2 Julai 2010

KERANA DADAH

Meniti liku-liku kehidupan ada kalanya antara kita akan terbabas dan tergelincir dari landasan.Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari membuat kesilapan.Bergantung pada diri kita untuk berusaha bangkit dan kembali pada landasan.Sekiranya kita leka pasti kita akan terus hanyut jauh dari landasan. Namun selagi ada masa yang bersisa pastinya masih ada ruang untuk kita berusaha bangkit dan menjejaki semula landasan yang betul.

Semalam aku dikejutkan dengan kehadiran seorang rakan lama yang bersekolah sama denganku didalam facebook.Setelah 20 tahun kami terpisah aku terkejut melihat wajah yang dipaparkan..jauh berbeza dari yang dia yang aku kenali dulu. Wajahnya kelihatan cengkung dan tidak bermaya.Aku sebenarnya telah mendengar tentang dirinya dari rakan lain.

Angkara tewas dengan keseronokan dan bahana dadah akhirnya dia hanyut bersama dunianya ...dunia yang penuh khayalan.Menyedihkan berita yang aku terima dia kini terlantar keseorangan dan belum sempat berumahtangga setelah disahkan menghidap HIV positif.Bait kata yang dipaparkan dihalaman facebooknya dipenuhi dengan keinsafan dan kekesalan.Kata-kata keinsafan bersama pujian kepada tuhan menghiasi halaman facebooknya..terasa sayu bila membacanya seakan dia hanya menanti masa maut datang untuk menjemputnya.Aku hanya membaca sekadar cuba memahami perasaannya..perasaan seorang rakan yang dihimpit kesalan dan keinsafan.

Meskipun keadaannya begitu tidak bermakna persahabatan antara kami terputus.insyaallah hari raya tahun ni aku dan rakan lain akan berkunjung melawatnya. Kini dia banyak bergantung pada ubat penahan ketagihannya iaitu ubat yang dikenali sebagai "METHADON" dan harganya juga bukan murah sebotol dengan saiz sebesar botol ubat batuk bersamaan rm 30.

Teringat aku pada satu ketika seorang bilal di kampung aku begitu lantang menghina anak rakan sekampung ketika di kedai kopi yang ditangkap kerana terlibat dengan dadah.Apa yang pasti mereka yang ada disitu pasti terguris hati mendengar kata-katanya "mak bapak tak reti jaga anak..tak berikan anak didikan agama.. sebab itulah budak-budak ni jadi penagih".Mereka yang ada hanya mampu tersenyum sumbing termasuk arwah abah aku dan pastinya pada mereka yang anaknya terjerumus dengan dadah ini akan terasa hati.

Allah maha mengetahui..2 hari selepas itu anaknya sendiri ditangkap kerana turut terlibat dengan dadah..apa nak dikatakan lagi setelah ujian yang dibuat terbukti anaknya positif dadah.Justeru itu janganlah kita terlalu angkuh seolah kita telah mendidik anak kita dengan sempurna kerana kita tidak mampu mengawal setiap masa pergerakan mereka. Bersyukurlah sekiranya anak kita menjadi insan yang baik sebaliknya jangan dihina diri orang lain kerana anak-anak kita termasuk diri kita juga belum tentu sempurna segalanya.

Adat orang muda yang gemar mencuba dan kerana ingin mengetahui dunia mereka yang sebenar aku sendiri terjun kealam mereka untuk turut cuba merasai dadah yang dikatakan bagus bagi menghilangkan stress kerana aku tidak gemar menuduh tanpa melaluinya sendiri.Dadah jenis ganja paling popular dan mudah diperolehi dan dadah inilah sebagai basic untuk mereka mencuba dadah yang lebih 'high'.Kaedah yang sering digunakan adalah dibalut menggunakan rokok daun dan dihisap seperti menghisap rokok namun baunya boleh dikesan bagi mereka yang biasa atau pernah menghisapnya dan cara ini dipanggil 'balut'.

Kaedah kedua adalah menggunakan peralatan seperti 'shisa' yang kita lihat kini semakin popular di kedai makan samada dibeli atau dibuat sendiri dan cara ini dipanggil 'dapur'.Jika ada yang mengatakan ganja ini boleh menenangkan fikiran aku akan katakan mengarut kerana selepas kita menggunakannya ia hanya membuatkan fikiran kita sedikit melayang tetapi masih dalam keadaan sedar dan membuatkan aku sakit kepala selepas mengambilnya... memang mengarut.

Selepas itu rakan-rakan perkenalkan pula gam iaitu gam kasut yang biasa dibeli didalam tin.Biasanya gam ini digunakan untuk menampal kasut atau menampal tayar motor/basikal yang bocor.Caranya gam ini di tuang sedikit ke dalam plastik dan kemudiannya kita akan menyedutnya seperti menyedut oksigen.Tindakbalas dari gam ini cukup berkesan kerana ketika menyedutnya tiba-tiba sahaja dunia menjadi gelap dan terasa diri kita melayang ke alam lain namun masih boleh mendengar suara rakan lain.Ini juga aku anggap lebih mengarut kerana kesan gam tersebut ketika disedut akan terus menyentap saraf yang berada di otak kita..amat membahayakan dan buktinya seorang rakanku menjadi gila akibat terlalu kerap menyedut gam sehingga otaknya gagal berfungsi. Berhati-hatilah dan selidik sekiranya terbau gam pada anak anda.

