25 Januari 2011

IKAN PUYU DAN RAHSIANYA

Sebelum ini aku memelihara ikan 'Kap China' atau disebut juga ikan 'Koi' dalam akuarium tapi kesemuanya tidak dapat bertahan lama.Bagi yang ingin memelihara ikan ini penjagaan air amat penting disamping makanan yang diberikan.Oleh kerana aku bela pun hanya sekadar untuk mencantikkan ruangan di dalam rumah maka aspek penjagaan kurang diberi perhatian.Akibatnya ikan tersebut tidak bertahan lama dan mati selepas beberapa bulan sahaja.

Jika di KL antara lokasi tumpuan untuk mencari berbagai jenis ikan peliharaan ramai peminat ikan akan pergi mencarinya di Jalan Pasar yang memperagakan berbagai jenis ikan termasuk accessories dan kelengkapan yang berkaitan hidupan haiwan yang hidup di dalam air termasuk juga spesis kura-kura.

Dengan harga serendah rm 2 seekor berbagai jenis ikan peliharaan terutamanya ikan kap boleh didapati di sini dan harganya mengikut saiz ikan tersebut.Ikan kap ini juga terbahagi kepada jenis dari China atau dari Jepun.Ikan kap Jepun harganya sedikit mahal kerana rupa bentuknya yang lebih cantik.Kedua-duanya aku pernah cuba tapi kedua-duanya pun tak tahan lama mungkin kerana aspek penjagaan yang kurang diberi perhatian.Kata mudahnya malas nak jaga hehe..

Daripada membiarkan akuarium aku kosong rasanya lebih baik aku masukkan apa saja jenis ikan asalkan ia tidak kelihatan kosong kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Kalau kena tangkap seekor jentik-jentik dendanya rm 100 kalau 10 ekor dah jadi seribu..tak pasal-pasal duit terbang.Nak bela ikan tapi malas nak jaga jadi ikan yang paling mudah dan tahan lasak untuk dibela adalah ikan PUYU.

Masa aku balik kampung aku ternampak ada orang jual ikan ni yang diletakkan di dalam satu bekas.Harganya cuma 5 ringgit untuk 12 ekor yang saiznya tidaklah besar.Ikan puyu ni pun sebenarnya cantik juga kalau kita pandai pilih.Kalau nak cantik lagi makeup kan dulu atau suntik botox macam orang la juga kan.Mungkin dari segi standard dan jenama atau dari segi harganya apabila disebut ikan puyu ramai akan cebikkan bibir atau tak nak pandang jadi jangan sebut ikan puyu katakan saja ikan flower horn.Ada la sikit-sikit iras flower horn jugak tu kan bentuknya.

Selain dari itu ikan puyu ni jenis tak memilih.Berilah makanan apa saja tolak kayu dengan batu je yang lain semua dia bedal.Kalau nyamuk nak bertelur memang tak ada chance..tak sempat landing dah kena sambar.Ikan puyu ini dikatakan amat bagus dipelihara untuk mencegah kehadiran serta gangguan makhluk halus.Kepercayaan ini juga turut diikuti bukan hanya pada kaum melayu malah kaum india juga percaya ikan ini dapat menghindari makhluk tersebut.Betul atau tidak wallahhualam... Pada aku itu bukan tujuan sebenarnya aku pelihara ikan tersebut tetapi jika ia berkesan bermakna itu adalah satu bonus pada aku dan mereka yang malas nak menjaga tapi rajin nak pelihara hehe...

Satu rahsia yang selama ini aku tidak tahu tentang ikan puyu ini adalah ikan puyu ini akan tidur terbaring dengan mengiring seperti kita manusia apabila tiba waktu tengah malam antara jam 12 malam ke atas.Pertama kali melihat aku terkejut apabila melihat mereka terbaring dengan mengiring samada di atas batu atau lantai akuarium serta dicelah pokok.
Pada mulanya aku sangkakan mereka nak mati tetapi bila aku dekati mereka akan segera bangun dan naik ke permukaan kerana menyangkakan aku nak beri mereka makan.

