31 Mei 2010

49-IMPIAN DAN ANGAN-ANGAN

Setiap manusia yang bernyawa pastinya mempunyai impian , wawasan , cita-cita mahupun angan-angan. Jika ditanya pada diri aku aku akan berkata aku tiada cita-cita.   Aku hanya menyimpan impian dan angan-angan tapi kenapa??.. kerana aku tidak mahu membebankan diri aku dengan menetapkan cita-cita.Apabila kita menetapkan cita-cita kita pastinya menetapkan sasaran samada dalam diri atau untuk masa depan kita sendiri.Didorong dengan semangat yang ada dalam diri serta disusuli usaha yang bersungguh-sungguh pastinya kepuasan tidak terhingga seandainya kita berjaya mencapainya tetapi bagaimana pula setelah segala yang kita usahakan tidak membuahkan hasil? lebih mengecewakan apabila cita-cita kita itu telah dicanangkan dan diumumkan pada rakan-rakan yang lain.

Apabila kita tidak mencapainya terasa diri terbeban akibat dari rasa malu , sedih ataupun kecewa.Akhirnya timbul perasaan rendah diri,putus asa malah ada juga yang menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan diri sendiri dan paling teruk ada antara kita akan menuduh tuhan itu tidak adil kerana tidak memakbulkan cita-cita kita itu (pernah terjadi lihat entri no 4).
Justeru itu hidup aku hanya banyak menyimpan impian bersama angan-angan.Aku tidak kisah walaupun ramai rakan-rakan yang sering ketawakan aku apabila aku tentang angan-anganku itu.Bersama angan-angan aku tidak membebankan diri aku dengan apa-apa sasaran namun seandainya ia menjadi kenyataan bermakna satu kepuasan dan kejayaan dalam hidup aku tapi sekiranya ia tidak menjadi kenyataan maka angan-angan aku tidak akan hilang tetap kekal disitu dan dalam yang masa yang sama angan-angan itu sebenarnya adalah matlamat dalam diri aku tetapi sekiranya aku tetapkan ia sebagai cita-cita.. ia bakal membebankan hidup aku seandainya apa yang aku cita-citakan tidak tercapai.Ketika itu pastinya aku akan berasa kecewa dan malu pada diri aku serta pada orang lain yang tahu cita-cita aku itu.

Angan-angan aku bermula sebaik sahaja aku hidup merantau.Melihat orang lain bergaya dengan motorsikal atau kereta maka timbul angan-angan dalam diri aku untuk turut memilikinya.Melihat orang lain mendirikan rumahtangga aku turut berangan-angan untuk turut sama berumahtangga meskipun aku tahu ketika itu aku tidak berkemampuan untuk memiliki semua itu.Melihat orang lain berjaya dengan kerjaya masing-masing aku turut menyimpan angan-angan yang sama meskipun tahu aku tidak memiliki kelulusan yang setinggi mereka.Tetapi salahkah kalau aku menyimpan angan-angan dalam hidup aku ??.

Kini aku puas malahan tidak lupa bersyukur setelah apa yang aku angankan telahpun menjadi kenyataan.Lebih manis segala yang aku miliki hasil dari usaha aku sendiri.Aku impikan untuk memiliki motorsikal sendiri telahpun aku miliki...kereta,isteri dan anak-anak,dua buah rumah, kerjaya dan terakhirnya menubuhkan syarikat sendiri. Hanya satu lagi angan-angan aku belum tercapai setakat hari ini iaitu untuk memiliki sebuah 'superbike' angan-angan sejak aku di bangku sekolah lagi.Ini kerana aku tidak mahu membebankan diri aku untuk memilikinya yang aku anggap bukan keperluan yang penting.

