Perbezaan ketara pada pemikiran kita orang melayu dengan cina adalah kita takut pada risiko dan prinsip mereka adalah 'untung' atau 'rugi' tiada istilah "jadilah cukup-cukup makan" seperti yang biasa kita dengar dari kelompok peniaga melayu.Tetapi yang menghairankan kenapa ramai orang melayu kita sanggup gadaikan tanah atau keluarkan duit berpuluh ribu dari bank untuk menyertai skim cepat kaya?? bukankah itu juga berisiko sedangkan selama ini kita semua memperkatakan berkenaan risiko apabila diajak berniaga ??
Dengan sedikit kemahiran yang aku ada aku membuka syarikat aku sendiri dengan membuat part time untuk design dan membuat drawing samada 2D atau 3D.Bersempena dengan namaku aku daftarkan dengan nama "AFH Vision Enterprise" (Ahmad Fauzi Hashim) yang mana yuran pendaftaran tidaklah mahal sekitar rm100 termasuk upah cop lawyer yang memang dah tersedia disitu.Kerja aku lakukan semasa dirumah iaitu pada waktu malam atau pada hari sabtu dan ahad.Aku tidak sesekali lakukan pada waktu pejabat kerana aku tidak mahu campur adukkan dengan kerja luar serta aku beranggapan tidak wajar aku lakukannya.Aku tidak iklankan dimana-mana kerana aku takut aku tidak mampu memenuhi dateline dari pihak pelanggan ..hanya melalui info rakan kepada rakan yang lain.Itupun ada beberapa order yang terpaksa aku tolak kerana berasakan tidak mampu untuk laksanakan atas faktor masa.
Ketika aku berkunjung ke rumah saudara isteriku mereka perkenalkan padaku satu produk yang dihasilkan dari ekstrak serai wangi.Tertarik ingin mencuba disamping untuk menjaga hati saudara maka aku ambillah satu. Melihat pada keberkesanannya isteriku meminta untuk order lagi hinggalah telah 4 botol kami gunakan.
Saudaranya pula memberi cadangan agar aku menjadi pengedar pada produk ini dan setelah diberi alamat aku lantas menuju ketempat yang disebutkan.Dari perbincangan dengan mereka aku digalakkan untuk menggunakan jenama aku sendiri tambahan lagi syarikat aku telah pun sedia ada..bermakna mereka hanya bekalkan barang mentah bersama botol kosong.Selain aku terdapat juga beberapa syarikat lain yang turut mengambil dengannya dan menggunakan jenama masing-masing.
Aku membuat lakaran serta mencari beberapa info dari internet untuk menghasilkan sticker aku sendiri. Bersama teman sekolahku (terima kasih Zimak) kami berjaya menghasilkan stiker menggunakan jenama "OZZY" yang aku cukup berpuas hati meskipun terpaksa bersengkang mata hingga jam 3 pagi.Aku anggap satu lagi kejayaan buat diriku meskipun jualannya tidak terlalu memberansangkan akibat kurangnya promosi tapi itulah yang aku katakan sikap kita orang melayu 'jadilah dapat banyak tu pun' turut terpalit padaku juga.Apapun itu semua hanyalah sekadar backup untuk diri aku sendiri siapa tahu mungkin satu hari nanti aku akan bertemu dengan peluang yang lebih besar..telah aku katakan "tidak salah jika ingin mencuba"..
Sasaranku sebenarnya adalah untuk memulakan perniagaan membekal roti burger setelah aku lihat semakin ramai yang membuka gerai menjual burger.Sewaktu ingin mengambil keputusan membeli rumah flet dahulu aku terlihat sebuah kedai yang aku rasakan sesuai untuk memulakan perniagaan ini.Harga yang ditawarkan adalah rm25 ribu.Kedai ini terletak ditempat yang aku rasakan amat strategik iaitu dilaluan utama yang menghubungkan dua buah taman yang terletak bersebelahan .Kedua-dua taman ini amat banyak didirikan stor burger yang mana hampir setip lorong masuk terdapat satu gerai burger belum termasuk pasar malam di situ.Perancangan aku adalah untuk membuat roti dengan jenama aku sendiri "OZZY" tetapi setelah berbincang dengan isteriku kami memilih untuk membeli rumah terlebih dahulu meskipun hatiku masih ingin memiliki kedai tersebut.
Sebulan setelah rumah tersebut dibeli aku pergi semula melihat kedai tersebut..alangkah terkejutnya aku melihat pemiliknya turut membuka perniagaan yang sama seperti rancangan aku dan seperti dijangka ia menerima sambutan amat menggalakkan hingga kedainya penuh dengan roti dan daging burger manakala didepannya pula didirikan gerai burger..aku hanya mampu gelengkan kepala sambil tersenyum seolah-olah dia mengetahui rancangan aku sedangkan aku tak pernah beritahu pada sesiapa..tapi tak mengapalah kerana aku mempunyai rancangan lain pula iaitu untuk membekal roti burger dan pastinya ia lain dari yang ada dalam pasaran..insyaallah nantikan kehadiran roti burger "OZZY"..
Bagaimana dengan anda?.Aku pasti anda juga mungkin mempunyai angan-angan atau impian seperti aku tetapi selagi kaki kita tidak diangkat untuk melangkah selagi itulah kita akan terus kekal berdiri di situ ..tidak semestinya kita menuju ke destinasi yang sama kerana ada kalanya lorong yang dipenuhi semak samun tersembunyi permata yang kita tidak nampak..yakin boleh !!!
Salam Sifu...
BalasPadamkalau x silap produk serai wangi tu kilang dia kat Kelantan kan?
Semoga berjaya dgn produk Ozzy, x kira produk serai wangi ataupun roti burger...Just Do It (nike ;p)
semoga cita-cita bro ozzy tercapai....
BalasPadamw'salam yun..kilangnya di melaka..kelantan tu mungkin kilang lain agaknya
BalasPadamArol..insyaalah moga tercapai satu hari nanti
salam..koi berziarah di sini
BalasPadamharapan anda selalu sihat..
hebat ozzy..moga aok berjaya wehh
doa dari koi..
salam bro...
BalasPadamwish u luck ok...