Aktiviti pelaburan dalam apa jua bentuk saham atau simpanan pada syarikat yang berdaftar dan kukuh merupakan satu pelaburan yang baik pada kita semua.
Namun begitu kaum melayu dikatakan kurang berminat untuk melabur dalam pasaran saham kerana pulangannya yang lambat.Kerana itulah jumlah penyertaan kaum Melayu dalam bentuk pelaburan seperti ini masih rendah berbanding kaum lain yang pantas merebut peluang yang terhidang.Atas faktor lambat menerima pulangan dan ingin cepat kaya maka yang sering kita dengar adalah nasib kaum melayu yang terus menerus ditipu dengan skim cepat kaya.
Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang ditubuhkan pada 1 Julai 1980 merupakan salah satu koperasi untuk tujuan simpanan dan pelaburan yang dikhaskan hanya untuk warga Felda di seluruh negeri.Justeru itu kepada semua warga Felda rebutlah peluang ini kerana ia terbuka kepada semua warga Felda dan anak-anak Felda.Jika merasakan kita belum punya modal untuk melabur maka jalan sebaiknya adalah dengan mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli koperasi dengan yuran pendaftaran sebanyak rm20.Bila dah ada duit cuma bankin melalui nombor akaun yang diberikan. Paling penting dapatkan borang dari pejabat Felda di kawasan masing-masing dan dapatkan cop pengesahan daripada pegawai yang bertugas.Kemudian barulah borang tersebut diserahkan atau diposkan kepada Koperasi Felda yang terletak di jalan Semarak KL bersama satu salinan IC serta satu salinan IC bapa.Jika bapa telah meninggal dunia maka sijil kematian perlu disertakan sebagai bukti.
Ketika orang ramai berebut-rebut untuk melabur dalam saham Bank rakyat baru-baru ini, warga Felda tidak perlu pun berebut kerana masih banyak kekosongan dalam koperasi Felda yang memberi dividen hampir sama dengan Bank Rakyat berikan.Untuk tahun 2011 ini, KPF membayar dividen sebanyak 15 peratus dan dividen tertinggi yang pernah dibayar sebelum ini adalah sebanyak 16.5 peratus iaitu pada tahun 2007.Kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit tetapi sekiranya tidak dimulakan masakan yang rata boleh menjadi bukit.
Pelancaran KPF-2 baru-baru dengan suntikan dana sebanyak rm10 juta sebagai modal pembangunan ekonomi memberikan banyak peluang serta kelebihan pada warga Felda.Ramai yang bertanya apa bezanya KPF yang lama dengan KPF-2?.Antara perbezaan ketara adalah KPF dikhaskan untuk warga Felda dan terhad kepada generasi ke-2 Felda sahaja dan pelaburan maksimum adalah sebanyak rm250 ribu manakala KPF-2 adalah untuk generasi selepas generasi ke-2 warga Felda ataupun cucu cicit iaitu keturunan kepada warga Felda dengan nilai pelaburan maksimum yang masih belum ditentukan lagi.
Kepada rakan-rakan generasi Felda jangan lepaskan peluang ini untuk melabur.Jika orang lain sanggup berebut serta ramai yang kecewa untuk mendapatkan saham dari Bank Rakyat, warga Felda tidak perlu pun bersusah payah untuk mendaftar dan melabur di dalam KPF yang berada di ranking ke-2 selepas Bank Rakyat yang menawarkan dividen tertinggi di dalam negara kita.
Selepas mendaftar jadi ahli dan sekiranya ingin semak status keahlian sila klik DI SINI dan masukkan nombor kad pengenalan anda
Setelah nombor kad pengenalan dimasukkan anda akan lihat paparan lengkap keahlian anda sebagai ahli KPF seperti di bawah ini.
ozzy - jauhilah dari skim cepat kaya...



Pelaburan KPF ni mmg telah lama mak tahu cuma, kekurangannya adalah
BalasPadam- tahun pertama penyertaan kita dlm koperasi ini tidak akan dibayar apa2 dividen.
- Dividen yg dibayar akan dimasukan kembali/pertambahan dlm akaun pelaburan kita
- susah nak buat pengeluaran atau bila kita terdesak untuk mencairkan pelaburan kita. Kena buat urusan pengeluaran di Ibu Pejabat Felda di KL nun
Tp, dividen yg dibayar,tak dinafikan, memang tinggi!
Lagenda..Terima kasih dgn komen tersebut
BalasPadam- Rasanya x menjadi masalah besar walau thn pertama kita belum mendapat apa2 dividen pun..kena la sabar sikit..
