8 September 2011

JOM DERMA DARAH


Kebiasaannya setiap tahun sebelum masuknya bulan puasa aku akan pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) untuk menderma darah namun tahun ini sekali lagi hasrat itu terpaksa aku batalkan kerana menghidap demam panas ketika itu.

Sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri kali ini maka apabila tiba ke KL esoknya aku terus menuju ke Pusat Darah Negara yang terletak di Jalan Tun Razak untuk menderma darah setelah aku selesaikan urusan lain pada paginya.

Ini merupakan kali yang ke-18 aku menderma darah di sini tanpa ada sebarang masalah sebelum ini namun kali ini nasib aku kurang baik apabila jururawat yang bertugas kelihatan kurang yakin sewaktu mencucuk jarum dilenganku.Aku dapat merasakan tangannya yang menggigil sewaktu memegang tangan aku dan sewaktu jarum tersebut dicucuk.

Tidak lama kemudian datang seorang 'sister' dan aku bertanya apakah staff tersebut staff baru? kerana sebelum ini semua staff disitu kesemuanya perempuan tapi hari ini ada beberapa orang staff lelaki dan yang mencucuk jarum di tangan aku juga adalah staff lelaki.Sister memberitahu bahawa staff tersebut bukanlah 'terlalu baru' dan sudah biasa dengan kerja tersebut.Dia bertanya kenapa dan aku menjawab sebab aku tengok tangannya menggigil waktu cucuk jarum tadi.Mungkin untuk mengambil hati 'sister' memberitahu dia menggigil disebabkan itu adalah sifat semulajadinya dan aku hanya diam sambil tersenyum.

Belum sempat beg darah aku yang berisi 450ml penuh lenganku mula terasa ngilu dan berdenyut dan ia tidak pernah aku alami sebelum ini.Aku memanggil staff nurse yang berdekatan untuk melihat keadaan jarum tersebut.
Apabila plaster dan kapas dibuka aku dapat melihat kawasan yang dicucuk dengan jarum sudah mula membengkak.Pada awalnya aku rasa nak hentikan saja tapi apabila melihat beg darah yang hampir penuh maka hasrat itu aku batalkan meskipun aku terpaksa menahan kesakitan buat seketika.

Untuk mempercepatkan pengaliran darah aku ramas span yang disediakan dalam genggaman tangan secepat mungkin dan hanya dalam beberapa minit beg tersebut sudahpun penuh.Setelah itu tempat yang bengkak disapu dengan ubat krim untuk menghilangkan rasa sakit serta mengurangkan bengkak.Setelah berbaring seketika maka selesailah sudah proses menderma darah untuk kali ini.Darah selepas Hari Raya yang mungkin dipenuhi dengan khasiat kuih raya, lemang, ketupat, rendang serta bermacam hidangan kuih muih di Hari Raya hehe...Apa yang pasti setelah darah tersebut dikeluarkan maka aku kini dalam proses untuk membentuk darah baru yang dah kehilangan banyak perisa kuih raya termasuklah lemak dan kolestrol..Anda bagaimana?

ozzy - itu hanya kesilapan kecil yang tidak disengajakan...

4 ulasan:

  1. Salam Pozi, kawan ttp serum nak memderma darah.. bimbang pening tak sudah sebab kawan mengidap penyakit migrine :(

    BalasPadam
  2. Akuanakpahang - W'salam...kalau ada penyakit mmg x dibenarkan menderma..

    BalasPadam
  3. migrine x leh menderma ke OZ?? Mgkin sbb tu la kot mak x pernah menderma darah wlupun nak sgt2 menderma. 2 sbb masih x menderma :

    1- SGT2 TAKUT DGN JARUM..Ok-sila jgn gelak!

    2- mgkin sb ada migrain,so x leh menderma-Err, alasan ni baru dicipta. Klu btl la migrani x leh menderma darah.

    Hehehehe..

    BalasPadam
  4. hany pun slalu derma darah, igt lg mas a1st time siap pengsan bagai ahaha kelakor....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...