Ikan lain yang aku pelihara sebelum ini tidak ada yang terbaring atau mengiring seperti ikan ini.Kalau ada pun ikan yang tengah nazak tercungap-cungap nak mati.
Setiap malam aku melihat ikan ini tidur seperti manusia..apakah ada misteri disebaliknya?.. sebaiknya jangan fikir apa-apa dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiii..

ozzy - nak tambah ikan bandaraya pulak lepas ni....

75 ulasan:

  1. salam ozzy..
    ikan puyu jenuh lah nak
    akuarium besar..dia suka melompat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sangat jaga pandai2 la

      Padam
    2. letak akuarium besar tpi kene tutup akuarium tu ..pastikan ada udara supaya ikan bernafas

      Padam
  2. cantik gak bela ikan puyu ye....:)

    BalasPadam
  3. saya pun penah bela ikan kap china tu masa study ari tu..tapi memang xtahan lama la..sebab nk jaga dia cerewet..tp penah la ada rekod bela ikan ni sampai dpt cucu..eh, anak ikan la..tp mati pulak..sbb pak dia makan anak dia..jahat betul!

    BalasPadam
  4. ikan puyu ni lasak.. susah nak mati..
    ikan lain kena maintenance sket... leceh kalau sapa yang kurang masa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu 3 hari tanpa air pom boleh hidup lg. X caya boleh try. Klau nk Ikan puyu kt sini bnyk..

      Padam
  5. ikan puyu dah ada market sekarang..kalau kat pasar
    borong,puyu mati pun RM 12/kilo...dulu tak de harga.Puyu hidup lagi mahal la kut...buat halau
    hantu atau pukau kat rumah..

    BalasPadam
  6. ikan puyu sedap dimkn tp byk tulang and tak byk sgt isi :)

    tq sbb sudi singgah kat my blog
    me dtg click ur HB
    kalau sudi,tlg vote utk me yer
    sblm midnite tonite

    http://suzie284.blogspot.com/2011/01/last-day-to-vote-mz-masih-ketinggalan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya nak cari ikan puyu emas. Mna nak cari benih puyuh emas? Tolng hubungi sya kat email ucyit@yahoo.com.my

      Padam
    2. Ikan puyu emas Ada adik saya beli wsp dia 019 5968648 rahim

      Padam
  7. Salam, molek bela ikan puyu nie kata org.. kalau ada niat org nak memukau rumah kita tak sampai hajat dia :)

    BalasPadam
  8. kakchik pun penah bela ikan puyu dulu. Nak jual akuarium la en. ozzy. akuarium kakchik 2 tingkat, 100% dari kayu. cantek sgt tapi kakchik dah boring. Kalau ada sapa2 berminat en. ozzy bgitau kakchik boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...kakcik dah jual ker akuarium tu n klau lom bape nk tolak?

      Padam
  9. dulu ada bela ikan emas. kejap jek addict nya. lepas tu malas dah nk cuci aquarium. las2.. jual jek sume kat jiran.
    haritu anak no 2 sibuk nak bela ikan balik. so, belikan dia ikan laga. senang gak nak jaga..

    BalasPadam
  10. salam bro..

    tapi kalau bela ikan koi kan cantik kolam kita bila tengok ikan berlegar2 kan??

    BalasPadam
  11. ikan puyu nie murah jer kan...tp kat rumah lynn x der aquarium la...

    BalasPadam
  12. Kakchik - Kalau ada yg berminat nanti saya beritahu.

    Kakngah - Ikan laga pun tak tahan lama..kalau nak bela boleh bela sekor je sebab selalu berlaga.

    Angah - w'salam..ikan koi bela dalam kolam memang cantik cuma leceh nak jaganya.

    Lynn Hamzah - Memang murah ikan puyu ni..x de akuarium letak dalam bekas pun boleh.