- seperti juga dgn saham yg lain mcm ASB pun akan masukkan dividen dlm akaun kita juga kan..
- Kdg2 lebih elok pilih yg susah utk buat pengeluaran sbb kalau yg senang kejap2 nak keluarkan je duit tu kan?lebih2 lagi kalau ada ATM kad..
Kawan ada juga menyertai koperasi seumpama ini dulu-dulu yang amat menyedikan bab dividennya terlalu rendah... bila di ungkit didalam mesyuarat katanya tiada keuntungan syarikat rugi sokmo. :(
BalasPadamAkuanakpahang...
BalasPadamSebab tu penting utk kita investigate dulu sblm ambil keputusan utk melabur dlm mana2 syarikat.
Alhamdulilah aku memang ahli KPF....
BalasPadamNak joinlah...nampak menarik..terima kasih untuk info...dulu pernah join mlm..mcm2 la org ajak..tp semua hampeh...lagi pun keuntungannya agak diragui..jual keahlian kat org dapat duit tu halal ke tanpa usaha yang betul..ajak org masuk tu pun dh ada unsur nipu org...tu yg xjoin dah..baik wat bisnes sendiri...dah tentu2 halal..insyaallah..
BalasPadammemang tak di nafikan aku rasa inilah antara saham koperasi yang mampu memberikan pulangan yang lebih berbanding simpanan bank yang tak seberapa.Entry yang sangat baik...
BalasPadamDividen KPF memang top, tapi sayang saya bukan warga Felda :(
BalasPadamgembar gambur mengatakan tahun hadapan pd 2012 FGVH akan tersenarai di bursa Malaysia, di katogerikan blue chip counter sama mcm simedarby
BalasPadamnak tanya en ozzy, adakah saham akan diagihkan mengikut jumlah simpanan didlm KPF ke?
harap dpt kita bincangkan disini
Tanpa nama..
BalasPadamJika dikatakan gembar gembur bermakna perlaksanaannya masih kabur dan sekiranya benar cara pengagihannya bergantung pada pihak KPF samada nak kekalkan atau diselaraskan semula.Pastinya akan ada pengumumannya nanti
salam.
BalasPadamalhamdulillah sudah menjadi ahli KPF. Dividen yg sgt memberangsangkan. saya dah gesa sume adik beradik saya menjadi ahli KPF. InsyaAllah sy nk uruskan pulak keahlian KPF 2 utk anak bila tiba masanya nanti. Cuma sy tak berapa faham berkenaan FGVH yg akan disenaraikan di BSKL yang dijangka pada bulan Mac 2012. Harap sgt ia akan memberi faedah kepada Peneroka dan pelaburan mereka dijamin selamat.
Kalau sesiapa nak pelaburan yg boleh jamin melebihi 20-30% setahun, ianya adalah Pelaburan Emas. 100% selamat! boleh hubungi saya di http://sendukemas.blogspot.com
BalasPadamasaalam,semua, saya ada great idea,bagaimana nak dapat pulangan yg setinggi 18 peratus setahun..hanya simpan,, PROJEK 5D...DUDUK DIAM DIAM,DAPAT DUIT....nak tahu...call saya CHE DET @ mahadzir 012-3981335
BalasPadamPROJEK 5D...TERBAIK....PASIF INCOME...PENCEN AWAL
BalasPadamBest tak kalau ansuran kete bmw 5 series sebanyak rm2448 sebulan ada org bayarkan....nak tahu caranya....sms saya yeee,,,freee advise 012-3981335 che det ...sorry bukan direct selling ye@mlm
BalasPadamsaya anak peneroka tp blum ada mase nk buat ahli kpf..ni peluang ni..nak lek kampung ler
BalasPadam12 dec. 2011, saya ada buat pelaburan awal secara on line setelah kembalinya ayahanda kerahmatullah sampai sekarang xnampak pun figurenya dlm account saya.orang lain dok tengok dividen/bonus,sya dok nganga figure xkeluar. xfaham saya, semangat pun jadi pudar.
BalasPadamanak peneroka felda..
BalasPadamSebaiknya sila buat semakan atau check dgn pihak KPF atau boleh terus call no ni untuk pertanyaan 03-26942095 atau 03-26970502
salam ..
BalasPadamkpf2 nie berapa maksimum ya? ada info tak?
kpf1 maksimum 250 ribu.. peneroka + anak peneroka? ada betol kah?
macam mana nak cepatkan dapat no ahli kpf... lambat sangat laa..
duit boleh habis kalau nak tunggu no ahli nie ...
zaliney...W'salam
BalasPadamKPF blm diputuskan lg brp jumlah maksimum..mmg betul la kpf 1 utk peneroka & anak peneroka
nak dapatkan keahlian mudah saja prosesnya, hantar dokumen yg lengkap & serahkan seperti yg ditulis diatas & akan dpt dlm tempoh sebulan
bila dh dpt nombor anggota mcm mana nak masukkan duit dlm kpf tu?? ade sape2 bleh banyu...
