31 Mei 2011

BIAR PUAS

Biasanya apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kita minat, perkara yang paling penting adalah kepuasan dari hasil yang kita perolehi.

Kita puas apabila melihat sesuatu yang kita usahakan membuahkan hasil samada melalui hasil ciptaan atau rekaan, gubahan atau rekabentuk , karya atau penulisan dan berbagai lagi perkara berdasarkan apa yang kita minat.

Seseorang yang bergelar karyawan akan merasa bangga apabila hasil karyanya diikitiraf dan mendapat sambutan.Karyawan filem contohnya perlu mengerah segala idea untuk menghasilkan filem yang berkualiti sekaligus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tiket.Meskipun dari segi keuntungan atau dari sudut komersial, hasil karyanya tidak berada di kedudukan yang terbaik tetapi kepuasan yang diperolehi melebihi dari segala-galanya.

Seorang penulis novel atau bergelar novelis adalah antara individu yang mementingkan kepuasan dalam hasil karyanya.Penulisan yang dihasilkan mampu membuatkan pembaca ketawa, sedih atau menangis apabila membaca penulisannya.Pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk membuai perasaan orang lain hanya melalui pembacaan tetapi seorang penulis yang berbakat mampu menyeret emosi pembaca untuk menghayati hasil garapannya.

Bagaimana pula dengan dunia sebagai seorang blogger?.Apakah blogger juga mengharapkan kepuasan dari apa yang dihasilkan melalui laman blog? atau sekadar inginkan imbuhan semata-mata. Kita dapat lihat beribu-ribu blog yang tampil mengikut tema dan gaya masing-masing atas niat dan tujuan yang berbeza.Ada yang gemar menyampaikan sesuatu yang berbentuk ilmiah serta informasi dan ada yang hanya ingin menulis apa saja mengikut kata hati.

Memang jelas dapat dilihat majoriti daripada blogger yang ada meletakkan sasaran untuk meraih pendapatan sebagai tujuan utama dan ia dapat dilihat melalui entri yang dihasilkan.Mereka ini biasanya jarang menulis atau memberikan pendapat sendiri mahupun pandangan dengan apa yang dipaparkan.Pada mereka apa yang penting adalah adalah blog mesti di update setiap hari sekerap mungkin dan cara mudah adalah dengan mencari sumber berita atau sesuatu yang sensasi dan kemudiannya paparkan pada blog.Mungkin mereka termasuk dalam kategori buas tanpa mementingkan kepuasan.

Ada juga yang cuma menulis hanya dalam beberapa baris ayat.Baru baca beberapa baris ayat tau-tau dah habis ehh!! dah habis ke..cepatnya.Belum pun puas baca, ehhh!! dah habis dah ke? ..cepatnya.Ada juga yang cuma beri mukaddimah lepas tu eh! eh! habis dah ke?.Kalau dulu kita rajin membaca buku, baru je selak dua mukasurat ehhh!!! lorrr..dah habis ke?.So, dari mana datangnya kepuasan kalau cepat sangat habisnya, menulis tak puas yang membaca pun tak puas.Sebaiknya walaupun entri ringkas tetapi biarlah padat, ada permulaan, ada pertengahan dan ada penamat atau klimaksnya.Baru sama-sama puas tapi janganlah sampai panjang berjela..naik lenguh pulak nanti ....

ozzy - buat sesuatu biar puas....

28 Mei 2011

JATUH TALAK HANYA DENGAN SMS

Perkembangan teknologi menyaksikan berbagai peristiwa yang sebelum ini tidak pernah kita fikirkan akan berlaku.
Seawal kemunculan telefon bimbit ramai antara kita yang berebut-rebut untuk memilikinya kerana beranggapan ia memudahkan kita untuk berhubung selain dari perasaan bangga kerana tergolong sebagai golongan yang berkemampuan untuk memilikinya.

Lama kelamaan apabila bertambahnya pengeluar yang menghasilkan produk ini, maka wujudlah persaingan sesama mereka untuk memikat hati pengguna lantas memberi ruang kepada pengguna untuk memilih model yang diingini bergantung pada budget masing-masing.Kini telefon bimbit merupakan satu perkakas dan boleh disamakan sebagai satu keperluan yang perlu ada pada sesiapa saja termasuk pada anak kecil yang masih bersekolah.

Tatkala penggunaannya dilihat banyak memudahkan urusan seharian dan tugas-tugas penting, peralatan ini turut mencetuskan berbagai idea dalam menyumbangkan perkara negatif.Penipuan dengan menggunakan khidmat sms, penyebar fitnah, peras ugut, mengambil gambar bogel untuk memeras ugut adalah antara penyalahgunaan peralatan ini oleh individu yang cenderung untuk menindas atau menganiaya orang lain.

Sesuatu yang mudah apabila dicuba dan kemudiannya berjaya pasti menjadi peransang dan dorongan untuk diiikuti oleh orang lain.Jika sebelum ini tiada siapa menduga lafaz cerai boleh dilakukan begitu mudah hanya dengan menggunakan sms tetapi setelah disahkan bahawa kaedah tersebut boleh menyebabkan jatuh talak, maka ia menjadi semakin popular dan ramai yang mula 'follow' macam ayat 'i follow' tetapi ayat 'i follow' Saleh Yaacob untuk tambah bukan untuk dibuang. Sebaiknya kalau nak follow, followlah ke arah yang lebih baik dan memberi barakah.

Insiden terbaru menyaksikan koleksi penceraian melalui sms semakin bertambah setelah tersiarnya berita bekas pemain bolasepak kebangsaan Indra Putra Mahyuddin turut melafazkan cerai terhadap isterinya menerusi cara yang sama.Berita selanjutnya sila baca di SINI.
Sebelum ini kita turut membaca dan mendengar kes dan kaedah yang sama samada melalui kaca tv ataupun akhbar terutama dari wajah-wajah yang popular dan terkenal.Itu yang kita dapat tengok dan baca, bagaimana pula kes yang terpencil dan tidak didedahkan? Aku pasti statistiknya meningkat setiap tahun apabila ada yang dengan mudah berkata 'i follow'.