    BalasPadam
  13. kat umah mama pun ada bela ikan puyu..tuk elak pukau la katakan...jom la join mama

    BalasPadam
  14. dulu sy bela 4 eko ikn pelaga, baru semalam mati, hari ni rezeki sy dpt 3eko ikan puyu kwn opis bagi dia kata elok bela ganti pelaga sbb rupanya kata dia pelaga ni leh bwk antu sedangkan puyu leh halau antu .... xtaw la betol ke x tp sy bela ikan sbb saya suka ikannnn :)

    BalasPadam
  15. irma..ikan pelaga memang cantik tapi x tahan lama..dah bela ikan puyu cuba tgk malam2 dia tidur

    BalasPadam
  16. Salam

    byknyer ikan dia.. :).. kat opis ma de bela jgk, ikan sepat lili, tp dah mati.. huhuhu.. nak bela ikan sekila a.k.a ikan pelaga lak.. ye x yah pakai O2.. :)

    BalasPadam
  17. Salam...saya tertarik baca sal ikan puyu ni kat blog en ozzy especially sal dia tido bbaring. hmm sbnarnyer memg saya tengah svy n cari tahu sal pyu ni for my fyp. saya rasa smthg special bout ikn ni untk dikaji

    BalasPadam
  18. SALAM.SY BARU BELA IKAN PUYU.SY CAMPOR NGN IKAN2 LAIN;TP IKAN PUYU NI ASYIK GIGIT EKOR IKAN2 LEN SMP IKAN LEN DA CACAT2.KENAPA YE. DIA X CUKUP MAKAN KE.ATAU PERLU DI ASINGKAN DRI IKAN2 LAIN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena asingkan...ikan puyu nie dia lasak sket..tmbah time lapar

      Padam
  19. kat umah aku bnyak...slalu pi mengai ja kat ban,..sekali pi mengai dapat dalam 20 ekor.. pastu balik bela..hehe..aku letak dalam peti ais lama je, bg terbalik pastu buang enjin ngan pintu peti ais tu... aku jdkan kolam ikan..hehehe

    BalasPadam
  20. IKAN PUYU NI MMG JNIS YG SUKE LOMPAT2 KE? SY BRU JE BELA IKAN NI SMALAM..KTENYE IKAN NI BOLE ELAK PUKAU, SANTAU DAN MAKHLUK2 HALUS... XDE LA PERCAYA 100% TPI SAJE SUKE2 LA.. TPI SY DA JDI TKUT NK BELA IKAN NI SBB BGUN PGI TDI, SY TGK IKN TU DE KT LNTAI DPUR UMAH N MASIH IDUP LGI.. IKN TU SY LTK KT DPN PINTU UMAH.. JAUHNYE IA JALANNNNN.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda dia lawan benda yang tak bgus nak kacau awak. ☺

      Padam
  21. Tanpa Nama..

    Waktu awal dimasukan kedalam akuarium ikan ni mmg liar tapi lama kelamaan ia akan mula dpt sesuaikan diri..bab pukau tu mmmg ramai yg perkatakan cuma kesahihannya x siapa yg dpt pastikan.Ikan puyu ni memang lasak dan mudah dibela

    BalasPadam
  22. huh ak ni mancing ikan ni sedap buat goreng, nak bela malas xda akuarium hahaha senang je nak mancing pakai je umpan pape

    BalasPadam
  23. nakal gila cerita mu ani . ikan puyu tu banarnya ikan karuk bha kan . jumpa di suak-II saja tu . mun sudah belurih , jual ya . mahal-II dikit . siokk tu . seekor kau jual 60 rinngit ka . nakal-III . berabis nakalnya .

    BalasPadam
  24. ikan puyu cepat terkejut pandai jaga rumah bagus sejuk ikan puyu

    BalasPadam
  25. Ozzy...sya skrg bela ikan.puyu seekor! 3 4 hari ni dia nampak gelisah. kalau menjelang malam je dia mesti mengamuk dlm.akuarium...gelisah...bagi makan x mau. sirip dia asyik berdiri.
    ada yg bgtau dia nampak sesuatu...ntahla...

    BalasPadam
  26. dah bnyk kali saya bela ikan,kejap kelisa,then seqat n bnyk lg..last taun 2012..hehe..puyu dan 1 ekor haruan n 2 ekor kaloi.menghiasi akuarium..dah besar gler kaloi nya..tapi tape..dorang peneman saya kat dlm blik..syok ngn dorang..hehe..