BalasPadamTanpa Nama..
BalasPadamBila dah dpt no keahlian masukkan duit melalui slip simpanan akaun maybank ke akaun kpf atas nama "koperasi permodalan felda malaysia berhad" yang diberikan iaitu 5-64212-30158-0 dan jgn lups tuliskan nama anda dan nombor keahlian di bhgian bwh slip tersebut (sama seperti sewaktu kita mula-mula buka akaun dgn KPF dulu).Untuk maklumat lanjut blh call no ni - 03-26942095 atau 03-26970502
cayalah..aku dah bukak akaun..lepas ni bole masukkan duit company dalam ni banyak2...syukur Alhamdulillah
BalasPadamOzzy berapa perlu dimasukkan duit melalui simpanan akaun maybank tu? Sebabnya saya ada emailkan pertanyaan saya pada kpf, dan saya kurang jelas penerangan yang diberikan. Apa yang dimaksudkan borang tambahan saham tu? Berikut saya forwarkan email yang diberikan tu. Mohon perjelaskan lagi. Terima kasih.
BalasPadam**Sekiranya tuan/puan telah mendapat no keahlian tuan/puan boleh mula membuat tambahan syer di KPF, sekiranya tuan/puan menambah syer saham tuan/puan boleh menggunakan borang yang dimuat turun dari web KPF.
Di sini penerangan cara simpanan tuan/puan perlu ke kaunter maybank bank inkan wang ke dalam akaun KPF mbb: 564212301580 atas nama Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad. Setelah selesai di bank akan bagi tuan/puan slip bank copy yang berwarna kuning itu tuan/puan perlu hantar ke KPF untuk rujukan piahak KPF tuan/puan hantar slip beserta borang tambahan pelaburan di web KPF atau tuan/puan boleh buat surat rasmi tamabahan saham tuan/puan.
Tambahan melalui maybank 2u atau mesin deposit tidak dibenarkan. Untuk pengatahuan tuan/puan boleh menyemak penyata simpanan saham di web KPF di bahagian e-penyata.
Generasi Felda...
BalasPadamBoleh masukkan berapa saja jumlah yang ingin dilaburkan ke dalam akaun simpanan maybank dengan syarat mesti menjadi ahli terlebih dahulu.
Rasanya penerangan yang diberikan itu sudah cukup jelas cara nak tambah pelaburan melalui akaun maybank "Di sini penerangan cara simpanan tuan/puan perlu ke kaunter maybank bank inkan wang ke dalam akaun KPF mbb: 564212301580 atas nama Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad. Setelah selesai di bank akan bagi tuan/puan slip bank copy yang berwarna kuning itu tuan/puan perlu hantar ke KPF untuk rujukan pihak KPF tuan/puan hantar slip beserta borang tambahan pelaburan di web KPF atau tuan/puan boleh buat surat rasmi tambahan saham tuan/puan."
Kalau masih ragu-ragu cuba buat pertama kali dengan memasukkan amaunt yang kecil contohnya rm20 dan ikut langkah yang diberikan.Setelah itu ikuti langkah selanjutnya iaitu copy slip yg bewarna kuning (mesti ada tertulis nama dan nombor ahli KPF kita) dan hantar pada pejabat KPF di KL melalui pos ataupun fax ATAU terus telefon pihak KPF untuk semak samada duit yang kita bankin telah masuk ataupun tidak.Sekiranya ia berjaya dan anda merasa yakin maka bolehlah masukkan amaunt yang lebih besar.
INGAT!!! paling penting adalah nama dan no ahli KPF anda mesti ditulis dibahagian bawah slip tersebut jika tidak, amat sukar bagi pihak KPF mengesan siapa yang telah bankin duit tersebut ke dalam akaun KPF.
salam,saya nak tanya,kalau saya nak bank duit permulaan,saya perlu hantar slip berserta borang tambahan pelaburan juga ke?atau slip bank ja.
Padamw'salam..
Padamduit permulaan tu maksudnya baru daftar ke?..kalau baru daftar cuma sertakan slip bank aje & selepas tu KPF akan bagi no ahli.Kalau dah jadi ahli perlu hantar borang tambahan & slip sekali.
salam,betul ke tahun pertama pelaburan xdapat apa2 dividen?so cntohnye klu invest 2012,dividen dibayar 2014?sy kurang pasti...tkasih..
