20 September 2011

IMEJ POLIS PERLU DIJAGA

Apabila kita memilih untuk menjadi seorang anggota Polis antara kriteria penting yang perlu ada adalah disiplin yang tinggi.
Selain dari disiplin seorang anggota polis perlu menjaga imej serta penampilan kerana kelibat dan perlakuan mereka sering mendapat perhatian dari setiap golongan masyarakat.Ini penting untuk memelihara dan menjaga nama baik institusi polis yang ditugaskan untuk mengawal keamanan negara.

Situasi di dalam negara kita menyaksikan institusi polis terus dikecam oleh sesetengah pihak yang gemar menuduh dan menghukum samada demi kepentingan diri mereka sendiri mahupun untuk kepentingan politik.Apabila institusi dan kredibiliti pihak polis sering diragui dan tidak lagi dipercayai maka mudahlah untuk mereka mengkucar kacirkan keamanan negara.Perlu diingat keamanan sesebuah negara dapat menarik pelabur untuk melabur sekaligus meningkatkan ekonomi negara.

Jika dilihat pada gambar anggota polis ini yang begitu cepat tersebar di internet pasti timbul persepsi negatif pada mereka yang melihatnya lebih-lebih lagi jika mereka ini terdiri dari pihak yang memang bencikan pada pihak polis serta berfikiran negatif yang tidak dapat dilentur lagi.Sekiranya anggota polis ini membeli nombor ekor dalam keadaan lengkap beruniform seperti ini sudah tentulah ia mencemarkan imej polis walaupun beliau mungkin bukan beragama Islam tetapi bagaimana jika beliau berdiri di situ atas sebab lain contohnya untuk membuat pemeriksaan atau mencatat nota/laporan pada buku log yang berada di situ atau mungkin juga beliau sedang bertanyakan sesuatu pada penjaga kaunter yang bertugas..itu semua hanya andaian dari apa yang kita lihat kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Berbaik sangka sajalah...

Apa jua alasannya bagi mereka yang memang bencikan pihak polis inilah peluang untuk mereka menyebarkan tentang keburukan pihak polis dan menyemarakkan lagi api kebencian samada di dalam diri sendiri mahupun pada orang lain meskipun mereka sedar apabila ditimpa kesusahan bantuan dari pihak polis juga yang mereka harapkan.Janganlah kita terlalu menghina kerana tiada yang sempurna.

Polis juga manusia biasa yang mencari rezeki untuk survival cuma bezanya dengan kita adalah dari segi kerjaya.Tidak dinafikan ada segelintir dari mereka ada juga yang membuat kesilapan ibarat di dalam setandan pisang pasti ada buah yang busuk.Namun sebaiknya setiap dari mereka perlu menjaga imej ,tingkahlaku dan penampilan demi memelihara reputasi serta kredibiliti institusi polis seluruhnya.

ozzy - masih mengharapkan bantuan polis..

6 ulasan:

  1. Salam Pozi, betul macam mana gaya pun bab imej kena jaga.. sebab anggapan masyarakat berbagai-bagai.

    BalasPadam
  2. Akuanakpahang..W'salam bang Yassin,

    Itulah tu..imej perlu dijaga krn anggapan masyarakat yg berbagai ni..

    BalasPadam
  3. kesian polis yang baik-turut terpalit 'nila' itu..

    BalasPadam
  4. Adoi...x tahu nak komen macam mane sebab perkara macam nie dah biasa sangat kita lihat...sebab seorang dua yang lain turut menjadi mangsa..sangat x adil kan..

    BalasPadam
  5. mungkin ini kes terpencil kerana ia tidak melambangkan imej segala keseluruhan.

    BalasPadam
  6. salam..
    harapan aku bukan orang islam lah..
    lagi pun kesalahan beliau kerana masih
    dalam uniform...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...