    BalasPadam
  27. assalam...mohon bertanya, mana nak cari pasaran untuk ikan puyu emas,
    ada pemborong @ pembeli yg berminat x...sila email kat saya asap, aniza443@yahoo.com.my..terima kasih,

    BalasPadam
  28. Ikan puyu saya tidur mesti mengiring

    BalasPadam
  29. Dia tido kat kepala saya semalam baru beli pelik la

    BalasPadam
  30. klu nk bela ikan puyu ni blh ke letak sekali dua ekor dlm akuarium? tlg jwb pls..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je .. lebih pada 2 pun boleh masukkan sekali

      Padam
  31. Boleh , bebanyak pon boleh asal Jgn campur Ikan yg ekornya lembut misal kata Ikan emas , kalo nak campur Ikan. Kaloi sepat boleh

    BalasPadam
  32. tuan, ikan puyu bela dalam akuarium ni kalau tak nak guna gas ok tsk? bela cmtu je guna air saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je tapi elok tukar airnya kalau dah kotor

      Padam
  33. ikan puyu saya dh dua ekor mati tiba2....apa tandanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yuyue ,

      Mungkin sbb air tu kotor atau bnyk klorin

      Padam
  34. Puyu sye tibe2 berdarah2... da macam nk mati. Kesannye semlm adek sye bagi makan terlalu banyak. Bagi tdy cepat2 tukar air. Dia da mule terapung2.. tapi lepas tukar air tu..dye daa macam biasa balik da. Tapi risau jugak. Sebb da syg dye. Sebb antara banyak2 ikan puyu yg sye bela. Dia je yg x pernah nk lompat sangt. Yg paling cute dye suke menguap... hopefully dye akan sihat balik.sebb kate orang ikan nie lasak.

    BalasPadam
  35. Hi tuan,biasanya brp ye nk bagi makanan kt ikan puyu...contohnya 1 ekor saya blh bagi brp thanks for info

    BalasPadam
  36. Boleh ke campur ikan puyu dengan kure2 die ekor..? Dan boleh ke campur dengan ikan2 yang lain..? Please give me answer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campur dgn kura2 bolehje tapi jgn campur dgn ikan lain sbb ikan puyu bersisik tebal dan tajam

      Padam
  37. Sape nk ikan puyu call shah 0196889682

    BalasPadam
  38. Sape nk ikan puyu call shah 0196889682

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ikan puyu siam?atau emas?sya dh ade yg kmpong

      Padam
  39. Ummm,maaf sya nk tnye ikan puyu saye ada enam tapi semalam mati seekor dan harini mati lagi seekor....πŸ˜₯ozzy bole tk bagi nasihat untk ni?sya bela dlm akuarium kecik.....jadi dia mati sbb knyg atau apa?sya bgi dia mkn mknan ikan...bole tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kene perhatikan juga ikan puyu tu kalau letak byk2.. sbb bila saya perhatikan ikan puyu saya, mmg ada seekor puyu yg jenis suka menggigit puyu lain smpai togel2 badan dan sirip dia, pastu berenang pun jd senget je, cepat2 saya asingkan ikan yg senget tu dan yg suka menggigit tu, yg sakit tu dlm tempoh pemulihan, harap2 cepat pulih..

      Padam
  40. Die mati sbb smpit?harapnye ozzy bole mklumkn scpat mungkin abb nk pnjelasan dari pakar..😯😯😫😫😭😭 sedih la dah tinggal empatt...ikan tuh pmberian kluarga sya....sya dh cri Google tpi tkde jwpn dan sya nmpk blog awk...hrp dpt jwpn scpt mgkin!!😦😦

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bekas akuarium tu sempit mungkin salah satu faktor juga .. faktor lain yg perlu diambil kira:

      - Air yg digunakan sebaiknya jgn guna air paip (kandungan klorin yg tinggi) - jika gunakan air paip yg ditapis adalah lebih baik gunakan water pump (ada filter) bagi memastikan air didalam akuarium sentiasa bersih.
      - Makanan - beri makanan ikan yg sesuai atau makanan yg ikan puyu suka makan dihabitatnya

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  41. Kene perhatikan juga ikan tu kalau letak byk2.. sbb bila saya perhatikan ikan puyu saya, mmg ada seekor puyu yg jenis suka menggigit puyu lain smpai togel2 badan dan sirip dia, pastu berenang pun senget je, cepat2 saya asingkan yg sakit tu dan yg suka menggigit tu, yg sakit tu dlm tempoh pemulihan, harap2 dpt pulih..