BalasPadamjangan salah faham...kpf akan meembayar faedahnyer pada bulan julai. faedah itu dikira pada tahun sebelum itu dari bulan januari hingga disember. Jadi kaau tuan nak faedah....tuan hendaklah melabur pada awal tahun.
PadamContohnyer pada awal tahun. Insyaalah bonus akan dibayar penuh pada julai tahun hadapan.
Tanpa nama..
BalasPadamsetahu saya mcm tu lah..x taulah kut kpf dah tukar termanya..
Rasanya penerangan yang diberikan itu sudah cukup jelas cara nak tambah pelaburan melalui akaun maybank "Di sini penerangan cara simpanan tuan/puan perlu ke kaunter maybank bank inkan wang ke dalam akaun KPF mbb: 564212301580 atas nama Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad. Setelah selesai di bank akan bagi tuan/puan slip bank copy yang berwarna kuning itu tuan/puan perlu hantar ke KPF untuk rujukan pihak KPF tuan/puan HANTAR SLIP BESERTA BORANG TAMBAHAN PELABURAN DI WEB KPF ATAU TUAN/PUAN BOLEH BUAT SURAT RASMI TAMBAHAN SAHAM TUAN/PUAN."
BalasPadamSaya masih kurang jelas berkaitan ayat : HANTAR SLIP BESERTA BORANG TAMBAHAN PELABURAN DI WEB KPF ATAU TUAN/PUAN BOLEH BUAT SURAT RASMI TAMBAHAN SAHAM TUAN/PUAN." Dah mcm bankin dulu duit baru buat permohonan ke nie??
Mntak penjelasan Ozzy..
Maksud dia kalau nak hantar slip bank yellow copy tu kene attachkan skali dgn borang tambah pelaburan..borang yg dh siap diisi tu akan memudahkan pihak KPF nk semak you punye akaun details..download borang kt website http://kpf.felda.net.my/Muat Turun Borang/BorangTambahPelaburan.pdf
BalasPadamTanpa nama..
BalasPadamTerima kasih..harap generasi felda boleh faham.
masa awal jan 2012 aku ada daftar. masukkan rm20.00 sbg yuran pdftran n pos sekali borang nak daftar. tp smpai sekarang belom dpt pape respon. camna erk nak cek, yg kita ni dh confirm jd ahli atau tidak?.........
BalasPadamTanpa nama..
BalasPadamBila pendaftaran berjaya mereka akan hantar sms dan surat pengesahan bersama no ahli dalam masa 1-3 bulan..jika selepas 3 bulan masih belum terima elok hubungi mereka di nombor 03-26942095 atau 03-26970502
nk tnya kalau menantu kepada peneroka felda nk join kpf 2 ni boleh ke
BalasPadamruziana..
BalasPadamsetahu saya kpf 2 untuk generasi 2 felda (cucu cicit) tapi rasanya tidak dibenarkan pada menantu..blh tanya terus dgn pihak kpf (mungkin polisi telah berubah)
Kalau masuk RM50000, agak2 dapat berapa?
BalasPadamkira sendiri la...18%
PadamKPF2 adalah untuk generasi kedua(anak peneroka) dan generasi yg seterusnya.
BalasPadamSalah satu syarat utk menjadi anggota KPF2 - Generasi baru peneroka felda yg bukan pengganti peneroka samada yg tinggal di dalam atau di luar rancangan.
salam....saya ade kol kpf baru2 ni,berkaitan dividen.diorang bgtau klu invest 2012,2013 dah dpt dividen,kompius la...ade yg kata 2 thun bru dpt div...ade sape yg ade info x...t.ksih..
BalasPadamkiraan dividen mengikut tahun iaitu dari januari - disember. Contoh jika labur bulan ni, jun 2012, kiraan dividen pertama sehingga disember 2012. KPF akan meeting pada bulan jun 2013, dan tentukan peratusan dividen. jadi, anda dapat dividen untuk 6 bulan sahaja bagi tahun 2012. Duitnya dapat pada julai 2013 masuk akaun maybank yang kita bagi kat kpf. bagi dividen 2013 pula, baru dapat penuh kiraan setahun dan dapat pada julai 2014 pula mengikut peratusan yang dipersetujui dalam meeting jun 2014. Sebab ni pengalaman saya, julai ni insyaAllah akan dapat dividen kali ke 3. ok tq
PadamTerima kasih Tanpa nama 7.58pm dgn penjelasan tersebut...harap anak felda palong dll faham
PadamYg saya tau kalu masuk before jun utk thn ni contohnya, utk next year kita akan dpt dah dividen tu sbb dividen biasa bg julai kalau x silap
BalasPadamank felda palong..
