8 Mac 2013

TAWARAN PERTAMA YANG AKU TERIMA SEJAK BERGELAR BLOGGER

Penglibatan aku dalam menulis blog ini bermula pada tahun 2010 yang pada asalnya hanya berniat untuk menulis kisah perjalanan hidup yang aku lalui dan bagi mereka yang mengikuti kisah yang aku catatkan dulu pasti masih ingat berbagai catatan pengalaman yang pernah aku paparkan ketika itu.

Pada awalnya juga aku cuma berniat untuk dijadikan seperti sebuah diary tapi lama-kelamaan ia berjaya dihidu oleh ramai blogger yang turut sama berminat untuk mengikuti paparan kisah tersebut.Lama-kelamaan apabila semakin ramai yang menjadi 'follower' aku pulak merasa segan dan kerana itu semua catatan tersebut aku pindahkan ke tempat lain mungkin sebagai tatapan anak cucu aku nanti sekiranya mereka berminat untuk membaca kisah benar hidup aku dengan berbagai pengalaman dan peristiwa pahit dan manis.

Sebenarnya sejak dari dulu sehinggalah ke hari ini jika ditanya 'awak ni blogger tu.. kan?'  aku sendiri pun susah nak jawab walaupun akhirnya aku menjawab ye, pada akulah sebab semua daripada kita sebenarnya adalah seorang blogger sekiranya setiap dari kita mempunyai blog kita sendiri so apa yang peliknya kan?.Maka apabila ditanya atau bercerita tentang blogger pada aku istilah blogger ini hanyalah pada mereka yang mendapat gaji hasil dari penulisannya dalam blog.Maksudnya dia adalah seorang penulis blog sepenuh masa yang mendapat upah dengan menulis sama seperti seorang wartawan.

Okeylah panjang pulak intronya hehe...sebenarnya apa yang aku nak tulis dalam entri aku kali ini adalah berkenaan satu tawaran yang aku terima sepanjang aku bergiat dalam penulisan blog ini.


Malam tadi sewaktu aku membelek email aku terpandang pada satu email yang bunyinya agak menarik 'BAKAT UNTUK IKLAN FELDA' dan kandungannya seperti yang aku print screen di atas.

Ini adalah tawaran pertama yang aku terima sejak aku mula berkecimpung dalam bidang penulisan ini.Mungkin ada entri aku yang catatkan mengandungi bermacam info atau mungkin juga gaya penulisan aku sedikit berbeza walaupun ada kalanya merapu je lebih hehe..tetapi kehadiran tawaran seperti ini sebenarnya bagaikan satu pengiktirafan ke atas penulisan kita.Mungkin selama ini kita beranggapan kita hanya penulis amatur yang jauh standardnya dengan penulis yang lebih berpengalaman tetapi bagi orang lain yang membacanya mungkin mereka dapat menghidu bakat yang ada dalam diri kita dan mungkin bakat tersebut boleh diketengahkan untuk menjadi sesuatu yang memberi faedah pada diri kita dan juga orang lain.

Aku pun sebenarnya bukanlah seorang yang bergelar 'blogger' popular seperti RED MUMMY, BEN ASHAARI ataupun sehebat Hanis Zalikha yang kini sudah pun bergelar pelakon ataupun blogger lain yang lebih popular yang mempunyai beribu-ribu follower tetapi jika benar tawaran ini merupakan satu tawaran yang memberikan satu pakej yang menarik aku anggap ia adalah rezeki buat aku atau mungkin aku akan serahkan pada sahabat aku itu belum pasti kerana buat masa ini aku masih menantikan perbincangan lanjut dengan mereka.Siapa sangka mungkin suatu hari nanti anda semua yang bergelar 'blogger' juga bakal menerima tawaran yang lebih menarik kan?..so selamat menulis dengan berhemah dan jadilah diri sendiri bukannya sebagai blogger yang asyik copy paste hehe..

Apa yang aku ingat aku cuma pernah terbitkan dua entry berkenaan Felda sebelum ini iaitu :

i)  http://ozzy2u.blogspot.com/2011/09/peluang-pelaburan-dalam-koperasi.html (antara yang meraih
    jumlah traffic serta komen yang tinggi setakat ini ) - entri yang mengisahkan tentang KPF

ii)  http://ozzy2u.blogspot.com/2011/07/aku-anak-peneroka-felda.html  (juga meraih jumlah
     pembaca yang agak tinggi )

Seterusnya aku cuba mendapatkan sedikit maklumat mengenai syarikat ini (sykt pengiklanan DRAFTFCB) dan sedikit maklumat aku perolehi di sini

-> http://www.draftfcb.com/join.aspx

->  http://www.draftfcb.com/findus-detail.aspx?city=kuala%20lumpur

-> https://www.facebook.com/OfficialDraftfcb 


Dan sedikit sebanyak dari maklumat tersebut rasanya aku tahu apa yang mereka inginkan...

ozzy - kalau ada tawaran menarik lagi jgn lupa hubungi aku di ozzy2u@gmail.com hehe ...

6 ulasan:

  1. Tahniah dan hebat! kalau lebat esok jangan lupa
    kongsi2 dgn koi getek yak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebat jauh sgt, lebat blm tahu..kot jadi kas beritau hehe

      Padam
  2. tahniah bro... peluang keemasan..yakin boleh :)

    BalasPadam
  3. Assalam,dah lama tak jengok en.ozzy. Apa khabar?mudah2an sihat sejahtera bersama family. Alhamdulillah murah rezeki en.ozzy..bila baca entri, teringat time nisa dapat offer menulis buku dulu. Teruja sangat2..ini pengalaman baru and terbaik untuk en.ozzy.. Insyaallah ada momen indah yg boleh ditinggalkan buat anak cucu...

    BalasPadam
  4. nisa..

    W'salam puan nisa..sihat alhamdulillah..terima kasih sudi singgah semoga puan juga sihat disamping keluarga tersayang..kut ada offer untuk menulis buku berminatlah juga

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...