30 Julai 2010

TARIK TALI

Mungkin ramai diantara kita pernah melihat pertandingan tarik tali.Menyebut sukan ini pasti ramai yang membayangkan ia hanyalah acara selingan bagi memeriahkan sesuatu acara sukan contohnya sambutan hari keluarga atau sukaneka.Ramai yang tidak tahu bahawa sukan ini juga adalah bidang sukan yang diceburi oleh mereka yang profesional sehingga memasuki peringkat antarabangsa tetapi kerana kurangnya promosi seperti sukan lain maka sukan ini agak terpinggir dan kurang popular berbanding sukan yang lain.

Kali pertama aku menonton sukan ini oleh pasukan profesional aku rasa terpegun melihat skill mereka yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan yang biasa aku lihat.Pasukan yang aku tonton adalah pasukan MPPJ dan dikalangan mereka adalah rakan yang aku kenali.Saiz badan mereka tidaklah terlalu besar dengan berat sekitar 60-80 kg kecuali yang paling akhir agak besar saiz badannya dengan berat sekitar 120kg. Pada hari tersebut lawan yang akan mereka tentang semuanya kelihatan bersaiz besar dengan berat antara 100 ke 150kg.Ramai yang tersilap jangka kerana mereka dengan mudah mengheret lawan dalam keadaan pihak lawan terhuyung-hayang sedangkan mereka semua teguh hanya badan mereka membuai seakan ditiup angin dengan serentak.

Keadaan mereka juga sunyi sepi tidak riuh seperti yang biasa kita lihat.Orang pertama iaitu yang paling depan juga dipanggil tekong sahaja akan memberi isyarat seperti "hupp" bererti mereka akan menarik tali tersebut serentak dan isyarat juga akan dibunyikan semasa menahan sentakan dari pihak lawan. Menariknya keadaan mereka semua cukup tegap hanya bahagian badan sedikit membuai ke depan atau ke belakang kecuali pemain terakhir yang berdiri tegap dengan tali yang melilit bahagian badannya.

Tiga elemen penting dalam sukan ini adalah lengan, kaki dan nafas. Kerana itu latihan mereka juga agak lasak antaranya berlari mendaki dan menuruni bukit satu latihan wajib untuk kekuatan kaki dan ketahanan nafas dalaman.Pasukan wanita juga tidak kurang hebatnya bersama skill dan teknik serta latihan intensif yag dilakukan.

Biasa yang kita lihat kedudukan badan dan kaki mereka tidak sekata kerana itu meskipun mereka bersaiz besar mudah saja untuk dikalahkan kerana belum tentu kaki dan nafas mereka dapat bertahan.Cuba lihat perbezaan gambar di atas dan gambar ini.
Antara pasukan yang handal dan menjadi favourite untuk sukan ini menurut rakanku adalah pasukan PDRM dan Bomba yang mewakili hingga ke peringkat antarabangsa hingga ke luar negara.Aku pasti ramai yang akan teruja jika menonton sukan ini jika disertai oleh pasukan profesional sebagaimana yang pernah aku tonton.

Saksikan bagaimana sukan ini dimainkan oleh pasukan profesional...

                         

27 Julai 2010

SUSAH KE MASAK

Seringkali kita dengar seorang suami mengeluh apabila isterinya tiada di rumah samada balik kampung semasa berpantang atau terpaksa keluar daerah untuk suatu jangkamasa yang lama.Begitu juga lelaki bujang yang ditinggalkan oleh keluarganya juga akan mengeluh kerana tiada masakan disediakan untuk mereka seperti biasa.
Ayat klise biasanya "makan maggi je la nampak gayanya". Persoalannya apakah mereka ini tidak pandai memasak atau malas memasak? atau mungkin juga telah tertanam diminda bahawa memasak itu adalah tugas wanita.Jika dilihat pada masakan kita orang melayu bahan asasnya adalah mudah sekiranya dilihat pada menu yang biasa kita makan setiap hari.Ikan masak kicap,sambal tumis,masak kari,masak lemak cili api,rebus dan goreng.

Hampir kesemua masakan tersebut bahan asasnya adalah minyak masak,bawang merah/putih,cili,garam dan gula.Untuk masak kicap maka tambah kicap dan jika nak masak sambal maka tambah saja cili kering yang dikisar atau juga disebut cili giling atau cili bo.Jika nak masak tomyam maka bahannya lebih sedikit seperti daun limau purut, bawang kuning dan serai kemudiannya masukkan saja rempah tomyam yang kini banyak dijual.Namun rasanya pasti tidak sama seperti masakan tom yam yang biasa kita makan di kedai tetapi ada cara mudah agar boleh dinikmati oleh seisi keluarga iaitu beli sebungkus tom yam dari kedai yang biasa kita makan yang terbukti sedap dan bawa balik kerumah.Sediakan ayam dan daging yang telah dicincang atau tambah saja apa yang ada seperti sotong/udang.Rebus dahulu ayam dan daging bersama sedikit garam dan kemudian masukkan tom yam yang kita beli tadi.Untuk mengekalkan rasanya cuma tambah cili,hirisan bawang kuning dan seulas serai...mudah bukan.Sebaiknya apa juga masakan cuba elakkan dari munggunakan ajinomoto dan aku sendiri telah lama tidak lagi menggunakan bahan ini.

Untuk memasak nasi goreng juga mudah iaitu hanya sediakan bahan asas tersebut kemudian campurkan dengan perencah nasi goreng yang banyak dijual.Aku biasanya gunakan perencah nasi goreng maggi kerana rasanya lebih sedap dan hanya perlu tambah ayam/daging cicang serta sedikit cili giling. Untuk rasa yang lebih sedap gunakan marjerin bagi menggantikan minyak masak.Begitu juga dengan mee/bihun goreng bahan asasnya juga sama.Untuk masak sayur juga menggunakan bahan asas yang sama.Mungkin pertama kali mencuba rasanya kurang sedap tetapi bila dah masak beberapa kali ianya sebenarnya tidaklah susah.Untuk lebih mudah hidangkan saja sayur ulam.Justeru itu bila kita beranggapan ketiadaan isteri atau emak di rumah maka lelaki akan susah sebenarnya tidak jika kita mahu mencuba dan itu bukanlah alasan sebenarnya untuk kita mengeluh.

Begitu juga dengan masakan lain seperti kari juga menggunakan bahan asas yang sama hanya perlu tambah santan dan serbuk kari.Melihat perkara ini turut menjadi persoalan apabila ada perempuan tanpa segan silu mengaku tak pandai memasak sedangkan perkara asasnya adalah mudah kecuali jika disebut masakan yang agak susah dan menggunakan banyak rempah ratus seperti nasi beriani.Untuk memasak nasi juga bukan seperti zaman dulu yang menggunakan dapur kayu/arang sekarang hanya gunakan rice cooker basuh beras , sukat air kemudian tekan butang on..dah siap.

Maka persoalan disini adalah samada tidak pandai memasak..tidak mahu memasak atau malas memasak...  jawapannya ada pada diri anda tidak kira anda lelaki atau perempuan...

ozzy - suka mencuba....

23 Julai 2010

BILA KESIBUKAN MELANDA

Dalam keterbatasan waktu terasa agak sukar untuk aku mencari ruang untuk update blog meskipun telah ada beberapa topik yang telah aku senaraikan untuk dibuat entry.Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk dengan beberapa tugas di pejabat kerana itu aku hanya mampu untuk membalas kunjungan dari rakan-rakan yang singgah di sini.Minggu ini adalah minggu untuk internal audit ISO sebagai persediaan untuk external audit bulan depan dan aku sebagai auditor perlu audit 3 department dalam masa yang sama aku juga adalah auditee bermakna aku juga akan di audit bagi department aku.

