22 September 2010

DUIT RAYA

Sudah menjadi tradisi apabila tibanya hari raya maka antara peruntukan yang perlu disediakan adalah duit raya untuk diberi pada kanak-kanak.Sesuai dengan perubahan zaman jika dahulu pemberian duit raya berbentuk kepingan duit syiling tapi sekarang paling kurang pun duit kertas satu ringgit. Bagi mengelakkan serta nampak lebih menarik maka duit ini dimasukkan ke dalam sampul sebelum diberi pada kanak-kanak.

Dalam kita memperkatakan perihal duit raya untuk kanak-kanak ramai diantara kita tidak menyedari atau mungkin tidak tahu bahawa golongan dewasa atau orang tua juga mendapat duit raya.Jika dihitung jumlahnya lebih banyak dari apa yang kanak-kanak perolehi.Bagi sesetengah tempat mungkin akan beranggapan ianya agak asing tetapi di sesetengah tempat lain pula budaya pemberian duit raya ini pada orang tua telah pun wujud.Biasanya pemberian ini lebih kepada menghargai hubungan baik serta layanan mesra yang diberikan olehnya disamping menghormati keperibadiannya.

Jika di tempat atau di kampung aku samada di Pahang atau tempat aku dilahirkan di Perak senario ini memang tak pernah aku lihat cuma aku seorang saja yang beri dikalangan keluarga aku itupun kalau ada budget lebih maka aku selitkan dua tiga sampul dengan rm 50 (paling kurang untuk orang dewasa seperti mak ngah,mak lang,mak su dsb.).Pemberian ini juga bukan pada semua orang tua hanya pada mereka yang aku anggap layak dan wajar diberikan.Namun golongan dewasa atau orang tua tidak menganggap ianya suatu kemestian sebagaimana yang kanak-kanak fikirkan kerana mereka lebih memahami situasi masing-masing. Pada mereka jika diberi mereka terima kalau tak beripun sekadar datang berhari raya itu sudah memadai.

Apa yang ingin aku perkatakan adalah suasana pemberian duit raya ini di sebelah ibu mertuaku iaitu di Negeri Sembilan.Pada awal dulu aku agak terkejut apabila melihat ibu/bapa mertua aku turut menerima duit raya. Bezanya pemberian duit raya bila kita berkunjung ke rumah orang lain tapi mereka terima duit raya apabila anak buah/saudara mara datang berkunjung.Pemberian duit raya juga tidak secara terbuka kerana bimbang dilihat oleh orang lain yang mungkin akan menimbulkan perasaan iri hati atau tidak puas hati kerana mereka tidak terpilih untuk mendapat duit raya.Antara kedua mertuaku pastinya yang paling banyak adalah pada ibu mertuaku.Setiap kali hari raya juga berbagai juadah yang disediakan antaranya nasi himpit, lemang, ketupat, mee kari,mee sup,mee hoon goreng dan bermacam juadah lain.Meskipun penat melayan tetamu yang datang serta penat menyediakan hidangan namun terpancar kegembiraan dan keriangan pada wajah mereka.Boleh bayangkan kepenatan yang dirasa apabila kunjungan tetamu hanya berakhir pada jam hampir satu pagi dan ketika itu jugalah baru pintu utama ditutup.

Apa yang aku perhatikan di kalangan anak saudara ibu mertuaku hampir 15 orang yang boleh dikategorikan sebagai 'pasti' akan memberi duit raya pada ibu mertuaku.Itu belum termasuk yang berada dalam kategori 'belum pasti' dan yang aku tidak tahu.Dua antaranya yang tersenarai dalam ketegori 'pasti' datang dari Singapura dan cuba bayangkan jika setiap kanak-kanak mereka beri 5 dollar.Untuk golongan dewasa yang terpilih termasuk ibu mertuaku pastinya minima 50 dollar.Begitu juga dengan anak saudara yang lain juga minima rm 50.Kalau di congak hampir seribu atau mungkin lebih rasanya!!!....duit raya untuk ibu mertuaku.

