Lama tak bersua dengan rakanku ini..rakan yang banyak memberi tunjuk ajar padaku dulu (ketika bekerja di syarikat sweden).Berpindah ke sini pastinya aku ingin khabarkan pada dia.Hari yang dijanjikan setelah aku menelefonnya kami bertemu di sebuah kedai makan.Aku terkejut melihat perubahan yang amat ketara pada diri dia.Badannya yang dulu berisi kini kelihatan kurus dan wajahnya agak cengkung.Aku bertanya kenapa dia kelihatan begitu seakan sedang dilanda masalah.
Tanpa berselindung dia menceritakan kisah yang berlaku pada dirinya.Saat bercerita dia kelihatan agak kecewa dan sedih tapi aku tahu rakanku ini seorang yang kuat semangatnya.Menurutnya dia dan isterinya sudah tidak bersama lagi dan telahpun bercerai.Aku sungguh terkejut dan seakan tidak percaya.Dia hanya tersenyum dan berkata "macam tak percaya kan" ..manakan tidak selama ini dia dan isterinya aku anggap pasangan yang ideal dan sangat romantik.Bukan aku saja berkata begitu malahan rakan-rakanku yang lain juga mengakuinya.
Ditambah lagi dengan panggilan 'ayang' buat isterinya memang kedengaran cukup mesra.Dia berkata samada aku ingin percaya atau tidak ia sememangnya sudah berlaku dan kerana itu juga dia berpesan pada aku jika bertemu dengan rakan-rakan lain hebahkanlah kepada mereka semua kerana dia tidak mahu jika orang lain melihat isterinya atau dia berjalan-jalan dengan pasangan lain akan menimbulkan salah faham atau fitnah antara kami.
Seakan mengetahui isi hatiku yang ingin tahu apa yang berlaku dia segera menjelaskan kedudukan sebenar. Menurutnya agak lama juga dia cuba mencari bukti dan melihat tingkahlaku isterinya. Akhirnya setelah segalanya terbongkar dan isterinya turut mengakui perbuatannya hatinya hancur luluh.Kini dia sedar kasih sayang yang dicurahkan belum cukup membahagiakan hati isterinya namun dia akur jika itulah kehendak isterinya maka dia rela lepaskan.Menurutnya lagi saat dia berpisah segala yang dia miliki bersama isterinya sudah tiada nilai dan dia juga tidak ingin lagi mengenang walau secebis kenangan saat manis bersama isterinya itu...lalu hanya dengan beberapa helai pakaian yang disumbat ke dalam beg dia melangkah keluar dan tidak mungkin akan berpaling lagi.Menurutnya isterinya menjadi isteri kedua kepada seseorang yang kedudukannya lebih tinggi dari dia.Dia redha jika itu pilihan bekas isterinya dan lebih memilukan apabila dia berkata rumah bekas isterinya dibina bersebelahan dengan rumah madunya!!.Kata-kata terakhir darinya "perkara telah berlaku dan sememangnya itulah kehendak dia aku tidak akan halang..walau apapun hidup mesti diteruskan"
Mengimbas kenangan sewaktu aku bersamanya sebagai rakan sekerja suatu ketika dulu sering aku perhatikan dia meminjam wang dari rakan-rakan termasuk aku meskipun gajinya lebih tinggi dari aku.Wangnya banyak dihabiskan untuk menyara keluarga dan juga perbelanjaan bekas isterinya yang ketika itu masih menuntut dalam jurusan undang-undang.Pada awalnya dia hanya menyewa sebuah rumah kedai ditingkat satu dan aku juga turut sama membantu dia mengangkat barang-barang ketika berpindah.Kemudian sekali lagi aku membantu dia apabila berpindah ke rumah teres 2 tingkat.Kasihan melihat isteri dan anaknya maka dia mengambil orang gaji.Pernah juga dia datang bersama isterinya ke rumahku untuk meminjam motorsikal aku.Isterinya itu sebenarnya rakan kepada adiknya dan mereka tinggal sekampung.Apabila adiknya perkenalkan kepada dia barulah dia mengenal erti cinta akhirnya mendirikan rumahtangga.