Tugas lain juga turut perlu diselesaikan dan semalam aku perlu visit site iaitu ke Hospital Tawakal untuk melihat projek yang hampir kami siapkan.Hospital ini merupakan satu lagi hospital swasta dari KPJ (kumpulan perubatan johor).Apa yang menarik untuk projek ini adalah hospital ini merupakan hospital kedua yang menggunakan produk kami di dalam bilik pembedahan mereka yang dikenali sebagai "Digital OT".Apa yang membezakan digital OT (Operation Theatre) dengan bilik bedah yang lain adalah bilik bedah ini dilengkapi dengan cctv dan camera yang dipancarkan terus ke auditorium atau mini cinema.

Ini bermakna ahli keluarga akan dapat menonton secara live pembedahan yang sedang dijalankan oleh doctor secara detail di dewan yang disediakan.Peralatan yang kami supply di sini adalah "Guided Air Flow" yang berbeza dengan bilik bedah biasa yang menggunakan sistem konvensional yang dipanggil "Laminar Air Flow" di mana sistem yang kami praktikkan adalah 'Tri Directional' iaitu udara akan dibekalkan melalui 3 arah iaitu atas (horizontal),tepi (vertical) dan bersudut 45% (diagonal) menghala terus pada 'wound area'  (bahagian yang dibedah). Manakala sistem kenvensional yang biasa kita lihat di kebanyakan hospital hanyalah dari arah atas menghala pada patient.

Satu lagi perbezaan adalah sistem yang kami gunakan akan 'expose' udara keluar dari bilik bedah berbanding sistem biasa yang akan 'circulate' semula udara di dalamnya. Kami juga merupakan satu-satunya pembekal sistem ini di negara kita yang mana teknologinya berasal dari Swedish.Kedua-dua sistem ini fungsinya adalah sama iaitu membekalkan udara bersih ke dalam dewan bedah dan dimestikan memasang "Hepa Filter" yang bertindak sebagai penapis udara.

Penapis udara ini akan menapis kandungan bakteria sebanyak 99.9% dari udara yang dibekalkan dari AHU (AIR HANDLING UNIT) kedalam dewan bedah (OT).Ini bertujuan supaya udara yang dibekalkan kedalam dewan bedah adalah udara bersih (bacteria count 0.5 cfu/m3) bagi mengelakkan pesakit dari dijangkiti kuman/bakteria.

Sebelum ini hospital yang menggunakan sistem 'digital OT' ini adalah Hospital Prince Court Medical Centre (PCMC) atau pada awalnya dikenali sebagai Petronas Hospital iaitu sebuah hospital bertaraf 5 bintang yang terletak di Jalan Tun Razak berhampiran KLCC. Bersesuaian dengan tarafnya maka bagi golongan yang kesana pastinya juga yang banyak bintang.Hospital lain yang yang menggunakan produk ini adalah HKL iaitu hanya pada OT no 7 yang dikhaskan untuk pembedahan 'orthopaedic' (tulang) tetapi di sini tidak dilengkapi dengan kamera atau auditorium.

Hari ini pula aku ke projek yang hampir juga disiapkan iaitu Hospital Columbia Asia yang terletak di Balakong bersebelahan dengan Jaya Jusco.Columbia Asia kini merupakan pesaing utama pada KPJ yang mana mereka baru saja menyiapkan projek di Bukit Rimau yang terletak di Shah Alam.  Selain itu terdapat beberapa lagi projek yang sedang berjalan termasuk di India dan China dan juga produk untuk dibuat R&D.


21 Julai 2010

SEMURAH BURGER

Sesekali bersua rakan pastinya banyak perkara untuk dibualkan apatah lagi apabila jika jarang bertemu. Pertemuan tidak sengaja dengan seorang rakan yang berbangsa India sedikit membuatkan aku teruja mendengar ceritanya.
Dari bertanya khabar kami beralih kepada beberapa topik lain dan paling menarik adalah topik mengenai gadis melayu.Melihat pada pakaian serta penampilan rakanku ini aku beranggapan tak ada apa pun yang aku lihat menarik cuma lebihnya pada hidung agak tinggi dari hidung aku.Oleh kerana dia banyak bergaul dengan rakan-rakan melayu maka agak mudah dia memahami gaya dan kehidupan anak muda melayu.

Begitu rancak dia bercerita dari kisah rempit sehinggalah kisah awek. Apa yang membuatkan aku teruja mendengar ceritanya adalah dia begitu mudah bertukar pasangan yang kesemuanya melayu...nak kata dia kaya atau kerja bagus pun tak juga kerana dia hanyalah seorang 'despatch'.Dengan hanya bermodalkan sebiji motor itu sudah cukup buatnya untuk mengoda dan mengangkut gadis melayu.Lebih menyakitkan dan membuatkan hati aku seakan disiat bila dia berkata  "alahhh diaorang ni bang...belanja burger sebiji pun dah boleh angkut bawa balik" aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-katanya dan kemudian dia berkata lagi "tapi awek sekarang lain sikit diaorang minta topup..takat 5 hinggit tu apa sangat..puas hati la".Sakit je hati aku dengar namun meskipun pahit hakikat itu terpaksa juga aku telan kerana itu semua bukan paksaan tapi atas kerelaan mereka sendiri.

Terasa kecewa bila gadis melayu kita disamakan harganya dengan sebji burger.Apatah lagi kata-kata tersebut dari mulut bangsa lain.Sebiji burger hanyalah berharga rm1.50 ! kalau kat McD atau KFC mungkin mahal sikit tapi tak sampai pun rm10.Aku tertanya-tanya apakah mereka ini tiada lagi rasa geli atau tiada deria selera. Lantas aku cuba mencungkil persoalan tersebut pada rakanku tadi.Rakanku ketawa sambil berkata "Ada juga aku sembang dengan diaorang pasal ni tapi diaorang tak kisah..diaorang kata alaa bila tutup lampu sama je putih ke hitam ke".

Lain pula kisahnya rakan yang seorang lagi.Perkenalan dengan seorang pelajar dari UIA pada awalnya agak kekok baginya apatah lagi dia selalu diingatkan hal agama tapi lama kelamaan bila semakin rapat rupa-rupanya sama juga...dari kisah agama bertukar menjadi rengekan manja dan tak sampai pun 3 bulan dah boleh usung naik hotel...akhirnya tudung yang labuh berlabuh di puncak genting..disebalik tudung yang labuh terselindung love bite disana sini...apa lagi nak kata..dua kisah dari dua alam yang berbeza tapi wajah yang sama..wajah dan bangsa melayu.

Tiada apa lagi yang dapat aku katakan...sekadar mendengar dan merenung kisah dari dua dunia yang berbeza ..satu dunia sosial yang kian menjadi barah dan satu lagi kisah dunia yang telah diberi bimbingan tetapi tetap hanyut dan semakin bercambah...maka apa lagi alasannya?.Untuk menuduh dan menghina atau menjatuhkan hukuman buat mereka tidak sesekali aku lakukan kerana aku juga punya anak perempuan yang masa depan mereka belum tentu lagi bagaimana coraknya.Pastinya sebagai ibubapa atau bakal menjadi ibubapa kita mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi jangan terlalu angkuh kononnya kita telah mendidik mereka dengan sempurna dan jangan kita lupa bahawa didikan agama , panduan serta kata nasihat belum tentu menjamin masa depan yang serba sempurna buat mereka...kerana segalanya berkemungkinan.

ozzy - tak suka makan burger...