Walau apa saja yang berlaku kita hanya mampu membaca dan melihat dari kejauhan kerana hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka.Kita hanya perlu bermuhasabah dan menilai setiap apa yang dilakukan oleh orang lain dan diri kita sendiri.Berfikir dengan sedalamnya sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu meskipun kita wajib percaya bahawa jodoh itu di tangan tuhan.Kenangilah semula saat indah ketika kita diijabkabulkan, kita lafazkan akad nikah dengan mulut bersama suara yang jelas sebelum disahkan oleh saksi dan bukannya menggunakan SMS.

ozzy - selalu guna sms untuk ajak kawan ngeteh...

27 Mei 2011

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

Mungkin ada di antara kita menyimpan beberapa peristiwa ngeri yang tidak akan kita lupakan sepanjang hidup ini.Sudah tentunya ia menjadi catatan sejarah yang tidak akan terpadam buat selamanya.
Peristiwa yang dialami membuatkan kita merasa trauma apabila melintas di tempat kejadian atau apabila berlakunya perkara yang hampir sama sepertimana yang pernah kita alami.Kejadian yang sentiasa menghantui hidup kita secara tiba-tiba kembali menerpa seolah-olah kita merasakan ia seperti akan berulang kembali.

Namun ada kalanya kita perlu mengakui bahawa sesuatu yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya.Peristiwa tersebut mungkin boleh kita jadikan iktibar bahawa sesungguhnya kita semua adalah makhluk yang lemah.Ia juga sebagai pengajaran dan peringatan agar kita tidak lupa dan terus menjadi manusia yang sombong dan angkuh.Musibah yang berlaku tidak memilih sesiapa sekiranya Allah berkata "Kun (jadi) Faya Kun (maka jadilah ia) " dan walau setinggi mana ilmu yang kita miliki, kita tidak akan mampu untuk menghalangnya.

Kita digalakkan berusaha dalam apa jua keadaan dan bukannya hanya berserah mengharapkan keajaiban berlaku.Meskipun kita percaya ajal itu ditentukan oleh Allah namun kita perlu berusaha untuk melawan dan mencari penawar apabila berhadapan dengan apa jua penyakit atau musibah yang kita hadapi.Berpantang maut sebelum ajal atau berpantang undur sebelum kalah merupakan peniup semangat untuk kita terus berjuang dan bertahan dalam apa jua keadaan.Ia bukan bermakna kita menentang atau tidak percaya dengan kekuasaan dan tetapan Allah tetapi kita perlu terus berikhtiar dan bukan hanya cuma berserah.    

Klip video yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah antara salah satu contoh dengan apa yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.Dalam keadaan kritikal mangsa masih lagi tenang meskipun dari sudut akal sesiapa saja yang melihatnya akan beranggapan adalah mustahil bahawa dia masih boleh hidup.Namun setakat itu sahaja yang dapat dipertontonkan dan apa yang berlaku seterusnya hanya dia dan mereka yang terlibat saja yang tahu...wallahuallam.

                        

ozzy - rasa macam tak percaya....

26 Mei 2011

NAK CARI APA WEHHHHH !!! SEKS POZI ??

Kata kunci digunakan ketika kita mencari sesuatu melalui enjin carian samada menggunakan tapak Google atau Yahoo.

Dengan bantuan enjin carian ini sebarang maklumat yang ingin kita ketahui dapat diperolehi dengan lebih mudah tanpa mengira maklumat tersebut sesuatu yang baik mahupun yang tidak baik bergantung pada niat dan tujuan kita.

Blog turut menjadi antara salah satu sumber atau medium yang menyalurkan berbagai maklumat dan turut terkandung di dalam enjin carian google.Kerana itu tidak dinafikan bahawa pemilihan tajuk turut memainkan peranan penting untuk menarik minat pengunjung sekaligus meningkatkan traffic pada blog tersebut.Sebagai contoh aku lampirkan salah satu entry aku yang tersenarai pada kedudukan teratas dalam enjin carian google.

Antara kata kunci yang paling popular adalah mengenai Fasha Sandha dan boleh dikatakan setiap hari pasti ada link atau carian tentang Fasha Sandha.Kerana itu jika dilihat senarai top 10 entry paling popular yang aku lampirkan di sebelah bawah blog aku ini, Fasha Sandha terus unggul berada di tempat teratas carta dan mencatatkan statistik tertinggi jauh meninggalkan catatan lain.

Carian berkenaan cara pasang 'cornice' turut menunjukkan peningkatan dan paling mengejutkan adalah entry tentang keenakan ikan patin melalui tajuk Nikmati Keenakannya yang sebelum ini tiada di dalam carta kini tiba-tiba melompat masuk dan terus berada dikedudukan yang ke 9. Nampaknya ikan patin yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang terutamanya Temerloh yang digelar bandar ikan patin kini semakin popular.

Ketika meneliti katakunci carian dari traffic yang singgah ke blog aku dan seperti yang aku nyatakan pasti ada carian untuk Fasha Sandha.Selain dari itu kata kunci 'bicaraozzy' boleh dikatakan setiap hari pasti tersenarai, mungkin beliau adalah antara sahabat aku yang tak ada blog tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dan membaca blog aku ini.Terima kasih aku ucapkan pada 'sahabat misteri' tersebut tidak kira siapa pun dia atau mereka dan ingin aku nyatakan bahawa aku amat menghargainya.

Tetapi tiba-tiba mata aku terpaku apabila melihat salah satu katakunci yang agak pelik ini.


Apa kena mengena kata kunci tersebut dengan blog aku ni?? ...Macamana kata kunci tersebut boleh tersesat ke sini?? Nak cari apa wehhh!!! hehehe..heeelllooo blog aku ni bukan kategori blog 18SX dan seingat aku tak pernah lagi aku terbitkan entry-entry lucah, kalau yang 'double meaning' atau berkias tu biasalah mungkin adalah sikit-sikit kot.

