21 Mei 2010

PASANG CORNICE - ANDA JUGA MAMPU

Rumahku..Syurgaku..satu ungkapan yang sering kita dengar.Ada kalanya apabila kita melihat rumah orang lain hati kita akan berkata "wahh..cantiknya rumah dia" .. tetapi segalanya hanya mampu kita pendam atas faktor kemampuan diri kita sendiri.Meskipun kita tidak memiliki rumah sebesar dan secanggih mereka tetapi jika kita lakukan sekadar mengikut kemampuan pastinya kita turut berasa gembira dan selesa dengan apa yang kita miliki.

Kenapa perlu bebankan diri kita dengan sesuatu yang sememangnya diluar kemampuan kita. Jangan ingat rumah yang diluarnya kelihatan besar dan gah dengan rekaan serba canggih didalamnya juga menarik.Ada kalanya bergantung pada pemiliknya juga, kalau tak pandai susun atau berkemas pertama kali tetamu datang pasti boleh nampak dan terasa semaknya.

Antara yang menjadikan ruang dalaman nampak menarik sudah pastinya barangan perabut dan berbagai peralatan lain yang kita susun tak kira samada yang mahal ataupun murah sekalipun.Kita juga sering melihat ramai yang mencantikkan ruang siling rumah dengan pemasangan "cornice" dan hati kita akan berkata "hmm..cantiknya mesti mahal nak buat ni" termasuk juga aku turut beranggapan demikian pada awalnya tetapi sebenarnya kosnya tidaklah mahal jika kita buat sendiri.Betul ke?? Bagaimanakah caranya..aku akan cuba jelaskan.

Kebiasaannya sesuatu perkara yang aku tidak tahu dan tidak pasti aku akan belajar dengan melihat atau bertanya dengan orang yang tahu.Aku bertanya upah dan kos untuk memasang cornice dalam rumahku dan harganya memang mahal.Jadi cara yang aku buat adalah membeli dan memilih sendiri cornice yang aku inginkan termasuk gamnya sekali dan mengupah rakanku yang juga seorang kontraktor untuk memasangnya tapi hanya dibahagian ruang tamu kerana aku ingin melihat mungkin aku juga mampu buat sendiri.Upah yang dia minta untuk kerja tersebut adalah rm200..hanya untuk bahagian ruang tamu.

Harga cornice tidak mahal sebenarnya dimana jika cornice tanpa warna (putih) harganya cuma rm10 sekeping untuk saiz standard 7 kaki tetapi untuk yang bewarna harganya agak berbeza diantara rm20 ke rm30 bergantung pada ukirannya.Harga gam atau adhesive untuk satu beg rm22 dan cukup untuk keluasan satu rumah flet.Kerana itu aku memilih cornice bewarna yang harganya rm20 untuk 7 kaki.Setelah dibuat ukuran untuk ruang tamu aku hanya perlukan 6 keping bersamaan kos sebanyak rm120 sahaja dan dicampur dengan upah akan menjadi rm320.

Hari yang dijanjikan rakanku datang bersama dengan 4 orang pekerjanya.Aku melihat dengan teliti cara mereka buat dari awal proses iaitu bermula dengan bancuhan gam dengan air (seperti bancuhan simen) dimana jika terlalu cair cornice akan mudah jatuh tetapi jika terlalu pekat gam tersebut akan cepat keras sebelum kita dapat tampal dengan kemas.Melihat mereka buat aku terasa yakin aku juga mampu buat.

- gambar diatas adalah cornice yang dipasang oleh kontractor tersebut.

Untuk permulaan aku buat bahagian yang agak kecil iaitu cornice dibahagian kipas angin.Harganya juga tidaklah mahal untuk tanpa warna sekitar rm25 mengikut saiz dan jika bewarna agak mahal sekitar rm65 keatas mengikut saiz.Oleh kerana sebelum ini aku membeli cornice yang dipasang diruang tamu dengan cornice bewarna aku diberi beberapa botol pewarna untuk dibuat touch-up dan disebabkan pewarna tersebut masih banyak maka cornice dibahagian kipas ni aku beli yang warna putih pastinya kos lebih murah dan aku warnakan sendiri cornice tersebut dengan pewarna yang ada (seperti dalam gambar diatas).Tidak terlalu mudah rupanya dimana masalah berpunca dari bancuhan gam tersebut.Dibantu oleh isteriku empat kali aku naik turun tangga dalam cubaan untuk memasangnya.