18 Julai 2010

ANUGERAH BLOG

Pertama sekali ingin aku ucapkan ribuan terima kasih pada pemberi award ini iaitu dari Encik Yassin seorang rakan blogger dan juga orang yang pertama sekali menjadi pengikut blog aku ini yang pada awalnya diwujudkan hanya sebagai catatan perjalanan kehidupan peribadi aku.Semoga persahabatan kami berkekalan.
Setelah kisah peribadi aku berakhir (entry yang aku susun dan bernombor) barulah blog ini bertukar wajah dan konsepnya turut diubah menjadi blog umum seperti mana yang dapat dilihat sekarang dimana pengisiannya juga berkisar tentang berbagai perkara.Jika ingin mengenalinya bolehlah mengunjungi blognya iaitu di blog AkuAnakPahang.
Award ini aku ingin anugerahkan pula pada puan Lagenda.

Award kedua pula aku terima dari Cik-Shinju seorang blogger yang periang, peramah dan jujur orangnya.
Berasal dari Pekan Pahang tetapi dilihat semakin kekurangan idea untuk update blog.Pada pandangan aku beliau bukan tiada idea tetapi agak was-was untuk melontarkan ideanya dalam bentuk penulisan kerana seakan bimbang akan mengguris hati rakan blogger dan juga demi menjaga hati rakan blogger yang rata-ratanya agak berusia darinya. Kerana itu blognya dilihat agak santai dan memilih jalan selamat dengan mengimbangi entrynya pada semua peringkat usia.
Pastinya dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa beliau dilihat agak berhati-hati dalam memilih entry. Mungkin juga ia hasil dari pergaulan dan pengamatannya pada entry blogger yang lain yang lebih muda atau seusia dengannya yang dilihat agak 'berani' tanpa memikirkan kesan dari penulisan tersebut yang memungkinkan timbul berbagai persepsi terutamanya dari golongan yang lebih berusia. Biasanya sesuatu penulisan itu lahir dari hati dan diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan ia juga mungkin menyerlahkan keperibadian individu tersebut seterusnya menjadi tatapan orang lain.

Award ketiga pula aku baru terima dari blogger Cik-Jari.Terima kasih juga diucapkan kepadanya meskipun hanya mengenalinya melalui alam maya ini tetapi pemberian ini tetap aku terima dengan hati terbuka.
Mungkin bagi sesetengah blogger gaya atau cara sebegini kurang digemari terutamanya pada blogger yang memaparkan kisah peribadi tetapi aku beranggapan ia satu bentuk hiburan sesama rakan blogger selagi ianya tidak bertujuan untuk mengaibkan mana-mana individu.

Syarat yang diberikan adalah aku perlu menjawab soalan yang diberikan iaitu :

Macho itu adalah......((tidak kurang daripada 3 patah perkataan))
-Jika disebut istilah macho pastinya ia ditujukan kepada lelaki yang kelihatan tampan,bertubuh sasa dan personaliti yang menarik serta kerjaya yang kukuh.Namun aku beranggapan keterampilan tersebut akan menjadi cacat sekiranya individu terebut gagal menggunakan akal yang diberikan dengan baik.
Kesemua kriteria tersebut pastinya tidak ada pada aku dan sememangnya aku tidak layak mendapat anugerah ini.Walau bagaimanapun aku pasti pemberi award mempunyai sebab yang tersendiri kenapa award ini diberi samada dinilai dari pengisian blog atau wajah blog tersebut atau atas sebab-sebab lain.
Melengkapkan lagi syarat seterusnya award ini akan diberikan pula pada 3 orang rakan blog yang lain.Melihat pada award pastinya ia amat sesuai diberikan pada mereka yang dianggap otai berdasarkan wajah award tersebut yang kelihatan antik.Maka award ini wajar aku berikan pada 3 orang lagi yang Macho:

1 - En. Yassin - Follower aku yang pertama

2-  En. Zulkbo - Follower aku yang ke 2 dan juga rakan sekelas sewaktu bersekolah dulu.

3-  En. PieWahid - Blogger hensem dan Macho yang juga berasal dari Pahang.

Award ke 4 dan paling terbaru pula aku terima dari en. xangonila.Terima kasih juga diucapkan kepadanya walaupun aku sendiri tidak tahu kenapa namanya begitu unik dan kalau nak tahu bolehlah singgah di blognya di   http://xangonila.blogspot.com/.
Syarat yang diberikan pula aku mesti menjawab soalan berikut:

1- DIMANAKAH ANDA SELALU BW? 
- 3 blog wajib aku akan singgah adalah blog Zulkbo ,  AkuAnakPahang dan Cik-Shinju.Mereka ini adalah rakan utama yang mendorong aku membuat blog.Setelah itu baru aku akan menjelajah ke blog lain terutamanya pada mereka yang tinggalkan pesanan di shoutmix aku dan sebolehnya aku akan pastikan tiada seorang pun yang tertinggal terutama sekali mereka yang sering singgah.Terima kasih buat anda semua meskipun kehadiran anda hanya sekadar singgah tetapi ia juga memberi erti kerana tanpa anda semua maka sepilah blog ini.


2-KENAPA ANDA SANGAT SUKA BW?
-Soalan asal adalah kenapa anda suka sangat memblogwalking tetapi aku ringkaskan kerana terasa sedikit merosakkan bahasa kita (jgn marah k)..Sejujurnya aku lakukannya kerana untuk tingkatkan traffic aku sekaligus bagi mengekalkan status BE yang aku dapat dari roti Hi5 dan selebihnya untuk membaca entry terbaru dari rakan-rakan blog.

3-APA YANG ANDA DAPAT KALAU BW? 
-Dapat melihat dan membaca entry dari rakan blog dan selebihnya dapat juga aku menilai karektor seseorang blogger berdasarkan entry mereka.Ini kerana aku suka mendalami sikap dan karektor rakan-rakan seterusnya aku dapat lihat berbagai latarbelakang yang berlainan bersama karektor masing-masing.

4-MACAM MANA PERASAAN ORANG YANG ANDA BW ITU?
-Rasanya mereka juga seperti aku yang kebanyakannya bertujuan untuk naikkan traffic masing-masing dan pastinya aku merasa gembira sekiranya kehadiran aku mereka hargai.

5- TAG 5 RAKAN ANDA DISINI :
 i - Cik-Jari - Seorang blogger yang menghargai setiap award yang diberikan kepadanya.
ii - Cik-Anna - blogger yang mempunyai personaliti menarik bersama wajah blog yang bersih dan kemas.
iii- Cik-Leyna - Blogger yang mengelarkan dirinya tembune..juga blogger yang rajin singgah di blog aku.
iv- Cik-Sakura - Blogger yang rajin buat BW.
v- Cik-Mellyanasara - Blogger yang gemarkan warna hitam dan dipancarkan pada blognya serta menyimpan  karektor yang agak misteri serta agak sensitif dengan tatasusila.

16 Julai 2010

TIDAK RUGI JIKA KITA IKHLAS

Menyebut ungkapan ikhlas sememangnya mudah tetapi apakah apa yang kita tuturkan senada dengan apa yang terdetik dihati kita. Memberi pertolongan atau bantuan pada seseorang ada kalanya mulut mengucapkan ikhlas tetapi hati berbisik agar mendapat sedikit balasan.
Ada ketikanya kita berhadapan dengan persoalan kenapa disaat kita dalam kesusahan tiada bantuan yang kita terima sedangkan kita telah memberi bantuan pada orang lain setelah mereka berhadapan masalah yang sama.Lantas kita berkata sungguh tidak adil masa orang lain susah aku tolong tapi bila aku susah tiada siapa yang tolong sedangkan definasi ikhlas itu sebenarnya adalah memberi pertolongan dengan ikhlas tanpa minta dibalas.
Percayalah..jika kita memberi kebaikan kepada seseorang dengan ikhlas, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Mungkin ada antara kita belum pernah menghadapi situasi ini tetapi sekiranya ia terjadi pada diri kita sendiri ..ketika itu kita akan kembali terfikir bahawa sebenarnya Allah itu maha adil dan dia tahu apa yang ada dihati kita.