Bila aku masukkan katakunci tersebut dalam enjin carian google, yang boleh aku katakan Perrggghhhhh !!! ..dan kalau klik carian untuk imej terus jadi Fuuuuhhhhhh!!!! tapi yang pastinya imej tersebut bukanlah aku hokeyy....malam ni malam jumaat orang tua-tua kata tak baik buat fitnah, berdosa hehe.. dan pastikan anda berusia 18 tahun keatas sebelum membuat carian tersebut.Apa saja kesan yang berlaku pada emosi anda selepas melihatnya adalah tanggungjawab anda sendiri...have a nice day.

ozzy - Seingat aku cuma blogger akuanakpahang yang sering sebut nama tu.

25 Mei 2011

MASA MERUBAH SEGALANYA

Tiada siapa yang dapat mengelak dari melalui perubahan dan peredaran masa.Kitaran masa akan bermula sebaik saja kita dilahirkan ke dunia sehinggalah tiba saatnya kita pergi meninggalkan dunia ini.

Tempat kita kemudiannya diambil alih oleh generasi baru dan begitulah seterusnya sehinggalah tibanya hari kiamat.Sepanjang tempoh tersebut pasti banyak pengalaman pahit atau manis dan pastinya zaman remaja merupakan zaman yang banyak melakar peristiwa suka dan duka.

Mungkin kita pernah menempuh zaman yang penuh gemilang di usia remaja suatu ketika dulu.Ketika itu kita bebas menggayakan apa sahaja pakaian yang kita suka untuk menonjolkan kecantikan atau ketampanan yang kita miliki.Masa terus berlalu dan usia kita kian menginjak tahun demi tahun.Seterusnya kita bakal melalui fasa baru dalam kehidupan apabila usia kita mula menjengah ke alam warga emas.Tiada siapa yang dapat mengelak hakikat tersebut kerana kita semua pasti akan melaluinya.  
Masa pasti akan merubah segalanya.Jika dulu kulit kita tegang, anjal dan licin, akan tiba masanya kedut-kedut jelas kelihatan.Perubahan fizikal pasti akan berlaku biarpun cuba disaingi oleh ciptaan teknologi dengan kemunculan berbagai produk untuk mengembalikan usia muda serta memenuhi permintaan manusia yang tidak dapat menerima hakikat dirinya semakin tua.

Mungkin ramai antara kita yang lebih gemar mengaku tua sedangkan usianya belum lagi mencapai taraf seorang yang tua.Ramai juga yang memasuki era warga emas tetapi enggan pula mengaku tua.Selagi usia belum tua tak usahlah cakap diri kita dah tua kerana akan menyebabkan kita kelihatan seperti orang tua dan penampilan serta perwatakan kita juga akan menjadi seperti orang tua.Apabila terjumpa rakan sebaya kita bertanya "kenapa dia nampak muda, aku nampak tua?" sebabnya mungkin selain dari faktor penjagaan kesihatan serta penampilan, faktor lain mungkin disebabkan minda kita sering berkata "aku dah tua"..maka penampilan kita pun turut terikut seperti orang tua. Mungkin ayat yang lebih sesuai adalah "aku dah semakin tua".

Justeru itu pasti akan tiba masanya nanti kita akan jadi orang tua tetapi apabila kita dah tua jangan pula tak nak mengaku tua nanti akan dikata "orang tua tak sedar diri".Ada pula yang mengaku tua tapi perangainya mengalahkan orang muda, macam mana pulak tu...cer citer.Anda yang membaca bagaimana, dah tua ke??



ozzy - masih belum tua sewaktu entry ini ditulis...

24 Mei 2011

MENGAPA MENYEPI

Sejak akhir-akhir ini agak jarang aku dapat update blog kerana kesuntukan masa.Bukan hanya untuk menerbitkan entry baru malah masa untuk berkunjung ke blog kawan-kawan juga agak terbatas.
Sebenarnya jika sekadar ingin menerbitkan entry ia tidak mengambil masa yang lama kerana kita boleh menaip sesuatu yang ringkas atau 'attach'kan saja berita-berita terkini dan kemudian post kan saja di dalam blog.

Namun cara tersebut aku kurang gemari kerana terasa seperti tidak puas menulis.Bagi mereka yang telah lama mengikuti blog aku ini pasti mereka faham cara aku yang sering menulis mengikut gaya dan citarasa aku sendiri.Aku lebih gemar melontarkan pandangan dan idea beserta sedikit kreativiti yang kadangkala banyak lahir dari isi hati aku sendiri meskipun kadangkala ia menyebabkan entry aku panjang berjela namun aku puas bila aku membacanya semula.

Setelah beberapa hari menyepi aku agak terkejut apabila menerima komen dari salah seorang 'follower' yang aku boleh anggap antara yang paling kerap singgah ke blog aku.Berikut adalah komennya :
Terima kasih aku ucapkan pada cik Amy Syaquena 'and I really appreciate with that reminder'. Beliau adalah antara blogger yang aktif mengupdate blog kerana beliau tersenarai antara 'top blogger' yang semakin terkenal dengan beribu follower berbanding aku, mungkin suatu hari nanti beliau juga akan sebaris dengan blogger popular seperti Redmummy atau Hanis Zalikha .Terdapat berbagai variasi dalam corak penulisannya samada kisah-kisah peribadi dan kehidupan yang dilaluinya serta isu-isu semasa termasuk yang berbentuk pengajaran dan nasihat.

Entry terbaru beliau berkisar tentang majlis persandingan kerabat diraja yang dihadiri olehnya.Majlis yang berprotokol seperti itu agak asing bagi aku tetapi mungkin biasa baginya kerana sebelah suaminya ada sedikit pertalian dengan kerabat diraja so memang tak masalah padanya.Bagi yang tak biasa macam aku ni rasanya mungkin aku berdiri kat luar jelah...pegang tu tak kena, pegang ni tak kena hehe...Ok rakan-rakan semua bagi yang ingin mengikuti kisahnya sila singgah di  http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/majlis-perkahwinan-berprotokol.html.Kepada rakan-rakan blogger jangan lupa jadi followernya sekali..really nice.