PadamSaya juga sependapat dgn Hilmi.Lyan.Hasya..setahu saya mcm tulah iaitu dividen akan dibayar pada tahun yg berikutnya
kol kpf,dia bgtau ttup kira2 31 dis setiap tahun..btul ek?plan nk invest kau2...tu yg kna bt research ckt...hehe,nk pusing2 dividen untuk byar loan..
Padamank felda palong..
Padammembuat pelaburan di tpt yg betul adalah satu tindakan yg bijak..tahniah.ramai kwn2 yg buat cara mcm tu & dah dpt pulangannya.
Ada byk cara lain lagi utk invest dan buat ambil dividen utk bayar loan antaranya melalui ASB.
ni je la pluang yg ade...nk tggu bnk rakyat x tau ble...baik join yg pasti dari yg sangsi huhuhu
Padamsaya dh masuk minggu lepas..tapi kena tiga bulan baru tahu kelulusan / dpt no ahli.
BalasPadamAny update on KPF2?
BalasPadamjust called KPF2 pasal dividen tp katanya blm ada jawapan lagi... tunggu tarikh mesyuarat diumumkan. Sebarang pertanyaas, sila hubungi 03-2697 3858
Padamaku anak felda gak tapi dah 5 bln mendaftar masuk saham tak de news apa2 pun
BalasPadamskrng zaman dh berubah bro... so you knelh check dlm e log koperasi permodalan felda you knelh register dulu create password...so everything will come out so easy ...
Padamsaya baru jd ahli tp xtau cara nak masukkan duit.masukkan kt no. akaun yg kita buat bayaran masa mula2 nk jd ahli ke @ mcm mane
BalasPadamsaya dah jadi ahli pada tahun 2010. ingat di hati nak tambah pelaburan. tapi bimbang takut div tak tinggi kerana ada felda golbal.. boleh tak sape2 tahu tentang masa depan koperasi felda bila dah fgvh ni ambil alih
BalasPadamfgvh tidak ambil alih kpf. Pada saya, jika kita ada tempat pelaburan lain yang lebih tinggi, boleh lah pindah. tetapi jika tiada tempat lain, baik teruskan dulu di KPF. Sebab KPF belum pernah beri dividen bawah 10%. Lagipun, kita boleh keluarkan semua pokok pelaburan kita pada bila-bila masa. Jika pengumuman dividen pada 20 jun 2012 ni tidak memberangsangkan, kita boleh keluarkan pelaburan kita bila-bila masa pun. Modal pelaburan kita tidak hilang dalam KPF, cuma dividen sama ada tinggi ke rendah sahaja.
Padambetul tu Tanpa Nama 8.06
Padamsalam, dah de info dividen terbaru ke?hari ini kan AGM?excited nak tahu..
BalasPadamDah diumumkan 18%
Padamya ke 18%? Alhamdulillah, rezeki dari Allah.. Selalunya kpf memang x jauh beza dari dividen bank rakyat.. moga berterusan kejayaan kpf di masa akan datang..
PadamKPF lebih baik juga terbaik dan secure dari FGVH yg high risk
BalasPadam????/
BalasPadamorang cina n india semua dh maju ke depan...tpi orang kita x mau mencuba untuk kebaikan mereka...nk kaya dengan cepat dlm mse yang singkat...kte kne berubah..biar sush dulu senang kemudian....saham kpf adelah yang tertinggi di malaysia n bayaran dividen tertinggi dari saham2 yang lain dan bank2 lain...ke 2 brulh bank rakyat...sye dh labur dlm kpf 100k n sye x kn keluarkn dalam mse 10 thun..selepas 10 thun barulh saye gunakan dividen tu untuk keperlukan keluarga...n maybe dividen tahunan yg saya dapat 50 k setahun....saye bukan nk jdi kaya tpi nk mengubah kehidupan dmi keluarga,isteri n anak saya kelak...jnji kte harus bersabar....
BalasPadamtanpa nama..
Padamtahniah krn membuat satu keputusan yang bijak!
saya bukan anak felda..
BalasPadamtp nk pakai nama isteri, sbb dia felda PalOng..
PersOalannya.. saya ada melabur dlm ASB lebih kurang 80k.. perlu ke saya keluarkan semua dan berpindah ke KPF-2.. minta jasa tuan2 bg pandangan..
keluar kan semua n pindahkan ke kpf-2....ade peluang yang lebih baik
PadamPandangan saya..dua-dua pun bagus dan selamat.Untuk mendapat kepastian dan sebagai perbandingan saya cadangkan laburkan separuh-separuh antara keduanya.
