13 Januari 2013

ICE BLENDED DAN BURGER OZZY


Sambungan daripada ENTRY aku sebelum ini, inilah dia wajah gerai burger dan Ice Blended yang aku usahakan dan diuruskan oleh anak bujang aku yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM nya.

Kelihatannya tidaklah sehebat atau secanggih mana seperti yang dilakukan oleh peniaga lain tapi ianya sudah cukup bagi pengusaha yang menjalankan perniagaan ini secara sambilan dengan modal yang kecil dan diusahakan di taman perumahan seperti ini.Namun, perkara penting yang paling utama adalah dari segi faktor kebersihan.Walau secanggih mana wajah gerai yang kita tampilkan tetapi jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan maka pelanggan akan membuat penilaian serta tafsiran yang negatif.Kesannya kita mungkin bakal kehilangan pelanggan dan kesan yang lebih buruk lagi adalah apabila pelanggan tersebut menjaja berita yang kurang baik pada rakannya yang lain.

Satu perkara yang jarang kita temui dan lihat adalah peniaga burger yang mencuci atau membasuh telur terlebih dahulu sebelum memecahkan telur tersebut di atas kuali.Tidak kira samada untuk membuat benjo atau daging yang bersalut dengan telur (burger special).Walaupun mungkin telur tersebut telah pun dibasuh sebelum ini tetapi teknik membasuh telur di hadapan pelanggan merupakan satu teknik mainan psikologi untuk menarik perhatian pelanggan seterusnya memberi 'markah' kebersihan yang tinggi pada kita.Walaupun ia nampak remeh tapi memberi kesan yang besar apabila pelanggan tersebut menyebarkan apa yang mereka lihat sebagai berita positif pada rakannya yang lain seterusnya memberi advantage pada kita.Rasa burger tidak banyak bezanya antara satu sama lain tapi inilah satu faktor yang boleh memberi kelebihan pada kita.See..mudah kan tapi berapa ramai yang peka pada perkara ini?.


Ini pula bekas yang aku gunakan untuk mengisi serbuk ais blended.Kosnya tidaklah mahal cuma Rm4.50 je setiap satu bekas.Kemudian bekas tersebut ditampal dengan nama perisa serta gambar yang diambil dari internet.Bekas yang digunakan juga agak 'colourfull' bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak yang merupakan pelanggan utama dan ianya juga satu mainan saikologi.Walau murah tapi memberi impak yang berkesan untuk menarik perhatian si kecil.Apa yang penting adalah sedikit sentuhan kretiviti daripada idea kita sendiri kerana tiada standard yang ditetapkan untuk perniagaan ini.Hak kita, buat saja apa yang kita suka.Begitu juga dengan bahan perisa samada buger atau ice blended ia turut bergantung pada kreativiti kita untuk menambah apa jua bahan tapi harus diingat penambahan perisa bererti akan berlaku penambahan kos.So, pandai-pandailah agak kalau masih boleh untung 'why not' jika ia berjaya menarik lebih ramai pelanggan.

Pada yang berminat dan ingin mencuba jangan sia-siakan peluang yang terhidang.Walau ramai yang berkata 'alah tak ada bisness lain ke nak buat' tapi kalau ianya memberi pulangan yang menguntungkan kenapa tidak.Mungkin ia sebagai tapak untuk kita memulakan langkah untuk membuka perniagaan yang lebih besar atau mungkin ia sebagai pengalaman awal untuk kita merasai pengalaman sebagai seorang peniaga atau pengusaha.

ozzy - lebih baik ada daripada langsung tak ada.

5 ulasan:

  1. btul3..lebih baik ada drpd langsung xda...i like!! hehhe...cuma skrg saya tgh bingung lokasi yg sesuai utk meniaga disebabkan saya tggl d kwsan bandar..perlu mnta permit lg dari PBT..modal pn xda..baru cdg nk tnya TEKUN..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. EmmyLisPR..

      Dari pengalaman rakan lain kalau nak dptkan modal dari TEKUN bukannya mudah..byk prosedurnya tapi jgn sesekali pinjam dgn 'Along'.Apapun selamat mencuba dan teruskan niat tersebut jika minat dah ada Insha Allah ada jalannya.

      Padam
    2. Ya kh mr ozzy..?? saya ada baca jg mengenai proses permohonan & kelulusan pembiayaan TEKUN memerlukan masa 14 hari..kalau dengan MARA utk bisnes yg memerlukan modal besar kn Mr Ozzy..buka bisnes mcm ni bukannya memerlukan modal yg besar sangat kn ..so what do u think mr ozzy..ada jalan lain kh lg utk saya dapatkan modal?? klu nk dapatkan dari along tu x berani lh..heeheh..

      Padam
    3. EmmyLisaPR..

      Memang dikatakan prosesnya memerlukan masa 14 hari tetapi itu jika semuanya menepati syarat yg telah ditetapkan bukan suka-suka je diaorang bagi kelulusan.Kalau mudah mohon je 14 hari dapat memang ramai lah yg dapatnya.
      Untuk pinjaman dgn MARA pulak pun tidak semudah itu.Dari pengalaman rakan yg pernah pohon dgn MARA antara syaratnya perlu menghadiri kursus dan pinjaman hanya diberi selepas kita jalankan bisness bukannya sblm kita buka bisness.Ini bermakna kita perlu cari modal sendiri dulu untuk mulakan bisness.
      Kalau modal kecik spt nak buka bisness ais blended ni mungkin byk cara kita blh buat samada pinjam, gadai brg kemas (bank rakyat), trade in kenderaan ataupun kerja sementara utk kumpul modal.Apa yg penting jgn sesekali pinjam dgn Along nanti kena lelong!!! hehe

      Padam
  2. jadi ahli amanah ikhtiar mmg interst dia tinggi dalam 10% tp cara nk buat sennag je...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...