Tidak lupa juga pada semua rakan-rakan lain yang singgah serta 'silent reader' terutamanya blogger http://ayulittlecottage.blogspot.com/ yang kerap singgah setiap kali entry aku terbit walaupun tidak pernah sekalipun beliau tinggalkan komen.Beliau merupakan seorang surirumah yang menggunakan medium blog untuk memasarkan produk yang beliau hasilkan sendiri dan namanya semakin popular setelah muncul di kaca TV baru-baru ini.Tahniah aku ucapkan padanya semoga beliau terus success.Pada yang ingin mengenalinya dan membaca kisahnya sila singgah di  http://ayulittlecottage.blogspot.com/2011/03/alhamdulillahmy-turnhehe.html.

Buat masa ni aku sebenarnya agak sibuk dengan urusan kerja kerana ada beberapa tugas yang perlu diselesaikan dengan dateline yang semakin ketat terutama yang berkaitan dengan ISO. Akibatnya semalam aku terpaksa stay sampai 10 malam termasuk dengan boss aku sekali untuk sama-sama menyiapkan tugas tersebut.Untuk mengelakkan kami keluar makan maka boss orderlah pizza sebab boss pun tau kalau aku keluar makan memang terus baliklah jawabnya.Cuma yang tak bestnya dia order pizza je tapi air tak order..sabor jelah tokey aku ni.Bagi mereka yang pernah terlibat dengan ISO ni pasti faham betapa stressnya tugas ini kerana memerlukan banyak paper work kecuali jika tugas kita hanya sebagai 'create' ISO tetapi sekiranya ia terpaksa dilakukan dalam situasi bertembung dengan tugas utama yang turut menuntut komitmen yang tinggi, maka waktu yang ada sememangnya agak terhad untuk melakukan perkara lain.Namun begitu tidak bermakna kita langsung tak ada masa untuk bergurau atau bersembang sekejap dengan kawan-kawan kerana minda kita juga perlukan rehat.

Pagi ini pula aku terpaksa bergegas ke salah sebuah hospital kerana ada sedikit komen tentang produk kami.Ada beberapa isu technical yang perlu di 'rectify' sebelum tindakan susulan dibuat. Antara department tersebut adalah di Accident & Emergency (wad kecemasan) dan Operation Theatre (bilik bedah) serta ICU.Bermacam perkara menarik yang dapat kita lihat apabila berada di dalam blik/dewan bedah.Antara yang pernah aku lihat adalah pembedahan menampal kulit di bawah kaki atau betis yang terkoyak akibat kemalangan.Depan mata dan dengan jelas aku lihat doktor dengan selamba melapah daging di bawah paha seperti kita melapah daging lembu dan daging tersebut kemudiannya ditampal dibetis.

Cuma yang lecehnya kalau masuk dewan bedah kena salin baju, kena pakai cap dan selipar yang disediakan. Menariknya keadaan di dalam dewan bedah ketika itu berkumandang lagu yang sengaja dipasang oleh doktor.Ini bertujuan bagi mengurangkan sedikit stress pada doktor tersebut tetapi tidaklah dipasang terlalu kuat.Kalau doctor tu rockers maka terbitlah lagu rock, kalau doctor tu jiwang terbitlah lagu jiwang dan kalau doktor tu minat hip hop maka terbitlah lagu hip hop asalkan jangan joget hip hop sudah..

For time being ini saja entry simple untuk kali ini.Kepada rakan-rakan blogger teruskan minat anda semua untuk menulis dan sebaiknya hindari dari memfitnah, mengeji atau menghina orang lain. Tulisan sebegitu memang ramai yang gemari dan mempopularkan diri kita tetapi fikirlah kesannya. Apakah kita bahagia melihat penderitaan dan kesengsaraan orang lain? jawapannya ada dalam diri kita sendiri.Jika tiada apa untuk diltulis maka berdiam diri itu ada kalanya lebih baik daripada kita menambah dosa...Jaga diri hiasi peribadi..all the best...Assalamualaikum.

ozzy - ada yang sibuk..ada juga yang menyibuk.

18 Mei 2011

RANCANGAN RE-UNION EXCLUSIVE DI AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON UNTUK TAHUN 2012



Setelah berjaya dengan programe re-union pada 1 may 2011 baru-baru ini, skuad 5 gamma kembali lagi merangka strategi untuk next gathering pada tahun hadapan 2012.
Kali ini lokasi yang dicadangkan merupakan sebuah hotel exclusive bertaraf 5 bintang yang terletak di Port Dickson.Kepada rakan-rakan jangan lepaskan peluang untuk tinggal bersama keluarga di lokasi yang sering menjadi tempat persinggahan golongan elit ini.












Dengan harga pakej bilik premium serendah rm 200 untuk satu keluarga yang menempatkan 2 buah katil beserta TV Flat screen serta kemudahan lain pastinya percutian kali ini bakal melakar kenangan terindah buat rakan-rakan semua.Harga tersebut merupakan harga diskaun yang diberikan oleh pihak hotel kepada ahli/member yang mendaftar.Oleh kerana salah seorang sahabat kita dari skuad 5 Gamma merupakan ahli atau member di sana maka kita semua akan turut sama menikmati pakej tersebut pada harga rm 200 untuk penginapan 2 hari satu malam.












Nikmati panorama indah serta deretan kapal dan perahu layar dari luar negara yang berlabuh di sekitar hotel tersebut.Bagaimanapun jika ada yang berminat untuk menyewa bot, kos perlu disediakan sendiri.