PadamTerima Kasih Tanda Nama..
BalasPadamterima kasih atas penjelasan anda semua,insyaallah saya akan bersama dala masa yang terdekat...
BalasPadamTanpa Nama,
PadamPilihlah peluang pelaburan yang menjanjikan bukan hanya pulangan lumayan tapi yg lebih penting ianya selamat & dipercayai
assalam..macamana nak semak status permohonan kita di kpf2...samada dah aktif ke belum
BalasPadamkalau semakan ke kpf1 masuk kat link nie jer http://kpf.felda.net.my/_layouts/penyatakpf/maklumat.aspx
sekian
salam.saya telah mendaftar ahli kpf 2 sudah hampir setahun.bila sya chek di kpf dinyatakan saya sdah mjdi ahli.Tpi no ahli saya belum ada.Kalau dilihat melalui procedur hanya 3 bulan saja prosesnya.Tetapi kenapa lbh setahun belum selesai.Boleh atau tidak saya menambah modal kpf dengan memberi nama dan no my kad saya sewaktu bankin modal tersebut di maybank.harap dapat penjelasan.
BalasPadamw'salam..
PadamMemang betul sepatutnya dlm masa 3 bulan dah dapat no ahli & saya nasihatkan saudara tel terus ke no ni - 03-26942095 atau 03-26970502 utk bertanyakan status tersebut.
Tak boleh tambah modal atau pelaburan selagi no ahli belum diperolehi.
saya nak bertanya cuma pulangan dividen sahaja ke kelebihan menjadi ahli KPF? Dan lagi satu cuma nasihat saje..pelbagaikan juga simpanan ke salam bentuk emas dan perak sebab nilai duit sekarang dan 10 tahun akan datang tidak sama disebabkan inflasi..
BalasPadamWarisan Selubi Enterprise..
PadamAda byk lagi kelebihan lain sebenarnya setelah kita menjadi ahli KPF selain dari pulangan dividen dan kebanyakannya dalam bentuk investment tetapi yg popular adalah dari segi pulangan dividennya yang tinggi kerana ramai yg inginkan sesuatu yg tidak berisiko seperti membuat investment atau saham.
Setuju..ramai yg semakin membuka mata dan sedar bahawa simpanan emas juga menguntungkan utk jangkamasa panjang
baru baru ini saya dah tambah pelaburan 3k ke dalam kpf, saya dah pun serahkan salinan kuning bank ke pejabat felda negeri. menurut kerani pejabat felda negeri (kwsn) serahkan slip kuning tu aje pun tak pa.. tak perlu isi borang tambahan pun.tetapi dah hampir sebulan apabila semak dengan kpf saya tengok figure tambahan saya tu tak ada pun berubah masih dalam penyata yang lama... berapa lama tempoh proses penambahan tu.??
BalasPadamsepatutnya dia masuk immediately
BalasPadamcuba saudara call kpf hq tanya dia ada terima anda punya slip. kadang2 terlepas pandang so dia tunggu anda call.
BalasPadamyes tahun ni kpf bapa aku dah penuhhh.aku iklan abis kt adikberadik. aku pun dah buka kpf 2
BalasPadamtahniah xxx..macam kenal je ni??
PadamAsalamualaikum semua, salam,salam,salam.. aku dah masuk KPF2 sekitar april 2012, call dah ada dlm daftar nama, dah ok katanya. Untuk makluman kengkawan, aku generasi ke 2 yang dah kuar felda lebih 25 tahun. Apa yang memuskilkan saya, saya tidak lagi menerima no keahlian koperasi dan buku UUK (Undang2 Kecil Koperasi) hingga sekarang. Bila telipon, ALK lum meeting.. Apa pengalaman kengkawan lain mengenai KPF2 ni.. ada maklumat tak? Apa aktiviti yang dijalankan sekarang ini? mekasih kengkawan yang beri maklumbalas...
BalasPadamsalam..tumpang tanye..dividen yg diumumkan 18% tu utk kpf 1 kn!! yg kpf 2 lak brape div. dia??? tq
BalasPadamcam mane nak jd ahli kpf
BalasPadamanak jengka..sila scroll ke atas & baca..semua info telah diberikan
Padamya lah ozzy betul tu. lengkap penerangan anda. mula2 nak tanya juga, tapi bila baca dari atas, semuanya dah terjawap. terima kasih ozzy. maju generasi felda!
Padammacam mana nak masukkan no akaun maybank saya kpd kpf supaya dividen akan terus masuk ke dalam akaun??