Antara angan-angan aku yang lain adalah ingin membuka sebuah restoran milik aku sendiri dan jika boleh mempunyai cawangan di seluruh negeri dan aku juga berangan-angan untuk menjadi pengarah filem dan pastinya disambut dengan ketawa besar dari rakanku semua tapi aku tidak kisah kerana ia hanya wujud dalam angan-anganku. Mungkin satu ketika dulu Dato Yusuf Haslam juga menyimpan angan-angan yang sama dan mungkin juga ia berjaya hasil dari angan-angan tersebut..siapa tahu? Begitu juga dengan Rosyam Noor yang kini semakin berjaya dalam pengarahan filem.
Suatu ketika dulu kami sama-sama tinggal di perkampungan  setinggan iaitu di Kampung Lanun sewaktu aku mula-mula merantau ke Kuala Lumpur tapi kini tidak perlu diperkenalkan lagi siapa Rosyam Noor. Mungkin juga Rosyam Noor turut menyimpan angan-angan yang sama dan mungkin dia juga pernah diketawakan suatu ketika dulu..siapa tahu?? dan sekiranya angan-angannya tidak berjaya mungkin dia terus kekal menjadi pelakon dalam masa yang sama angan-angannya terus kekal disitu serta tidak membebankan dirinya.

Aku juga berangan-angan untuk membuat ternakan kuda.Melihat pada kenaikan petrol dari masa ke semasa pastinya ramai yang mengeluh kerana ia turut melibatkan kenaikan bahan mentah yang lain.Aku terfikir sekiranya ternakan kuda diperkenalkan atau diperluaskan dikawasan kampung atau felda umpamanya selain menjimatkan ia turut boleh menjana pendapatan sampingan buat mereka dengan menjual daging kuda atau boleh dijadikan riadah melalui aktiviti berkuda terutamanya buat golongan remaja yang sering dikaitkan dengan budaya rempit.Dengan persekitaran semulajadi dikelilingi hutan serta keluasan ladang yang ada ia tidak mustahil akan menjadi kenyataan..mungkin terdapat sedikit masalah terutamanya atas faktor iklim tetapi ia bukan mustahil untuk dilaksanakan suatu hari nanti walau bukan aku yang mulakan.

Apa yang pasti angan-anganku juga untuk masa depan diri aku sendiri dan paling penting ia tidak membebankan diri aku serta orang lain.Sekiranya anda mempunyai cita-cita teruskanlah sekiranya anda berasa selesa dengan apa yang anda lakukan.Mungkin anda berkata ia menjadi pendorong pada diri anda untuk menetapkan matlamat serta wawasan dalam hidup maka teruskan kerana kita sebenarnya mempunyai matlamat yang sama hanya cara atau kaedah berfikir yang berbeza..yang penting kita berusaha untuk mencapai matlamat kita..yakin boleh !!!.

4 ulasan:

  1. Salam Sifu...

    semer org ade angan2...
    tapi menjadi kenyataan atau tdk bergantung kpd
    diri masing2...ade org angan2 sesajer...usaha x mau..ade yg berusaha nak realisasikan ape yg dia impikan tu...bertuah sgt aok sbb ade jati diri yg xde pd kebnyakan org...aok la contoh terbaik bila org tua dulu2 kata 'usaha tangga kejayaan', alang2 menyeluk pekasam bior smpai ke pangkal lengan', 'kalau x dipecahkan ruyung manekan dpt labunya' n ' berakit2 ke hulu,berenang2 ke tepian..bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian'

    timakasih sbb sggup berkongsi kisah peribadi dgn kami semua...semua ni koi jadikan motivasi... :)

    BalasPadam
  2. silap pulok, sagu bkn labu...huhuhu

    BalasPadam
  3. Salam Yun..
    Sama-sama Shinju..sekadar memberi kata-kata semangat agar kita semua tidak mudah berputus asa...saya bukan juga yang terbaik kerana ada lagi yang lebih baik untuk kita semua contohi..moga anda dan rakan yang lainnya turut berjaya suatu hari nanti bersama impian masing-masing.

    BalasPadam
  4. ALOO...ANGAN2 ITU BGUS TP JGN HANGIT YA...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...