3 September 2010

SILA BERATUR

Ketika di alam persekolahan kita dilatih dan sering diingatkan supaya beratur samada ketika di kantin untuk membeli makanan atau sebelum memasuki bilik darjah.Begitu juga ketika ingin menaiki bas kita juga diarahkan agar beratur dan jangan berebut-rebut.

Setelah dewasa kita mula lupa pesanan cikgu agar selalu beratur.
Kita kembali semula dengan sikap suka berebut-rebut.Kita suka berebut-rebut ketika ingin menaiki bas, kita berebut-rebut ketika memandu dan kita juga suka berebut-rebut ketika memilih kuih di bazar ramadan.

Kalau di bulan puasa ni nak tengok orang berbaris hanyalah di masjid kampung Baru.Sebab apa berbaris?sebab nak dapat bubur lambuk free ..kalau tak berbaris tak dapatlah ye tak..kalau berebut-rebut silap-silap kena halau balik.Kenapa kita suka berebut? sebab takut tak dapat..sebab takut lambat sampai.

Sudah menjadi tradisi apabila tiba Hari Raya orang ramai khususnya kita umat Islam akan balik ke kampung halaman masing-masing.Ketika inilah jalanraya menjadi sesak maka masing-masing mula berebut-rebut untuk cepat sampai...cepat sampai ke rumah tak pun cepat sampai ke kubur.

Sempena Hari Raya yang bakal tiba ingatlah kita pada pesan cikgu "murid-murid semua sila beratur..jangan potong barisan".Pesanan ini juga untuk cikgu-cikgu yang turut akan memandu balik ke kampung "ingat cikgu..cikgu pun jangan potong barisan hehe".Memandu dengan berhemah dan ingatlah orang yang tersayang. Selamat memandu semoga sampai ke destinasi yang di tuju dengan selamat pergi dan balik.

6 ulasan:

  1. Salam ozzy..
    aku teringat time naik bas mini wilayah
    dulu..belakang..belakang lagi,berapa punya
    belakang daaa..he he..bubur lambuk kg baru
    sampai ke ler aku tak merasa,bila sampai time aku je habis..3x pergi pun sama..MERAJUKKK!!TAK PERGI DAH..

    BalasPadam
  2. selamat memandu dan selamat hari lebaran..

    BalasPadam
  3. ikut barisan he3...jangan memotong..tak dapat tak de rezeki la tu..

    BalasPadam
  4. Salam pozi..selamat menyambut hari raya..berhati-hati dijalan raya semua "ikut rasa binasa ...ikut hati mati" selamat bercuti.

    BalasPadam
  5. panas btull rasa hati, dengan org yg suka-suka potong queue ni. sungguh tidak bermoral.

    BalasPadam
  6. comel nyeeeeeeeeeeee beratur..hihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...