Setelah isterinya tamat belajar dan menggengam segulung ijazah dia sangkakan hidup mereka akan berubah.Lebih mengembirakan apabila isterinya membuka syarikatnya sendiri..syarikat lawyer. Malangnya langit cerah yang diharapkan perlahan-lahan di selubungi awan.Meskipun dia tidak menyatakan tapi aku beranggapan isterinya mula lupa diri..lupa pada siapa yang membantunya selama ini..lupa pada siapa yang berkorban untuknya selama ini dan lupa pada kasih sayang yang dicurahkan tanpa berbelah bagi.Pelangi yang diharapkan juga tidak kunjung tiba maka begitulah kesudahannya.
Kini dia telah bertemu jodohnya..anak dara lagi.Yang pastinya dia berkata bahawa dia tidak akan ulangi lagi perkara yang sama dan pesannya "kalau sayangkan isteri biarlah berpada kerana jika terluka terasa hidup seakan tidak bermakna dan merana" Aku doakan dia bahagia bersama mahligai yang kembali dibina...bezanya kali ini mahligai yang dibina setelah tumpahnya air mata.Baru-baru ini ketika bersua dengannya isterinya baru saja lepas bersalin.Bercerita tentang syarikatnya alhamdulillah kini semakin maju dan kerap juga terbang ke luar negara kerana syarikatnya bekerjasama dengan sebuah syarikat bertempat di UK manakala pusat pengeluarannya pula bertempat di Yemen.
Itulah secebis kisah didalam ruang lingkup sebuah kehidupan sahabat aku.Ada ketikanya sukar untuk difahami dan ada ketikanya amat sukar untuk dimengerti.Selagi kita bernama manusia maka selagi itulah segalanya berkemungkinan.Mungkin ada diantara anda juga pernah melaluinya malah mungkin episod yang anda lalui lebih hebat dari ini.Ketika itu berbagai persoalan akan menerjah di fikiran seperti entry di episod 34 (sila klik)
Kisah yang hampir sama turut berlaku pada seorang lagi rakanku dan keadaannya aku rasakan lebih teruk hingga membawa dirinya ke sebuah pulau.Bezanya jika rakan yang aku aku ceritakan disini berpunca dari kesempitan wang rakanku yang satu ini pula terbalik.Kisahnya berlaku ketika zaman kegemilangannya bersama kereta BMW yang dipandunya juga sebuah lagi untuk isterinya tetapi masih berlaku perkara yang sama tapi tak serupa..rasanya cukuplah setakat ini saja kisah dari rakanku untuk kali ini.
Tiada niat niat untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa sekadar buat renungan untuk diri aku sendiri dan sama-sama berkongsi dengan anda semua.Persoalannya apa sebenarnya yang kita mahukan...harta atau kasih sayang? cukupkah hanya sekadar kasih sayang atau cukupkah hanya dengan limpahan harta?? atau mungkin juga hanya bersandarkan pada paras rupa??..saya serahkan pada anda membuat penilaian..

salam ozzy..
BalasPadamAllah tak kan beri kesusahan kepada hambanya melainkan Allah sayang dan akan kurniakan kebahagian kelak...Surah Ali Imraan yang bermaksud:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya). (3:200)).
w'salam zul..terima kasih kerana sama2 berkongsi dan saling mengingati.
BalasPadamSalam Sifu...
BalasPadamgitulah gayanye kacang lupakan kulit...
bile dh bjaya lupe sape yg penah tlg dia..
mkcik sedara sya pun mcm tu,sggup jaga anak
n bekerja utk tanggung suami blajar,bila suami dia dh bjaya n ade biz sdiri,pandai pulak cari pompuan lain...org lain yg bersusah sama2,org lain yg tumpang senang..
w'salam yun..
BalasPadamsecebis kisah sebagai ingatan buat kita juga..moga menjadi pengajaran