13 Januari 2011

TERAPI IKAN "SPA FISH" MENGUNDANG BENCANA

Rawatan Spa fish atau terapi ikan merupakan rawatan alternatif bagi merawat kaki atau kulit yang bermasalah.Rawatan ini dikatakan berkesan bagi merawat kulit kaki yang bermasalah seperti ekzema dan psoriasis.Spesis ikan yang digunakan adalah spesis Garra Rufa yang diimport dari Turki dan spesis Chin Chin yang diimport dari China atau Taiwan.

Psoriasis ditakrifkan sebagai penyakit kronik yang mengakibatkan kegatalan atau keradangan pada kulit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan bersisik namun ia tidak berjangkit. Penyakit ini juga turut dikaitkan dengan faktor genetik atau keturunan.Info selanjutnya baca di SINI

Di negara kita rawatan ini juga semakin popular setelah dikatakan amat berkesan untuk merawat dan membersihkan anggota badan terutama bahagian kaki.Kaedah ini kemudiannya diperkenalkan secara meluas termasuk di tempat terbuka dan pusat membeli belah.Aku pernah berniat untuk mencuba rawatan ini tetapi apabila aku terima kiriman email dari seorang rakan semalam membuatkan aku dan juga anda semua perlu berfikir berpuluh kali sebelum meneruskan niat untuk mencuba rawatan ini.

Berikut adalah kandungan email yang aku terima...

- Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit atau rawatan alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya. 
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.-



Pada mereka yang pernah membuat rawatan ini mungkin perlu pertimbangkan untuk pergi buat "blood test" pula selepas ini.Secara teorinya aku turut bersetuju dengan fakta tersebut sekiranya setiap kali rawatan mereka menggunakan ikan yang sama dan aku beranggapan agak mustahil untuk mereka menggantikan ikan tersebut setiap kali selepas rawatan dibuat kerana ikan tersebut diimport dari luar negara.Talak untung maa....


 ozzy - cuba try ikan piranha...

11 ulasan:

  1. uish bahaya nya nasib x pernah buat lagi..

    BalasPadam
  2. salam Ozzy..
    bukan kata penyakit buat aku
    tak lalu nak join rawat ni
    tapi air tu terendam dah berapa
    kaki busuk dalamnya..ikan tak pening
    aku yang pening nanti..he he..
    nice info bro..

    BalasPadam
  3. Ikan2 ter kena AIDS jugok la
    kala asik ngutir kaki org..
    Bahaya yek..koi baru jer nak mencuba
    x jadi la nmpok gayanye..
    Ikan piranha kalu tggal keting jelah..huhuh

    BalasPadam
  4. Salam Pozi, Oit bahaya juga nei mmg mengundang byk masalah ikan itu satu hal juga gigit org itu...gigit org nie sudah berjangikit penyakit juga :)

    BalasPadam
  5. Salam..

    Pernah buat benda ni dulu tp bela ikan puyu dgn ikan kapi je la dalam kolam kecil. Masa nak bagi makan ikan tu, celup tangan dulu utk belai2 ikan tu. Tapi tak pernah pulak celup kaki dan tak pernah berkongsi dgn org lain..

    BalasPadam
  6. alamak...sy pernah try...n tiap kali pas soping pasti buat kalau jumpa ikan2 tu di mall.ermm....tak mo buat dah la...takoottttt..

    BalasPadam
  7. pernah mencubanya :(

    itu belum termasuk rwtn bekam tradisional (pun pernah cuba)

    BalasPadam
  8. sib baik bro kongsi info ni...ooohh..bahaya rupanya nooo....

    BalasPadam
  9. sian org yg baru bertapak nk buat bisnes ni...

    BalasPadam
  10. Nisa..

    Tidak berniat untuk menjatuhkan mereka yg menjalankan perniagaan ini..hanya menyampaikan dan sebagai peringatan sblm ia benar2 terjadi.

    BalasPadam
  11. salam bro ozzy..

    angah selalu nampak org buat tapi takut nak buat...eh geli tak bro... hehehee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...