Ketika menyewa dirumah dato tersebut berlaku peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.Jiran sebelah rumahku adalah keluarga India.
Mereka ini membela kucing tapi yang menjadi masalah adalah kucing mereka tu membuang najis dirumahku.Oleh kerana rumah mereka bersimen penuh maka kucing mereka datang kehalaman rumahku untuk melepaskan hajat.Kadang-kadang bengang juga dengan bau yang sungguh menyucuk hidung.Ada ketikanya sengaja aku kaut tahi kucing tu dan lemparkan kerumah dia..bagi dia pulak rasa harumannya.
Mereka bermain dan bela kucing tapi kami pulak kena buang najisnya ..kalau dah hari-hari mana boleh tahan.Aku yang dah hilang sabar hanya menunggu peluang untuk menangkap kucing tu untuk dibuang jauh-jauh..dah tuannya tak reti bahasa.Bila dapat saja peluang aku terus tangkap dan buang agak jauh juga dari rumahku.Selepas itu aku tengok mereka anak-beranak tercari-cari kemana kucing mereka hilang dan aku buat tak tahu sajalah tapi aku tengok mereka dah mula mengesyaki aku.Aku tak kisah kalau diaorang tanya memang aku nak cakap pun.
Seminggu selepas itu jiranku buat perangai lagi.Mereka memasang 'colok' dengan asap tebal masuk kerumah aku.Kali ini terpaksa pulak aku halakan kipas untuk menghalang baunya masuk kerumah kami.Aku juga perasan jiranku itu mula menggantung benda-benda pelik diluar rumahnya seperti gambar dan duit kertas dari thailand (siam).Di tepi pagar pula dia menyusun duit syiling juga duit siam.Aku malas masuk campur dan enggan bertanya apa yang dia buat.
Selepas beberapa hari ketika dipejabat isteriku menelefon dalam keadaan termengah-mengah meminta aku balik segera kerana katanya susah nak bernafas.Aku segera balik untuk melihat keadaannya dan bertanya apa yang berlaku mungkin tercekik tulang tapi katanya bukan tercekik tulang tapi dia rasa susah nak bernafas.Melihat keadaannya yang nampak pucat dan termengah-mengah aku segera bawa dia ke hospital dan tiba disana doctor terus membuat x-ray tapi tiada apa-apa yang kelihatan.
Selepas itu keadaannya masih tak berubah dan dia sering menarik nafas dan masih termengah-mengah.Kami kemudiannya pulang ke kampungnya selepas emaknya risaukan keadaannya.Ketika disana keadaannya masih tidak berubah.Esoknya sekali lagi kami sama-sama membawanya ke klinik setelah melihat keadaannya semakin pucat.Tiba di klinik isteriku diberi bantuan oxygen dan segera dibawa menaiki ambulance untuk dihantar ke hospital Seremban.(kampungnya di Rembau).Tiba dihospital sekali lagi dibuat x-ray dan keputusannya tetap sama..tiada apa-apa objek yang dapat dikesan.Balik ke rumah kami memilih untuk mencuba pula cara kampung.
Malamnya bomoh yang dipanggil pun datang bersama dua orang pembantu.Isteriku berbaring diruang tamu sambil disaksikan oleh kami semua upacara perubatan tersebut.Aku sempat merakam cara mereka lakukan perubatan tersebut malangnya rakaman tersebut dah pun terpadam.Kami melihat bomoh tersebut seperti menarik tali keluar dari mulut isteriku.Kemudian tali tersebut dibuang ke dalam baldi yang telah disediakan.Selepas selesai isteriku di bekalkan dengan buah limau nipis untuk dibuat mandian.Malam kedua caranya juga sama dan aku terpaksa berkejar selepas waktu kerja terus balik ke Rembau.
Malam ke 3 aku memilih untuk tidak lagi kesana kerana penat lagipun keluarganya ada disana.Ketika berseorangan dirumah aku meninjau-ninjau apa yang jiran aku buat dan hatiku tergerak untuk melihat dibelakang rumah.Dalam kegelapan jam sekitar 11.30 malam aku meraba tembok pemisah antara rumahku dengan rumah dia dan aku terkejut bila aku dapati seketul duit syiling siam terikat pada seutas tali dan dipacakkan diatas tembok tersebut.Aku segera menyentap dan menyimpan syiling tersebut dan dalam masa yang sama aku terus meraba apa lagi yang ada diatas tembok tersebut.Sekali lagi aku terkejut bila aku dapati dihujung tembok tersebut terdapat satu paku besar yang panjangnya sekitar 4 inci diletakkan disitu.Aku segera mengambil paku tersebut dan bila aku amati terdapat satu tanda bewarna putih (biasa dicalit pada dahi mereka dan biasanya mereka gunakan abu mayat).
