15 November 2011

BILA MELIHAT GADIS SEKSI

Gaya kehidupan moden menyaksikan bermacam fesyen yang dapat kita lihat dan yang pastinya fesyen wanita yang berpakaian seksi pasti menjadi tumpuan pada setiap mata yang memandang. Gaya ini juga pastinya menjadi bualan atau topik hangat khususnya pada golongan lelaki.Biasanya tengok dulu baru boleh nak kata, kalau tak tengok macam mana nak kata betul tak?.

Kalau perempuan tu melayu biasanya pasti berbagai cemuhan akan dilemparkan dan tak kurang juga yang memberi pujian atas aset yang dimiliki serta keberaniannya.Kerap kali kita dengar ramai akan kata "isshh..apa nak jadi dengan dia ni, pakai baju tak senonoh, tak ingat dosa ke?".." Dia pakai macam ni berdosa dan orang yang tengok pun ikut berdosa" serta bermacam lagi kata cemuhan yang lain atau mungkin ada yang kata "Masyaallah..teruknya pakaian dia, malu aku tengok" tapi ada pula yang kata "kalau tak dapat Masyaallah tapi kalau dapat Alhamdulillah"....Dalam dok mengata ada pulak niat lain dalam hati...camana tu?.


Tapi lain pula kita kata bila kita tengok model dari luar negeri atau bangsa asing.Kita anggap tak apa sebab mereka bukan bangsa kita dan kita kata biasalah diaorang tu.Dalam pada mengata orang kita yang berpakaian seksi kita pula memuji orang luar yang seksi.Mungkin ada yang kata " fuhh..lawa ni..muka cun body mantap bla..bla..". Ehhh!! yang kat atas bukan main kita mengutuk tapi yang ni teringin pulak hehe.. apa cerita?.

Terkadang dalam kita leka mengutuk dan mengata orang lain, kita sendiri tak sedar kita juga ada membuat dosa.Mungkin nampak nyata kita mengutuk dan mengata mereka kerana gaya pakaian mereka yang seksi tetapi dalam tak sedar kita tersenyum lebar dan leka melihat bangsa lain yang berpakaian dengan fesyen yang sama, tak sama ke dosanya?.Kerana itu lihatlah pada diri kita sendiri sebelum asyik menyalahkan orang lain.

ozzy - gaya seksi kini boleh dilihat di mana-mana saja..
  

3 ulasan:

  1. Stju sngat2,gaya seksi ni dah mcm satu kbiasaan pd org melayu,pling sdey ada yg kata mak bapak sy srntiasa support saya,kmudian ada plak kata seksi itulah sy..kdg2 sy trfikir mreka ni mcm sama dg pelacur2 djlnan

    fasha ni p kelantan pndai btdung,tup2 kua kelantan pkai cmtu lak...aiyak

    BalasPadam
  2. Salam, pendapat kawan kalau bangsa kita yang melayu beragama islam semmg ada rasa kesalannya kerana kita tahu bagaimana hukumnya.. kalau bukan melayu dan bukan islam tu mereka tidak ada halal haramnya atas kita pulak nak milihnya goner yak :)

    BalasPadam
  3. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak bedosa.

    tp sbg umat islam,kita tak boleh lepas tgn...kena jugak nasihat sesama umat...tanda kita kasih saudara seislam kita...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...