13 September 2012

APA PERANAN BLOGGER

Sebelum ini perkataan blogger agak asing pada masyarakat kita sehinggalah ia menjadi medium yang semakin popular pada mereka yang berminat dengan bidang penulisan mahupun sebagai platform untuk menyampaikan info pada orang ramai.

Terdapat berbagai variasi yang ditampilkan oleh setiap blogger bergantung pada minat atau niat masing².Ada yang suka menulis atau mencatatkan sesuatu tentang apa saja, ada yang menjadikan blog untuk mempromosikan produk mereka, ada yang sekadar ingin menambahkan pendapatan dengan memaparkan isu-isu dan berita terkini samada dari dalam mahupun dari luar negeri serta bermacam lagi.

Trend terkini menyaksikan blog yang memaparkan isu-isu politik atau isu-isu semasa menjadi blog pilihan pembaca samada blog pro kerajaan mahupun pro pembangkang.Di sinilah timbul persoalan apa peranan kita sebagai blogger.Bagi mereka yang gemarkan penulisan politik seperti ini memang menjadi kepuasan kepada mereka apabila dapat menyampaikan sesuatu berita serta membuat ulasan dan inilah sebenarnya peranan mereka sebagai seorang blogger.Samada sumber berita tersebut adalah sahih atau tidak yang penting mereka menjadi penyampai terawal untuk menerbitkan berita tersebut sekaligus peluang untuk meraih populariti serta 'traffic' yang tinggi lebih cerah.

Populariti mereka semakin meningkat apatah lagi nama dan blog mereka menjadi perhatian pihak media sebagai sumber rujukan atau sumber berita.Namun dalam keterujaan mereka menampilkan berbagai cerita panas mereka sebenarnya turut berdepan dengan risiko bakal disaman.Kalau ada yang nak bantu kira nasib baiklah tapi kalau tiada siapa bantu memang pening kepala nak bayar lebih-lebih lagi kalau jumlah saman mencecah jutaan ringgit itu belum masuk kos peguam serta kos mahkamah dan lain-lain.Kalau pendapatan dari blog jutaan ringgit kira berbaloi jugalah.Cuma kena ingat kalau hasil pendapatan banyak dari hasil membuat fitnah dan memburukkan orang lain maka apa yang diraih selama ini adalah hasil dari perbuatan kita sendiri yang memainkan peranan sebagai blogger dan kena ingat juga semua penulisan itulah yang akan kita tinggalkan selepas kita MATI ...

Anda seorang blogger?? apakah peranan anda sebagai blogger ..

ozzy - tak nak tambah dosa..

2 ulasan:

  1. Salam... terbaik bicara hal diri sendiri.. namun terkadang siapa nak baca mahu tak mahu sedikit isu panas perlu di utarakan byk risiko jika kita membuat sesuatu penulisan dengan tak keharuan. Benar bukan semasa hidup sahaja dan perlu diingat sama selepas mati... tentang keburukan yang telah kita tuliskan :( takut juga nulis berbagai ngat kang saje kena saman huhuhu....

    BalasPadam
  2. w;salam..
    Betul tu..beringat lah kita selalu yek

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...