Beberapa peristiwa yang aku alami sendiri mengukuhkan lagi kata-kata ini buat diri aku.Sekadar menyingkap antara peristiwa yang mungkin boleh kita kongsi bersama kerana pengalaman sendiri tidak sama dengan apa yang kita baca.Suatu ketika dulu sedang aku memandu motorsikal tiba-tiba aku terlihat ada satu kemalangan yang baru sahaja berlaku melibatkan dua kereta yang mana salah satu daripadanya remuk agak teruk.Aku lantas memberhentikan motorsikal untuk melihat kejadian tersebut dan aku dapati orang ramai mula berkerumun untuk melihat pemandu yang tersepit.Melihat mereka semua hanya tercegat berdiri aku lantas membuka helmet dan cuba menarik lelaki tersebut yang kakinya tersepit.Walaupun dia berketurunan cina aku ketepikan perbezaan kaum atas dasar perikemanusiaan untuk membantunya. Aku yang keseorangan agak terkial-kial menariknya keluar kerana tubuhnya yang gemuk dan berat  sementara orang lain hanya melihat aku bersusah payah membantunya berseorangan.Setelah aku berjaya menariknya keluar dan melihat keadaannya yang tidak parah aku kembali meneruskan perjalanan.

Setelah beberapa tahun peristiwa itu berlalu suatu hari ketika aku singgah di satu pasaraya untuk membeli barang bila aku kembali semula melihat motorsikal aku, aku terkejut apabila mendapati kunci motorsikal aku telah dikopak seperti seseorang cuba mencurinya tetapi aku bernasib baik kerana aku telah pasang mangga pada tayar depan menyebabkan motorsikal aku terselamat dari dilarikan.Oleh kerana kuncinya telah rosak maka terpaksalah aku menolak motorsikal aku untuk balik kerumah.Baru beberapa langkah tiba-tiba seorang pemuda yang tidak aku kenali berhenti sambil bertanya untuk menghulurkan bantuan.Setelah itu dia lantas menolak menggunakan kakinya sepanjang lebuhraya sehinggalah tiba ke rumah aku.Aku cuba memberinya upah tetapi dia menolak dan segera berlalu setelah aku ucapkan terima kasih.Tanpa bantuannya memang berpeluh aku nak tolak motor sampai kerumah.

Kejadian kedua berlaku sewaktu aku memandu untuk pulang ke kampung isteriku.Sebelum sampai persimpangan memasuki ke Bangi aku terlihat kemalangan yang juga baru berlaku antara sebuah motorsikal dengan sebuah lori yang diletakkan ditepi jalan.Aku segera memberhentikan kereta di tepi lebuhraya dan melihat seorang pemuda yang masih lagi memakai helmet terbaring kaku. Situasinya juga sama orang ramai hanya melihat tanpa ada sesiapa yang cuba membantunya. Melihat keadaannya ketika itu yang berlumuran darah serta tulang betisnya yang tersembul aku dapat rasakan dia sedang tenat menahan sakit.Bila aku cuba membuka helmetnya dia mengerang sakit bermakna kemungkinan tengkuknya juga patah atau terseliuh.Oleh kerana kereta aku telah penuh aku menahan kereta yang lalu disitu dan setelah ada yang berhenti aku segera meminta tolong dari pemandunya agar memegang dan mengangkat kakinya sementara aku memangku kepalanya untuk dibaringkan kedalam kereta.Setelah dia berlalu aku kembali meneruskan perjalanan.

Beberapa lama setelah itu ketika aku bersama adikku menunggang motorsikal menuju ke Perak berlaku juga satu peristiwa yang tidak dijangka.Menyusuri perjalanan di lebuhraya utara selatan sememangnya sukar untuk mendapatkan bantuan disaat kecemasan berlaku kerana tiada kedai dikiri kanan jalan.Waktu itu untuk menunggu bantuan dari peronda lebuhraya juga agak sukar.Sedang kami memandu tiba-tiba adikku mengarahkan aku berhenti kerana tayar motornya telah pancit. Kami berhenti di tepi lebuhraya sambil memerhatikan kereta yang lalu dengan laju..mustahil mereka akan berhenti ditempat tersebut.Aku melihat kiri dan kanan hanyalah pokok dan hutan sahaja yang ada.
Sedang kami termenung tiba-tiba sebuah kereta berhenti dan turun seorang pakcik yang agak berusia bertanyakan apa yang terjadi.Dia kemudiannya memberikan aku spanar pembuka tayar dan katanya jika kita bersua lagi pulangkan saja jika tidak simpan sajalah.Aku kemudiannya membuka tayar dan membawanya ke kedai yang terletak begitu jauh untuk ditukar tiub.Bila aku kembali pakcik tersebut telah pun pergi dan selepas itu kami ditakdirkan tidak berjumpa lagi...aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada pakcik tersebut.

Apa yang aku ceritakan ini bukan berniat untuk bermegah dengan kebaikan yang dibuat sebaliknya sebagai renungan kita bersama bahawa tidak rugi jika kita membantu insan lain dengan ikhlas.Ada beberapa lagi peristiwa lain yang aku alami tetapi cukuplah kisah ini buat tatapan untuk dikongsi bersama.Jangan mengharapkan balasan dari orang yang sama kerana suatu hari nanti orang lain pula akan membantu kita juga dengan ikhlas..

14 Julai 2010

NIKMATI KEENAKANNYA

Hidangan masakan ikan patin masak tempoyak memang digemari dan amat terkenal di negeri Pahang. Walaupun isteri aku berasal dari Negeri Sembilan tetapi dia turut gemarkan masakan ini.Pada awalnya beberapa kali dia cuba masak masakan ini tetapi rasanya tak sama macam yang aku biasa makan di Pahang. Aku yang memang cerewet dengan rasa masakan memang jadi pengkritik utama tetapi dalam masa yang sama tetap juga suruh dia cuba hingga akhirnya dia berjaya menghasilkan rasa yang hampir sama.

Oleh kerana sekarang ni musim durian maka tempoyak pun banyak jadi aku beli ikan patin ni di pasar malam untuk dibuat masak tempoyak.Aku hanya beli dan pilih ikan patin yang diternak dalam sangkar kerana jika beli yang diternak di kolam baunya cukup hanyir.Kalau ikan patin sungai rasanya lebih sedap terutamanya spesis ikan patin liar tapi memang susah nak dapat di sini kecuali jika aku balik ke Pahang ianya memang banyak dijual di Temerloh.

Itulah dia hidangan ikan patin yang diletak di atas meja makan di rumah aku.Meja tersebut aku tambah sendiri satu meja bulat di atasnya dan diletakkan 'bearing' jadi senanglah untuk kami ambil lauk..pusing je meja tu macam kat hotel hehe..
Mari kita dengar komen rakan-rakan yang lain tentang keenakan ikan patin ni ...

Rakan Pahang berkata :
"Pohpaleh...bapok sedak ikan patin masok tepoyok niii ..koi tak mboh cakak banyok..jemput makan rodong seme..sedak sungguh wehhhh... beleming rase mulut mekala hirup kuoh.. "

Rakan Terengganu berkata :
"Dok dang ke kawang..buleh rase skettt je..natang sedddak..habih nye pakat bahang belake"

Rakan Kelantan berkata :
"kawe dok penoh make..sekali raso gak dok keleh kiri kane dohhh..nyo teringat sokmo..nok keno cari gewe ore pahe lah kalu sedak gini"

Rakan Negeri Sembilan berkata :
"Mulo-mulo den raso ingatkan ikan apo ehh..sodap bonar..ingatkan nak tambah ..sekali den tengok ehhh dah tak do laieee..hampehh"

Rakan Melaka berkata :
"Sedap gileeee ikan patin masak tempoyak ni..lain kali kalau jumpe memang aku belasah cukup-cukup"

Rakan Johor berkata :
"Pegghhhhh..sedap siottt ikan patin masak tempoyak ni..dulu aku ingat rase biase je..sekali bila dah kene... fuyyoooo terangkat beb.."