Dari apa yang diceritakan pada aku dahulu semasa anak saudara ibu mertuaku masih kecil mereka ini sering dijaga oleh mak mertuaku ketika ibu bapa mereka bekerja.Oleh kerana ketika itu pendapatan ibu bapa mereka pun kecil maka mereka semua dijaga oleh ibu mertuaku dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.Apabila masing-masing dewasa dan bekerjaya maka mereka beranggapan inilah caranya mereka membalas balik budi yang dicurahkan oleh ibu mertuaku pada mereka dahulu dan ibu bapa mereka turut menggalakkan agar anak-anaknya mengenang jasa ibu mertuaku.Meskipun ada antara ibu dan bapa mereka telah meninggal dunia tetapi mereka tetap memberi sumbangan ini setiap kali tiba hari raya.

Bukan itu saja malah ketika ibu mertuaku mahu berangkat ke tanah suci mekah 2 tahun dulu hampir kesemua mereka turut sama berada di Kelana Jaya bagi mengiringi pemergiannya ke sana.Masing-masing turut menghulurkan wang saku atas dasar 'mengenang budi' meskipun tidak diminta.Inilah antara hikmahnya apabila sesuatu yang kita lakukan dengan niat ikhlas insyaallah akan dibalas juga dengan hati yang ikhlas.

12 ulasan:

  1. salam abg ozzy

    ya allah rasa lama sungguh tak ke sini...tapi kalau duit tue kita anggap sedekah pada org tak salah biar berpada2 nanti insya allah di murahkan rezeki kita kan abg ozzy

    BalasPadam
  2. SALAM,
    MENGHORMATI DAN MENGENANG JASA ORANG TUA. N3 INI CUKUP BAIK UNTUK DIBACA OLEH ANAK2 MUDA. UNTUK MAKLUMAN, BLOG LF ADA MENULIS BEBERAPA ENTRI KHAS BERHUBUNG DENGAN ORANG TUA TERUTAMA SOAL HUBUNGAN IBU BAPA DENGAN ANAK2. SILA ZIARAH BLOG LF.

    BalasPadam
  3. w'salam angah..
    Betul tu..sesuatu yang dilakukan biarlah ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

    w'salam L.H..
    semoga kita sama2 mengenang jasa mereka..saya juga ada singgah ke blog saudara L.H..terima kasih.

    BalasPadam
  4. what you give you get back...sesuai tak dengan cerita ozzy ni...Salam Syawal bro.

    BalasPadam
  5. hmm... maybe adat tapi bagi ataicha..
    pemberian duit raya untuk golongan dewasa tidak perlu dihairankan... :p

    ataicha pun ada spend duit raya untuk ibu bapa dan mertua... dan juga sedara mara yang kurang berkemampuan.. dan juga sedara mara yang masih belajar di universiti..

    sebab masa ataicha masih belajar di U... collection ataicha rasanya lebih banyak dari adik2 yang lain.. just dapat dari 10-15 orang je tapi cukup la untuk masa tu..

    so bila dah ada duit sendiri.. perkara tu dipratikkan plak kepada golongan anak2 buah dan sedara mara.. :p

    budak2 tu sure kena bagi gak kan.. :p

    BalasPadam
  6. budak2 sekarang ni, datang rumah tak nak makan, asek cakap pasal duit raya je.

    "kak,kami takmo makan.nak duit raya je".

    hampeh.haha.

    BalasPadam
  7. Elok le tu kan berdekah pada pada anak-anak di bulan mulia ini serta org-org tua yang banyak berjasa.

    BalasPadam
  8. bro ozzy,
    nak duit raya bleh? hehehe

    BalasPadam
  9. memang selalu dah beri duit raya pada yang lebih tua, dan yang masih belajar terutama di IPT... bagus membantu orang yang sedang berjihad iaitu anak2 yang masih belajar ni

    BalasPadam
  10. salam ozzy..
    aku kadang kala malas
    juga bab duit raya h macam ni
    dah macam angpau raya cina pulak

    BalasPadam
  11. Salam Lebaran Ozzy,

    Jika kita ada duit lebih, apa salahnya sesekali bersedekah duit raya pada orang dewasa juga.Kat Kg Sweetie bila malam takbir rumah kerumah, tuan rumah beri duit raya pada semua orang yang dtg bertakbir.Tak kiralah berapa isinya asalkan ikhlas.

    Eh duit raya utk Sweetie tak der ker?

    BalasPadam
  12. angah singgah nak baca new n3 tapi tak de

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...