalasPadam
  3. Sebenarnya bukan idola pun..public figure..terkentot pun org nak dengar..kalau aku yg berbogel kat Bali pun aku rasa takde manusia kat bumi yg nak ambil tahu..lantak le..

    BalasPadam
  4. Ahaha..kalendar zaman dulu mmg gambor
    bikini jek kan..sesuaiii... :P

    BalasPadam
  5. fasha lagik...x abis2 la dia ni. Buat then say sori..then buat lagik

    BalasPadam
  6. yg komen ni pun,pikir jgk lah..korg semua tu perfect ke?
    at least dia ada tanam niat nak kurangkan sexy dia tuh..
    terpulang pada individu masing2.
    sblm nk ckp org,tgk diri sndri dlu.korg ckp mcm xde akal je.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...