Rakan Utara berkata :
"Tak tau nak habaq lagu mana..dia punya sedap nin dia nak habaq mai (sambil tunjuk isyarat bagus) ...orhang kata pak mertua lintaih depan mata pun tak sedaq..punyala sedappp"

Rakan Sarawak berkata :
"kamek sik penah makan lagik..baru sikit ja makan dah tiada ada lagiii.."

Rakan Sabah berkata :
"sedap gilak bohhh..tapi penah makan sekali jakkk" (minta rakan dari sabah tolong sambung sikit lagi ye hehe)

Rakan Singapore berkata :
"Bukan nak cakap besar la kan...ikan patin masak tempoyak ni kalau jual kat singapore gerenti kau orang boleh kaya la..senang-senang 4-5 ribu sebulan dalam tangan la bro..."

Rakan Indon berkata :
"waduh...waduh ganteng...bisa buat gue hilang akal..sedap bangattt ni donggg"

Rakan Thailand berkata :
"sawaddi kap..chan tok lum rak khun kao patin..arroy, sud yod lei "

Begitulah keenakan ikan patin masak tempoyak ni yang begitu terkenal di negeri Pahang terutamanya di Daerah Temerloh yang digelar bandar ikan patin.Namun awas kerana harganya juga berbeza disesetengah tempat dan anda dinasihatkan bertanya terlebih dahulu harga seketul ikan patin tersebut sebelum memilihnya. Ikan patin yang ditangkap disungai atau dipanggil ikan patin liar harganya lebih mahal berbanding ikan patin yang dipelihara di dalam sangkar dan diletakkan di dalam sungai yang diberikan palet sebagai makanan.

ozzy - Teringin nak rasa 'patin buah'..

12 Julai 2010

INSURAN PERLINDUNGAN

Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli yang berdaftar ketika ditimpa musibah.
Pada hari ini banyak syarikat insuran ditubuhkan dan dikendalikan oleh sesebuah organisasi yang berdaftar namun lama-kelamaan tujuan asal penubuhan insuran ini mula bertukar menjadi satu bentuk urusniaga dan apabila ia menjadi satu bentuk perniagaan pastinya pihak syarikat akan melihat , mencongak dan mencari strategi bagi tujuan yang lebih menguntungkan.

Sebagai ahli yang bernaung di bawah mana-mana syarikat insuran pastinya kita mengharapkan  wang yang kita simpan di syarikat tersebut dapat membantu disaat kita memerlukan.Sebut apa sahaja insuran pasti ianya berhubung kait dengan simpanan yang dapat meringankan atau membantu kita apabila ditimpa musibah...tetapi adakah untuk menebus semula wang tersebut semudah semasa kita dipujuk untuk menyimpan di syarikat mereka?.

Pengalaman aku sendiri satu ketika setelah keluar dari hospital aku diminta oleh pihak insuran untuk melengkapkan borang bagi tujuan 'claim insuran'.Aku sebenarnya tak berharap sangat kerana tahu ia tidak semudah yang diharapkan.Bersama borang tersebut disertakan juga borang 'medical report' untuk diisi oleh doktor bersama 5 soalan untuk dijawab oleh doktor.Untuk mendapatkan jawapan dan tandatangan oleh doktor pada borang ini aku perlu membayar rm40 (tidak boleh claim dari insuran).Kira-kira sebulan menunggu borang tersebut siap diisi dan aku serahkan pada pihak insuran.

Aku terkejut bila selepas dua bulan mereka serahkan satu lagi borang untuk diisi oleh doktor bersama lima lagi soalan lain.Aku katakan kenapa tak bagi sekaligus dulu kalau macam ni nampak sangat nak cari silap aku bermakna selepas ini mungkin akan ada soalan lain juga.Sekali lagi aku terpaksa ambil cuti serta membayar rm40 lagi untuk mendapatkan laporan tersebut dari doktor.Seperti dijangka laporan kedua ini kesalahan aku berjaya mereka kesan dan jawapan yang diterima adalah 'you are unable to claim'...aku tak ralat sangat sebab aku memang tak pernah beli insuran..insuran tu pun insuran dari pihak syarikat...tetapi apa perasaan aku sekiranya insuran tersebut aku bayar setiap bulan?..pasti kecewa.

Beberapa tahun lepas jiran aku berbangsa india telah kematian suami akibat sakit jantung dan ketika memohon 'claim insuran' apa yang mereka minta lagi tak masuk akal.Pihak insuran minta sample rambut mendiang suaminya!!...tak masuk akal..bukankah selepas mereka mati mayat mereka akan dibakar dan kalau ditanam sekalipun siapa nak gali kubur tersebut??.

Begitulah seperti yang aku jangka apabila insuran diniagakan...jangan harap ada keikhlasan lagi.Dua tahun lepas ada seorang ejen insuran datang ke ofis aku.Terkejut juga macamana dia boleh masuk sedangkan pihak syarikat memang tidak benarkan ejen insuran atau ejen jualan langsung masuk ke sini.Mungkin dah rezeki dia dan nasib dia untuk bertemu dengan aku.Setelah dia perkenalkan kelebihan syarikatnya dia dengan yakin tunjukkan bukti beberapa nama yang telah dapat claim sehingga melebihi 50 ribu.Aku hanya tersenyum sambil meminta dia tunjukkan senarai nama tersebut.Aku katakan mereka ini dapat claim sebab mereka bijak dan aku suruh dia baca apa penyakit yang berada senarai paling banyak.Dia katakan 'breast cancer' dan tambahnya lagi ada yang baru beberapa bulan masuk dah dapat claim (tak ada sorang pun orang Melayu).

Kenapa mereka bijak sebab apabila mereka ini berjaya mengesan tanda-tanda penyakit tersebut mereka segera beli insuran.Aku katakan pada dia bagaimana dengan orang lain atau ahli yang lain yang membayar bertahun-tahun lamanya dengan harapan apabila ditimpa musibah mereka fikir mereka juga akan dapat claim dengan mudah... apa perasaan mereka sekiranya ketika itu permohonan mereka ditolak?.Ada dikalangan mereka berpendapatan sederhana tetapi kerana memikirkan masa depan diri dan keluarga maka perbelanjaan di catu semata-mata untuk membayar insuran yang kononnya dapat membantu mereka nanti tapi bila tiba masanya jawapan yang diterima "permohonan anda ditolak atas sebab..bla bla bla".. bayangkan perasaan mereka ketika itu.

Dahulu insuran motorsikal tidak setinggi sekarang ini tetapi selepas kerajaan memansuhkan cukai jalan motorsikal insuran pula naik mendadak dan sesetengahnya tidak lagi membenarkan insuran 'third party'..apa sebabnya??..sebab ia telah menjadi barang perniagaan ... tidak mahu pengguna untung sebaliknya menambahkan lagi eset dan kekayaan mereka.

Ada juga yang menayangkan di surat khabar atau di telivisyen kononnya telah membayar ganti rugi berjumlah puluhan ribu tapi berapa ramai di antara mereka yang dapat dan dipertontonkan? berbanding mereka yang mengeluh dan kecewa setelah bertahun lamanya menaruh harapan..

