5 Oktober 2010

PESANAN BUATMU

Hari ini bermulalah peperiksaan PMR bagi pelajar sekolah menengah yang berada di tingkatan 3.Antara ribuan pelajar tersebut salah seorangnya adalah anak bujang aku (sulong) yang bernama AFZANY IKHWAN.

Tanyalah pada mana-mana ibu bapa pastinya mengharapkan keputusan cemerlang dari anaknya.Namun segalanya terserah pada dirinya berpandukan usaha dari dirinya sendiri.Ibu bapa sekadar memberi dorongan  untuk melihat anaknya berjaya demi masa depannya.

Anakku...
Suatu ketika dulu pada usia dan waktu yang sama seperti ini Abahmu ini juga mengalami detik ini. Detik memasuki ruang peperiksaan dan menjawab soalan yang diberikan dengan harapan tercatat kejayaan cemerlang pada sekeping sijil.Meskipun menghadapi peperiksaan Abah tetap menjalankan tanggungjawab membantu atukmu ke ladang selepas habis waktu peperiksaan. Walau keletihan waktu malam tetap Abah luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran.Dirimu tidak lagi seperti itu..tidak perlu ke ladang hanya tumpukan masa pada pelajaran.

Anakku...
Ketika dulu abah melangkah menghadiri peperiksaan tiada imbuhan yang dijanjikan.Fikiran hanya tertumpu pada peperiksaan kerana sedar atukmu tidak mampu menjanjikan apa-apa buat Abah.Lihat saja dirimu... sebelum ini dalam peperiksaan UPSR atas keputusan cemerlang hadiah yang dijanjikan telah abah tunaikan.Segalanya hanya sekadar dorongan untukmu berusaha demi mencapai impian.Kali ini akan ada juga imbuhan seperti yang Abah janjikan sekiranya dirimu berjaya dengan cemerlang.

Anakku..
Jawablah dengan hati yang tenang dan jangan lupa berdoa agar diterangkan hati.Abah dan Ibu turut berdoa agar dirimu berjaya.Tidak usah bimbang dan berasa tertekan kerana Abah tidak sesekali memaksa dirimu.Segalanya bergantung atas usaha dan semangatmu sendiri untuk berjaya.

Semoga berjaya anakku Eone...

9 ulasan:

  1. Salam...

    Semoga Eone tenang dan terang hati menjalani PMR..Semoga dpt keputusan yg cemerlang gak nt..

    BalasPadam
  2. kalau tak dapat jawapan, sebutlah nama abahmu tiga kali...

    BalasPadam
  3. Selamat kepada semua anak anak yang mengambil peperiksaan UPSR,.

    BalasPadam
  4. moga anak bro berjaya menjawab semua sooalan peperiksaan dengan sempurna...good luck yer Eone...

    BalasPadam
  5. Semoga semuanya mendapat kecemerlang... buat anak-anak kita semua insyaallah.

    BalasPadam
  6. salam..
    sama la dengan anak dara aku ..
    he he..selamat la bapaknya
    juga mennanti penuh debaran..hu hu

    BalasPadam
  7. semoga beliau lulus dengan semerlang..

    BalasPadam
  8. semoga anak en.ozzy lulus dengan cemerlang...

    lame x dengar cite pasal en.ozzy harap2 sihat hendaknya..

    salam...

    BalasPadam
  9. harap anak en. ozzy berjaya dengan cemerlang...mesti ibubapa yang lebih berdebar-debarkan..doakan semoga dia berjaya.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...