1 Januari 2011

KHAIRUL FAHMI JANGAN LUPA DIRI

Semenjak menjadi juara Piala Suzuki 2010 nama pemain Malaysia mula meniti di bibir peminat sukan bolasepak samada di dalam negara mahupun luar negara khususnya di rantau Asia Tenggara.
Antara pemain yang menjadi sanjungan dan pujian adalah penjaga gawang negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Aku berpendapat bukan kerana dia terlalu bagus atau 'tersangat cekap' tetapi ia turut dibantu oleh faktor keyakinan dan semangat yang ada dalam dirinya.

Begitu juga dengan pemain lain sekiranya faktor ini diterapkan di dalam diri maka hasilnya pasti berbeza jika dibandingkan dengan mereka yang bermain tanpa keyakinan dan semangat yang tinggi. Antara penyebab keyakinan ini hilang adalah tiada kerjasama dari rakan lain serta sikap terlalu menghormati pihak lawan.

Setelah berjaya menghalang sepakan penalti dalam perlawanan akhir tersebut serta percubaan lain maka sewajarnya Khairul Fahmi diberi pujian.Namun harus diingat adakalanya sebagai pemain kita juga kadangkala berbekalkan sedikit nasib.Ada masanya kita kelihatan perform dan sempurna tetapi ada masanya segalanya bagaikan tidak menjadi.Justeru itu jangan lupa atau sesekali berasa angkuh apabila kita disanjung kerana sedikit kesilapan meskipun tidak disengajakan bakal mengundang cemuhan dari segenap penjuru.

Teringat aku pada seorang lagi penjaga gawang negara yang pernah disanjung kerana kecekapannya menjaga gawang.Pasti ramai masih ingat pada bekas penjaga gawang nombor satu negara beberapa tahun dulu khususnya di era 90an iaitu Khairul Azman Mohammad.Ketika itu namanya turut disanjung dan dipuji kerana kecekapannya menjaga gawang negara serta negeri yang diwakilinya iaitu pasukan Pahang.Beliau turut tersenarai antara penjaga gawang pilihan di dalam Asia Tengggara ini.Dengan ketinggian serta kecekapannya membuatkan pihak lawan amat menggeruni akan kemampuannya.

Pasti ramai antara kita juga masih ingat bagaimana beliau dikecam dan dipersalahkan apabila pasukan kita tewas pada Laos dalam perlawanan akhir di sukan SEA pada tahun 1997.Aku juga masih ingat perlawanan tersebut di mana kita tewas setelah beliau melepaskan gol mudah yang masuk di celah kelangkangnya.Ramai yang menjangkakan kita bakal bergelar juara kerana pasukan Laos ketika itu tidaklah sehebat hari ini.Gol mudah tersebut akhirnya kekal dan kita tewas dalam perlawanan tersebut.Rentetan dari kekalahan tersebut maka bermulalah era kejatuhannya dan namanya mula suram.Ternyata sedikit sebanyak kecaman serta cemuhan yang diterima dari kesilapan yang tidak disengajakan turut melemahkan semangatnya.Episod malangnya berterusan apabila dia dikaitkan pula dengan gejala rasuah yang turut melibatkan ramai pemain ketika itu.

Itulah yang bakal atau mungkin terjadi pada sesiapa saja termasuk kepada Khairul Fahmi yang ketika ini menjadi sanjungan khususnya pada peminat bolasepak negara.Sedikit kesilapan bakal menyaksikan dia akan turut menjadi bahan cemuhan dan ketika itu peminat akan menghukumnya dan melupakan kecemerlangannya ketika ini atau sebelum ini.Inilah hakikat yang perlu diterima oleh setiap manusia ada masanya kita disanjung dan dipuji dan ada masanya kita dihina dan dikeji. Justeru itu jangan sesekali lupa diri " INGATLAH SAAT KETIKA KITA MULA BELAJAR BERDIRI ".

Jika kita lihat ramai lagi pemain atau penjaga gol lain yang ada dalam negara kita.Mereka semua juga ramai yang berkebolehan dan mempamerkan skill serta kualiti sebagai seorang penjaga gol cuma mungkin prestasi Khairul Fahmi lebih menonjol ketika ini.Mungkin orang lain juga jika diberi peluang dan diasah bakatnya dia juga bakal menjadi penjaga gol yang turut digeruni beserta sedikit nasib buat sandarannya.

Tahniah sekali lagi bukan hanya kepada Khairul Fahmi tetapi juga kepada seluruh pasukan Malaysia termasuk jurulatih K.Rajagopal kerana berjaya mengembalikan kegemilangan dalam sukan bolasepak.Akhir sekali kepada peminat bolasepak jangan terlalu taksub dengan bolasepak sehinggakan melupakan nilai-nilai murni sebagai seorang manusia yang bertamadun.Jangan kerana bola kita bersengketa dan jangan kerana bola kita menyimpan dendam zaman berzaman.

Gambar barisan pemain bolasepak negara yang 
menjuarai piala AAF Suzuki tahun 2010 

ozzy - merasai detik sebagai pemain bola hanya pada waktu sekolah dulu...paling tinggi cuma wakil daerah.

9 ulasan:

  1. Jangan mudah leka dgn pujian kerana cemuhan bertandang mungkin tanpa diundang. Waktu org suka tentu dipuja bila dah dibenci tentu dikeji.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Harap2 dia tak lupa diri

    BalasPadam
  3. Takut Fahmi jadi mcm Hafiz Hashim,
    pas ditabur pelbagai ganjaran terus merudum prestasinyer...K.Azman tu ade sbb lain gek dak..Setau koi la..sbb tu bwk diri n kawen ngn org Sabah..

    BalasPadam
  4. harap-harap pun macam tue..jangan la dia lupa diri..

    BalasPadam
  5. salam..
    harapan koi juga
    agar beliau steady
    maintain prestasi..
    lain terserah empunya
    badan..

    BalasPadam
  6. semuga dia ni jadi lagenda penjaga goal yg sudah lama tiada star.

    BalasPadam
  7. betul tue angah harap pun jgn lupa diriiii

    BalasPadam
  8. Khairul Azman??
    Goalkeeper kesayangan Negeri Sabah..
    tetap dalam ingatan..

    P/s: Salam tumpang baca

    BalasPadam
  9. ozzy: mudah2an dia tau apa yg terbaik & sewajarnya kannnn....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...