9 Julai 2010

NOMBOR EKOR

Sebagai umat islam kita semua tahu bahawa judi itu haram.Namun apa yang aku perhatikan yang haram itulah ramai yang suka.Aku suka berfikir dan bertanya pada diri aku kenapa dan mengapa umat islam termasuk aku begitu cenderung melakukan perkara yang ditegah.

Banyak perkara yang aku perhatikan sesuatu yang ditegah atau  diharamkan itulah yang ramai suka buat... seperti terbit rasa bangga apabila ianya dilakukan.Lihat saja islam mengharamkan zina dan bersekedudukan tetapi perhatikan berapa banyak kes bayi luar nikah yang dilahirkan dan dibuang angkara umat islam itu sendiri.Islam mengharamkan arak tetapi bilangan umat islam yang begitu bangga meneguk arak kian meningkat serta lain-lain perkara yang diharamkan.

Kali ini aku ingin menjelajah dan mendekati rakan-rakan yang yang menjadi kaki nombor ekor dan judi.Terdapat 3 jenis kedai nombor ekor yang popular iaitu Magnum , Toto dan Kuda.Kerana terlalu taksub dan percaya pada ramalan bomoh nombor ekor mereka ini sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan peralatan yang diminta oleh bomoh bagi tujuan pemujaan dan antara perkakas yang sering diminta oleh bomoh antaranya duit syiling lama serta perkakas lain yang dibuat dari tembaga.Dikatakan barang yang dibuat daripada tembaga seperti cincin,dulang,keris,pedang dan sebagainya sangat berkesan serta mempunyai nilai yang tinggi dikalangan mereka.Oleh kerana aku bukan kaki nombor maka niat aku untuk melihat seisi pemujaan yang dijalankan terpaksa disimpan kerana aku mesti mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh bomoh antaranya tidak boleh menggauli isteri selama seminggu selepas pemujaan, mandi bermula dari kaki berakhir di kepala dan memakai tangkal yang diberikan serta membayar upah atau pengeras pada bomoh tersebut.Aku hanya tersenyum mendengar syarat yang diberikan..apa relevannya nombor ekor dengan menggauli isteri?.

Antara lokasi popular yang menjadi pilihan bomoh tersebut adalah busut yang dikatakan berpenghuni,kubur lama,telaga lama,pokok yang besar atau di rumah bomoh itu sendiri manakala seisi pemujaan pula dilakukan tepat jam 12 malam dan sewaktu bulan mengambang penuh.Setelah itu nombor dikatakan akan muncul samada ditapak tangan , bawah pergelangan tangan atau tertera pada perkakas yang mereka bawa.Selepas mendapat nombor yang dihajatkan mereka akan balik dan ketika inilah mereka akan diserbu dan ditanya oleh rakan mereka yang lain yang tidak dapat turut serta.Biasanya mereka hanya memberi satu atau nombor dan disebut sebagai "klu" dan kerana itu dikalangan mereka istilah "klu" ini sentiasa disebut apabila masing-masing berjumpa atau berselisih.

Walaupun belum berpeluang berjumpa dan melihat upacara yang mereka jalankan aku masih belum berputus asa untuk menjejaki dan melihat sendiri sikap mereka yan begitu taksub dengan nombor ekor ini.Peluang itu akhirnya tiba apabila satu hari ketika berjalan di chow kit aku melihat orang ramai berkerumun melihat sesuatu.Lokasi bertempat di chow kit dan ketika itu siaran jalan kaki di kaki lima belum ada seperti sekarang ini.Mendekati kumpulan ini aku melihat seorang bomoh indon sedang rancak mempromosikan kaedah tilik nasib sambil ditonton oleh orang ramai yang boleh dikatakan semuanya orang melayu.Di hadapannya diletak sebongkah batu besar di atas botol coca cola bagi membuktikan kehebatannya.

Kemudian dia berkata siapa yang nak nombor ekor sila kehadapan dan hanya untuk sepuluh orang saja. Peluang ini tidak akan aku lepaskan kerana aku ingin melihat kehebatannya menipu.Aku segera melangkah bersama 9 lagi yang lain dan kami diminta mengeluarkan semua duit yang ada hanya perlu tinggalkan baki 2 ringgit untuk tambang balik.Aku melihat mereka yang lain mengeluarkan beberapa keping duit rm50 dari dalam dompet mereka sementara aku hanya letakkan rm10 sahaja dan bila ditanya aku katakan hanya itu saja yang ada..dasar muka penipu aku tak sebodoh itu nak keluarkan semuanya.Kami kemudiannya diselubung dengan kain kuning dan selepas itu bomoh tersebut menghulurkan kertas yang digulung pada kami dan telah ditulis dengan nombor.

Setelah upacara selesai tiba-tiba muncul seorang lelaki cina sambil menghulurkan wang sebanyak rm500 dan berlakon kononnya dia telah menang hadiah utama dan duit itu sumbangan ikhlas pada bomoh tersebut.Aku kemudiannya mengikut kemana lelaki cina tersebut pergi..rupanya dia hanyalah penjaga parking haram dikawasan tersebut.Aku tersenyum lagi betapa mudahnya orang kita ditipu dan seperti dijangka keesokannya apabila aku melihat keputusan nombor ekor satu nombor pun yang dia beri tak keluar..aku tak hairan sebab aku tak beli dan aku dah jangka mereka itu semua penipu...dan orang melayu sememangnya mudah ditipu dan alasan paling kerap digunakan adalah ketika itu mereka seperti dipukau tetapi aku beranggapan bukannya dipukau tetapi sikap mereka sendiri yang memang mudah ditipu kerana kelabu mata untuk mendapat duit dengan cara mudah dan untuk menutup kelemahan itulah saja alasan yang ada.Persoalannya kenapa hanya orang melayu yang sering disebut kena pukau kenapa mereka tak pukau orang cina yang kaya raya.. bukankah lagi berbaloi? jawapannya ada dalam diri kita.

Aku kemudiannya mencongak dari sudut akal yang logik.Pertama jika bomoh tersebut pandai kenapa dia tak kaya raya?..alasannya bomoh tidak dibenarkan membeli nombor ekor kerana dikatakan nanti ilmunya akan menurun dan dia hanya mengambil duit yang disedekahkan kepadanya oleh pelanggannya dan syarat ini juga turut diikuti oleh bomoh tarik duit..bomoh ni lagi kelakar bila aku tanya macamana dengan nombor siri dan tandatangan dari ketua bank negara? dia (bomoh) berkata nombor siri yang keluar adalah nombor yang berkurun dulu dan telah dilupuskan sementara tandatangannya juga adalah tandatangan yang lama juga...aku bertanya lagi ada contoh tak duit tu..dia menjawab tak pernah dapat cuma nyaris-nyaris je nak dapat tak sempat ambil..hahaha kalau ikutkan kat situ juga aku nak ketawa.

Aku mencongak lagi sekiranya bomoh tersebut pandai maka semua orang akan meminta tolong padanya dan sekiranya semua orang pun kena hadiah tempat pertama maka kedai nombor ekor dah lama gulung tikar..ini tidak aku tengok contohnya Magnum dah semakin kaya siap jadi Magnum Holding lagi (bangunannya di tepi stesen bas Puduraya). Kemudian aku melihat sistem yang ada pada hari adalah sistem yang lebih canggih dimana penggunaan perisian computer memudahkan mereka melihat senarai nombor yang mana banyak sekali dibeli.Kalau aku jadi tauke Magnum pun aku ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan orang melayu... pergi berbomoh malam-malam buta sedangkan tauke nombor sedang enak bersama gundik-gundiknya ..bomoh juga tapi bomoh sedap.