Bercirikan rekaan moden kontemporari dan terkini pastinya anda bakal teruja menikmati keindahan persekitarannya. Kepada semua rakan-rakan yang berminat anda dijemput untuk menghadirkan diri dan membuat pengesahan segera sebelum terlambat.Tarikh belum lagi ditetapkan dan akan diumumkan tidak lama lagi atau sekiranya anda ingin mengemukakan sebarang cadangan ianya amat dialu-alukan.

Kepada rakan-rakan yang mengenali kami jangan malu atau segan untuk turut serta tidak kira samada dari kelas mana sekalipun kerana kita semua adalah sahabat.Jangan disempitkan fikiran untuk membandingkan siapa kelas atas dan siapa kelas bawah atau siapa kelas sains dan siapa kelas sastera.Kita semua adalah sama kerana kejayaan seseorang bukan diukur dari mana kedudukan kelasnya atau setinggi mana kelayakan akademiknya tetapi segalanya atas usaha dan kerja keras kita sendiri selain dari rezeki yang Allah kurniakan.

Kami mengharapkan pertemuan kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai teman-teman seangkatan termasuk semua rakan-rakan yang berada dalam senarai Ex-SMKJ2 F5 88/F6 90.

Aku cadangkan dibuat tambahan lagi sebanyak rm 50 untuk kos lain seperti BBQ , cenderahati , sukaneka , makanan ringan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Ini bermakna harga keseluruhan yang perlu dibayar untuk SATU KELUARGA adalah rm 250.
















ozzy - Beri cadangan lebih awal agar rakan lain dapat  membuat persiapan dan turut sama memberi cadangan...




16 Mei 2011

SALIH YAACOB BAKAL CUKUPKAN KUOTA

Tahniah aku ucapkan kepada abang Salih Yaacob yang bakal melangsungkan perkahwinannya yang ke 4 yang dijadualkan akan berlangsung selepas hari Raya Aidilfitri nanti.
Salih Yaacob yang kini berusia 50 tahun merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio bakal memenuhi kuota isterinya yang dikenali sebagai Emi berusia 24 tahun seorang penuntut di UITM dalam sarjana bidang pengangkutan menurut apa yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Di sebalik krisis rumahtangga serta berita penceraian yang kerap melanda dunia artis atau selebriti tanahair, Salih Yaacob muncul sebagai ikon poligami yang wajar dihormati.Jika artis lain kerap muncul bersama berita sensasi melibatkan pergolakan rumahtangga, Salih Yaacob membuktikan bahawa dunia selebriti tidaklah seteruk mana seperti yang digambarkan oleh orang lain sekiranya mereka bijak bertindak dan mengatur kehidupan yang baik di mata peminatnya.Beliau berjaya melahirkan module poligami yang adil serta wajar dicontohi sekaligus menepis persepsi masyarakat yang memandang serong pada dunia artis.Artis juga manusia biasa dan segalanya terpulang kepada individu tersebut bagaimana mereka mengemudi kehidupan berumahtangga ini..how you tackle and how you handle.

Hasil perkongsian hidup bersama dengan tiga isterinya sebelum ini Salih Yaacob dikurniakan 11 orang anak.Pastinya Salih Yaacob menyimpan berbagai petua dan cara bagi mengekalkan kerukunan rumahtangga bersama 3 isteri dan anak-anaknya itu.Kerap kali kita dengar wawancara dengannya berkisar tentang rahsia poligami samada di kaca TV ataupun di corong radio.

Pastinya ramai yang berminat untuk mendengar kaedah yang beliau praktikkan namun terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum orang lain berniat untuk mengikut jejak langkahnya kerana poligami tidak semudah sebagaimana ianya diungkap.Antara faktor yang beliau tidak jelaskan adalah berapakah jumlah sebenar pendapatan beliau untuk sebulan?Zaman ini dan dunia hari ini amat sukar untuk disamakan dengan zaman nabi sewaktu berpoligami dulu.Duit belanja untuk semua isteri dan anak-anak, kelengkapan rumah, belanja sekolah,  pengangkutan dan petrol, belanja untuk perubatan dan lain-lain yang segalanya perlukan duit.Kalau dapat isteri cantik dan bergaya kena consider duit maintenance lagi.

Ia merupakan salah satu elemen penting selain dari faktor yang sering beliau sebutkan sewaktu diwawancara seperti bagaimana untuk menjaga hati semua isteri dan anaknya serta bagaimana beliau mengawal dan membentuk kesemua mereka mengikut acuannya sendiri.Begitu juga dengan alasan yang beliau berikan kenapa beliau berpoligami.Kesemua faktor ini bergantung kepada keperibadian atau karektor seorang lelaki/suami itu sendiri.Faktor bagaimana beliau membahagikan masa turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan timbulnya konflik atau rasa tidak puas hati sesama isterinya.

Satu perkara yang menarik untuk diperkatakan adalah apakah kelebihan yang ada pada Salih Yaacob.Perkara pertama pastinya kemampuan beliau dari faktor kewangan atau sumber ekonomi yang kukuh dan bukan hanya pada hidungnya.Dari pemerhatian aku meskipun hanya mengenalinya sebagai artis, Salih Yaacob mempunyai aura untuk menceriakan dan menawan hati seorang wanita.Aura tersebut menjadi tarikan utama yang membuatkan ramai wanita tertawan padanya dan menjadikan setiap dari mereka berasa senang meskipun hanya sekadar mendengar suaranya. Beliau tidak perlu membariskan ayat-ayat skema kerana ayat biasa dan santai sudah memadai untuk menakluki mereka sambil menyelitkan kata-kata nasihat.Hakikatnya dalam kehidupan ini setiap dari kita memerlukan seseorang atau teman untuk menceriakan suasana bukannya murung atau serius setiap masa.

Tahniah pada Abang Salih Yaacob semoga kekal bahagia bersama kesemua isteri dan anak-anaknya. ..

                     
                       

Terkini - 30/5/2011 Salih Yaacob dan isteri ke 4 nya selamat diijabkabulkan petang semalam...tahniah.

ozzy - simpan Aura....