Bancuhan pertama cair dan saat aku lepaskan cornice juga turut tanggal Maka aku terpaksa mengikis semula gam tersebut dari permukaannya bila setiap kali cubaanku gagal.Kali ke 2 juga sama dan cubaan ke 3 pula gam tersebut terlalu pekat menyebabkan belum sempat aku tampal gam tersebut dah pun keras.Isteriku dah mula mengeluh meminta aku upah kontraktor saja kerana dia kesian melihat aku tapi aku masih belum mahu mengalah dan aku rela cornice tu hancur berkecai dari aku mengalah.Cubaan ke 4 aku mengambil masa lebih sedikit untuk membuat 'agakan' yang tepat pada bancuhan gam.Kali ini cubaanku berjaya tetapi untuk lebih yakin aku paku di dua bahagian yang melintang dan setelah kering dan kuat..paku tersebut aku tanggalkan semula dan dibuat touch-up pada lubangnya.

Yakin setelah cubaan itu berjaya aku teruskan pula dengan memasang dibahagian "dining" ataupun ruang makan (lihat foto).Aku sengaja memilih corak yang berlainan dengan ruang tamu untuk membuat kelainan.Kali ini dengan bancuhan yang aku dah tahu 'agak' kerjaku menjadi lebih mudah tapi timbul juga masalah lain iaitu ketika membuat cantuman pada sudut atau penjuru.

Beberapa kali aku mencuba untuk dapatkan cantuman hingga kali terakhir masih terdapat sedikit ruang kosong antara cantuman tersebut.Ruang tersebut akan ditampal dengan bancuhan gam tadi dan disapu dengan rata manakala bunga yang dicantumkan perlu di touch-up dengan pewarna.Kos keseluruhan untuk membeli cornice dibahagian ini adalah sebanyak rm175 dengan harga rm25 sekeping (7 keping).

Inilah hasilnya (lihat foto dibawah) ruang dalaman rumah flet yang aku berjaya beli itu setelah aku sapukan cat sendiri mengikut warna pilihanku dan anda boleh buat perbandingan setelah kesemua ruang telah dipasang dengan cornice.Kos keseluruhan sekitar rm500 berbanding jika aku upah kesemuanya kos termasuk upah antara rm1500 ke rm2000.Anda juga boleh lakukan bukan ?? tapi aku nasihatkan cuba bahagian yang kecil dahulu dan setelah yakin baru beralih pada ruang yang lebih besar.Selamat mencuba  ...yakin boleh !!!








- Foto yang diambil dari ruang makan (kiri) 'cornice' dipasang oleh kontraktor dan foto yang diambil dari ruang makan (kanan) 'cornice' dipasang oleh aku dan isteriku.

45 ulasan:

  1. Salam sifu...
    cantik dan kemas hasil kerja tgn aok yek...
    boleh jimat duit lg...boleh la aok jd kontraktor hiasan dalaman nt.. :)

    BalasPadam
  2. salam Ozzy
    cantik rumah ko
    macam istana
    he he..

    BalasPadam
  3. w'salam semua..
    Yun..nanti kalau dah kawin boleh guna tips ni..selain menjimatkan kita boleh pilih apa saja design yg kita nak dgn kos yg murah
    zul..tak kisah apa org nak kata..rumahku syurgaku..ada masa datangla rumah aku ni..ajak member lain sekali

    BalasPadam
  4. Salam sahabat,
    wah terernya, cantik dan menarik..pasni bolehlah bisnes pasang cornice plak..good luck bro..

    BalasPadam
  5. w'salam Arol..
    rumah atas tu bukan rumah saya..yang bawah tu je hehe

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Terima kasih banyak untuk artikel tuan. Sebagai pasangan muda yg ada tenaga je tapi kurang modal, artikel tuan ni sangat2 membantu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik z,

      W'salam..jika ada tenaga dan kesungguhan insyaallah boleh..tak susah sangat untuk membuatnya cuma cantuman pada sudut sedikit susah tapi boleh cuba potong dulu bahagian yang kecil dan cuba cantumkan sebelum potong bahagian yang panjang & selepas itu kita dah tahu mcm mana cara nak potong supaya cantuman tersebut meninggalkan ruang/lubang yg paling kecil..selamat mencuba.

