Budu merupakan makanan traditional rakyat Kelantan dan juga turut digemari oleh mereka yang tinggal di Pantai Timur seperti jirannya Terengganu dan juga Pahang.
Budu biasanya diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur tetapi mungkin sekarang adunannya telah ditambah untuk memberikan perisa yang berbeza.Selain dipanggil budu ia juga dikenali sebagai sos bilis atau pati ikan bilis.Jika dulu budu yang dimakan bersama ulam dan nasi ini hanya menjadi hidangan yang digemari di Pantai Timur, kini tidak lagi kerana ia semakin terkenal di seluruh negeri di negara kita.
Namun bukan semua orang Melayu yang sukakan budu kerana ada antara kita yang geli lebih-lebih lagi bila terlihat adanya ulat kecil dalam budu yang di isi di dalam botol ini.Kata mereka yang tak tahannya bila tengok ulat tu bergerak-gerak tapi aku sendiri tak pernah tengok pun ulat tu lagipun memang dah lama tak makan budu ni.Bagi orang Kelantan cakaplah apa saja tentang budu mereka tetap bangga dengan Budu yang sememangnya sinonim dan menjadi integriti kepada rakyat Kelantan.
Inilah sikap yang patut dibanggakan dan patut menjadi ikutan pada kaum Melayu seluruhnya.Kita perlu bangga dan pertahankan warisan makanan traditional kerana ia turut menjadi simbol dan identiti kepada bangsa melayu sepertimana ketupat dan rendang.
Untuk menjadikan budu lebih enak dimakan biasanya ramai yang mencampurkannya dengan perahan air limau nipis, cili burung dan juga bawang sebagai set hidangan yang lengkap untuk dimakan bersama dengan nasi.
Populariti budu kemudiannya mendapat perhatian dan menjadi bahan kajian oleh pakar pemakanan berkhasiat dari negara Jepun, Amerika, Australia , New Zealand dan juga Jerman.Dari hasil kajian telah membuktikan bahawa budu mengandungi gluthaione iaitu sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser dan budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas serta dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu adalah vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).Budu juga merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin),vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 dengan kadar di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin.Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Sumber aku perolehi dari SINI.
Itulah antara fakta yang aku perolehi mengenai khasiat budu.Maka sewajarnya kita semua patut bangga dengan budu.Mungkin bagi bangsa lain budu bukanlah pilihan mereka kerana ia dianggap makanan kampung yang tiada khasiat kerana mungkin cara pembuatannya mengikut cara traditional ditambah lagi promosi yang kurang berkenaan budu.
Begitu juga dengan kaum Cina yang tetap bangga dengan daging babi kerana ia dikatakan makanan kegemaran mereka.Sebutlah apa saja dan bentangkan apa saja hujah atau fakta mengenai keburukan babi mereka tetap berbangga dengan babi.Begitu juga dengan makanan traditional mereka yang lain tetap mereka pertahankan kerana ia merupakan simbol dan identiti pada bangsa mereka.
Mudah saja kalau nak tengok ulat dalam babi atau khinzir iaitu dengan menuangkan air coke pada daging babi tersebut seperti yang boleh kita saksikan di bawah ini.
Fakta menarik adalah belum ada virus budu tapi sudah ada virus babi...
ozzy - nak pergi beli budu...