30 Mac 2011

BERNIAGA TAPI TIADA UNTUNG

Ramai antara kita yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan samada melalui modal yang kecil atau sebagai penyambung warisan keluarga.Berpegang pada sunnah nabi Muhammad S.A.W yakni 9/10 dari rezeki datangnya dari berniaga maka ramai antara kita cuba menjadi usahawan melalui bidang ini meskipun sedar cabaran serta persaingan yang semakin kompetitif.

Melihat rakan lain yang berjaya semangat untuk memulakan perniagaan mula berkobar berpegang pada "sekiranya orang lain berjaya kenapa tidak aku ".Bagi merealisasikan impian tersebut dengan bersandarkan pada semangat dan sedikit keyakinan maka langkah untuk memulakan perniagaan mula diatur.Tanpa ada asas perniagaan bersama modal yang terhad langkah awal adalah dengan memilih apakah produk yang sesuai untuk diniagakan dan strategi yang sering digunakan adalah perniagaan yang kurang memberi risiko bagi mengelakkan kerugian.

Ada yang bermula dengan modal yang rendah namun berjaya sehingga mampu membina empayar sendiri namun ada juga yang terus gagal meskipun banyak kali mencuba dengan kaedah yang sama. Pada yang berjaya pastinya berbangga dengan kejayaan yang dimiliki namun pada yang gagal mereka terpaksa akui hakikat bahawa tidak semua orang boleh berjaya dalam perniagaan.Ada yang bermula dengan cemerlang tapi berakhir dengan nasib yang malang setelah jatuh bankrup atau diisytiharkan muflis.

Teringat pada kisah seorang rakan yang memilih untuk mencuba bidang ini.Ia bukanlah pilihan utama tetapi sekadar ingin mencuba setelah meletak jawatan dari syarikat tempat dia bekerja.Sementara menantikan peluang lain maka dia memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan dengan harapan perniagaan tersebut dapat menampung perbelanjaan dia dan keluarganya.Dengan modal yang minimum hanya sebuah meja kecil yang boleh dilipat dia memulakan perniagaan menjual nasi lemak dan air di tepi jalan.

Oleh kerana lokasinya yang agak strategik iaitu laluan utama untuk kanak-kanak pergi ke sekolah dan mereka yang ingin pergi bekerja maka perniagaannya laris.Seawal jam 6 pagi dengan dibantu oleh isterinya yang menyediakan masakan dia memulakan perniagaannya dan berakhir pada waktu tengahari.Rasa gembira dan kepuasan jelas terpancar di wajahnya apabila melihat semua jualannya habis.Kepulangannya disambut oleh isterinya yang mengharapkan usaha ini membuahkan hasil yang lumayan buat mereka sekeluarga.

Setelah kesemua hasil jualan dikira, kerut diwajah isterinya mula kelihatan.Apabila ditolak modal pusingan keuntungan yang diperolehi terlalu kecil dan jauh tersasar dari jumlah sebenar yang patut diperolehi.Bagi mengelakkan rasa sangsi dan curiga isterinya bertanya kenapa jumlah keuntungan terlalu kecil sedangkan nasi lemak serta air yang dijual kesemuanya habis.Suaminya kelihatan termenung sambil merenung jauh seakan redha dengan hasil yang diperolehi.Jauh di sudut hati dia seakan terpaksa terima hakikat bahawa bidang ini mungkin tidak sesuai dengan jiwanya...berniaga tapi tiada untung..tapi kenapa?

Ini adalah kerana sewaktu berniaga nasi lemak tersebut,ia sepatutnya dijual mengikut sukatan yang telah ditetapkan iaitu hanya satu cawan nasi bersama sesudu sambal serta sepotong telur rebus dengan harga seringgit.Apa yang berlaku pada suaminya adalah apabila perasaan belas kasihan atau 'tidak sampai hati' mula menyelubungi fikirannya kerana merasakan sukatan tersebut seolah-olah tidak cukup atau sikit sangat.Dari secawan dia lebihkan setengah cawan lagi nasi, dari sesudu dia tambahkan lagi setengah sudu sambal.Apabila ada kanak-kanak yang hanya membeli nasi dia memberikan air secara percuma kerana memikirkan mungkin kanak-kanak itu akan tercekik atau kepedasan.

Selain dari perasaan belas kasihan ditambah sikap pemurah yang ada membuatkan dia tidak terlalu berkira sewaktu berniaga.Jika pelanggan tidak cukup duit jalan mudah adalah dia halalkan saja baki wang tersebut.Padanya apa yang penting jualannya habis dan pelanggannya gembira.Namun dari sudut yang lain dia dan isterinya mula merasakan apa yang mereka usahakan ini tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang telah dicurahkan seolah-olah mereka bukan berniaga tetapi membuat kerja amal.

Inilah yang sering terjadi pada orang melayu khususnya.Perasaan belas dan simpati sukar dikikis walaupun ketika berniaga.Kalau jual mahal bimbang nanti orang sekeliling mengata.Kesudahannya terima saja apa yang ada demi menjaga hati dan perasaan orang lain.Selain itu ianya juga bagi mengelakkan kita dituduh sebagai peniaga yang kejam atau penipu.