Setelah berpuashati tiada lagi barang lain paku tersebut aku baling dengan sekuat hati sejauh mungkin.Aku masuk kerumah dengan perasaan puas.Setelah itu aku bersandar di sofa sambil menonton tv tapi entah kenapa hati aku seakan tidak berpuashati untuk melihat apa lagi yang ada dibelakang rumah.Aku sekali pergi untuk melihat ditempat yang sama.Aku meraba permukaan tembok..tali yang aku putuskan tadi masih ada dan apabila sampai ke hujungnya aku tersentak bila aku dapati paku yang tadi aku buang kembali semula ke tempat asalnya!! hati aku berkata mustahi kerana tadi aku dah lontarkan dengan sekuat hati aku.Bila aku amati semula memang betul itu adalah paku yang sama dengan tanda diatasnya.
Kali ini aku tidak buang tapi memilih untuk bertanya dengan bomoh yang sedang mengubati isteriku.Selepas menerangkan apa yang berlaku bomoh meminta aku masukkan paku beserta duit syiling tersebut ke dalam bekas yang berisi garam dan aku hanya menurut arahannya.Keesokannya aku pulang kekampung untuk mengambil isteriku balik kesini selepas selesai upacaranya (3 malam).Kami dibekalkan dengan garam untuk ditabur ke setiap penjuru rumah.Selepas 2 hari isteriku mengadu kembali sesak nafas.Kami kemudian membawa dia berjumpa dengan seorang lagi bomoh disini dan menurut bomoh tersebut berdasarkan pengalamannya mengubati penyakit seperti ini kami tiada pilihan mesti pergi berubat dengan 'Sami India' dikuil mereka dan sami tersebut mestilah sami yang sebenarnya yang berasal dari india atau sri lanka.
Aku dah tak kisah lagi asalkan isteriku baik maka aku bertanya pada rakan-rakanku yang berbangsa india dimana nak cari sami tersebut.Menurut mereka aku boleh pergi ke kuil yang terletak berhampiran dengan hospital assunta yang mana saminya memang didatangkan dari Sri Lanka.Tiba disana dan bertemu dengan sami berkenaan aku menerangkan masalah yang berlaku.Dia meminta aku pecahkan sebiji kelapa sambil berniat dan dengan sekali baling kelapa tersebut terus pecah jika tak pecah bermakna aku kena ulangi lagi...masa tu hatiku tergelak sebenarnya tak pasal-pasal kena pecahkan kelapa pulak..
Kemudian kami dibekalkan dengan air yang diisi kedalam botol dan dia menyuruh aku renjiskan air tersebut disekeliling rumah sebelum waktu maghrib iaitu sebelum jiranku bunyikan locengnya. Selepas itu syukurlah isteriku sembuh dan kembali boleh bernafas seperti biasa.Kejadian tersebut menambahkan lagi azam aku untuk berpindah dan sebolehnya untuk terus membeli rumah.Jika tak dapat belipun kami tetap akan pindah. Sungguh tak masuk akal hanya kerana kucing kami terpaksa menanggung semua ini lebih-lebih lagi isteriku.. yang bersalah aku tapi dia yang menjadi mangsa.

salam.
BalasPadammenarik sahabat. semacam pernah dialami pula tapi dari situasi yang berbeza...
salam ozzy..
BalasPadammain bomoh juga ke?
he he he..
maruuu wehh..
ngeri jugak baca entri ni...siap main bomoh lagi ...btw nice entri sahabat
BalasPadamepisod ni...menarik...sedikit ngeri...tp itu lah yg buat teruja untuk habiskan bacaan..
BalasPadamsori lama tak singgah..kerja luar kawasan...
salam semua..
BalasPadamingatkan hanya dalam masyarakat melayu je main bomoh ni rupanya kaum lain pun sama..ada kalanya kita kena percaya juga dgn benda2 mcm ni disamping kita berubat dgn kaedah moden kita masih boleh ikhtiar dgn cara traditional..terima kasih
pd masyarakat lain pun ada bomoh..
BalasPadamSalam...
BalasPadamwah bahaya gak kaum tu yek..
smpai kena berubat ngn sami pulok..
baru koi tau,ingtkan kaum kita jer suke berbomoh nih...
bahaya2...
BalasPadam