24 Januari 2011

HATI-HATI DENGAN BERUANG

Sesiapa yang gemar pergi berburu perlulah berhati-hati kerana bimbang dengan kemunculan sang beruang.
Binatang ini dikatakan amat ganas dan tidak mengenal belas kasihan terhadap mangsanya.Meskipun badannya besar tetapi ia mampu berlari dengan pantas.Antara senjata utama binatang ini adalah kuku dan taringnya yang tajam.

Binatang ini juga mempunyai deria bau yang cukup tajam dan boleh mengesan mangsanya pada jarak yang jauh.Ia juga berkebolehan untuk memanjat sesetengah pokok dan mengejar mangsa dengan pantas.Antara strategi haiwan pemangsa ini adalah ketika ia berjaya mengesan musuhnya binatang ini akan menyorok dan 'menskodeng' dulu mangsanya sebelum menerkam dengan pantas.Dalam keadaan yang tidak bersedia mangsanya mudah tewas dan gagal bertindak untuk mempertahankan diri.Apabila haiwan ini mengganas tiada cara lain untuk menghalangnya selain dari ditembak samada dengan pelali atau peluru hidup.

Namun apa yang pasti disebalik sifatnya yang ganas dan garang di dalam kelompoknya tidak ada yang bersifat seperti manusia kecuali binatang ini amat menyayangi dan menjaga anaknya tetapi di dalam kelompok manusia ada yang bersifat buas sepertinya.Antara contohnya cuba lihat di sini

V

V

V


apa pandang-pandang??....nak kena gigit??

Untuk mengetahui kisah selanjutnya baca di sini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurubuasdijel12tahun/Article/index_html

Petikan berita - 
KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.


< --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- >


ozzy - nampak macam seiras jeee.......

5 ulasan:

  1. Salam Pozi, kalau beruang gitu bubuh dalam sangkor jgn bagi keluar dah biar dia rase :)

    BalasPadam
  2. jahat betul!sepatutnya tanggungjawab dia mendidik anak murid menjadi manusia yang berguna dan berilmu, tp dia merosakkan anak bangsa..kalo ikut hati patut bia kena rejam dgn batu sampai mati

    BalasPadam
  3. sedih la bila dengar cerita camni...dia dh musnahkan kepercayaan seorang murid kepada gurunya...

    BalasPadam
  4. salam..
    molek dah tu..buaya kat zoo
    negara pun kekurangan daging
    ler nih..apa salah kalau kita
    derme ke zoo?itupun kalau betul
    dia salah lah..hukuman Allah lebih
    berat menanti di akhirat nanti..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...