Akhirnya suaminya terpaksa terima hakikat bahawa bukan semua orang layak untuk berniaga apatah lagi jika hati mereka lembut sepertinya.Mungkin bidang lain lebih sesuai buatnya atau dia perlu mencari bentuk perniagaan lain yang lebih sesuai dengan jiwanya.Akhirnya dia memilih untuk kembali bekerja dan makan gaji mengikut kerjaya yang diminatinya.Hakikatnya walau apa jua bidang yang diceburi, apa yang penting adalah  kesungguhan serta usaha yang berterusan untuk terus berjaya selain dari faktor minat yang ada di dalam diri kerana jika tidak diiringi dengan minat sesuatu yang kita lakukan hasilnya tidak seperti apa yang diharapkan.

ozzy - suka mencuba.....

15 ulasan:

  1. salam..
    pada aku berniaga mesti ada keuntungan..
    cuma agaknya penggunaan duit tidak di rekod..main ambik pakai je duit meniaga tanpa buat kira2..tu yang selalu jadi tak untung..
    :D

    BalasPadam
  2. salam en.ozzy..

    Suka entri nie , amy pernah mengamali stuasi macam tue di sebabkan sikap yang medah kesian dengan orang tapi akhirnya diri sendiri yang susah , alhamdulillah amy belajar dari pengalaman sekrang sikap tu dapat di ubah..

    BalasPadam
  3. sekiranya berpeluang lynn nak sangat cuba berniaga...

    BalasPadam
  4. Nie niaga buluh kasab gamaknya jumpa pangkal hujung lesap :( tips penting utk kita yang nak berniaga... anggaplah kita juga berkerje dan dibayar gaji bukan sesuka hati nak pakai duit baru ada rekod wang kuar masuk. :)
    New Entry "Awek bertudung buat hal lagi..."

    BalasPadam
  5. Sikap kasihankan org pun adakalanya memakan diri sendiri ye..

    BalasPadam
  6. As salam..
    Bukan senang nak meniaga..
    Kdg2 org ambil brg dulu tp lupa atau buat2 lupa nak bayar, nak minta hutang takut si pelanggan malu ataupun pelanggan mmg tak ada duit lagi..
    Hancuss businessku..

    5 Blog Paling erap Dilawati 2011Teratak Usang

    BalasPadam
  7. teringin cuga nak berniaga..
    tapi masih cari identiti perniagaan..
    eehhee

    BalasPadam
  8. jatuh bangun didalam perniagaan adalah perkara biasa.Sepatutnya belas kasihan hanya wujud setelah kita mendapatkan keuntungan dari perniagaan.Sebab itu didalam Islam sendiri,zakat dikeluarkan diatas keuntungan.Simpan kira kene mahir terutama semasa mengurus perbelanjaan pribadi.

    BalasPadam
  9. assaalamualaikum ozzy...

    alhamdulilah perniagaa online yg hanya suka2 saya jlnkan mendapat sambutan sygnya oleh kerana kekangngan waktu kerja perpaksa di tutup sementara wlpun sambutan msh hangat kerana produk yg di hasilkan adalah our handmade and homemade..(http://wbsdeco-azlina.blogspot.com/)

    BalasPadam
  10. walaupun bergitu setelah hampair setahun beroperasi tak kurang juga pelbagai rintangan harus di hadapai...biasa le kerenah pelanggan ni pelbagai...jiwa dan semangat kena kental..tak hayut di landa badai tak tumbang di terjah ombak...boleh ke bergitu.
    namun kurniaan rezeki dari allah yg lebih menjamin masa depan terpaksalah perniagaan yg hanya suka2 ni terpaksa direhatkan untuk sementara waktu...

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum
    Nak berniaga tak boleh buat lebih kurang saja.

    BalasPadam
  12. bagus jugak entri ni untuk buat pedoman...

    BalasPadam
  13. Assalam, sekadar berkongsi cerita ya saudara, mak sy ada berniaga nasi lemak, cara dia berniaga agak kelakar krn tanpa mgira modal dan untung, katanya dia hanya mahu org yg beli nasi lemak happy n puas hati, jd nasi n sambal tidak disukat hanya ikut rasanya. Stat awal pagi till tak sampai jam 9am nasi lemak habis. Sy rasa mak mgikut amalan rasullullah yg mniaga bkn ikut keperluan kita tp ikut kperluan org, yg penting kita kena ikhlas krn rezeki tu kan milik Allah, kita hanya boleh berusaha, waalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. quit..W'salam

      pada pendapat saya jika kita berniaga kita perlu ambil kira kos barangan atau modal, kos petrol, gas ,masa dan upah untuk penat lelah kita.Kalau tak ada untung maka sedikit sebanyak kita tetap akan terasa bahawa apa yg kita lakukan hanyalah sia-sia.Kecualilah jika tergolong dalam keluarga yg kaya.Apa yang saya catatkan adalah pengalaman dari rakan saya yg mempunyai 5 anak kecil yg masih bersekolah serta isteri yg tidak bekerja.Jika ia lakukan hanya mahu rasa happy dan puas hati mcm mana pula dgn isteri dan anaknya di rumah? serta perbelanjaan lain termasuk sewa rumah?.Memang kita rasa seronok bila tgk org lain happy dan puas hati tapi dalam hal ini faktor lain juga perlu diambil kirakan?..

      Padam
    2. Harga barang yang dijual perlu melebihi jumlah kos..baru dapat untung..tp tidak perlu terlalu mahal sampai tak terbeli..berpada pada la...kalau nak jual mahal pastikan kualiti atau kuantiti terbaik..........

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...