Bila aku katakan apa yang aku fikirkan ini pada mereka, mereka lantas menafikan dengan mengatakan nombor sememangnya telah disediakan lebih awal iaitu sebelum mereka membelinya.Aku bertanya lagi mana tahu..ada bukti ke?.Mereka sekadar memberi jawapan yang tidak logik iaitu nombor tersebut memang telah disediakan lebih awal oleh tauke kedai tersebut.Aku berhujah lagi walaupun nombor tersebut disediakan lebih awal bukankah ia boleh ditukar bila-bila masa menggunakan teknologi komputer dan aku bertanya jika betul nombor yang berupa hadiah tersebut di sediakan lebih awal dimana nombor tersebut disimpan kerana keputusan hanya dikeluarkan pada sebelah malam iaitu beberapa jam selepas kedai tersebut ditutup.
Ini bermakna dalam masa beberapa jam tersebut segala nombor yang telah dibeli akan sempat disusun (sorting) didalam komputer dan pastinya mereka dengan mudah dapat mengesan nombor yang banyak dibeli dan nombor yang tidak dibeli..mudahnya kita ditipu !!!.

Walau apa jua cara walau apa jua kaedah aku beranggapan selain dari dosa yang kita terima bala lain yang menanti adalah perpecahan dalam keluarga akibat gila berjudi yang belum tentu menjadikan kita kaya malah mungkin juga menjadikan kita merana.Aku beranggapan sekiranya orang melayu tidak memberi sokongan dengan mengunjungi kedai nombor ekor ini mungkin pendapatan mereka turut terjejas kerana aku melihat peratus orang melayu lebih tinggi dari kaum lain...tak percaya anda boleh lihat sendiri.


6 Julai 2010

MAT REMPIT

Apabila disebut mat rempit kanak-kanak seawal usia 5 tahun turut biasa menyebutnya.Gelaran yang sinonim pada mat motor yang suka memandu motrosikal dengan laju atau berlumba sesama sendiri atau mungkin juga terlibat dengan lumba haram.Gelaran ini juga pastinya sering dikaitkan dengan anak muda kita iaitu orang melayu.Kenapa dan mengapa remaja kita sering dikaitkan dengan gejala ini.

Jika dilihat purata umur mereka yang terlibat adalah seawal 15 tahun sehingga 30 tahun.Banyak faktor yang mempengaruhi umpamanya pengaruh kawan-kawan atau dari tontonan di kaca TV.Apa yang aku perhatikan faktor paling utama adalah dari dalam diri dan jiwa mereka sendiri.Kita semua sedia maklum bahawa alam remaja adalah alam untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang kita lihat.Hati akan memberontak untuk tahu kenapa dan mengapa serta apakah rasanya.

Pastinya perasaan bangga akan terbit apabila mereka dapat menguasai sesuatu yang sering diperkatakan oleh rakan lain apatah lagi sekiranya mereka dicabar seperti kita melihat mereka membuat 'wheelie' atau 'wikang' (angkat tayar belakang) itu semua sekadar keseronokan buat mereka.Bukan hanya budaya rempit malahan budaya lain turut dipengaruhi oleh faktor ini dan budaya yang dilabelkan jahat atau tak berfaedah ini turut melibatkan pelajar-pelajar dari pusat pengajian tinggi cuma bilangan mereka tidaklah tinggi mungkin atas faktor pemikiran dan masa yang sedikit terhad buat mereka untuk menyertainya.

Kerana itu tidak menghairankan walau apa jua gelaran yang diberi dan walau apa jua tanggapan yang diberi pasti akan dibidas dengan alasan mereka sendiri.Golongan wanita pula dilihat turut sama menumpang populariti dan menjadi glamour didalam kelompok mereka.Semakin banyak mata memandang..mereka terasa lebih bangga.. jadi jika kita memandang sambil berkata "ishhh...tak malu ke" jawapannya mudah memang mereka tak malu kerana memang sengaja ianya dipertontonkan malah lebih menggedik jika semakin ramai yang memandang...tak percaya boleh lihat di dataran merdeka.

Pengalaman bersama mereka pastinya mudah untuk kita menilai kenapa mereka lakukan semua itu.Pada zaman remaja iaitu ketika masih di kampung 20 tahun dulu budaya merempit ini telah pun wujud.Melihat remaja merempit adalah satu pemandangan biasa tetapi ada diantara mereka bertindak lebih berani iaitu dengan mencabar keberanian antara satu sama lain dan syaratnya semua brek ditanggalkan.Pastinya kelainan ini menjadi tontonan utama pada kami dan aku beranggapan itu semua sememangnya untuk menempah maut.Tiga pemuda menyahut cabaran bersama motorsikal masing-masing dan dari jauh kami perhatikan deruman enjin motorsikal mereka menderum laju.

Sebentar kemudian mereka melewati kami dengan gaya 'superman' dan aku tahu di hadapan sana ada beberapa selekoh akan menguji keberanian mereka.Sambil menanti siapa yang menjadi hero tiba-tiba seorang rakan datang memberitahu ke tiga-tiga mereka telah kemalangan sewaktu di selekoh dan berita yang aku terima dua antaranya maut dan melekat di pokok kelapa sawit dan kerana itulah dikatakan mati katak.

Di sini pula iaitu di KL senarionya sedikit berbeza yang mana budaya ini melibatkan wang pertaruhan dan turut melibatkan taruhan gadis rempit. Selebihnya hanya sekadar merempit untuk hiburan serta menarik perhatian orang lain.Beberapa tahun dahulu kerana ingin melihat bagaimana perlumbaan haram ini dibuat aku sertai mereka dilokasi yang telah diberitahu.Sebelum perlumbaan motor akan dibuat setting dan segala perkakas yang tidak perlu akan ditanggalkan membuatkan motor tersebut seolah hanya tinggal rangka.Tayar yang digunakan adalah dari jenis tayar yang ringan atau nipis dan biasanya mereka menggunakan tayar 'sotong".

Sekitar jam 2 pagi bermula di jalan 222 mereka akan memasuki federal highway dan berakhir di tol batu 3 Shah Alam.Pakaian dan kasut pelumba pula senipis dan seringan yang mungkin.Aku bersama rakan lain menanti ditengah perlumbaan dan seketika kemudian mereka yang hanya berdua menderu laju dengan gaya superman sambil menukar gear menggunakan tangan dan berada dilorong ketiga lebuhraya untuk merebut hadiah wang pertaruhan sebanyak rm3000.00..aku tak dapat bayangkan kalau ada kereta yang lebih laju dilorong tersebut dan mereka berdua yang begitu rapat apakah sempat mengelak.

Disebalik semua yang diperkatakan ini impaknya terpalit pada penunggang motorsikal yang lain.Ramai antaranya yang memandu secara berhemah turut dituduh sebagai mat rempit apabila terlibat dengan kemalangan menyebabkan pemandu lain yang melihat akan membuat tuduhan semuanya mat rempit hinggakan orang tua pun dikatakan mat rempit bila pemandu melihat kemalangan motorsikal.Aku melihat situasi ini memberi peluang pada pemandu kenderaan yang sengaja menghimpit motorsikal yang rata-ratanya ditunggang oleh orang melayu kerana mereka tahu jika berlaku kemalangan orang ramai akan menyalahkan penunggang motorsikal sedangkan mereka sendiri yang sengaja mencipta kemalangan tersebut dan mereka juga sengaja enggan mengalah pada penunggang motorsikal kerana mereka tahu siapa yang akan dipersalahkan.


2 Julai 2010

KERANA DADAH

Meniti liku-liku kehidupan ada kalanya antara kita akan terbabas dan tergelincir dari landasan.Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari membuat kesilapan.Bergantung pada diri kita untuk berusaha bangkit dan kembali pada landasan.Sekiranya kita leka pasti kita akan terus hanyut jauh dari landasan. Namun selagi ada masa yang bersisa pastinya masih ada ruang untuk kita berusaha bangkit dan menjejaki semula landasan yang betul.