15 Mei 2011

KERANA NOMBOR PLAT

Hari ini semakin ramai yang memilih nombor plat yang cantik untuk digunakan pada kenderaan mereka.Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata kerana ingin memiliki nombor plat tersebut.
Ada yang sanggup membida dengan harga beratus ribu dan harga bidaan tersebut mungkin lebih tinggi dari nilai sebuah kereta malah mungkin lebih tinggi dari harga sebuah rumah.Namun bagi pemiliknya ianya adalah berbaloi atas sebab dan tujuan tertentu.

Masyarakat hari ini apabila melihat nombor plat yang cantik akan terus melabelkan mereka sebagai golongan kaya dan berkemampuan.Justeru itu bagi golongan elit nombor plat kini menjadi buruan sebagai lambang status buat mereka.Ramai dikalangan mereka juga percaya penggunaan nombor tersebut akan memberi tuah pada mereka terutamanya bagi mereka yang berbangsa Cina.


Sebutan pada nombor tersebut memberi makna yang baik buat mereka dan sebutan paling popular adalah 'kaya' yakni bersangkut paut dengan angka lapan.Kerana itu angka lapan merupakan antara angka yang menjadi buruan dan mempunyai nilai bidaan yang tertinggi.Angka bermula nombor satu hingga sepuluh merupakan angka yang menjadi bidaan tertinggi dan angka satu dan lapan adalah dua angka yang menjadi pilihan utama.

Ia kemudiannya turut menular pada bangsa lain seperti Melayu dan India yang turut ingin menumpang tuah pada angka tersebut meskipun ia sebenarnya tidak memberi apa-apa makna tetapi di 'translate' mengikut pengertian dalam bahasa cina.Bagi mereka yang obses pada angka tersebut mereka sanggup membayar harga yang tinggi semata-mata kerana percaya ia membawa tuah selain sebagai simbolik dengan kedudukan mereka.Kerana itu juga kenderaan lama yang mungkin layak dipanggil 'tukun' turut menjadi buruan bukan kerana kenderaan tersebut tetapi hanya kerana inginkan nombornya.

Ada yang gemar memilih nombor yang memberi makna yang menarik apabila dicantumkan.Kebiasaannya nombor begini harganya tidak terlalu mahal tetapi tetap menjadi rebutan apabila ramai yang turut ingin memilikinya mungkin atas sebab ingin menjadi perhatian.Mungkin ramai yang akan memandang sambil tersenyum biarpun kenderaan tersebut hanyalah kenderaan biasa yang sering dilihat di jalanraya.


Pasti ramai antara kita juga ingin memiliki nombor yang cantik atau memberi makna pada kita.Jika tidak popular sekalipun sekurang-kurangnya ia memberi pengertian pada diri kita sendiri.Aku juga mempunyai nombor plat yang aku inginkan yang turut memberi makna pada aku iaitu nombor pendaftaran yang bermula dengan " AFH ...".Apa sekalipun nombornya aku tidak kisah kerana yang penting bermula dengan AFH iaitu singkatan dari nama aku dan ia juga adalah nama syarikat aku sendiri.Anda semua bagaimana ??..

 ozzy - suka plat TAU 69...

14 Mei 2011

MAKAN FREE



Berbagai cara yang digunakan oleh pemilik restoran atau warung untuk menarik perhatian pelanggan.Biarpun hanya sebagai gimik ia merupakan satu idea dan kreativiti untuk mempromosikan sesuatu premis asalkan kita tidak menipu atau menganiaya orang lain.

Antara yang menarik perhatian adalah sebuah kedai makan atau warung yang menggunakan motto   " Hari Ini Bayar, Esok Free".Menurut seorang rakan yang pernah singgah di situ, restoran atau warung makan ini terletak di Terengganu kerana rakanku itu tinggal di Kelantan mungkin dia biasa berulang alik ke Terengganu.

Apabila membaca perkataan 'free' pasti ramai yang teruja..yelah sebab free kan sapa tak nak. Hakikat sebenarnya kita sampai bila-bilapun tak akan dapat makan free di situ kerana itulah maksud yang ingin disampaikan oleh pemiliknya..tiada yang free sekarang ini kalau nak free cuma makan angin je.

Hari ini, bila kita singgah di warung Kak Munah tu dia akan kata " Hari ini bayar, esok free ".Esoknya bila kita singggah lagi Kak Munah akan kata lagi " Hari ini bayar, esok free ".Bermakna setiap kali kita datang yang free adalah esoknya.Habis tu bila free nya Kam Munah weehhhh!!!

Mungkin Kak Munah akan jawab " Nak free masak la sendiri "...hehehe bijak mu Kak Munah.

ozzy - sapa nak free kena jadi menantu dia ...

