31 Januari 2011

BLOGGER YANG TERKEJUT

Entry kali ini merupakan kesinambungan segmen yang diterbitkan oleh saudara Rohaizad yang sebelum ini memberikan tajuk Blogger Yang Tersepit.Aku turut sertai segmen tersebut dan diterbitkan di SINI.

Untuk tajuk kali ini masih lagi aku ingin paparkan berkenaan hidup yang mewarnai dunia seseorang yang bergelar blogger dan jika berminat anda boleh sertainya di SINI.

Ada beberapa sebab dan tujuan seseorang itu terjun ke dunia blog.Salah satunya untuk meluahkan perasaan yang terpendam atau meluahkan isi hati pada sesuatu tempat.Dengan adanya blog maka dapatlah ia dijadikan medium untuk menulis segala apa yang tersirat.Selain dari itu ia turut dijadikan aktiviti untuk mengisi masa lapang dengan menulis dan berkongsi maklumat.

Dalam meluahkan isi hati pasti banyak topik yang ditampilkan antaranya berkenaan politik tanahair,hubungan keluarga,kisah cinta,hubungan kaum dan bermacam lagi hal yang berkaitan dan terkandung di minda.Ada kalanya apabila luahan tidak dapat dikawal ia bakal mengundang padah terutamanya yang melibatkan politik dan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum.Dalam keadaan yang tidak dijangka maka jadilah apa yang dikatakan BLOGGER YANG TERKEJUT apabila tanpa disangka surat saman mencecah jutaan ringgit tiba ke tangannya.

Kes yang berlaku baru-baru ini pastinya turut membuatkan bukan hanya Blogger yang terlibat terkejut malah blogger lain turut terkejut apabila tanpa disangka seorang blogger telah disaman sebanyak rm 6 juta oleh salah seorang pemilik restoran kari kepala ikan seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star di SINI.Reviewnya berkenaan restoran tersebut tidak disenangi oleh pemilik restoran itu.Bukan hanya Blogger itu saja terkejut malah pihak Google turut terkejut apabila disaman sebagai defendant kedua.Maka jadilah GOOGLE YANG TERKEJUT dan BLOGGER YANG TERKEJUT.Sememangnya dunia ini adakalanya penuh dengan kejutan.

Mungkin banyak lagi pengalaman yang dialami oleh seorang blogger yang membuatkan dirinya terkejut apabila mula menceburkan diri dalam dunia blog.Bagi diri aku belum ada lagi apa-apa elemen yang membuatkan aku terkejut semenjak berkecimpung dalam dunia blog kerana mungkin belum ada lagi topik sensasi yang aku pernah terbitkan.Banyak perkara yang telah aku duga apabila mula berjinak-jinak dalam dunia blog antaranya pasti wujud persengketaan sesama blogger dan ianya tidak mengejutkan aku apabila perkara ini benar-benar berlaku.

Mungkin ada antara blogger yang pernah menjadi BLOGGER YANG TERKEJUT apabila ia hanyut dalam dunia blog atau boleh disimpulkan sebagai kejutan budaya blog antaranya blogwalking dan mencari idea untuk menghasilkan entry.Masa yang ada banyak dihabiskan dengan blog sehingga mengabaikan banyak perkara lain serta menjejaskan rutin seharian samada tugas sebagai isteri,suami,ayah,pekerja,pendidik,pelajar dan sebagainya terus terabai.Sebelum rumahtangga hanyut atau terus karam dan sebelum diberi amaran beringatlah serta berhati-hatilah sebelum anda menjadi BLOGGER YANG TERKEJUT.

ozzy - terkejut dari mimpi....

15 ulasan:

  1. Salam Pozi, kawan nyaris dah jadi blogger yang terkejut nasib cepat tersentap :)

    BalasPadam
  2. uish sampai macam tue sekali ini betul2 terkejut nie..tahu kes kena saman tapi tak tau amount dia..nie baca terus tercampak satu batu mata amy lihat amountnya ha...

    BalasPadam
  3. memang kena beringat bila nk menulis,bukan ikut sedap hati je nk menulis, nak bantai org,silap hari bulan memang kena saman..kalo nak bantai pun kira agak2la..ada jugak kes blogger terkejut yg kena kutuk abis bila ada stengah blogger suka copy paste entry org and claim tu dy punya..tu pun blogger terkejut gak tu..coz ada sesetengah blog dh nyatakan kalo nk copy paste kena dgn keizinan blogger tu sendiri..tp kalo bebal sangat xfaham org kata jangan terkejutla tetiba ada blogger tu tetiba serang blogger copy paste tu..dh ada kes dh ni..

    BalasPadam
  4. salam bro..

    apa pun kena lebih berhati2 sekarang nie... bahaya...

    BalasPadam
  5. AkuAnakPahang..Yassin - mujurlah ye tak terus terkejut.

    Amy .. kalau kena lagi terkejut..so kena hati2.

    Nisa ...Betul tu..kena hati2 bila menulis..boleh buat entry tu nisa hehe..

    Angah...w'salam..yelah kena hati2 selalu kalau nak mengata orang tu.

    BalasPadam
  6. salam Ozzy..
    opocot!!terkejut aku
    nengok muka saudara
    muka hadapan tu..he he
    moga aok sihat wehhh..

    BalasPadam
  7. as'salammualaikum en.ozzy..

    ye la amy akan cuba lebih berhati2..

    BalasPadam
  8. Dunia ini penuh dengan kejutan.

    Aku sangat terkejut dengan kisah 6 juta itu. Google pun kena juga. Hmm..selepas ini aku akan lebih berhati2 di dalam berblog.

    Terima kasih. Aku benar2 terkejut.

    BalasPadam
  9. betul ini la kisah 6 juta. jgn la memain kan. taip bebeno le yer.. :)

    BalasPadam
  10. wah sampai 6 juta..bahaya sungguh ye...kang japg kita niat begurau orang pun bleh saman kita... setiap orang lain dia punya inpretasi... kita niat nak btau lain..dia paham lain

    BalasPadam
  11. pemilik restoran tu pun satu, perbaikila mana yg kurg, tapi katanya review blogger tu benar2 menjatuhkan reputasi restorannya yg dah bertapak lama kan?hebat penangan blogger ni..tapi last2 jadilah blogger yg terkejut :D

    BalasPadam
  12. Salam...

    Koi kala kena 6juta tu terkejut smpai arwah la kot...mane nak cekau duwet byk itu...Gugel pun kena yek..pasni msti gugel buat peraturan baru..tapi bg pakcik gugel 6juta tu celoh gg jek..

    BalasPadam
  13. Hadi Rofiee..sama-sama & sebagai peringatan pada kita semua.

    mommy nana..memang kisah benar tu sbb masuk paper.

    Aimannajmy..Kalau bergurau pun kena hati-hati juga.

    Tengkorakemas..Kalau baca review tu mungkin ada part yang buat pemilik restoran tu tak puas hati sbb tu dia saman kot..

    Miecyber...kdg2 terkejut juga

    Yun .. w'salam - Org mcm kita mmg sesak nafas kalau kena 6 juta tu ..kalau google tu lainlah pasal byk duit.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...