Semalam aku dikejutkan dengan kehadiran seorang rakan lama yang bersekolah sama denganku didalam facebook.Setelah 20 tahun kami terpisah aku terkejut melihat wajah yang dipaparkan..jauh berbeza dari yang dia yang aku kenali dulu. Wajahnya kelihatan cengkung dan tidak bermaya.Aku sebenarnya telah mendengar tentang dirinya dari rakan lain.

Angkara tewas dengan keseronokan dan bahana dadah akhirnya dia hanyut bersama dunianya ...dunia yang penuh khayalan.Menyedihkan berita yang aku terima dia kini terlantar keseorangan dan belum sempat berumahtangga setelah disahkan menghidap HIV positif.Bait kata yang dipaparkan dihalaman facebooknya dipenuhi dengan keinsafan dan kekesalan.Kata-kata keinsafan bersama pujian kepada tuhan menghiasi halaman facebooknya..terasa sayu bila membacanya seakan dia hanya menanti masa maut datang untuk menjemputnya.Aku hanya membaca sekadar cuba memahami perasaannya..perasaan seorang rakan yang dihimpit kesalan dan keinsafan.

Meskipun keadaannya begitu tidak bermakna persahabatan antara kami terputus.insyaallah hari raya tahun ni aku dan rakan lain akan berkunjung melawatnya. Kini dia banyak bergantung pada ubat penahan ketagihannya iaitu ubat yang dikenali sebagai "METHADON" dan harganya juga bukan murah sebotol dengan saiz sebesar botol ubat batuk bersamaan rm 30.

Teringat aku pada satu ketika seorang bilal di kampung aku begitu lantang menghina anak rakan sekampung ketika di kedai kopi yang ditangkap kerana terlibat dengan dadah.Apa yang pasti mereka yang ada disitu pasti terguris hati mendengar kata-katanya "mak bapak tak reti jaga anak..tak berikan anak didikan agama.. sebab itulah budak-budak ni jadi penagih".Mereka yang ada hanya mampu tersenyum sumbing termasuk arwah abah aku dan pastinya pada mereka yang anaknya terjerumus dengan dadah ini akan terasa hati.

Allah maha mengetahui..2 hari selepas itu anaknya sendiri ditangkap kerana turut terlibat dengan dadah..apa nak dikatakan lagi setelah ujian yang dibuat terbukti anaknya positif dadah.Justeru itu janganlah kita terlalu angkuh seolah kita telah mendidik anak kita dengan sempurna kerana kita tidak mampu mengawal setiap masa pergerakan mereka. Bersyukurlah sekiranya anak kita menjadi insan yang baik sebaliknya jangan dihina diri orang lain kerana anak-anak kita termasuk diri kita juga belum tentu sempurna segalanya.

Adat orang muda yang gemar mencuba dan kerana ingin mengetahui dunia mereka yang sebenar aku sendiri terjun kealam mereka untuk turut cuba merasai dadah yang dikatakan bagus bagi menghilangkan stress kerana aku tidak gemar menuduh tanpa melaluinya sendiri.Dadah jenis ganja paling popular dan mudah diperolehi dan dadah inilah sebagai basic untuk mereka mencuba dadah yang lebih 'high'.Kaedah yang sering digunakan adalah dibalut menggunakan rokok daun dan dihisap seperti menghisap rokok namun baunya boleh dikesan bagi mereka yang biasa atau pernah menghisapnya dan cara ini dipanggil 'balut'.

Kaedah kedua adalah menggunakan peralatan seperti 'shisa' yang kita lihat kini semakin popular di kedai makan samada dibeli atau dibuat sendiri dan cara ini dipanggil 'dapur'.Jika ada yang mengatakan ganja ini boleh menenangkan fikiran aku akan katakan mengarut kerana selepas kita menggunakannya ia hanya membuatkan fikiran kita sedikit melayang tetapi masih dalam keadaan sedar dan membuatkan aku sakit kepala selepas mengambilnya... memang mengarut.

Selepas itu rakan-rakan perkenalkan pula gam iaitu gam kasut yang biasa dibeli didalam tin.Biasanya gam ini digunakan untuk menampal kasut atau menampal tayar motor/basikal yang bocor.Caranya gam ini di tuang sedikit ke dalam plastik dan kemudiannya kita akan menyedutnya seperti menyedut oksigen.Tindakbalas dari gam ini cukup berkesan kerana ketika menyedutnya tiba-tiba sahaja dunia menjadi gelap dan terasa diri kita melayang ke alam lain namun masih boleh mendengar suara rakan lain.Ini juga aku anggap lebih mengarut kerana kesan gam tersebut ketika disedut akan terus menyentap saraf yang berada di otak kita..amat membahayakan dan buktinya seorang rakanku menjadi gila akibat terlalu kerap menyedut gam sehingga otaknya gagal berfungsi. Berhati-hatilah dan selidik sekiranya terbau gam pada anak anda.

Seterusnya aku ingin mencuba pula dadah yang lebih advance iaitu "morphin".Aku merasai dadah ini ketika aku berada di Taiping dimana aku bersama rakan pergi membelinya sendiri dari pembekal. Dari Taiping kami menuju ke Port Weld dan kemudiannya menaiki sebuah perahu kecil menuju ke sebuah pulau.Sampai di jeti sungguh mengejutkan kerana pembekal dadah ini siap menanti berbaris di jeti seolah-olah menjual gula-gula.Terdapat 2 jenis yang paling popular iaitu serbuk yang bewarna putih atau merah jambu dan dikatakan  serbuk merah jambu lebih digemari.Ia diletak didalam straw yang berukuran 3cm dan dijual dengan harga rm10 ketika itu.Terdapat 2 cara yang sering digunakan iaitu dengan meletakkan serbuk tersebut didalam sudu dan dibakar dari bahagian bawah sudu kemudian asapnya di sedut... cara ini dipanggil 'layur'.Cara lain adalah dengan menggunakan jarum suntikan dan cara ini tidak sesekali aku akan cuba setelah melihat keadaan rakanku.Apa yang aku boleh katakan tiada apa yang istimewa kerana matlamatnya sama seperti kita mengambil ganja atau gam.

Dadah yang kini semakin banyak muncul seperti 'shabu' , 'ice' , 'eramin' , pil kuda dan sebagainya tidak lagi aku cuba kerana waktu mencuba telah lama berlalu iaitu 20 tahun dulu dan aku tahu ianya tiada beza lebih-lebih lagi baru-baru ini aku bertemu dengan rakanku yang kini menjadi penagih 'ice' dan menurutnya fungsinya adalah sama sahaja. Sekali lagi aku melihat bagaimana ia digunakan dan caranya agak advance dan lebih kreatif iaitu dengan menggunakan botol kaca tapi kaedahnya tetap sama botol tersebut dibakar untuk mencairkan ketulan dadah tersebut yang kelihatan seperti air batu (kerana itu ia dipanggil ice) kemudiannya asapnya akan disedut.

Kesimpulan yang aku dapat adalah segalanya terletak pada minda kita.Meneroka ke alam mereka terasa betapa ruginya anak bangsa kita mempersiakan masa serta wang ringgit dan aku sendiri tertanya-tanya apa tujuan mereka sebenarnya.Jika kita beranggapan dan percaya ianya boleh menenangkan fikiran maka ketagihan itu akan bersarang dan kita akan terus bergantung padanya kerana minda kita telah dikuasai. Setelah mencuba dan bergaul dengan mereka aku lebih memahami dan mudah mengesan gerak-geri rakan yang mungkin terlibat dengan bahan ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...