11 Mei 2011

NASI KANDAR LINE CLEAR


Nasi kandar merupakan satu hidangan yang amat popular di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Pinang.Istilah Nasi Kandar timbul kerana peniaga yang dikatakan berasal dari negara India menjual nasi ini dengan cara mengandar tiang yang menggantung dua bekas berisi nasi dan lauk.Nama itu kemudiannya kekal dan sinonim dengan restoran mamak atau India muslim.
Antara nama atau boleh disebut jenama nasi kandar yang paling popular di Pulau Pinang adalah 'nasi kandar line clear' yang terletak di Penang Road di tengah-tengah bandaraya Georgtown.Pasti ramai yang pernah mendengar atau menyebut nama tersebut tetapi pasti ramai antara kita juga tertanya-tanya kenapa ia dinamakan sebagai nasi kandar line clear?.
Mengikut cerita yang aku dengar dari seorang rakan yang sering singgah di situ, nama nasi kandar line clear ini  berpunca dari perkataan 'line clear' yang sering disebut oleh tuan punya nasi kandar tersebut yang berniaga di lorong berkenaan.Ketika dahulu lorong tersebut sering digunakan oleh lori yang membawa najis dan apabila lori tersebut tiba tuan punya nasi kandar akan segera mengandar nasinya dan mengalihkan meja untuk memberi laluan pada lori tersebut.Apabila lori tersebut berlalu dia akan berkata " wokeyyy...line clear " pada pelanggannya sambil meletakkan semula meja dan nasinya.Apabila perkataan tersebut seringkali disebut dan diulang lama kelamaan pelanggannya turut terikut dan menggelarkan nasi kandarnya dengan nama nasi kandar line clear dan nama tersebut seakan memberi tuah serta terus kekal sehingga ke hari ini, betul atau tidak Wallahuallam.. hanya pemiliknya sahaja yang lebih tahu cerita sebenar.
Tahun lepas sewaktu aku ditugaskan untuk ke Pulau Pinang, aku mula membayangkan untuk merasai keenakan nasi kandar line clear yang terkenal ini.Menurut rakan yang pernah makan di situ rasanya sangat berlainan dengan nasi kandar di tempat lain membuatkan aku semakin teruja untuk menikmatinya.Setelah tugas aku selesai pada petangnya aku segera balik ke hotel tempat aku menginap iaitu di hotel Seri Malaysia.Malamnya sekitar jam 9 malam aku turun ke bawah dan bertanya pada seorang pakcik pemandu teksi di mana letaknya kedai nasi kandar line clear itu. Menurut pakcik tu kedainya terletak tidak jauh dari hotel tersebut dan aku hanya perlu berjalan kaki dengan jarak kira-kira seratus meter.
Melalui penerangannya aku segera menuju ke lokasi yang dinyatakan.Sewaktu tiba di lorong tersebut jelas terpampang signboard 'Nasi Kandar Line Clear' yang terletak betul-betul di satu lorong.Aku mula terfikir mungkin apa yang diceritakan oleh rakanku ada benarnya kerana ia memang terletak di lorong tetapi tidak lagi di kandar tetapi lengkap berbumbung.Pada awalnya tekakku rasa macam 'kembang' juga bila tengok keadaan kedainya tetapi kerana teringin sangat nak rasa maka aku terus melangkah masuk dan mencari tempat duduk.

Melihat deretan lauk yang disediakan boleh dikatakan hampir sepuluh jenis (ada yang kata terdapat 12 jenis) kesemuanya adalah kari.Sambil memegang pinggan yang berisi nasi , pekerjanya mula bertanya apa lauk yang aku mahu dan aku hanya memilih seketul ikan, sotong yang agak besar bersama sayur bendi.Kemudiannya aku lihat dia mula menyenduk sedikit kuah kari dan dicampurkan ke dalam nasi aku.


Dari satu kuah ke satu kuah yang lain dia senduk dan tuang membuatkan tekak aku semakin 'kembang' bila tengok nasi aku dah hampir banjir.Memasuki kuah ke 4 aku kata "stop..stop... that's enough".Kalau nak campur semua kuah nanti jadi bubur pulak nasi aku.Aku terpaksa menguis ke tepi nasi yang penuh dengan kuah kari dan mula makan.Baru dua kali suap peluh dah mula menitik kat dahi aku Masyaallah...memang betul kata kawanku rasanya lain dari kari yang lain.Baru setengah pinggan aku dah mula tercungap kepedasan.Tekak dan telinga mula terasa panas dan muka aku mula basah dengan peluh.Selesai makan aku rasa macam nak berlari balik ke hotel sebab dah tak tahan sangat pedasnya.

Sampai di hotel aku mencari ais batu untuk ditekapkan ke dahi kerana dahi aku dah rasa macam terbakar.Memang hebat penangan kari line clear dan mungkin inilah yang dikatakan masakan yang dicampur dengan 'rempah ratus'..tak tahulah berapa ratus rempahnya.So, lain kali kena beringat pastikan jangan campurkan banyak kuah.

Deretan gambar artis tanahair yang turut di framekan dan ditampal di dinding membuktikan lagi bahawa nasi kandar line clear ini memang popular dan antara selebriti yang kelihatan antaranya seperti Awal Ashaari, Jehan Miskin, Erra Fazira, Sharifah Shahira, Dato Sheikh Muzaphar angkasawan pertama negara kita serta ramai lagi muka-muka selebriti yang lain.


Selain dari nasi kandar line clear nama lain yang turut popular adalah 'nasi kandar beratur'.Orang Penang menyebutnya nasi kandar 'beratuq'..ada Idrham sikit kat hujungnya hehe..
Ia dinamakan nasi kandar beratur kerana boleh dikatakan setiap masa akan kelihatan orang ramai beratur apabila ia dibuka pada jam 10 malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi.Pasti ada sesuatu yang istimewa pada restoran yang menawarkan nasi kandar ini hinggakan orang ramai sanggup beratur panjang.


Bagi mengekalkan 'tagline' panggilan 'nasi kandar beratuq' ini strategi yang digunakan oleh pemiliknya adalah dengan hanya menempatkan seorang sahaja pelayan atau pembahagi nasi dan lauk walau sepanjang manapun pelanggan beratur.Jika ditambah lagi pelayan disitu maka suasana orang ramai yang beratur akan cepat susut.Dengan cara ini kemeriahan 'beratur' akan lebih terserlah sinonim dengan namanya.


                


ozzy - makan sekali sekala tak boleh selalu..muak.

6 Mei 2011

TERIMA KASIH SAHABAT


Sebagaimana yang dirancang akhirnya impian kami untuk bertemu dan berkumpul kembali setelah terpisah selama lebih 20 tahun akhirnya dimakbulkan...Alhamdulillah.
Meskipun tidak semua rakan sekelas dapat menghadirkan diri, kami semua akur dengan tuntutan tugas serta tanggungjawab masing-masing yang perlu diberi keutamaan.

Kronologi dari pertemuan ini bermula ketika aku pulang ke kampung beberapa tahun dulu.Sebenarnya aku cuba menjejaki rakan-rakan sekelas sewaktu bersekolah dulu terutamanya setiap kali tibanya hari raya.Malangnya hanya beberapa orang rakan sahaja yang berjaya aku jejaki kerana 'contact number' mereka gagal dikesan.

