21 September 2011

HANTU BONCENG ... MENGARUT JELAH


Nampaknya musim demam filem hantu masih lagi hangat melanda dan terus menghantui pemikiran penggiat filem di dalam negara kita.
Pengarah filem bagaikan sudah tiada idea untuk menampilkan suatu kelainan dalam filem mereka dan boleh dikatakan tengok saja tajuk bersama barisan pelakon pun dah tahu macam mana ceritanya.Hampir sama je semuanya..lebih kurang tengok drama je yang kat dalam tv tu.

Sebuah lagi filem dengan genre yang sama kisah seram dan komedi arahan Ahmad Idham turut menambah lagi koleksi yang semakin menyemakkan lagi timbunan yang sedia ada dalam kategori yang sama.Filem yang diberi judul hantu bonceng ini langsung tak menarik minat aku tapi oleh kerana anak-anak nak tengok maka aku langganlah dari Astro untuk diaorang tengok.

Bila anak-anak tengok diaorang pun tanya " mana hantunya..itu je ke ?" Sambil baca paper aku pun tengok la kejap-kejap filem yang dipasang tu.Nak kata seram tak seram, nak kata lawak pun tak lawak, suspen pun tak juga.So..apa nak kata? kalau aku cakap atau komen nanti kata tak sokong filem melayu pulak..nak puji pun hati rasa berat sebab kalau puji pun tak ikhlas.

Bagi penonton dewasa mungkin kemunculan pelakon Jue Aziz dalam filem ini menjadi tarikan buat mereka maklum sajalah kerana beliau tersenarai antara 10 artis Malaysia paling seksi.Malangnya bukan keseksian Jue Aziz yang dapat diaorang tonton sebaliknya adegan ini pula yang mencetuskan kontroversi..

                            

Sepatutnya sebagai pengarah Ahmad Idham perlu peka dengan perkara ini dan wajar memohon maaf sebagaimana yang Zizan lakukan.Kenapa masih lagi nak pertahankan perkara yang sudah ternyata salah?Kalau mohon maaf sekalipun takkan jatuh ruginya kan dan aku pasti jika dia memohon maaf golongan penonton atau peminat yang beragama Islam pasti dapat terima dengan hati yang terbuka.Perlu diingat ini bukan filemnya yang terakhir kerana lepas ni pasti menyusul filem seterusnya dan kalau penonton boikot, siapa yang rugi?

Walau apapun aku tetap nak ucapkan tahniah pada Ahmad Idham kerana filem ini adalah terbitan dari syarikatnya sendiri iaitu excellent pictures sdn bhd cuma filem yang dipertaruhkan kali ini bagi aku belum mencapai apa yang penonton kita mahukan walaupun kutipannya telah berjaya mencecah rm8 juta.Filem ini tidaklah terlalu teruk cuma mungkin tidak memenuhi selera aku agaknya sebab macam tengok benda yang sama je cuma tajuk je yang berbeza.

ozzy - Kepada Ahmad Idham..teruskan berkarya dengan idea yang lebih kreatif.. 

5 ulasan:

  1. a'ah zizan ada mohon maaf, tp idham mmg xde pun kan. hurmm hany pun tk tgk lagi so xtahu nk komen, tp husband langsung tknak tgk ahahaaa....

    BalasPadam
  2. Salam...tersasul sampai lupa makna yg dituturkan. Sama la juga bila menyebut "Laillah" yg bermaksud tiada Tuhan..ramai yg sering menyebutnya tanpa niat utk berkata Tuhan itu tiada. Apa2 pun, cerita tu sekadar hiburan yang mungkin terlepas dari tapisan coz orang yg menapis juga tergelak sama. Kita yg menonton jgnlah terlalu taksub dan melatah menuduh mereka tu dgn sengaja menghina agama. Kita ada akal utk berfikir dan mengawal agar akidah sendiri dan waris tidak terpesong..sama lah juga apabila menonton filem2 barat yg terang2an mengagungkan Jesus dan ada juga yg menghina Islam...

    Abang Long Online

    BalasPadam
  3. Masih belum menengoknya mungkin kurang melayan citer seumpama itu :) bila ada perkara seumpama itu lagi tak minat nak nengoknya :( Moralnya jika telah melakukan kesilapan dan kesalahan.. apasalah sekadar memohon maaf.. itu maaf drp manusia... keampunan drp Allah bagaimana?

    BalasPadam
  4. pengkarya filem Malaysia, perlu segera lari daripada perangkap 'mengikut selera' dan permintaan penonton. kalau tak sampai bila2 pun filem tidak akan berfungsi sebagai saluran pembangunan modal insan

    BalasPadam
  5. Dia maklum penonton filem2 Melayu terdiri dr golongan ape...Asal filem mat rempit kompem pecah panggung...Bila kuar filem berkualiti n mengajak kita berfikir sket jgn harap la nak pecah panggung...

    Wajar mohon maaf..Ape pun alasannya,dialog tu
    sangat kuang ajor..Kita dok marah kat penghina2 agama tp kita sdiri wat pangai gitu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...