BalasPadammintak maaf ea.. nak tanye ni...
BalasPadamcontohnye 2012 kalo masukkan 8k. dividen 18%. so ujung tahun dapat la 1440 as dividen...
macam tu ke??
ke dividen tiap2 bulan?? hihi
Nana..
Padamkalau masuk jan 2012 thn depan blm dpt penuh dividen 18% tu, tahun satu lagi baru dpt penuh..dividen tetap dapat cuma tak sepenuhnya 18%
Dividen tiap-tiap bln tu MLM adalah hehe..
kawan saye da daftar jan 2011 and masukkn duit pd waktu yg same tp knp dividen x dpt2
BalasPadamsha..
PadamSaya nasihatkan anda rujuk pada pihak KPF sendiri samada melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat KPF
assalam en ozzy...kpf1 saya baru masuk sejak bulan 10/2012..kpf2 saya baru dpt akaun pada jan 2013 cuba belum bank in rm100....terima kasih sebab share maklumat yang banyak pasal kpf..insyallah akan topup kedua dua akuan ini dalam masa terdekat
BalasPadamW'salam En Muhamad Azmi,
PadamTahniah kerana membuat pilihan yang bijak..rebutlah peluang yang ada untuk pelaburan masa depan
Assalam bro Ozzy,
BalasPadamNak tanya sikit sebanyak drp yg pro......masa kita daftar borang ahli kpf dulu, dlm borang tu mintak kita pilih samaada option (A) iaitu dividen automatik dimasukkan kedalam account maybank kita, atau option (B) iaitu diveden kita dipermodalkan balik dalam KPF.
Soalan saya:-
(1) Jika saya pilih Option (A), adakah masih boleh masukkan kembali dividen yang saya dpt ke KPF walaupun telah melebihi limit iaitu >RM250k. Sebagai contoh, saya akan dapat RM45k setahun drpd pelaburan RM250k (18% dividen), jadi boleh ke dilaburkan balik RM45k tu kerana jika laburkan balik dah jadi RM295k (RM250+RM45k)??
(2)Jika saya pilih Option (B), melalui pengiraan saya, akan dpt lebih kurang RM1juta untuk 10 tahun. Adakah untuk Option (B) tu, pengiraan dividen berpandukan baki terkini setiap tahun dan tidak tertakluk pada limit RM250k tu??
(3)Adakah Option (A) dan (B) boleh diubah oleh pelabur??
Harap tuan boleh bagi gambaran sbb tengah planning nak pencen awal nih...tq
Rozaini hassan
W'salam cik/puan Rozaini,
Padamsoalan 1 - jika pelaburan dah melebihi limit max. 250K -> boleh laburkan dividen yg dpt tu cuma perkiraan dividen akan datang tetap dikira dari 250K walaupun amount pelaburan lebih dari 250K contohnya 250K+45K=295K..dividen dikira dari 250K bukan dari 295K.
Soalan 2 - juga sama..perkiraan adalah melalui had max 250K
soalan 3 - option A dan B boleh diubah bila-bila masa cuma perkiraannya tetap sama iaitu dividen tetap dibayar berdasarkan had max 250K walaupun simpanan sampai 1 juta sekalipun.
Cadangan saya - Jika cik/puan telah berkahwin dan ada anak boleh buka akaun KPF 2 atas nama anak dan laburkan duit yg lebih dari 250k atas namanya.Atau boleh laburkan pada saham lain yg juga menawarkan dividen yg tinggi spt bank rakyat atau ASB.
saya cadangkan tumpukan pelaburan didalm kpf 1 dahulu penuhkan dahulu 250k untuk 1 famly .
BalasPadampelaburan KPF dalam sesuatu masa hanya dikira 250k sahaja dan pelaburan boleh menukar pada bila-bila masa untuk bayaran terus ke akaun atau masuk semula ke pelaburan.
Cucu Peneroka boleh masuk tak?
BalasPadamBoleh.. melalui KPF 2
PadamTo Saito : saya rasa boleh, sila scroll maklumat2 di atas.
BalasPadamTo Ozzy : Macammana saya nak tukar nama KPF arwah ayah saya kepada ibu saya. Sebab saya bimbang akan ada masalah jika nak ambik KPF arwah ayah saya kelak.
KPF memang bagus...
BalasPadamSalam. saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa jika peneroka membuat pelaburan RM 10,ooo kita akan dapat pinjaman RM 20,000.
BalasPadamOleh itu,
Berapa lama peluang ini dibuka dan
Sekiranya saya dapat macammana saya nak bayar balik pinjaman tersebut ?
