Kalau nak diimpunkan koleksi filem tentang hantu sejak berpuluh tahun dulu sampai sekarang entah berapa ratus filem telah diterbitkan.Itu belum lagi termasuk filem yang tak jadi ditayangkan dan juga drama yang kita tonton di kaca TV.Berbagai jenis filem ditayangkan untuk menarik penonton ke pawagam samada yang menyeramkan mahupun komedi tak kiralah filem tersebut logik ataupun hanya sebuah illusi.
Apa yang kita perhatikan boleh dikatakan hampir semua dari filem tersebut menunjukkan bahawa bukanlah hantu yang membunuh manusia.Hantu hanya muncul untuk menakutkan manusia dengan menjelma dalam bentuk wajah yang menyeramkan.Begitu juga dengan apa yang kita perhatikan dalam siri pemburu hantu atau 'seekers', tidak ada atau tidak pernah pun yang mati dibunuh oleh hantu.Apa yang kita lihat hanyalah keadaan mereka yang ketakutan apabila terdengar suara aneh yang dikaitkan dengan hantu ataupun jelmaan hantu dalam keadaan yang menakutkan meskipun hanya sekadar bayang-bayang.
Dari gambaran tersebut maka lahirlah filem-filem yang menyajikan kisah yang hampir sama samada berdasarkan peristiwa yang dialami sendiri mahupun dari apa yang dibaca atau melalui cerita yang didengar.Hakikatnya hantu tidak membunuh manusia tetapi hanya mengganggu manusia dan gangguan tersebut menyebabkan berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kematian atau gangguan yang berterusan sehingga manusia mati kerana mencekik dirinya sendiri.Sebutlah apa jenis hantu samada hantu langsuir, hantu pocong, hantu galah, hantu air atau apa jua jenis hantu, mana satu yang paling ganas dan paling banyak atau pernah membunuh manusia?.
Persoalannya kenapa tidak ada yang berani untuk menterbalikkan mentaliti penonton bahawa kita tidak perlu takut dengan hantu.Inilah idea yang aku nak sampaikan kepada penerbit atau pengarah filem agar lari dari konsep tersebut iaitu dengan membuat kelainan samada dalam bentuk misteri dan boleh diselitkan dengan komedi tetapi biarlah nampak logik dan berkesan pada minda penonton.Tonjolkan kelainan seperti kanak-kanak tidak perlu takut bila jumpa hantu.Contohnya bila terserempak dengan lembaga yang dikatakan hantu jerkah saja atau halau saja dia dari situ.
Kalau orang dewasa jumpa hantu sepak atau terajang je hantu tu 'buat semak je kat sini'.Kalau nak buang air dalam hutan kena minta kebenaran "tok.. cucu tumpang buang air kat sini" walaupun hantu tu akan jawab " bila masa pulak aku kawin dengan nenek engkau" tapi pengajarannya adalah kita diingatkan agar tidak kencing merata-rata.Tonjolkan adegan secara sinis seperti dalam keadaan seorang pelakon yang kencing bersebelahan dengan lembu di dalam hutan, kenapa manusia kena minta kebenaran tapi lembu tak perlu pun minta kebenaran.Sebab lembu tidak boleh berfikir atau ada sifat malu seperti manusia dan itulah yang membezakan kita manusia dengan lembu sebenarnya.
Begitu juga babak-babak lain yang berkesan untuk mengubah mentaliti manusia supaya jangan takut pada hantu.Tampilkan bagaimana keadaan hantu apabila ia muncul untuk mengusik manusia tapi manusia cuma buat muka selamba.Agak-agaknya macamana rupa hantu bila dia 'fade-up'?Kalau hantu tu ketawa dan mengilai jangan takut dan kitapun ikut ketawakan dia.Bukan ke dikalangan kita pun ada yang ketawa mengilai macam hantu? kalau tak percaya boleh tanya 'kak rock' tuu..
Lama kelamaan apabila disogokkan dengan filem sebegini tidak mustahil manusia tidak takut lagi dengan hantu kerana ternyata hantu tidak boleh membunuh manusia tetapi hanya menakut-nakutkan manusia.Kenapa takut untuk membawa pembaharuan dan perubahan.Jika di dalam 'seekers' kita tengok manusia lari apabila ternampak hantu tidak mustahil selepas ini kita dapat lihat 'geng seekers' pula riuh rendah mengejar hantu.
So...kepada Ahmad Idham, prof. A.Razak Mohaideen, Mamat Khalid, Afdlin Shauki, Erma Fatima atau lain-lain pengarah filem Melayu amacam ada berani untuk sahut cabaran aku ni untuk mengubah mentaliti masyarakat kita??? Sampai bila nak ulang cerita yang sama...kreatif la sikit.
ozzy - pernah kena usik dengan hantu....

Kalaulah nak diumpamakan nengok cerita hantu bagai makan budu, tempoyak cengcaluk .. mau termuntah juga kalau hari2 dgn menu yang sama. Moral mmg bosan nengok TV atau filem sekarang... byk cerita hantu mengarut.
BalasPadammak setuju! Muak dan x suka tgk citer hantu!
BalasPadammemang memualkan tetapi sebab orentasi prodduser adalah berdasarkan keuntungan..mesej no 2..buat filem budget ciput ..nak untuk berjuta-juta..filem Melayu memang begitu
BalasPadamsumpah idea ko tak best
BalasPadam