    BalasPadam
  42. Saya punya 10ekor dlm 1aquarium 3kaki campur dgn 2ekor kurakura.. Hehe..

    BalasPadam
  43. Hi..nk tau,,puyu saya perut tba2 gembung sisik2 dia mengembang mcm bdiri bulu roma...sirip dia sentiasa berdiri..sejak 3ari ne puyu saya sentiasa kepermukaan air...pgerakan juga x berapa sgt aktif...apa puyu saya sakit..?

    BalasPadam
  44. Hi..nk tau,,puyu saya perut tba2 gembung sisik2 dia mengembang mcm bdiri bulu roma...sirip dia sentiasa berdiri..sejak 3ari ne puyu saya sentiasa kepermukaan air...pgerakan juga x berapa sgt aktif...apa puyu saya sakit..?

    BalasPadam
  45. Ikan sy pn sama mcm ni. Sedih. Xtau nk buat apa

    BalasPadam
  46. Maaf saya nak tanya ikan puyu ni harus nak guna oksigen jugak ke dan anti klorin ke dan lagi satu harus nak letak dalam kaca akuarium jugak ke atau dalam bekas plastik pun boleh ke? Sebab saya letak ikan saya dalam balang plastik... Mohon penjelasan lebih details dari tuan punya blog sebab saat pun baru jugak pelihara ikan puyu ni dan saya ada jugak hajat nak bela ikan laga mohon penjelasan lebih lanjut mengenai cara kita nak menjaga air nya dan bekas apa yang sesuai dan harus guna mesin oksigen Dan filter sekali ke MCM mana mohon penjelasan UTK dua jenis ikan ye ikan puyu dan laga... Terima kasih...

    BalasPadam
  47. Saya ada bela 6 ekor ikan puyu. Saiz 3jari dalam satu aquarium sederhana besar. Pagi saya letak separuh roti gardenia dlm akuarium stanby sbg makanan ikan pasal mlm nya saya nk balik kg 4 hari(takut lupa nk bg makan. Ptgnya saya tgk 4 ekor dh mati, manakala 2 lagi dh nyawa2 ikan. Kelihatan darah ikan pada sisik dibahagian ekor dan sirip. Blh sapa2 tahu kenapa. Adakah roti tidak boleh diberikan pada ikan. Mohon pencerahan pakar pakar semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lapar giler ikan tu.. Berlaku genocide cannibalism..

      Padam
  48. hai... ikan puyu saya ni ada 2 ekor , sekor ni kecik je tapi dia tak aktif, dia mcm selalu termenung bila saya ketuk sikit pun tak tekejut, saya cuma pelik je la saya temgok comment semua cakap suka lompat la dan sebagainya tpi okam puyu saya ni tak..

    BalasPadam
  49. haii..ikan puyu ni berapa lama boleh bertahan tanpa makan ya..sekadar bertanya..harap dibalas..heheh

    BalasPadam
  50. Hai...blh saya nk tanya?
    Knp ikan puyu saya ni dia mcm termenung je...ketuk2 bekas tmpt tinggal dia pun tak gerak tapi mulut still bergerak..dia sakit ke?
    Mohonkn penjelasan ye..thanks

    BalasPadam
  51. Adakah ikan puyu makan kutu air?

    BalasPadam
  52. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam
  53. Kenapa kalau letak 2 ekor ikan puyu dalam akuarium mesti bergaduh.. Atau kena letak lebih dari 2 ekor tak bergaduh..

    BalasPadam
  54. Nak jawapan dari pakar2 sekalian.. Pening tgk asyik bergaduh.. Buat sementara da asing.. Kesian yg sekor tu bdn da merah2..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...