Seterusnya aku ingin mencuba pula dadah yang lebih advance iaitu "morphin".Aku merasai dadah ini ketika aku berada di Taiping dimana aku bersama rakan pergi membelinya sendiri dari pembekal. Dari Taiping kami menuju ke Port Weld dan kemudiannya menaiki sebuah perahu kecil menuju ke sebuah pulau.Sampai di jeti sungguh mengejutkan kerana pembekal dadah ini siap menanti berbaris di jeti seolah-olah menjual gula-gula.Terdapat 2 jenis yang paling popular iaitu serbuk yang bewarna putih atau merah jambu dan dikatakan  serbuk merah jambu lebih digemari.Ia diletak didalam straw yang berukuran 3cm dan dijual dengan harga rm10 ketika itu.Terdapat 2 cara yang sering digunakan iaitu dengan meletakkan serbuk tersebut didalam sudu dan dibakar dari bahagian bawah sudu kemudian asapnya di sedut... cara ini dipanggil 'layur'.Cara lain adalah dengan menggunakan jarum suntikan dan cara ini tidak sesekali aku akan cuba setelah melihat keadaan rakanku.Apa yang aku boleh katakan tiada apa yang istimewa kerana matlamatnya sama seperti kita mengambil ganja atau gam.

Dadah yang kini semakin banyak muncul seperti 'shabu' , 'ice' , 'eramin' , pil kuda dan sebagainya tidak lagi aku cuba kerana waktu mencuba telah lama berlalu iaitu 20 tahun dulu dan aku tahu ianya tiada beza lebih-lebih lagi baru-baru ini aku bertemu dengan rakanku yang kini menjadi penagih 'ice' dan menurutnya fungsinya adalah sama sahaja. Sekali lagi aku melihat bagaimana ia digunakan dan caranya agak advance dan lebih kreatif iaitu dengan menggunakan botol kaca tapi kaedahnya tetap sama botol tersebut dibakar untuk mencairkan ketulan dadah tersebut yang kelihatan seperti air batu (kerana itu ia dipanggil ice) kemudiannya asapnya akan disedut.

Kesimpulan yang aku dapat adalah segalanya terletak pada minda kita.Meneroka ke alam mereka terasa betapa ruginya anak bangsa kita mempersiakan masa serta wang ringgit dan aku sendiri tertanya-tanya apa tujuan mereka sebenarnya.Jika kita beranggapan dan percaya ianya boleh menenangkan fikiran maka ketagihan itu akan bersarang dan kita akan terus bergantung padanya kerana minda kita telah dikuasai. Setelah mencuba dan bergaul dengan mereka aku lebih memahami dan mudah mengesan gerak-geri rakan yang mungkin terlibat dengan bahan ini..


9 ulasan:

  1. Susah nak cakpa bender macam ini sebab kita ada anak juga cuma harapan bersama agar kita tahu bender itu haram dan memudaratkan jiwa.

    Ttp simpati dgn rakan anda itu, apapun kawan kira aok terer juga dah sampai mencuba sampai ketahap itu.Nasib baik aok tak layan hehehe kalau dok haru juga.

    BalasPadam
  2. salam..
    sabor je la
    sapa la gamaknya tu..
    harap bukan geng 5 gamma kita
    simpati koi sebenarnya..bila dah
    jadi hamba dadah..pakai tak jadi orang lah

    BalasPadam
  3. Yassin - Banyak benda yang kawan cuba sebab kawan lebih suka rasa sendiri dari hanya memberi anggapan dan tuduhan
    Zul - bukan member sekelas kita..dia ada dlm fb aku ..baru add

    BalasPadam
  4. Salam...

    perghhh...aok bani try mende2 camtu yek...
    mujur x gian..heheh...
    act,koi ade sorg saudara yg meninggal krn dadah...
    susah nk citer kat sini...

    BalasPadam
  5. salam en ozzy
    terharu membaca kisah ini.semoga insan yg tersasar diberi peluang kembali ke pangkal jalan

    BalasPadam
  6. asalam teman2ku...sy an dr kl. demi tuhan jgnlah pernah utk memcuba dadah selain dr ganja kerana pasti sukar utk melepaskan akan ketagihannya...percayalah! waima ganja itu pun tetap merosakan jiwa namun sekurang2nya ia masih terkawal dan mampu dihentikan! terus terang sy adalah BEKAS penagih shabu latnatullah! dan percayalah SESUNGGUHNYA SHABU ITU ADALAH perosak yg BERUPA DAJAL AL-MASIH dan fitnah yg tidak kita sadari...SESUNGGUHNYA MAKANAN JIN ITU ADALAH ASAP DAN TULANG HAIWAN YG TIDAK BERSEMBELIH.ALHAMDULILAH SETELAH 6BULAN DIPENJARA 5THN YG LALU KINI SY BANYAK MENGHABISKAN WAKTU BG MENGHAYATI KEHIDUPAN DAN MENSYUKURI RAHMAT ALLAH MAHA PENGASIH...DAN SESUNGGUHNYA TAUBAT ADALAH PERKARA YG PALING ALLAH CINTAI.........amin!!!

    BalasPadam
  7. w'salam tanpa nama...

    Semoga anda insaf dan menjadi insan yang berjaya.sebagai manusia kita semua juga pernah melakukan kesilapan

    BalasPadam
  8. SESUNGGUHNYA SHABU ITU ADALAH SYAitan Binasakan Umat.......

    BalasPadam
  9. Saudara Ozzy terima kasih atas keberaniaan saudara menceritakan pengalaman saudaramoga Allah swt merahmati saudara Amin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...