27 September 2012

BLOG SEBAGAI AKHBAR

Selama ini sekiranya ingin membaca sesuatu berita samada di dalam atau di luar negara akhbar merupakan pilihan utama bagi pembaca bukan hanya di negara kita malah di seluruh negara.

Di sebalik tabir akhbar tersebut pemberita memainkan peranan utama untuk menyampaikan maklumat berdasarkan sumber yang diperolehi.Bagi menyampaikan atau mengulas sesuatu topik penulis pula memainkan peranan untuk mengarang dan mengulas sesuatu topik menjadi satu bentuk info yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Kini, blogger dilihat memainkan peranan penting dalam menyampaikan info atau berita terkini yang mungkin tidak berjaya dihidu oleh para wartawan.Saban hari kita dapat membaca banyak sumber berkaitan sesuatu berita dipetik daripada laman blog terutamanya yang melibatkan isu-isu panas yang menjadi minat pembaca seperti berita politik dan kisah artis.Secara tidak langsung tugas wartawan menjadi lebih mudah dan jika dilihat dari sudut positif ia menjadi satu cabaran buat mereka untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam mencari sesuatu berita untuk dijadikan cerita.

Jika kita lihat dari sudut lain sebenarnya ia turut menjadi satu kerugian pada blogger itu sendiri kerana catatannya dipetik secara percuma.Maka aku ingin memberi cadangan pada seluruh blogger apa kata jika minat dan usaha yang anda lakukan selama ini ditingkatkan setapak lagi dengan menjadikan blog sabagai satu sisipan akhbar.Aku mencadangkan agar blogger yang ingin memuat naik cerita dari blognya atau ingin terus menulis info kepada akhbar tersebut berdaftar dengan pengarang akhbar.Ini sekaligus memberikan sumber dua hala kepada blogger itu sendiri iaitu melalui penjualan akhbar dan dibayar mungkin berdasarkan royalti untuk setiap berita dan satu lagi adalah menerusi pendapatan dari blognya sendiri samada melalui iklan atau sebagainya.Kerjanya juga menjadi mudah hanya karang pada blog dan kemudian copy paste untuk dimasukkan ke dalam akhbar.

Aku percaya jika dilonggokkan segala cerita dari para blogger kita dapat lihat berbagai kisah dan ragam cetusan dari mereka yang gemar menulis dan mencurahkan sesuatu idea.Daripada kisah peribadi, novel atau cerpen sehinggalah ke kisah sensasi semuanya ada.Mungkin pada awalnya boleh dijadikan sebagai akhbar mingguan dan sekiranya mendapat sambutan ianya boleh diteruskan menjadi akhbar harian.

Amacam blogger semua? Apa pula kata dan pendapat blogger-blogger otai dan hebat-hebat? atau ada yang dah ingin cadangkan apa nama akhbar tersebut?..aku cadangkan ia dinamakan ' Berita Blog '.Siapa sangka dari suka-suka atau saja-saja tiba-tiba ia menghasilkan ganjaran lumayan...Apa kata anda?

ozzy - suka cari idea..

2 ulasan:

  1. Salam, terkadang tuan punya blog kekeringan idea juga mungkin :) jadi nak tak nak, nak kasi up entri drp blog letak le mana yang patut yak.... bagus juga jika setiap berita itu diltakkan sedikit ulasan jangan sekadar di copy paste bulat2 kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..

      itu maksudnya blog yg copy berita dari org lain..yang saya maksudkan adalah berita atau cerita dari blog dicedok oleh akhbar lain

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...