Membeli rumah merupakan satu bentuk pelaburan yang bagus untuk jangka panjang apatah lagi kalau lokasinya merupakan kawasan tumpuan.Aku berpendapat membeli rumah juga termasuk dalam pelaburan dalam sektor hartanah.Tak kiralah walau di mana sekalipun kita beli rumah tu.Mungkin hari ni rumah yang kita beli tu terletak jauh di pendalaman tapi siapa tahu tiba² tempat tersebut dibangunkan atau dimajukan dah tentu harganya naik berpuluh kali ganda dan kalau tak nak jual pun kita boleh sewakan..kan dah untung.
Ini adalah lakaran pelan rumah lengkap dengan semua ukuran yang aku reka sendiri mengikut citarasa aku dalam bentuk 2D dan 3D.Ianya bakal aku bina di kampung aku nanti yang terletak di Taiping.Anggaran saiznya sekitar 30 kaki lebar dan 65 kaki panjang dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air.Anggaran budjet pun sekitar 70~80 ribu dan mungkin saiz rumah tersebut sedikit berubah bergantung pada kiraan kontraktor yang akan membuatnya nanti.Kontraktor tu pun bukan orang lain, kawan sekampung aku juga sejak kecil lagi.(klik imej kalau nak tengok ukurannya)
Rumah sebelum inipun aku kira dan beli sendiri jadi tak banyaklah yang membazir dan lebih jimat.Begitu juga dengan perkakas lain seperti switch, 3-pin socket, kipas angin atau aircond, sinki, kepala paip yang kebanyakannya aku boleh pilih sendiri dari jenis yang tahan lama atau rekabentuk yang menarik tapi bergantung pada budget jugalah.
Tanah tersebut sebenarnya adalah tanah peninggalan arwah ayah aku yang diwasiatkan atas nama aku dan kalau dah siap nanti (angan² dulu ni hehe) bermakna ini adalah rumah ke-3 yang aku ada.Sebelum ini aku dah beli sebuah teres yang terletak di Batang Kali kerana selain harganya yang agak murah ketika itu, rumah tersebut juga adalah hak milik kekal, itu yang paling penting.Lokasinya juga agak strategik serta agak jauh dari kesibukan Kuala Lumpur dan terletak di simpang berhampiran simpang masuk untuk naik ke Genting Highland.Jarak rumah aku untuk ke stesen cable car pun tak jauh ambil masa lebih kurang 5 minit je.Kini kawasan tersebut semakin membangun dan harga rumah juga semakin melonjak.Harga masa aku beli pada tahun 1998 adalah rm65 ribu tapi sekarang harganya telah melonjak 2 kali ganda kepada rm120 ribu.Bayangkan harganya selepas 10 atau 20 tahun nanti...sebab itu aku katakan tak rugi jika kita melabur untuk membeli rumah.
Manakala rumah kedua yang aku duduki sekarang cuma sebuah rumah flet sederhana yang terletak di sekitar Petaling Jaya dan terletak berhampiran dengan tempat kerja aku ni.Cuma rumah ini bukanlah pegangan bebas tapi cagaran selama 99 tahun, biasalah rumah di sekitar bandaraya ni jarang sangat yang hak milik kekal kecuali kalau yang berharga rm300 ribu keatas.Walaupun rumah ini berstatus cagaran 99 tahun tapi kerana banyaknya permintaan maka harganya turut melonjak dengan cepat.Harga asal rumah ini adalah rm75 ribu dan aku beli pada tahun 2008 (2nd hand) dengan harga rm92 ribu tapi hari ini harganya telah melonjak kepada rm120 ribu dengan keluasan 810 kaki persegi dan aku pernah terbitkan entry bagaimana caranya aku dapat membeli rumah ini DI SINI.Bayangkan perbezaan harganya dalam beberapa tahun saja..
ozzy - dalam proses untuk pecahkan geran tanah...