      Padam
  7. tahniah anda telah berjaya

    BalasPadam
  8. Bagus article anda.. saya pulak terasa kacam nak buat sendiri.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aJiP

      Selamat mencuba..memang x susah sebenarnya bila kita dah buat sekali..mulakan bahagian yang kecil dahulu kemudian baru ke bahagian yg lebih besar

      Padam
  9. salam....tumpang tanya, saudara beli kat mana cornice dgn harga rm 10 je 7 kaki tu?
    saya pun dah lama teringin buat mcm saudara tu..mmg sgt cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Debunga Bahasa..
      W'salam...saudari blh beli kat mana-mana kedai yg supply cornice ni & biasanya ia byk terdapat di kedai yang menjual plaster siling..ingin saya ingatkan bahawa harga tersebut adalah pada tahun 2010 (lihat tarikh entry ini diterbitkan) dan mungkin skrg harganya dah naik sedikit.

      Padam
  10. Salam Ozzy, boleh ke awak share no contractor yg pasang cornice tu? Saya cuma ingin mencari org yg boleh pasang cornice sahaja. Terima Kasih. Azren

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam Azren Shah..

      blh email pada saya di ozzy2u@gmail.com utk perbincangan selanjutnya & sila beritahu lokasi rumah anda di mana.. terima kasih

      Padam
  11. rupanya pasang cornice ni bleh D.I.Y. akan dicuba nnt.thanks atas perkongsian yg berguna ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MR Penyubiru...selamat mencuba dan semoga berjaya, yakin boleh!

      Padam
  12. Bagus wt sendiri mula2 mmgla x berjaya dh byk kali cuba wt pasang akan berjaya,aku suka..jimat duit.tahniah

    BalasPadam
  13. terima kasih sebab membantu saya untuk melengkapkan assignment saya :)

    BalasPadam
  14. Tuan gam tu beli dimana..selain tu mcm mana cara bancuhan gam tu dengn ape..tampal macam mana.kena paku ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. En. Hasnizam Hassim

      Gam/adhesive tu juga turut dijual di kedai yang membekal cornice tersebut (bentuknya seperti tepung)...cara bancuhan cuma bancuh dengan air tetapi jgn terlalu pekat atau terlalu cair.Setelah disapu boleh terus tampal samada lekatkan mcm tu saja (kena pegang sekejap dan tunggu ia melekat) atau boleh juga dipaku samada nak biarkan paku disitu atau paku tersebut boleh dicabut setelah cornice melekat (kira2 selepas 10 minit)

      Padam
  15. baguss... berusaha dulu sebelum mengalah
    Tahniah hasil kerja tangan sendiri.

    BalasPadam
  16. Slm Tn Ozzy..,

    Saya nak tanya macam mana cara kita nak memotong cornice
    untuk di bahagian sudut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..

      Bagi mereka yg dalam peringkat baru belajar buat sendiri cara paling mudah adalah korbankan sedikit cornice tersebut iaitu dgn potong pendek kir2 1 kaki 2 keping dan cuba cantumkan kedua-duanya pada bucu dinding.Potong menyerong sedikit demi sedikit dengan sudut yg tidak terlalu besar (kurang dari 30 darjah) dan apabila dah dapat jadikan ia sebagai 'jig' atau reference untuk memotong sudut cornice yg lain (cornice yang panjang)dan memang itulah yang saya lakukan..selamat mencuba.

      Padam
  17. salam tuan..
    gam tu kalau kita guna silicon gam agak2 boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti sbb x pernah cuba tapi rasanya tak boleh sebab silicon biasa digunakan untuk kaca

      Padam
  18. Klu nk.merwarna tu...kte nk perwarna jenis ape ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pewarna akan diberi oleh pembekal cornice tersebut (kena mintak masa beli)

      Padam
  19. Klu nk.merwarna tu...kte nk perwarna jenis ape ye...

    BalasPadam
  20. salam..tuan nk tanya..nk potong cornice tu pakai apa supaya pecah2 teruk?pkai gergaji besi ke kne pkai mesin grender?

    BalasPadam
    Balasan
    1. airil fiqrie..

      W'salam..guna gergaji papan atau gergaji utk potong cornice (bentuknya pendek dari gergaji biasa)..utk bagi nampak rata/licin selepas potong, boleh gunakan pisau untuk touch up.

      Padam
  21. salam tuan ozzy..
    cornice kt umah saya jatuh, baru pasang setahun..sedihnya..lbh kurg 10 kaki pnjgnya yg jatuh tu..jatuh jadi patah 4..saya nak pasang semula walopn bunga cornice dh bnyk rosak...:'(

    tuan, gam cornice yg tuan bli tu..pekedai jual kilo ke camne??
    gam tu kna pasang kt cornice dlu k kt dinding dulu??

    kalo nak pakukan dulu, paku yang mcm mana ek utk paku cornice tu..

    hrp tuan dpt share...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendee Ramone..w'salam

      Kalau dah jatuh dan bunganya dah rosak saya cadangkan lebih baik pasang yang baru..
      Sebab kalau nak pasang semula permukaan cornice tersebut (bhg utk tampal gam) perlu dikikis dan dibuang semua bekas gam begitu juga dgn permukaan dinding kalau ada bekas gam juga perlu dikikis.