Norian..itu adalah tawaran untuk buat loan dan kelulusan turut bergantung pada terma dan syarat yang telah ditetapkan
PadamUntuk maklumat lanjut dan syarat-syaratnya sila berhubung terus dgn KPF utk mengelakkan salah faham nanti
Er, saya nak tanya ya, terima kasih pada yang sudi menjawab
BalasPadamSoalan :
Suami saya telah meninggal dunia , boleh tak sekiranya saya terus melabur dalam akaun KPf arwah suami saya ?
_Daripada : Puan Mai
Puan Mai
Puan Mai..
PadamBoleh... tapi lebih baik sekiranya nama suami ditukar kepada nama puan dgn menyertakan sijil/surat kematian serta permit pengkebumian.
Macammana saya nak tukar nama KPF arwah ayah saya kepada ibu saya. Sebab saya bimbang akan ada masalah jika nak ambik KPF arwah ayah saya kelak. Kena guna borang pindah milik syer anggota ke ?
BalasPadamBoleh tak saya tahu apa nama loan tersebut ? sebab saya memang kurang jelas dengan penerangan pejabat f
BalasPadamMacammana saya nak tukar nama KPF arwah ayah saya kepada ibu saya. Sebab saya bimbang akan ada masalah jika nak ambik KPF arwah ayah saya kelak. Kena guna borang pindah milik syer anggota ke ?
BalasPadamterima kasih kerana sudi membantu
BalasPadamkalau kpf 1 da penuh atas nama saya sorang(Tamak) :)
BalasPadamboleh x apply untuk kpf2 untuk diri sendiri jugak(Tamak lagi)...
Asalamualaikum....Disini saya terangkan cara kiraan Dividen memandangkan saya baca dari atas soalan itu yg paling banyak....
BalasPadamCONTOH PELABURAN:
RM 50,000.00 X 18% setahun = Dividen anda dapat(RM 9,000.00 hanya yg melabur dari Januari-Disember)
Bagi yg melabur pertengahan tahun cara kiraanya...
RM 50,000.00 X 18% setahun bahagi 12 bulan bersamaan RM 750.00 jika kita melabur pada bulan 6 bermakna kita ada 6 bulan sehingga Disember. RM 750.00 X 6 = RM 4500.00
Beginilah cara kiraan pelaburan disemua koperasi dan bank2 tempatan sekian harap membantu.
saya dah dapat no ahli... n nak labur utk pertama klinye... rasa ragu2 n takut pun ade.. en ozy pernah masuk ker? pling tinggi brape en ozy dpt ek?
BalasPadamSudara/ri gen felda sume.ambilah peluang melabor dlm kpf ni.memg bebaloi.tp kena sabo sikitlah nak tungu dvdn thun petama.sy ni hanya anak bekas kakitangan felda yg tumpang nama bapak yg ada syer kpf setakat umur bapak yg diberi pinjam oleh allah.sy pun sbnarnya dah terlewat.baru aje menyedari betapa untungnya dgn kpf.apa lagi pump in la semaksima mungkin.alhamdulillah dvdn thn 2011 18% masyuk.
BalasPadamsalam en ozzy..
BalasPadamsaya nak tanya ttg kpf2.. saya sertai pd 2011. Terima surat pengesahan ahli dan diminta bank in minima rm100 telah dibuat. pada hujung tahun 2012 sy ke pejabat kpf2 d kl. ok..pejabatnya gagah dan boleh percaya.
saya ni belum menambah lagi. kerana masih ada rasa confuse dan kurang yakin disebabkan tempoh pengurusannya sgt sgt lama. tu pasal sy ke kl. tru phone ni x confidentla sikit kot.
tgk pd latest update pasal div kpf2 belum keluar lagi mungkin kerana belum meeting kot.
soalan saya: bolehkah saya bawa tunai cth rm50k utk bank in d kaunter kpf2. saya tak yakin nak bank in kerana telah berlaku bg kpf1..bank in x masuk katanya(jiran saya punya kes).
dan.. sebenarnya sy lebih suka penerangan dr blog mr ozzy berbanding frontdesk mereka.
terima kasih sudi baca pjg lebar ini.
Zakat simpanan dalam kpf kena bayar ke?tp kpf dah bayar zakat perniagaan..mintak pencerahan sikit..
BalasPadam2 tahun pun sudah lalu, tapi belum ada dividend lagi.
BalasPadamada ke pinjaman untuk beli saham felda ni?
BalasPadamAlhamdulillah,,,baru masuk pelaburan rm50k ke KPF tunggu julai tahun 2014 la untuk pulangan dividen...
BalasPadam