Setiap kali pulang ke kampung hati aku bertanya " kemana hilangnya semua rakan-rakanku ini, apa khabar mereka semua dan di mana mereka semua berada?".Akhirnya sekitar 2 tahun lepas ketika dalam perjalanan pulang ke KL, aku singgah di pasar malam untuk membeli sedikit juadah untuk dimakan di dalam kereta.Salah seorang dari peniaga yang menjual air dan kuih memang aku kenal kerana dia merupakan abang kepada salah seorang sahabatku.Hatiku tergerak untuk bertanya di mana sahabatku yang bernama Mohd Aini iaitu adiknya berada.Setelah diberikan nombor telefon aku segera mendail kerana tidak sabar lagi untuk mendengar berita darinya.

Melalui Mohd Aini dia kemudiannya memberikan nombor telefon rakanku bernama Ramli.Seterusnya melalui Ramli dia memberikan pula nombor Azri.Aku kemudiannya menghubungi rakanku bernama Nasir kerana nombornya aku ada simpan sebelum ini dan melaluinya aku mendapat nombor Zul (Zulkbo) dan dari Zul beliau memberikan pula nombor Mawi.Kami kemudiannya berkumpul di ruangan forum di www.pahangcommunity.com dan dari situ aku berjaya menjejaki dua orang lagi rakan bernama Nordin dan Wan Mohammad.Dalam masa yang sama salah seorang rakan perempuan yang sekelas dengan kami iaitu Halimah pula muncul di dalam ruangan forum tersebut. Melalui Nordin aku berjaya pula memperolehi nombor Tusirin dan Hasbullah.Melalui Hasbullah aku berjaya pula mendapat nombor Mazlan dan Roslan.Melalui Halimah pula aku berjaya mendapat nombor Sahabudin, Shahriman dan Razak.

Aku merasa puas setelah hampir kesemua rakan-rakanku telah berjaya dijejaki dan terakhir sekali rakanku bernama Mohd Noh dan Ismail yang bekerja di johor.Rakan perempuan, kami cuma harapkan pada Halimah sebagai wakil kerana kami semua sebenarnya kurang rapat dengan rakan perempuan cuma sesekali mengusik tu biasalah.Sememangnya geng kami agak nakal dan kurang rapat dengan perempuan sekelas apatah lagi perempuan dari kelas lain, lagi aku tak kenal.Kalau kenal pun mungkin yang 'special' sikit la kut oppsss!!! hehehe...

Hanya inilah sahaja barisan rakan yang hadir pada hari 'reunion' kami yang bertempat di Muara Beach Resort Kuantan pada 1 May yang lepas.Apa yang membanggakan ada antara kami yang menempa kejayaan cemerlang dalam kehidupan mereka.Paling cemerlang adalah Ramli yang berdiri paling kanan bersama syarikatnya Alaf  Teras Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar tunggal E-kamus untuk sekolah-sekolah di negara kita.Congratulation my friend..di sebelahnya ialah Halimah yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Kuantan diikuti oleh Razak yang juga bertugas sebagai guru dan baru saja berpindah ke sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Sebelahnya pula adalah Ismail yang telahpun bergelar Haji kerana telah menunaikan haji beberapa tahun yang lepas ..Alhamdulillah.Beliau bekerja sebagai pegawai Bank di salah sebuah bank yang terkemuka bertempat di Johor.Sebelahnya pula Asmawi atau lebih mesra dengan panggilan Mawi dan bekerja disalah sebuah syarikat swasta di Kulim Kedah.Sebelah Mawi itulah Ozzy yang sedang menulis ni hehe dan di sebelah aku adalah Faizah surirumah sepenuh masa yang hadir bersama suami di sebelahnya.Di sebelah suami faizah pula adalah Sahabudin yang juga bertugas sebagai seorang guru disalah sebuah sekolah di Kuantan.Diikuti dengan Ruzi atau lebih dikenali dengan panggilan 'Zimark' yang bertugas di HUKM Cheras.Terakhir sekali adalah Azri atau lebih dikenali dengan panggilan Jerry yang kini bertugas disalah sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya.Beliau kini semakin mengorak langkah dengan menubuhkan syarikatnya sendiri dan aku doakan semoga beliau juga bakal menempa kejayaan yang cemerlang.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan ingin aku tujukan pada Halimah yang bersusah payah mencari dan menempah chalet.Biarpun beberapa orang rakan terpaksa menarik diri di saat akhir namun hasrat kami akhirnya terlaksana juga.Beliau turut mengatur beberapa acara sukaneka bagi memeriahkan lagi suasana pada majlis tersebut dan di malamnya kami berhibur bersama-sama dengan berkaraoke.

Terakhir sekali kami semua menerima cenderahati berupa sebuah tuala mandi yang tertulis "re-union gamma" iaitu sempena nama kelas kami dahulu untuk disimpan sebagai kenangan.Sebuah kenangan yang amat bermakna setelah sekian lama kami terpisah.Semoga ikatan ukhwah ini terus kekal berpanjangan sehingga ke hujung nyawa..insyaallah.

fuhhhhh!!!...love u all my friend...

Akhir kata semoga pertemuan ini bukanlah yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk kita semua.Aku juga berharap agar pertemuan seterusnya dapat menemukan lebih ramai lagi sahabat yang lain termasuk guru yang pernah mengajar kami dahulu..jika boleh.Di sini aku sekadar mencatatkan sebuah perjalanan untuk dijadikan memori dalam kehidupan ini. Kita perlu sedar betapa tanpa rakan serta sahabat di sisi ada kalanya hidup kita terasa sunyi maka hargailah semua sahabat kita yang memahami erti sebuah persahabatan yang luhur.Hargailah sahabat kamu selagi mereka menghargai kamu dan sayangilah sahabat kamu selagi mereka menyayangi kamu ...Assalamualaikum.


ozzy - kenang daku dalam doamu...
Jamal Abdillah - Di Sudut Kamar Hati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...