      Biasanya penjual x jual kilo (jual beg besar mcm saiz beg simen) harganya kalau x silap rm25 satu beg.
      Gam tu perlu disapu pada cornice bkn pada dinding.

      Paku utk support gam tersebut.Lepas sapu gam lekatkan cornice dan kemudian paku (jgn byk paku, cukup utk support sahaja) Boleh juga guna wall plug (biasanya kat cornice kipas sebab cornice tu berat)

      Padam
  22. Salam..Kat area mane ek ade jual cornice ni?

    BalasPadam
  23. Assalam..ozzy,still active lg ke? Lepas baca story ozzy,terus sy smgt nk buat sendiri..start 2 minggu lepas,skang dah siap pasang cornice utk hall & dini..keluasan 10x24 kaki..and 2 bunga kipas..mmg try and error..kdg tu rasa cam dah give up.. at last berjaya jugak..yahoooo! Hati mau keras kalau buat sorg2.. sy location seremban, 1 btg cornice = rm4.20 ada corak bunga.. 1 beg gam = rm20.. bunga kipas,ikut size..sy punya 25 inci = rm20..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam.. Tahniah Muazz
      Rasanya bahagian susah adalah bahagian kipas.. dinding tak susah sgt.
      apapun tahun ni raya dengan cornice baru lah ye.. hehe

      Padam
    2. Hehehe..ya betul! Rumah baru,cornice baru..segala2nya baru.. bahagian kipas amat berat.. disyorkan buat berdua..kalau sorg2 pun boleh..cuma nk kena tgk saiz bunga kipas tu..kalau kecik,sorg pun ok..tq ozzy sbb share benda berfaedah mcm ni.. ����

      Padam
    3. Ye..saya juga alami masalah untuk pasang di bahagian kipas terpaksa buat berdua dgn isteri tupun 3/4 kali juga naik turun.
      Untuk rasa lebih selamat saya syorkan selepas gam, paku sekurang-kurangnya di tiga bahagian cornice tersebut untuk elakkan ia jatuh (selepas paku touch up semula untuk tutup paku tersebut dari penglihatan.Gunakan paku simen atau blh guna wall plug.

      Padam
  24. tahniah tuan blog yg sangat bermanfaat...tuan boleh bagi detail alatan/bhn yg digunakan utk membuat kornis dan plaster..saya dalam proses perancangan memasang siling kapur dan kornis.saya sdh bertanya pada yg kwan bhn yg digunakan gam(stopping n bonding-yg ini eja betul ke tak tau), fiber-dipanggil bihun..yg bagus jenis sako coz apabila kena air yg bocor kawasan lain tidak dijangkiti/merebak...persoalannya tuan..1) saya membuat wiring sendiri dgn menebuk lubang siling kapur sgt besar utk kipas dan lampu downlight.bgmana cara utk pasang balik dgn fiber dan gam. 2) saya hendak memasang kornis tepi dan tgh(utk kipas) adakah perlu gam sahaja tuan..fiber tak perlu kh?blh email saya tuan utk detail cara pemasangan kornis dan plaster..email:cathm_88@yahoo.com

    BalasPadam
  25. Brapa inci perlu potong utk cornice..dh pening fikir ni

    BalasPadam
  26. As salam, tq krana sharing, skrg kos upah sgt2 tggi,nasib jumpa blog ni so bole bljar..if x keberkatan bole tuan ajar kiraan sukatan bancuhan gam Dan step cara memasang cornice dgn lebih jelas.tq

    BalasPadam
  27. gam yg tuan maksudkan tu stopping ke?ke ada material lain yg perlu guna utk lekatkan cornice ni?saya nk lekatkan cornice ni dekat slab je bukan plaster ceiling

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stopping compaun...ada lagi satu benda yg dia lupa letak...klu setakat letak stopping dia boleh jatuh lagi.. Bahaya...kne cri mihun dia sekali sumbat kt belah penyambung...klu tu baru kuat...

      Padam
  28. salam tuan, perkongsian yg baik. Sy nk tanya klau cornis tu renggang dpd tembok..bgaimana nk repair ye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...